NUFFNANG

Monday 30 December 2013

Tips Berpindah dan Masuk Rumah Baru

Teks: khairunnisa hamzahara



Masuk tahu baru, ramai juga yang mula masuk ke rumah baru. Ada yang masuk rumah sewa dan ada juga yang masuk rumah yang benar-benar baru yang belum diduduki lagi. Untuk menduduki rumah baru ini banyak kerjanya. Bagi yang tak biasa pasti terasa penatnya. Baru-baru ini saya baru dapat kunci rumah baru dan dalam proses masuk ke rumah baru. Sebelum ini saya sudah berpengalaman bertukar keluar masuk rumah masuk kali yang ke 5. 

Pada awal perkahwinan saya dan suami menyewa di Rawang, Selangor. Ketika mengandung anak pertama kami bertukar menyewa di Segambut, Kuala Lumpur. Seterusnya berpindah ke rumah baru pertama yang dibeli di Alam Sari, Bangi ketika mengandung dan lahirkan anak kedua. Di ikuti pula berpindah ke Melaka dan tumpang sebentar di rumah mertua di Ayer Molek selepas berhenti kerja dengan kerajaan. Kemudian menyewa di Duyong, Melaka sambil setup perkhidmatan Online. Kini masuk rumah baru di Bertam ,Melaka dengan azam dan semangat baru!. Dalam masa 5 tahu perkahwinan sudah 5 kali berpindah. Jadi wajarlah saya kongsikan sedikit tips Berpindah dan masuk ke rumah baru yang lain untuk rujukan dan informasi kalian yang sedang membaca dan yang memerlukan informasi tentangnya.

Persediaan Sebelum Berpindah

Sebelum itu pastikan sudah ada rumah baru untuk didiami sama ada sewa atau beli. Kemudian pastikan sudah cuci rumah berkenaan dan bersedia menerima kemasukkan barang. Proses persediaan sebelum berpindah adalah seperti berikut:
1.Kenal pasti kategori Barang
2.Cari kotak atau dapatkan bakul tertutup
3.Labelkan kotak atau baku tertutup
4.Masukkan Barang ke dalam kotak atau bakul tertutup mengikut kategori barang dan kepunyaan bilik mana.
5.Barang kaca dibungkuskan dengan kertas atau kain/tuala
6.Barang mudah patah diasingkan dan dimasukkan ke dalam kotak atau baku bertutup yang dilabelkan mudah patah/pecah
7.Barang-barang yang sudah lusuh dan tidak digunakan sangat boleh dihantar ke pusat pelupusan atau pusat jualan barang-barang lama. Ambillah duit dari bahan jualan ini dari pengutip barang.
8.Asingkan barang keperluan semasa
9.Semasa makin hampir dengan hari berpindah, tinggalkan barang untuk kegunaan semasa untuk baki hari yang tinggal sahaja. Yang lain packing kan masuk dalam beg dan kotak. Labelkan
10.Buat checklist barang supaya tidak akan hilang barang masa berpindah
11.Letakkan setiap kotak dan bakul bertutup di bilik/ruang masing-masing. Jangan di campurkan kerana mudah untuk mencari barang jika perlu
12.Hubungi dan tempah lori seminggu sebelum berpindah
13.Hubungi saudara dan adik beradik minta bantuan seminggu sebelum berpindah

Kerja Semasa Berpindah

Bangun pagi dengan ceria dan sarapan terlebih dahulu sebelum memulakan kerja berpindah. Kemudian mula kan kerja dengan penuh semangat :
1.Kemas kesemua barang termasuk barang kegunaan minggu terakhir yang dah berlalu
2.Bawa keluar dan bawa turun ke semua kotak dan bakul tertutup dari ruang/bilik masing-masing
3.Angkat dahulu barang yang berat dan diletakkan diluar rumah 
4.Barang yang ringan tinggalkan dahulu di dalam rumah
5.Masukkan barang yang berat dan besar dahulu di atas lori
6.Bakul dan kotak yang berat dan padat diletakkan di bahagian bawah
7.Bakul dan kotak yang ringan diletakkan di bahagian atas
8.Barangan di dalam beg dan mudah diangkat boleh saja di bawa dengan menggunakan kereta sendiri dan kereta saudara serta adik beradik yang membantu
9.Pastikan rumah yang ditinggalkan dalam keadaan bersih
10.Sapu habuk dan bersihkan lantai rumah sebelum ditinggalkan pada hari berkenaan atau datang pada hari yang lainnya atau tinggalkan amanah ini kepada saudara yang duduk berhampiran. (jika pindah jauh)
11.Pastikan semua punca elektrik ditutup dan pili air dikunci.
12. Kunci rumah sebaiknya
13. Ucapkan selamat kepada kediaman yang ditinggalkan dan ucapkan terima kasih kerana memberi perlindungan di sepanjang menduduki rumah berkenaan
14. Jika ada tanaman, siram tanaman buat kali terakhir. atau bawa sekali tanaman (jika tanaman pasu)

Tips Pindah Masuk Barang ke Rumah Baru

1.Pastikan sudah bersihkan rumah baru yang akan didiami terlebih dahulu beberapa hari sebelum masuk ke rumah tersebut.
2.Pastikan juga kerja-kerja seperti pemasangan siling kapur yang baru, kerja-kerja pendawaian elektrik baru, pemasangan kabinet baru dan sebagainya sudah diselesaikan dahulu sebelum bawa masuk barang ke dalam rumah tersebut.Kerja-kerja ini berhabuk dan boleh dilakukan sebelum berpindah 
3.Semasa hari perpindahan, angkat dan turunkan barang dari lori dan terus di bawa ke ruang/bilik yang sepatutya mengikut label yang telah dicatatkan pada kotak dan bakul tertutup. 
4.Terus keluarkan barang dan susunkan barang ke dalam kabinet yang telah disediakan setelah kabinet tersebut dibersihkan dan dilap.
5.Jika dapati ada barang yang tidak sesuai atau sudah tidak diperlukan lagi, asingkan ke dalam kotak atau plastik yang lain untuk diagihkan ke tempat sepatutnya
6. Elakkan menangguh penyusunan barang atau tinggalkan di dalam stor sahaja
7.Gunakan tenaga dan mood berpindah yang diluangkan ini sebaiknya untuk mengemas sahabis mungkin.
8.Elakkan menwujudkan ruang/bilik stor. kerana barang yang disimpan besar kemungkinan tidak akan digunakan langsung. Jadi, semua barang yang digunakan susun sebaiknya. Tiada istilah stor di dalam rumah

Adab duduk rumah baru

1. Beri salam kepada rumah yang bakal di duduki
2. Cuci dan bersihkan dahulu rumah tersebut
3. Datang sekerap mungkin sebelum duduki untuk membersihkan kediaman dan solat serta mengaji di rumah tersebut setiap kali selesai aktiviti memberishkan rumah
4. Sebelum tidur di malam pertama, pastikan rumah sudah dibacakan doa dan dipasang "pendinding". Jemput jemaah surau berdekatan untuk mengadakan solat hajat dan sedikit tahlil untuk memberikan roh islam ke dalam rumah tersebut dan menghalau gangguan jin dan syaitan yang mungkin mendiami rumah tersebut sepanjang tidak berpenghuni.
5. Banyakkan mengaji dan bersembahyang di rumah ini bagi mengekalkan tembok "pendinding" penghalang masuknya gangguan jin dan syaitan ke dalam rumah
6. Setiap kali masuk ke rumah ucapkan salam
7. Berkenalan dengan jiran sekeliling untuk menjamin keselamatan rumah dan keluarga 
8. Tidak terlalu membuat bising hingga mengganggu jiran sebelah
9. Membuat kerja-kerja drill dan mengetuk di siang hari sahaja (malam jiran rehat dan tidur)
10. Sentiasa jadikan rumah dalam keadaan bersih dan terjaga

Itulah serba sedikit perkongsian dari tentang tips berpindah dan masuk rumah baru. Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut, boleh dapatkan Ebook Panduan Kediaman Pertamaku iaitu ebook sulung saya yang dikeluarkan demi membantu ramai orang dalam proses mendapatkan rumah, membeli rumah, membina rumah, mengubah suai rumah, mendekorasi rumah, memilih perabot dan sebagainya termasuk menjadikan rumah sebagai salah satu punca pendapatan

Selain itu, jemput singgah di blog perkhidmatan rekabentuk 3d online untuk menempah rekabentuk 3d buat kediaman anda semua. 

Salam sayang dari saya
Khairunnisa Hamzahara
Senibina Kehidupan Di rumah

Mahu belajari cara membina blog penulisan atau blog perniagaan? Boleh baca disini: http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/p/kelas-asas-blog.html


10 comments:

fazianbatrisyia said... [Reply to comment]

tips yg baik. tq

Unknown said... [Reply to comment]

Tips yang bagus untuk saya masuk rumah baru... so boleh susun atur strategi... thanks atas perkongsian

Norazila Azmi said... [Reply to comment]

Wahh 5kali pindah...mencabar tu

Mak Jemah said... [Reply to comment]

bulan depan dh kena pindah jugak. masuk rumah baru. lepas kawen ni bnyk lak kna pakai duit. kna jugak cr prabut ke apa ke. sian lak kat laki pening nk cari prabut kalau rumah kosong je. dah la nak raya dah. nk wat open house lg. kat mane eh ada prabut murah2.. hehe

Cikgu Jamila said... [Reply to comment]

mulakan hidup baru brkeluarga mmg mcm tu. bnyk duit pakai. sabar ye. tp tu la, harga brg skrg smua naik. smua mahal2. apa pon tak boleh

Anonymous said... [Reply to comment]

mase ak kawin, ak pon xde byk duit nk belanja sume.. Kena gune cara installment utk byr sume perabot yg kite beli.. Tp ak rs Courts yg paling bagus.. Diorg ade polisi "courts price promise".. Smpai skrg xde masalah.. Ak rekomen ko ni pon.. Cuba baca psl ni kat http://www.courts.com.my/promise.html

Sofea Kamal said... [Reply to comment]

@Hevind
klau u buat installment, nanti ko akan hutang je lebih utk courts.. Lbh baik klau kumpul duit dulu, pas tu beli trus

kaki skodeng said... [Reply to comment]

aku dulu kawen cari umah sewa yg fully furnished. haha. so masuk umah baru takde masalah nk bli prabot. nant duk umah sndiri baru cari prabot. huhu.

Mak Jemah said... [Reply to comment]

nant nk ajak laki tgk brg kat courts ah. bli je ansuran pon yg pnting brg mcm pti sjuk ngan mesin basuh harus ada kt umah baru nanti. promosi court utk raya pon dh start. brg2 mesti murah. dgn diskaun smpai 80% tu. huhu

Mhelmi said... [Reply to comment]
This comment has been removed by the author.

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO