NUFFNANG

Thursday 28 November 2013

10 Tips Idea Jimat Menghias Rumah Sendiri

Teks: Khairunnisa Hamzahara
Imej: Google (maaf ya, gambar akan dimasukan kemudian, ada masalah ngan encik blogger ni time nak upload imej)


Gambar : Contoh hiasan yang lengkap

Alhamdulillah,
Hari ini saya berpeluang untuk berkongsikan 10 Tips tentang Idea Penjimatan yang boleh dilakukan untuk menghias rumah sendiri tanpa memerlukan khidmat perunding hiasan dalaman. Idea ini tercetus setelah pulang beraya dari beberapa rumah kenalan di mana mereka telah menghabiskan puluhan ribu ringgit yang diberikan kepada pereka hiasan dalaman bagi mengubah suasana kediaman mereka. Apa yang menyedihkan saya, ada kediaman yang saya dapat nilaikan harga hiasan dalaman dan aksesori nya tidak sampai RM20 ribu tetapi kos yang dikenakan adalah RM40k iaitu dua kali ganda. Mana tak nya , dah dia upah pereka hiasan dalaman , pasti lah mahal kan. Yang berduit pasti boleh tersenyum puas, tapi bagaimana pula yang tidak ada budget sebesar itu dalam menata rias kediaman.

Jadi di sini saya ingin berkongsikan 10 Tips dahulu tentang asas dalam menghias kediaman. Ini bukan sahaja di praktikan oleh saya sendiri, malah kebanyakkan pereka hiasan dalaman juga menggunakan kaedah yang saa seperti yang saya bakal kongsikan ini. Saya harap, perkongsian ini dapat memberikan manfat kepada semua yang membaca :)


1. Cari Idea dari Sumber "PERCUMA"


Mulakan membuat rujukan tentang idea dekorasi mengikut kesesuaian minat dan citarasa kita seisi keluarga. Dengan cara ini , kita telah dapat membuat penjimatan terhadap kos melantik perunding hiasan dalaman professional. Kita boleh dapat khidmat nasihat percuma dari Encik Google, Majalah hiasan dalaman, dan lagi satu (yang paling saya suka) adalah dengan cara berjalan-jalan serap idea ke rumah-rumah contoh yang disediakan oleh pemaju perumahan. Idea-idea ini sememangnya dari orang-orang yang professional dalam menata rias. Jadi kita hanya perlu set kan mahu mencari idea yang berkonsepkan macam mana? Tropikal , MInimalis, Moden, Inggeris, Timur Tengah , mahupun "Mix & Match".

2. Tetapkan Budget mengikut kemampuan


Setelah pilih konsep dan tema hiasan dalaman bagi kediaman, kita perlu berpijak di bumi nyata pula. Tetapkan budget mengikut kemampuan. Setiap ruang kita berikan anggaran kos yang akan dibelanjakan. Misalnya ruang tamu maksimum RM5 ribu sahaja, ruang makan RM4 ribu, Bilik Utama RM3 ribu dan seterusnya bilik-bilik yang lain. Oleh itu kita tidak perlu buang masa bila terpegang perabot yang harga yang tertera melebihi budget yang ditetapkan. Teruskan mencari dan mencari, walau perlu keluar masuk beberapa kedai. Yang penting kita dapat perabot yang bertemakan tema yang kita pilih dengan harga yang telah ditetapkan limitnya.

Sebenarnya kita boleh beli perabot utama yang memainkan peranan dalam ruang tersebut dengan harga yang mahal sedikit, tetapi lain-lain aksesori tambahan di beli di kedai "second hand" atau di jualn murah sahaja. Ini dapat menjimatkan kos dan dalam masa yang sama, pencarian barang sebegini lebih menjanjikan hasil yang lebih kreatf dan unik!

3. Lagak sebagai Tetamu


Pilih konsep sudah, Budget pun sudah, sekarang kita mulakan menghias. Semasa menghias, lagaklah seperti tetamu yang datang berkunjung ke rumah. Berdiri di depan muka pintu rumah dan melangkah masuk. Apa yang perlu ada dari pintu masuk hingga ke ruang-ruang lain? Perlukah ruang masuk disekat dan membentuk "Foyer" terlebih dahulu? Atau tetamu boleh terus masuk dan duduk di sofa? atau perlu ada kerusi tetamu di bahagian lain yang berasingan dengan kerusi penghuni lain untuk berehat dan menonton TV? ini semua tuan rumah yang tetapkan. Tuan rumah menetapkan ke mana arah tetamu perlu pergi dan apa aktiviti tetamu di rumah mereka.

Sambil-sambil itu renung setiap ruang dan buatkan kotak kecil dengan jari dihadapan mata, seolah-olah sedang ambil gambar dari lensa kamera? Adakah imej yang dihasilkan kelihatan cantik?  Atau ruang kelihatan terlalu kosong atau juga terlalu sarat? Tanyakan pada diri dan sering bandingkan dengan gambar-gambar yang dipilih dari internet mahupun majalah yang dirujuk sebelum ini.


4. Berikan Nafas Baru Pada Perabot Lama



Tidak semestinya perabot yang lama perlu dibuang. Jika kelihatan usang, kita boleh baik pulih dan perbaikinya semula . Terutamanya kerusi dan sofa. Sekarang banyak kedai baik pulih perabot boleh didapati. Mereka bukan sahaja boleh perbaiki rupa perabot kita malah kita boleh pilih fabrik dengan warna dan corak yang lain mengikut trend terkini bagi mengubah imej dan suasana rumah kita seolah-olah baru membeli perabot baru. 

Bagi perabot yang lain, catkan dengan warna yang lain. Bagi kesan yang dramatik, warna kan dengan warna-warna terang. Jika sebelumnya gelap, diwarnakan terang. Jika warna sebelumnya terang, kita warnakan pula gelap. Terus sahaja ruang nampak lain. Tak percaya, cubalah !

5. Rombak semula Susunatur Perabot


Cara yang paling berkesan dalam banyak-banyak cara ialah Rombak Semula susunatur Perabot berpandukan sumber rujukan yang diperoleh tadi dari internet, majalah mahupun rumah contoh yang dilawati. Ubah titik tumpu kedudukan perabot tersebut. Jika asalnya menghadap dinding bahagian dalam, tukar pula susunan menghadap pintu masuk dan tingkap luar. Begitu pula sebaliknya. Cari satu titik tumpu misalnya perabot menghadap TV atau menghadap pemandangan luar tingkap.

Jika nak tahu, sebenarnya inilah yang selalu dilakukan oleh perunding hiasan dalaman di mana mereka mengubah suasana rumah dengan menukar titik tumpu dan susunatur perabot di rumah. Cuba macam-macam cara pasti seronok. Nah, kini kalian pun boleh jadi pakar hiasan dalaman. Percuma bukan? :)


6. Warnakan Dinding Fokus Utama dengan Warna Terang

Duduk di muka pintu, dan pandang ke dalam ruang. Dinding manakah yang mula-mula terpandang? Dinding yang mula-mula kita terpandang dalam sesubuah ruang itu adalah dinding fokus utama. Dinding inilah yang perlu di terangkan. Cat kan dengan warna yang terang. Untuk selamat, pilih warna-warna yang bertemakan alam semulajadi. Ini kerana ketika pening atau sakit tak lah terasa berat mata memandang dinding tersebut jika dibandingkan dengan dinding bewarna merah terang atau biru gelap misalnya. Namun, tidak jadi masalah untuk memilih warna sedemikian. Asalkan kalian memang gemar atau obses dengan warna tersebut.  Sebabnya hari-hari nak kena pandang dinding tu kan :)

7. Perabot Tampak Baru dengan Aksesori 

Lengkapkan perabot sedia ada dengan aksesori. Misalnya dahulu sofa yang ada suram dan kosong. Tambahkan kusyen dengan kain satin yang berkilat kemudian letakkan alas sofa dengan corak yang eksklusif. Di sebelah sofa yang ditepi tingkap, tukarkan langsir yang seirama dengan sofa atau yang kontra dari warna sofa. Hamparan baru dihamparkan di hadapan sofa bagi membelai kaki ketika duduk di sofa. Letakkan meja kopi kecil dan lampu  meja disebelah sofa. Di dinding atas nya letakkan lukisan atau bingkai gambar. Akhirnya sofa yang dahulunya sofa kini menjadi tempat rehat yang di idam-idamkan. 

Aksesori lebih mudah dan lebih murah untuk didapatkan. Jadi , jangan sedih jika tidak ada budget untuk membeli perabot baru, gunakan budget yang ada untuk membeli, menukar dan menambah aksesori di sekeliling perabot sedia ada saja sudah cukup menjadikan perabot itu bergaya dan kelihatan baru.

8. Gunakan Lampu Samar Dan Lampu Spotlight

Saya namakan ia lampu samar iaitu lampu yang berwarna kuning. Ia sangat sesuai di pasang di malam hari bagi menaikkan suasana romantik, mengantuk dan menenangkan. Jika berpasangan, lampu ini membantu menjadikan suasana romantik, jika ada anak kecil , ia bantu menidurkan anak-anak berbanding terpasangnya lampu putih yang terang berderang, bagi orang-orang tua pula, mereka akan berasa rehat dan santai di malam hari dengan lampu kuning ini.

Pasang lampu samar bewarna kuning ini di siling, di dinding, di dalam kabinet mahupun di lantai bagi memancarkan efek dan mood yang dikatakan tadi. Ia sekaligus menjadikan suasana rumah lebih tenang dan eksklusif. Letakkan hiasan yang menarik di bawah lampu ini kerana ia akan menyinari ruang tersebut dan menyuramkan yang lain. Kegunaan lampu ini juga adalah bagi mengurangkan pandangan terhadap keseluruhan ruang. Berbanding menggunkan lampu putih di mana semua barang nampak jelas. 

Namun begitu, tidak lah semua lampu perlu bewarna kuning. Saya pernah melawat rumah jiran yang kesemua lampunya dipasang bewarna kuning sehingga suami nya mengalami migrain bila hendak buat kerja di rumah di malam hari. Lampu putih penting untuk pandangan sebenar. Jadi, pasangkan lampu putih dan lampu kuning di rumah dengan suis yang berasingan (bagi lampu downlight siling). Atau boleh saja gunakan lampu samar seperti lampu berdiri atau lampu meja saja.

Begitu juga dengan spotlight. Ia bantu menaikkan seri ruang terutamanya seri barangan yang dipancarkan lampu tersebut. Ini adalah seni dalam mempamerkan ruang. Boleh juga dapatkan lampu spotlight yang dijual di Groupon. Ia menggunakan bateri tanpa wayar dan ada jenis yang menggunakan solar. Lampu yang mudah dipasang ini boleh diletakkan dalam kabinet atau di celah-celah ruang.


9. Rawat Dinding Dengan Idea Kreatif

Dinding dengan Idea kreatif ini saya pernah bincangkan di post sebelum ini. Baca lebih lanjut di post Dinding Kreatif Ubah Suasana Kediaman

10. Membeli Barangan Hiasan Ketika Ada SALE

Terakhir sekali, belilah barangan hiasan rumah mahupun perabot ketika ada jualan murah. Tidak perlu berlagak kaya dengan membeli ketika tiada jualan murah melainkan ia memang murah :) Negara kita ada banyak musim perayaan dan ketika hampir musim perayaan pasti ada saja jualan murah diadakan. Jualan murah hari raya lah, jualan murah tahun baru lah, jualan murah aidilfitri lah dan macam-macam lagi. Tunggu saja. Yang pasti siapa sabar, dia pasti untung. Pernah dengar tak ayat ini: " Alah, untung nya engkau dapat beli pasu ni dengan harga murah, aku beli hari tu mahal" Jadi, bijak lah berbelanja dengan memilih ketika jualan murah berlangsung.

Saya ingin kongsikan di sini, saya pernah ke jualan murah MACY di mana harga kain RM80 semeter jatuh kepada harga RM1 semeter! Kain dijual secara segulung-segulung. Dalam satu gulung ada 40-50 meter. Jadi saya dapat kain 40 meter dengan harga RM40 sahaja. Kain yang cantik, berkualiti dan di import. Kenapa jual seringgit semeter? sebab ia ditolak oleh MACY cawangan singapura, jika tidak silap lah (ini yang saya dengar) ia disebabkan kain tersebut dikatakan terkena air dan berkulat. Memang benar ada sedikit kain yang berkulat namun masih tidak rugi kerana kain yang ada ada berpuluh meter. Saya dapat agih-agihkan kain tersebut di kampung dan merasalah saya dan ibu serta mak mertua saya. Kain tersebut kami jadikan "WALLFABRIC" dan selepas menggantungkannya, rumah saya masuk majalah! :) 

Saya juga pernah dapat batu dekorasi hiasan dinding dengan harga hanya RM10 sahaja. Harga asalnya RM299 sekeping. Kenapa jatuh harga RM10 sahaja? sebab batu tersebut telah tertanggal dari bingkainya . Saya dan suami memasukkan kembali batu tersebut dan gam kannya dengan gam batu di bingkai tersebut dan ia kembali normal dan boleh di pasang di dinding. Saya dapat beli 10 keping batu tersebut dengan harga baru RM100 berbanding jika harga asalnya boleh menceah RM3000. Hebatkan penjimatan yang berlaku? Begitu juga di IKEA, kalian boleh pilih barang di seksyen AS IS. iaitu barangan yang telah di pamerkan di ruang pameran. Perlu touchup sikit tapi harga dah jatuh jauh lebih murah. Rumah masih bergaya cuma tak perlu habiskan duit. Kita boleh gunakan duit lebih untuk kegunaan utama yang lain.

Ok lah..Sampai sini dahulu, saya akan kongsikan lagi 10 tips idea deko pada hari yang lain. 
Wassalam

//KHAIRUNNISA HAMZAHARA//

untuk membuat tempahan rekabentuk hiasan dalaman dan rekabentuk kediaman, boleh lihat di sini : http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/p/galeri.html

untuk ke kelas belajar hias rumah online, boleh masuk di sini : http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/2013/06/belajar-hias-rumah-online.html

dan untuk belajar asas blog dan penulisan secara online boleh baca selanjutnya di sini : 

17 comments:

MamaDaniel said... [Reply to comment]

bagusnya tips ni... thanks for sharing sis.. :D

Anonymous said... [Reply to comment]
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said... [Reply to comment]

Salam perkenalan...good sharing tips....boleh apply bila ade rumah sendiri nanti..

By the way..jom lawat blog saye
http://sihatnatural.blogspot.com

Cik Pinky said... [Reply to comment]

wowww...thanx dengan sharing ini.. Alhamdullilah sangat berguna untuk insan seperti saya yg lemah untuk hias rumah... ni dah nak raya niharus guna kan ia sebagai panduan.. Salam perkenalan dari saya.. :)

Meh singgah blog saya
http://vitamincrew.blogspot.com/

Unknown said... [Reply to comment]

Terbaik la..rumah yang sempit pun boleh jadi macam besar..good info..thanks

Unknown said... [Reply to comment]

nice one!

jemput baca ini
http://rehanswardrobe.blogspot.com/2014/07/home-deko-ruang-tamu-ruang-makan-rumah.html

Unknown said... [Reply to comment]

sangat berguna,,,:) terima kasih

amaninavitashop said... [Reply to comment]

Assalamualaikum..terima kasih sis.. :-) Tips yang sgt berguna dan menjimatkan.. :-)

qwe said... [Reply to comment]
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said... [Reply to comment]

Satu tips yang sangat berguna.tq

chedacheyu said... [Reply to comment]

Yang part tukar susun atur dan cat perabot tu mmg selalu buat. Tq for d tips

Unknown said... [Reply to comment]

Perkongsian yg bermanfaat...
Boleh jenguk2 sini jika nk buat perabot..
https://annurinterdesigner.blogspot.my/?m=1

Unknown said... [Reply to comment]

Perkongsian yg bermanfaat...
Boleh jenguk2 sini jika nk buat perabot..
https://annurinterdesigner.blogspot.my/?m=1

Unknown said... [Reply to comment]

Masalah yang jarang dibincangkan dalam isu interior design/hiasan dalaman ialah maintenance/penyelengaraan. Memang benar kita boleh mendapatkan design yang cantik yang kita mahu bila kita mula2 masuk ke rumah tersebut…tetapi bila kita mula “hidup” di dalam ruang rumah kita, kita akan dapati kita akan banyak mengkompromi design untuk membolehkan “functional living”. Inilah isu yang jarang dibincangkan, tetapi isu yang sangat penting.

IKEA adalah salah satu entiti yang banyak menyelesaikan masalah ini..bukan bermakna saya pro IKEA tapi saya rasa kita patut mendapatkan “essence of design” yang ada pada IKEA dalam menghias rumah kita.

Minimalist design adalah salah satu prinsip ruang rumah yang membolehkan kita mendapat kedua2 nya…design yang menarik dan functional. Popularity minimalist design semakin mendapat banyak exposure di social media dan mainstream media.

Hiasan dalaman tidak perlu lagi menjadi satu process yang complex, memadankan sofa, hiasan dinding, dengan carpet dan lain lain lagi. Ia akan lebih mudah dan bermakna jika kita menekankan konsep minimalist dan functional living dalam hiasan kita.

Rayyan Rayn Gallery- Polygonal Islamic Calligraphy

Unknown said... [Reply to comment]

banyak perlu dipertimbangkan untuk penggunaan ruang secara bijak. Kalau nak cari lebih banyak barang perhiasan dalaman rumah boleh ke https://bazaraya.my/home-living banyak pilihan untuk anda

Unknown said... [Reply to comment]

hai..korg ade nak carik idea utk lanscape tanaman di luar?sy bole advice ..nak letak articial rumput ke...nak deco bunga ke ..apa2 la landscape..sy suppy pokok juge..ples free to wsp me 011-16930576....hrga murah murah aje sempena mco ni..jom wsp k ..nice blogg sgt..cntik blog..

84kata.blogspot.com said... [Reply to comment]

blog walking salam kenai...betui tu nak mendeko rumah ni penin juga kan.hehe..btw saya ade jual bantal DAG DASABDUL bantal 7 bintang hotel tu...selain bantal ade comforter juga tgh sale skrg...kalau nak beli rogerla nt kami hantr ..kot nak tukar bantal lama ke boleh je..wsp je sy 0166371460..tq

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO