Teks: khairunnisa hamzahara
Mungkin ada antara kita yang menyatukan pakaian suami dan isteri dalam satu almari. Adakah ia sesuatu yang tidak baik untuk dipraktiskan? Bukan tidak baik tetapi ia sebenarnya mempengaruhi aura satu sama lain. Saya tidak dapat menyimpulkan tentang perkara ini kerana ia melibatkan ilmu cas ion negatif dan positif antara lelaki dan wanita yang mungkin boleh diterangkan oleh orang lain yang lebih pakar. Namun secara prinsipnya pengasingan pakaian antara suami dan isteri memberikan aura positif kerana suami berasa ada satu tempat khas untuk pakaiannya dan isteri berasa selesa dengan sudut pakaiannya. Jika terpaksa disatukan dalam satu almari, buatlah pembahagian ruang di dalam lamari bukannya disatukan saja secara bersalang seli baju isteri dan suami. Dari segi prinsip dan disiplin, setiap pengasingan barang yang dibuat akan menjadikan kita lebih selesa dan mudah dalam pencarian. Misalnya kelengkapan yang disusun mengikut kategori dan tersusun akan memudahkan untuk diambil dalam masa sesaat berbanding kelengkapan yang dicampur aduk dan tidak bersusun, bertindih dan disimpan secara sumbat menyebabkan sukar untuk dijumpai. Pencarian yang sepatutnya sesaat tadi telah menjadi pencarian setengah jam yang akhirnya terpaksa menyelongkar keseluruhan ruang simpanan semata-mata ingin mencari kain songket yang lama disimpan atau stokin lagi sebelah yang masih tak jumpa-jumpa. Jadi apakah yang boleh dilakukan? Mula untuk menyusun dengan kemas:
1. susun ikut kategori
2. sediakan bakul yang lebih kecil untuk pembahagian ruang yang besar
3. menyusun pakaian mengikut warna
4. upah pereka almari/ beli almari yang siap dengan pembahagi ruang yang banyak
( ramai yang dah mula gemar konsep wal in wardrobe)
Walk in wardrobe yang diperkenalkan oleh orang putih sebenarnya menunjukkan masyarakat mereka sangat kisah tentang kekemasan dan praktikaliti dalam penyimpanan barang. Kerana mereka percaya dengan kekemasan dan ruang penyusunan khas bagi setiap keperluan akan memudahkan kehiudpan seseorang terutamanya kehidupan mereka yang sibuk dengan urusan dan pekerjaan di luar rumah seharian.
Pembahagian yang boleh dibuat di dalam almari adalah pembahagian ruang untuk:
1. ruang khas pakaian jalan
2. ruang khas pakaian di rumah
3. ruang khas untuk pakaian dalam
4. ruang khas untuk stokin
5. ruang khas untuk tudung dan anak tudung
6. ruang khas untuk tuala dan selimut
7. ruang khas untuk telekung
8. ruang khas untuk jaket
9.ruang khas untuk kain
10.ruang khas untuk seluar
dan sebagainya untuk suami dan isteri. Lebih baik jika dapat diasingkan pakaian isteri dan pakaian suami. Rata-rata kita sekadar satkanu pakaian dalam satu almari kononya untuk kemesraan. Saya pernah menghadiri satu seminar jutawan. Kata penceramah jutawan tersebut untuk mulakan kehidupan harian yang lebih energetic dan mempunyai aura luar biasa, mulakan dengan mengasingkan pakaian suami dan isteri. Mungkin ada yang lebih pakar untuk menjelaskannya. Saya sekadar berkongsi setakat yang saya tahu. Yang pasti, penyusunan mengikut kategori boleh memudahkan seseorang untuk capai sesuatu dengan mudah secepat sesaat!
KHAIRUNNISA HAMZAHARA
Senibina Kehidupan Di Rumah
Belajar Buat Asas Blog Di sini =>http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/2013/06/kelas-belajar-asas-membuat-blog-dan.html
0 comments:
Post a Comment