NUFFNANG

Thursday 13 June 2013

Keperluan untuk menggunakan khidmat perunding arkitek

Teks : Khairunnisa Hamzahara

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Semoga semua pembaca berada di dalam keadaan yang sihat walafiat. Saya sebenarnya sedang dalam sesi mengulang kaji nota dan akta-akta yang berkaitan dengan proses pembinaan. Bermula dari awal perancangan sehinggalah siap sesebuah pembangunan serta perlu memahirkan diri dengan undang-undang yang berkaitan dengannya kerana saya bakal menghadapi peperiksaan yang penting dalam kerjaya saya sebagai Arkitek.

Dalam banyak-banyak nota dan akta, saya terpanggil untuk membuat satu entry yang menerangkan secara menyeluruh kepada masyarakat umum tentang Skala minimum yuran perunding Arkitek. Saya percaya ramai yang bercita-cita untuk membina sebuah rumah kediaman sendiri tetapi takut untuk mengupah seorang arkitek bagi melaksanakan tugas merekabentuk bangunan mereka kerana mereka tidak pasti akan kos sebenar untuk membayar yuran seorang arkitek dan apakah perkhidmatan yang akan diterima. 

Saya berasa amat dukacita apabila mendengar cerita sahabat-sahabat dan sedara mara yang telah pun membina kediaman mereka tanpa mengupah seorang arkitek. Kebiasaannya kediaman mereka akan terdedah dengan bahaya dari segi keselamatan, tindakan undang-undang dan menghadapi rekabentuk yang tidak bersesuaian malah menyusahkan. Memang benar kontraktor boleh melaksanakan membina rumah tetapi kontraktor itu juga memerlukan pencerahan dari seorang arkitek yang bertauliah. Sekiranya kontraktor tersebut mengamalkan cara yang sama, jika banyak kesalahan yang pernah di buat, dia hanya akan mengulangi kesilapan di lain-lain rumah/bangunan yang dibina. Kerana dia juga tidak menyedari akan kesilapannya kerana tiada siapa yang menegur.

Di sini jelas dalam proses pembinaan sangat memerlukan seorang arkitek yang telah mendapat mandat secara professional bagi merekabentuk sebuah bangunan dan menyelia proses pembinaannya sehingga ianya boleh diduduki. Cuba kita bayangkan proses membuat pakaian. Pakaian yang unik dan ada gaya kebiasaanya di reka oleh seorang pereka fashion. Pereka fashion ini tidak semestinya perlu menjahit. Dia boleh outsources kan kerja-kerja menjahit kepada tukang jahit. Tukang jahit pula dia boleh menjahit tetapi dia hanya boleh menjahit jenis pakaian yang dia pernah menjahit. Untuk keluarkan idea-idea baru dia pasti kebuntuan.
Perihal ini sama dengan proses pembinaan di mana arkitek merupakan seorang jurubina dan mastermind bagi keseluruhan projek. Pelukis pelan pula adalah orang yang melukiskan lukisan idea arkitek tadi secara teknikal dan kontraktor pula merupakan satu kumpulan yang melaksanakan proses pembinaan berpandukan idea arkitek tadi. 

Kelebihan menggunakan arkitek ialah mendapat kepuasan dari segi rekabentuk di mana rekabentuk dibuat atas penilaian terhadap tuan rumah/bangunan. Arkitek akan menyelami aktiviti dan keperluan pengguna bagi setiap sudut ruang dalam bangunan/rumah tersebut.

Jenis perkhidmatan seorang arkitek adalah
a) Perkhidmatan Asas
b) Perkhidmatan Sampingan
c) Perkhidmatan Tambahan

Saya akan terangkan berkenaan Yuran Minimum bg Perunding Arkitek seperti yang telah digariskan dalam Akta Arkitek  1967 dalam entry Perkhidmatan dan Kos Yuran Perunding Arkitek

Jika masih ragu dan ada pertanyaan serta ingin mendapatkan nasihat, boleh email kepada saya : khairunnisahamzahara@gmail.com




1 comments:

Widya Okta said... [Reply to comment]
This comment has been removed by a blog administrator.

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO