NUFFNANG

Monday 11 November 2013

10 SEBAB JANGAN BERHENTI DULU!

Teks: khairunnisa hamzahara



Siapa yang tidak mahu kehidupan di kediaman masing-masing semuanya sempurna? Malangnya kita perlu terima hakikat bahawa dalam kehidupan tiadak akan ada satu pun yang sempurna. Jika habis satu masalah akan datang satu masalah yang lain. Apa yang boleh kita pilih untuk buat adalah melakukan setiap sesuatu dengan cara yang paling terbaik. Dalam kehidupan rumah tangga sudah pasti si suami bercita-cita tinggi untuk mencari rezeki yang melimpah ruah buat seisi keluarga. Begitu juga dengan si isteri yang sangat mengimpikan menjadi seorang ratu yang baik hati di rumah dan disayangi seisi keluarga kerana membantu menguruskan kebajikan keluarga. Tetapi adakah ini sekadar dongengan atau boleh jadi realiti? Tepuk dada tanya semangat :)


Bagi ibu-ibu di luar sana yang mengimpikan kehidupan sebagai suri rumah tangga sepenuh masa dan mungkin menjadi seorang ibu yang bekerja di rumah, pasti ingin sahaja berhenti dari pekerjaan sekarang. Kalau diikut hati, mahu saja letak surat lepas jawatan hari ini. Tapi nanti dulu! Nasihat saya, jangan berhenti dahulu jika anda belum mampu buat kesemua di bawah ini:






10 SEBAB JANGAN BERHENTI DULU! 

1. Jangan berhenti lagi sekiranya masih kurang bersedia mental dan fizikal. Apabila kita sangat tidak bermotivasi ketika masih bekerja. Motivasi juga pendorong yang sama diperlukan 10 kali ganda apabila bekerja sendiri atau bekerja di rumah. 
Emosi, sentap, kecewa, mudah putus asa, sudah tidak yakin, sudha jemu, sudah bosan, perasaan ini tidak sesuai bagi suri yang bekerja dari rumah. Kerana gelombang di depan bukan calang-calang. Untuk persediaan awal baca naskah ini dahalu www.janawangdirumah.com

2. Jangan kata saya sudah putus asa. Kerana bekerja sendiri juga tidak ada istilah putus asa apabila kita mencari ruang dan peluang untuk mengukuhkan pendapatan. Memang ya, ada suri terpaksa kembali bekerja kerana pendapatan hasil bekerja dari rumah tidak mampu menampung keperluan kos sara hidup.
Mahu tahu cabaran sebenar bekerja di rumah rujuk pula naskah ini http://superwahmsupermom.blogspot.com/. Saya kongsikan kisah sebenar ibu-ibu yang bekerja di rumah, cabaran dan cara mengatasinya.

3. Sekiranya pendapatan masih terumbang-ambing, sangat perlu perlu membuat persediaan 3 tahun lebih awal untuk tiga tahun pertama berhenti kerja.

4. Sekiranya masih terumbang-ambing mengenalpasti pendapatan pasif dan pendapatan aktif, maka jangan berhenti dahulu. Lakukan dan kenalpasti ketika masih bekerja dan lakukan secara sambilan.
Kenalpasti apa jenis bisnes atau kerja untuk dilakukan di rumah, baca naskah ini untuk dapatkan penerangan terperinci http://101ideahomebasedbisnes.blogspot.com/

5. Jika belum ada kumpulan sokongan, cari dan dapatkan kumpulan sokongan. Kumpulan sokongan sangat penting, untuk kita berkongsi terutama ketika kita berada dalam keadaan kecewa dan memerlukan bantuan. Saya sudah sediakan platrformnya, boleh sertai di sini untuk sertai kumpulan sokongan.

6. Jangan berhenti dahulu sekiranya pendapatan ke dua atau ke tiga belum lagi stabil. Jangan fikir, ok selepas berhenti barulah boleh fokus untuk meningkatkan pendapatan. Ini mungkin mitos atau realitinya kalian bertarung mendapatkan hanya Rm10 sehari. Jadi kenalpasti lebih awal sekiranya mahu pendapatan bersih RM3000, maka perlu usaha bagaimana mencari pendapatan bersih RM100 sehari. Begitulah seterusnya. Meletakkan sasaran juga perlu realistik dengan apa yang dilakukan. Usaha mendapatkan RM100 sehari, tetapi masih lagi bertatih menjual dengan hanya dapat RM10 sehari. Itu namanya buang masa dan tenaga, selalu tingkatkan usaha dan sasaran. Keluar dari zon selesa.

7. Jika masih 'zon selesa' jadi jangan berhenti dahulu. Maksudnya mudah berpuas hati dengan usaha dan pendapatan yang ada. Sedangkan masih banyak yang perlu diselesaikan. Selalu hadir dengan mana-mana gabungan kumpulan suri rumah proaktif dalam bidang yang kalian minat.

8. Jika tidak ada mentor, mula cari sekarang. Selepas analisa mengenalpasti apa minat, kepakaran dan jenis bidang yang ingin diceburi, mula cari mentor dalam bidang tersebut dan ikut langkah yang sudah disediakan. Bergabung dengan suri yang sedia ada yang sudah sukses dalam bidang tersebut. Jika bidang masakan, maka carilah mentor dalam bidang masakan, jangan pula sibuk hadir seminar kecantikan. Jika bidang jahitan, maka carilah mentor dan suri yang sudah sukses dalam bidang tersebut.

9. Jangan keliru dan celaru. Sangat ramai usahawan suri dari rumah, mempunyai budaya ikutan dan ikut ok, ini baik untuk saya. Ok ini sangat bagus, jadi saya mahu jual. Sebelum menjual kenalpasti apa bidang yang mahu kita terokai, kemudian, kenalpasti sasaran mana yang mahu kita tuju, bukan main terjah.
Sediakan platform awal untuk mengenalpasti prospek awal dan mula kumpulkan mengikut bidang yang kita pilih. Jadi boleh baca panduan ini, untuk asas memperkenalkan diri, sebelum memperkenalkan produk, ia hanya dilakukan secara online sahaja, boleh baca naskah ini http://ebookasasblog.blogspot.com/

10. Jika sudah bersedia, dan persediaan yang rapi terutama, 4s dan 4t, maka sudah boleh letak jawaran atau surat cinta. Hantarlah dan nikmati penghijrahan baru. Apa itu 4s dan 4t, jadi baca pula rujukan ini

Sumber dari Puan Masayu Ahmad

Masuk ke kelas Belajar Buat Blog Dan Fanpage 100% Secara Online untuk wujudkan blog sebagai perantara diri dengan pelanggan bagi perniagaan onine di rumah sebagai salah satu pelengkap di rumah nanti  Kelas 100% secara online. Daftar kelas di sini: http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/p/kelas-asas-blog.html



Setiap pendafaran ke kelas akan memiliki ke semua ebook yang disebutkan di atas tadi iaitu: 

-Ebook Belajar Asas Blog
-Ebook Superwahm SuperMom
-Ebook Mula Bisnes Butik
-Ebook 101 idea Home based Bisnes


KHAIRUNNISA HAMZAHARA

{Senibina Kehidupan Di Rumah}

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO