Teks: khairunnisa hamzahara
Berada dalam lingkaran working mother at home benar benar membantu saya untuk positif dan berkembang setiap hari. Setahun yang lepas, saya berhenti kerja dengan majikan secara mengejut. Bukan sekadar mengejutkan majikan dan rakan malah ianya juga mengejutkan diri saya sendiri rupanya. Saya berhenti tanpa kelengkapan perisai. Selama setahun saya membina semula perisai bagi melawan kelemahan diri. Setiap hari berjuang melawan kelemahan diri. Alhamdulillah, dengan pertemuan dengan ramai ibu ibu hebat di alam maya hanya dengan menerusi penyertaan kelas asas blog di pertengahan tahun yg lalu saya sudah mampu berdiri dan berjalan. dengan izin Allah,Sudah masanya untuk saya memecut laju lagi memandangkan anak anak masih kecil. Saya perlu faham bahawa ada lagi cabaran yg sangat besar sebesar tsunami yg bakal menunggu dihadapan. Perisai saya perlu di perkuatkan lagi bagi melawan kelemahan diri sendiri. Dan hanya Allah saja yang mampu membantu. Dan saya bersyukur kerana Allah hadirkan saya keluarga yg hebat, guru yang hebat, dan sahabat yg hebat. Buat pertama kali nya saya bangun dari biasa dengan sokongan dengan guru dan sahabat perjuangan online bersama peserta kelas online yg secara tak langsung memberi saya dorongan untuk jadi lebih baik lagi setiap hari. setiap kami di bidang dan minat yang berbeza tapi kami saling memberikan semangat secara tak langsung kerana berada dalam satu group alumni yang sentiasa dapat pertukaran input baru setiap masa.Perjuangan perlu diteruskan. Terima kasih buat semua kerana berada di sini. Tanpa kalian, siapa lah saya.
Catatan di Wall FB Peribadi
KHAIRUNNISA HAMZAHARA
Senibina Kehidupan Di Rumah
Catatan di Wall FB Peribadi
KHAIRUNNISA HAMZAHARA
Senibina Kehidupan Di Rumah
0 comments:
Post a Comment