NUFFNANG

Sunday, 29 September 2013

Tujuan Hidup Dan Rezeki

Teks : khairunnisa hamzahara




(1) TUJUAN HIDUP:
"UNTUK MENDAPAT KEBERKATAN"

(2) REZEKI:
"BAGI MEMENUHI TUJUAN HIDUP"


KEBERKATAN

Apakah kita faham akan erti kehidupan yang di anugerahkan oleh Allah s.w.t. Kehidupan ini adalah semata-mata sebagai ujian untuk kita melepasi siratulmustaqim atau sebaliknya. Perkara Asas dalam kehidupan yang dianugerahkan oleh Allah ke atas hambanya adalah memenuhi tujuan hidup agar dapat kembali ke pangkuan Allah dengan selamat. Fitrah kejadian dan tujuan hidup semua manusia di muka bumi ini adalah berusaha untuk mendapatkan keberkatan dalam kehidupan. 

Agak sedih jika ada yang tidak nampak perkara "asas" ini. Kerana segala punca malang dan kecelakaan adalah kerana hidup tanpa keberkatan. Apa gunanya hidup tanpa keberkatan? Di manakah nikmat kehidupan tanpa keberkatan? Kita tahu keberkatan itu penting tetapi ramai yang menganggapnya perkara kecil.

Dalam membina keluarga dan kediaman, pastikan kehidupan harian penuh dengan keberkatan. Keberkatan ini bukan sahaja perlu dituntut dari Allah. Malah kita perlu berusaha mendapatkan keredhaan dan keberkatan dari Ibu Bapa, Suami Isteri, Anak Beranak, Adik Beradik, Saudara Mara, Rakan Taulan dan masyarakat sekeliling serta tidak lupa terhadap makhluk Allah yang lain. Ya, keberkatan itu perlu diusahakan. Diusahakan dengan bersungguh-sungguh. Kita perlu menggembirakan Allah, Ibu Ayah, Suami Isteri, Anak-anak, Adik beradik, saudara mara, rakan taulan, masyarakat sekeliling dan makhluk Allah yang lain sebelum kita mendapat keberkatan dari mereka yang seterusnya menjadikan doa mereka makbul untuk kita, kita mendapat hidup yang bahagia dan rezeki yang melimpah ruah. 

REZEKI

Rezeki pula adalah satu perkara yang sangat subjektif. Ingatlah bahawa tujuan untama dalam hidup bukanlah mencari rezeki tetapi mencari keberkatan hidup!. Rezeki di cari bagi memenuhi tujuan hidup tadi. Rezeki juga di cari bagi mendapatkan keberkatan mereka yang disebutkan tadi. Tanpa rezeki bagaimana pula untuk meneruskan kehidupan. Rezeki adalah "tool" untuk menjalani kehidupan yang berkat. Jadi, adakah kita boleh ambil sambil lewa tentang perkara rezeki ini? kerana rezeki yang tidak halal tidak dapat membina kehidupan yang penuh dengan keberkatan.

Rezeki bukan sahaja berbentuk wang ringgit. Tetapi rezeki juga adalah berbentuk Ibadah, kesihatan, masa, kehidupan, ilmu, dan kemudahan. Misalnya ,Tidak semua orang dapat rezeki ibadah walaupun dia seorang yang pernah belajar di sekolah agama. kerana mungkin setelah bekerja, dia sibuk dengan kerja hariannya. Sering pula dia melambatkan solatnya dan jarang mengajinya. katanya iman nya sentiasa ada di dada walau sibuk macam mana. Quran pula tersemat di jiwa. Ia ada, ia memang miliknya tetapi ia bukan rezekinya kerana rezeki itu adalah sesutau yang dimanfaatkan dan digunakan sentiasa. 

Begitu juga dengan kehidupan. Ada yang miliki isteri dan anak-anak tapi perlu outstation berbulan lamanya. Ya, dia ada anak dan isteri tapi pada bulan itu , ia bukan rezekinya untuk menjalani kehidupan dengan anak dan isterinya. Begitu juga dengan masa, dia punya masa tetapi masa itu bukan rezekinya. masa itu dihabiskan untuk menyelesaikan kerja majikannya. Dia juga punya ilmu, miliki ilmu, tetapi ilmu itu bukan rezekinya kerana dia tidak dapat manfaatkan ilmunya. 

Perkara ini benar-benar membuka mata hati sang pencinta kedamaian dan ketenangan. Dapatkan keberkatan, rezeki pasti datang. Jangan pernah takut untuk berhenti kerja seketika untuk menunaikan solat kerana takut dibuang kerja. Tidak ada apa yang perlu ditakukan melainkan Allah. Rezeki Allah maha luas. Jangan kita meletakkan rezeki kita kononya di tangan majikan. Kononnya rezeki itu datang dari usaha kita. Buang jauh pemikiran begini. Nikmat rezeki Allah yang bagi. Bukan pula selepas dapat rezeki kita bole award diri dengan perkara lagha seperti berhibur dan bersuka ria. Siapa kita untuk meraikan rezeki yang diterima? Rezeki yang diterima perlu disalurkan kepada usaha untuk tujuan hidup tadi, iaitu usaha untuk dapatkan keberkatan.

Misalnya:
Rezeki Wang Ringgit 
untuk keberkatan illahi - menunaikan umrah dan haji
untuk keberkatan ibu bapa - bantu ibu bapa dalam perbelanjaan harian (mudahkan urusan)
untuk keberkatan suami/isteri -bantu pasangan memudahkan pekerjaan/urusan
untuk keberkatan anak - gunakan untuk pendidikan dan pengasuhan
untuk kebekatan orang lain- sedekah dan hulurkan bantuan

Rezeki Kesihatan
untuk keberkatan illahi- manfaatkan kesihatan dengan menunaikan ibadah sebanyak mungkin
untuk keberkatan ibu bapa - bantu ibubapa menggunakan pancaindera yg ada

dan seterusnya begitulah. Sama juga dengan rezeki masa, rezeki kehidupan, rezeki kemudahan, rezeki ilmu dan sebagainya. Selepas dikurniakan rezeki ini, kita perlu menyumbangkannya ke arah keberkatan hidup. Hidup bukan milik kita. Hidup bukan hak kita. Tetapi hidup adalah hak Allah. Bagitu rumit kan? Tetapi jika kita faham konsepnya, ia jadi mudah. Seperti orang yang pandai berniaga, setelah tahu asasnya, dia mampu adaptasikan kepada perkara lain. Sebab itu kita kena kuasai erti kehidupan. Agar kita tidak tersasar jauh. Agar kita ada landasan yang betul. Dan kita boleh adaptasikan maksud kehidupan ini dalam semua pekerjaan yang sekaligus akan membentuk diri kita dengan peribadi muslim yang mulia.

Saya dan suami suka dengar lagu dari anak kecil yang datang nya dari Indonesia ini yang bernama Tegar. Cuba hayati lirik lagunya. Dan saksikan video youtube nya di youtube ya. Moga kita yang sibuk "bekerja" dan "berniaga" dapat mengahayati seketika maksud kehidupan , dan di mana keberkatan dalam kehidupan kita. Insyaallah kita perbaiki sama-sama :)


Lirik Lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang - Tegar


Aku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu ditendang sekarang ku disayang
Dulu dulu dulu ku menderita,
Sekarang aku bahagia

Cita-citaku menjadi orang kaya
Dulu ku susah sekarang Alhamdulillah
Bersyukurlah pada yang Maha Kuasa
Memberi jalan untukmu semua..

Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam, selalu bawa uang recehan
Mengejar cita-cita paling mulia
Membantu keluarga di rumah

Sekolah dulu ku gak punya biaya
Terpaksa ku harus mencari nafkah
Tetapi, aku tak berputus asa
Pasti yang kuasa memberi jalannya

Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam, selalu bawa uang recehan
Mengejar cita-cita paling mulia
Bersyukur masuk dapur rekaman..

Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam, selalu bawa uang recehan
Mengejar cita-cita paling mulia
Bersyukur masuk dapur rekaman..

Sekolah dulu ku gak punya biaya
Terpaksa ku harus mencari nafkah
Paling bisa bantu dengan penuh cinta
Cinta yang penuh warna..

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu ditendang sekarang ku disayang
Dulu dulu dulu ku menderita,
Sekarang aku bahagia

Cita-citaku menjadi orang kaya
Dulu ku susah sekarang Alhamdulillah
Bersyukurlah pada yang Maha Kuasa
Memberi.. ... memberi .. jalan untukmu semua


untuk yang terakhirnya, kita perlu tahu yang manusia yang berusaha pula terdiri dari 2 jenis. Yang pertama dia selalu kata "memang rezeki dari Allah tapi kita perlu usahakan" orang yang sebegini lebih membesarkan usahanya dari Allah . Sedang dia tidak perasan jika tiada rezeki kesihatan, rezeki ilmu dan rezeki wang ringgit yang diberikan Allah , maka usaha bagaimana pun ia tidak akan dapat. Orang begini lebih akan meraikan setiap kejayaannya kerana merasakan kejayaan itu adalah hasil dari titik peluhnya. Lebih parah ia boleh menimbulkan rasa bermegah dan sombong walau mulutnya sentiasa berkata ALhamdulillah di hadapan manusia dan ketika berucap.

Satu jenis lagi adalah jenis yang membesarkan Allah dalam setiap perkara sehingga dia akan berkata " memang perlu berusaha tetapi rezeki itu semuanya datang dari Allah". Manusian sebegini akan mendahulu kan Allah dalam banyak perkara. Dan ucapan Alhamdulillah di mulutnya adalah ucapan Alhamdulillah yang benar-benar mensyukuri nikmat Allah, bukan mengucap dengan riak. Subhanallah, Astaghfirullah, moga kita tergolong dalam golongan manusia yang pertama tadi.

Akhir kalam,
Hiasi Kediaman, Hiasi Peribadi kelak pasti rumahku menjadi syurgaku :)

//KHAIRUNNISA HAMZAHARA//

marilah kita mulakan mencari rezeki secara lebih luas melalui alam maya agar dapat kita memenuhi tujuan hidup kita bagi memperoleh keberkatan dari Allah dan manusia serta makhluk di sekaliling kita.

Blog adalah tools percuma untuk penyebaran maklumat dan perniagaan di alam maya. Mula daftar diri untuk menyertai kelas asas blog. Layari di sini untuk mendapatkan maklumat lanjut : http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/2013/06/kelas-belajar-asas-membuat-blog-dan.html









Thursday, 26 September 2013

Hari Tentera diluar bayangan adik dan kakak

Teks: khairunnisa hamzahara

Pada hari minggu yang lalu, kami sekeluaga bergerak dari Melaka menuju ke Bandaraya Kuala Lumpur. Si suami ada "meeting semangat kumpulan bulanan " di Tasek Perdana seawal 7.30 pagi. (suami adalah perunding kewangan/insurans yang aktif dan sepenuh masa. Sudah cecah 3 tahun lamanya). Suami cadangkan saya tidak terus ke rumah ibu saya di Bangi tetapi membawa anak-anak ke "Dataran Merdeka". Kata suami: "Hari ini ada Sambutan Hari Tentera". Oh, sungguh saya tidak tahu kisahnya ada Hari Tentera masa tu . Macam tu lah bila dah 24 jam duduk rumah. Kadang-kadang hari pun saya tak perasan hari apa. Sebab tak pernah menunggu hari cuti atau bila hari nak start bekerja. Setiap hari adalah sama bagi saya. Menjadi suri rumah dan ibu sepenuh masa disamping menyelesaikan semua pekerjaan yang timbul baik di dalam rumah atau di dalam internet. Bila penat, berehat dulu. Dah segar, sambung semula. Macam tu lah rutin harian.

Ok, sambung semula cerita, adik dan kakak ternganga-nganga semasa Daddy nye turunkan kami di tepi dewan bandaraya KL. Saya perlu bawa anak ke arah Dataran Merdeka. Suami siapkan bekal sarapan dan wang saku kalau-kalau kami terasa lapar. Tapi anak-anak sikit pun tak lapar kerana excited sangat bila nampak askar ke hulu hilir seawal 7.30 pagi di mana acara belum bermula. Riuh rendah dengar soalan dari mulut si adik dan si kakak. Ok, selanjutnya saya ceritakan secara bergambar ya. Scroll ke bawah :)


Gambar : si adik dah mula rasa cuak, tak percaya nak jumpa askar. Si kakak sangat excited. sambil di tangan bawa keropok dan radio al-quran kegemarannya yang digantungkan di leher.

Gambar: Semasa sedang berjalan menuju ke dataran merdeka, ada bebrapa buah kereta kebal dan truck askar parking di depan dewan bandaraya KL. Mungkin memang sengaja di parking kan di sini bagi orang ramai ambil gambar sebagai kenangan dan lihat serta sentuh sendiri kereta kebal.
Gambar : Mula-mula si adik takut untuk sentuh. Siap menangis dan menjerit. Tapi bila lihat si kakak berani sentuh dan sandar, si adik beranikan diri menyentuh kereta kebal. Dia betul-betul tak percaya yang dia sedang menyentuh kereta kebal. Mommy tergelak saja :)

Gambar : si adik melihat abang askar dari jauh
Gambar : Sabar menunggu perarakan start walau perlu duduk di bawah celahan kaki orang dewasa yang tak bagi langsung laluan pada kanak-kanak kecil.
Gambar: Bila ada jet dan kapal terbang askar lalu saja di atas kepala, mereka pun sama membuat aksi sedang terbang

Gambar : Masa ni orang belum ramai lagi, bila orang dah semakin ramai, yang dewasa mula ke depan dan menolak ke belakang si kanak-kanak kecil yang sedang excited ni. 

Gambar: bertuah anak-anak saya yang sempat tengok perarakan sebegini masa kecil lagi. mommy nye dapat melihat perarakan sebegini setelah usia berpuluh tahun :) syukur Malaysia "masih" aman. Anak-anak dapatlah lihat askar berarak menyambut hari merdeka. Jika di bumi palestin dan syria serta di mesir, kanak-kanak menyorok ketakutan. Itulah yang saya ceritakan kepada anak-anak sepanjang mereka menyaksikan perarakan tentera ini.

Gambar : Si adik sangat suka aircraft dan helicopter namun apabila ia muncul adik tidak terucap sebarang kata, mungkin dia sungguh terpegun.

Gambar : Bila sampai saja askar yang berpakaian menyamar sebagai belukar ini, si adik menjerit-jerit minta dukong untuk di bawa pulang. Katanya itu orang jahat macam hantu. Saya terpaksa terangkan yang asakr perlu menyamar di dalam belukar untuk menyorok dari musuh. Barulah adik faham. Tapi masih takut.

Gambar : ketika perarakan tentera bermuzik pancaragam, si kakak mula konfius. Askar punboleh main muzik ke mommy? Saya kata askar ini berlatih main muzik untuk menghiburkan kakak. Askar ni baik.

Gambar : Askar yang ini pula mengendong beg galas yang penuh dengan kelengkapan askar sepanjang berada di hutan. mereka membawanya sentiasa kerana setiap askar membawa bekalan masing-masing. (mommy bercerita satu persatu kepada anak-anak)

Gambar : kebanyakkan askar mencontengkan muka dengan pewarna hijau. Kami betul-betul berada di sebelah askar yang berarak. si adik memalingkan muka kerana seram dengan muka askar yang bewarna hijau. 

Gambar: Sedang menyaksikan perarakan, kelihatan pula beberapa buah kapal terbang askar menjatuhkan askar payung terjun dari langit. Adik kata belon. Kakak kata askar terbang. Si adik berkeras kata belon. Lalu mommy nya bergegas bawa anak-anak menuju ke padang dataran merdeka untuk saksikan sendiri askar landing di padang. Orang sangat ramai, cuaca mula terik. 

Gambar : Akhirnya kami berjaya sampai di padang dan minta laluan sampai ke depan. Bila sampai saja di depan sekali, adik dan kakak nampak dengan jelas. Lantas adik pun kata : "eh , tu bukan belon la, tu macam orang je". Saya tersenyum, saya kata "sebenarnya belon yang adik nampak turun dari aeroplane tadi ialah askar-askar yang turun dengan payung terjun dan sekarang selamat sampai di tengah padang" kata si adik lagi " adik pun nak terjun dari aeroplane. boleh tak mommy?" :)

Gambar : Adik dan kakak benar-benar terpegun melihat aksi abang askar selamat mendarat dengan payung terjun. Kini adik dah tahu, belon yang adik nampak keluar dari kapal terbang askar itu adalah askar yang terjun dengan payung terjun


Gambar : perarakan kereta kebal pula selepas aksi askar dengan payung terjun tadi. yang ini saya juga tak tahu apakah dia. kata si suami selepas tengok gambar ini, mungkin ini adalah jambatan lipat yang digunakan oleh askar untuk menyeberang sungai. 

Gambar : Di hadapan dataran kami tidak ada ruang untuk menyelit. Saya dengan pantasnya membawa kedua anak kecil ini berjalan dengan pantas menuju ke bawah landasan lrt di mana ia merupakan laluan terakhir semua kenderaan berarak sebelum pusing ke jalan pulang. Kami berteduh di bawah landasan ini dari terik matahari. Tak sangka di sini kami berkesempatan menyaksikan kereta kebal di hadapan mata tanpa halangan. Bunyinye sungguh kuat sehingga adik menangis dan asapnya sungguh bubuk dan menyakitkan hidung. Lantas saya bawa anak-anak undur ke belakang

Gambar : sebenarnya banyak lagi aksi termasuk aksi jet pejuang mengeluarkan asap merah dan terbang mendaki ke langit. Tetapi saya sibuk memeluk adik yang meraung nak balik. Katanya bumi nak pecah. Masyaallah. Sungguh kuat. Terbayang pula macam mana anak-anak di bumi palestin menahan getaran di jiwa apabila mendengar bunyi roket, peluru dan jet yang membinasakan bumi mereka. Lihat di gambar ini, semasa menyambut hari tentera, ada yang excited sampai mencontneg muka anak-anak kecil mereka. Yang di gambar ini baru berusia satu tahun lebih :)


Gambar : Selepas perarakan, kami masih di sini. Menunggu Daddy datang jemput. Semasa berehat di tepi air pancut di depan dewan bandaraya KL, tiba-tiba ramai askar datang berehat di sini. Bukan kami nak bergambar dengan encik askar ni semua tapi askar-askar ini yang ajak si adik dan kakak bergambar. Si kakak sangat suka. Tapi si adik takut. Katanya, askar bunuh kanak-kanak di palestin. Puas sudah saya memujuk, akhirnya ada seorang askar yang mendukung adik dan adik bole tunjuk "peace" masa gambar di ambil :)

Gambar : ini lah gambar dua kanak-kanak yang telah berpeluh dan kepenatan. Tetapi mereka telah belajar dan merasakan sendiri banyak perkara yang tidak boleh mereka rasakan dengan hanya menonton di TV. Kata si kakak, kat TV lain, kat sini lagi Hebat! :)

Gambar : semasa Daddy sudah datang menjemput, kereta berjalan perlahan. rupanya kesemua kenderaan askar yang berarak tadi berderet tersusun di tepi jalan. Nah, adik dan kakak dapat lihat lebih dekat satu persatu kenderaan askar. Yang paling best, boleh melihat kesemua kenderaan ini di dalam aircond (dalam kereta). (penat-penat mommy tadi rupanya boleh lihat dalam kereta saja-tapi tak apa, janji puas hati)

Gambar : Melihat kesemua kenderaan askar ditinggalkan di belakang melalui cermin tepi kereta, si adik dan si kakak melambai-lambai. Pulang dengan gembira walau masing-masing kepenatan. Kata kakak " banyak ni nak cerita dengan nenek dan atok" 

Yang pasti, ibu mana yang tak suka bila melihat anak-anak nye gembira dan semakin bijak. Pengalaman membawa beribu erti buat anak-anak. Kini kisah askar dan kenderaannya menjadi sebutan di mulut si adik dan si kakak. Bila lihat sendiri, baru mereka tahu yang ia wujud ai alam realiti selain melihat di kaca TV. kata si adik, askar memang ada, hebat, jet dia laju, bunyi dia kuat. dan dia terus bercerita dan bercerita. Saya pernah teringat kata-kata seorang veteran, dedahkanlah anak-anak dengan pengalaman depan mata, kelak dia akan pergi lebih jauh (lebih bijak ) dari usianya. Insyaallah selagi mommy dan daddy mampu dan masih bernyawa, kehidupan ini hanyalah semata-mata membesarkan anak-anak. Insyaallah. 

Di akhir catatan,
Salam Sayang dari saya buat semua anak-anak kecil yang berjiwa besar.

//KHAIRUNNISA HAMZAHARA//
~Senibina Kehidupan Di Rumah~





Makeover Dapur Mak Mertua

Teks : khairunnisa hamzahara

Assalammualaikum pembaca yang budiman

Terasa lama saya tidak membuat entry berkenaan MakeOver kan? Al maklumlah hidup mula "porak peranda" sebab tempahan rekabentuk kediaman semakin hari semakin bertambah. Alhamdulillah berkat doa dan support dari pembaca blog ini juga. Kebanyaakan yang membuat tempahan rekabentuk adalah dari kalangan pembaca blog ini juga. Mungkin satu hari saya patut buat "Giveaway" kepada pembaca yang budiman sebagai tanda penghargaan dari saya :)

Dua minggu yang lalu bapa mertua ada menyuarakan hasrat untuk mengubah suai keadaan dapur di kediamannya. Saya pula tidak kenal lagi kedai yang baik dan harga berpatutan jika di Melaka ni. Lalu satu hari bapa mertua ternampak banner tentang kabinet dapur di depan kedai store yang biasa dikunjungi untuk membeli barangan dapur. Harga yang dipaparkan sangat murah berbanding kedai kabinet dapur yang lain. 

ARKITEK ON CALL!!

Satu hari semasa sedang menyuap anak-anak makan tengah hari, dapat panggilan dari adik ipar. katanya : "Baba suruh datang umah sekarang!" rupanya bapa mertua telah panggil kontraktor kabinet dapur untuk datang ukur dapur di kediamannya. Bila kontraktor tersebut tanya nak design macam mana dapur ni? terus bapa mertua panggil saya datang. Adik ipar kata, siap sekarang, dia datang ambil kami anak beranak (suami pergi kerja masa tu). Saya pun bergegas bersiap ke sana , terasa sekejap seperti "Arkitek On Call" (nak juga rasa macam Docter-On Call :)

SESI PERBINCANGAN
Semasa Sesi Perbincangan, kontraktor a.k.a supplier kabinet dapur ini tidak dapat bayangkan bagaimana yang harus di buat sebab nya dia bukanlah designer. Jika tuan rumah telah ada idea reka kabinet dapur tersebut, dia hanya akan bagi katalog untuk memilih warna dan material kabinet sahaja. kemudian dia akan buat di kilang dan datang pasang. 

Sambil hisap rokok di luar, kontraktor berbangsa cina ini tadi menunggu kehadiran saya. Sampai saja, saya di tunjukkan potfolio kerja kontraktor berkenaan. Katanya ;" Pilih dari sini macam mana yang you suka". Sebenarnya saya telah pun berbincang dengan mak mertua macam mana design yang sesuai dengan dapurnya dan kediamannya yang ala-ala rumah antik dan klasik melaka ni.

MASALAH 1 # KEKALKAN KABINET BAWAH YG ASAL
Untuk rekabentuk dapur yang baru, bapa mertua dan mak mertua "request" tak nak "demolish" kan dapur asal. Cuma buat penambahan dan penambahbaikkan sahaja. Jadi kaunter top yang dibina dengan konkrit dan jubin "lama" akan di kekalkan. Dan pintu sliding di kabinet bawah yang "lama" juga dikekalkan. Agak mencabar untuk menyatukan barang lama dengan barang baru. Tapi tak apa. Tak cuba tak tahu kan. 

MASALAH 2 # LAMA VS BARU
Jadi saya cadangkan bina kabinet atas dengan pintu kabinet yang dilekatkan dengan cermin muka. Jadi tidak nampak perbazaan warna kabinet lama dengan kabinet baru sebab kabinet baru hanya berwajah cermin. Tidak ada surface yang bewarna. Maka ia tidak menonjol dan menenggelamkan kabinet yang lama.

MASALAH 3 # PINGGAN MANGKUK
Masalah utama di ruang ini adalah kurang kemas (bersepah) kerana semua benda perlu letak di atas kaunter top. Paling menyepahkan adalah pinggan mangkuk yang diletakkan pada pengering pinggan mangkuk di atas kaunter top. 

MASALAH 4 # JUBIN DINDING LAMA
Bila dipikirkan, keliling ruang dapur ini dipenuhi dengan jubin dinding yang agak "fashion lama". Kalau keluar duit beribu tapi dinding masih kelihatan lama tentu tak terasa kesannya sangat kan. Jadi saya dan kontraktor memikirkan solusi terbaik untuk treatment dinding ini,

MASALAH 5 # PINTU LAMA KE DAPUR BASAH
Bila siap kabinet dapur baru nanti, bagaimana pula dengan pintu satu daun yang menghala ke dapur basah? Pintu tu dah kelihatan kusam dan akan kelihatan kontra dengan kabinet baru nanti. Pintu ini juga sebenrarnya mengganggu ruang TV di mana daun pintu nye yang boleh di kuak habis membantutkan sebarang perletakkan hiasan dinding dan kabinet di ruang TV tersebut. Jadi apa yang dicadangkan? kita lihat pada solusi di bawah nanti.

MASALAH 6 # RUANG GANTUNG TV
TV ni dah lama mak mertua cuba gayakan. Bermula dari TV yang diletakkan di atas meja kabinet TV sekarang dah gantung di dinding pula sebab dah guna TV flat screen. Jadi bila gantung, nampak kosong pula. Jadi diletkkan kabinet di bawah TV. Namun dinding di TV tetap nampak kosong. Jadi apakah solusinya? lihat juga di bawah nanti ya.

Ok, jika dilihat pada keseluruhan dapur ini, ada 2 ruang iaitu ruang Dapur kering  yang bergabung dengan meja makan dan juga ruang menonton TV. Kabinet dapur baru semata boleh menenggelamkan keseluruhan ruang dan perabot lama jika tidak di ambil kira kesannya. Jadi satu perancangan rekabentuk yang drastik namun masih menjaga kesopanan ciri-ciri klasik rumah asal perlu dijaga dengan teliti.

Gambar : Kaunter top dapur kering yang agak kurang kemas dengan barang dan diperbuat dari konkrit dan jubin


Gambar : Dapur kering yang bergabung dengan ruang makan dan ruang menonton
Gambar : ruang menonton bersebelahan meja makan


SESI REKABENTUK 3D
Apabila sesi perbincangan dengan Mertua dan Kontraktor sudah selesai, rekabentuk 3D dikeluarkan. Namun tidak lah ikut 100% dalam 3D ini kerana dari segi warna, ada perubahan sedikit. Kalau lihat di imej 3D ini templete glass bewarna Merah Menyala. Tapi di akhir pemilihan saya gunakan warna coklet cair matelik seakan warna emas dan metalic Jika dilihat dari 3D ini, masalah di atas dapat diselesaikan dengan baik iaitu :

#CERMIN MUKA PADA PINTU KABINET
Asalnya saya cadangkan rekabentuk kabinet yang penuh di dinding bersebelahan pintu bilik. Di mana kabinet penuh ini akan sentuh kaunter top kabinet bawah. Keseluruhan kabinet ini akan dipasang cermin muka di pintu kabinet. Ia akan memberikan kesan illusi kepada tetamu di mana mereka akan ingat ia adalah cermin muka hiasan tetapi sebenarnya di belakangnya adalah kabinet pinggan mangkuk. Namun apakan daya, kontraktor tidak berani buat sebegitu dan dia sarankan untuk gantungkan kabinet di bahagian atas sahaja macam biasa namun dia masih pasangkan cermin muka. Motif asal untuk nampak kan ruang jadi besar tidak tercapai kerana cermin muka berada di bahagian atas, jadi tak sampai untuk jenguk muka. Tapi jika dipikirkan semula, ada hikmahnya juga, rumah mertua sudah sarat dengan barang, jika tetamu datang, dengan cermin muka sebesar dinding di atas kabinet pasti ruang nampak lagi bersepah" kerana nampak double pergerakan dalam ruang dek kerana cermin muka tadi.

#HARMONI
cermin muka yang dibina di pintu kabinet ini tidak menonjolkan sebarang warna, jadi ia kelihatan mesra dan harmoni dengan kabinet asal di bawah dan kauter top berjubin maroon di atas kbinet bawah.

#PINGGAN MANGKUK
Pinggan mangkuk yang nampak bersepah di atas kaunter top dahulu akan nampak kemas kerana aksesori tempat pengering pinggan mangkuk dipasang di bahagian atas kabinet. Ia tergantung dan boleh ditutup untuk kelihatan kemas. (tak nampak pinggan magkuk lagi)

#TEMPLETE GLASS TUTUP JUBIN
Template glass dipasang di atas jubin dinding lama bagi menjadikan kabinet ini berwajah baru secara total dan mendapat treatment dinding lama yang baik. Tidak lagi nampak jubin dinding yang lama. Ia dilekatkan di sekeliling ruang dinding bawah kabinet atas. Templete glass ini boleh di tebuk. Oleh itu, beberapa kotak kecil akan ditebuk di atas templete glass bagi memasang beberapa set suis di situ untuk kegunaan microwave, oven, pembakar roti dan juga tarmos elektrik. Yang menarik di sini, saya dapat memujuk kontraktor untuk memasang lampu spotlight bewarna kuning di bawah kabinet atas yang memancarkan cahaya ke templete glass ini di waktu malam. (tak perlu lagi buka lampu terang di waktu malam ketika semua sedang nyeyank tidur. Hanya perlu pasang lampu kabinet ini sahaja jika ingin bangun buat susu anak atau bangun minum air)

#PINTU SLIDING SATU PINTU
Jika dilihat pada gambar asal keadaan dapur, pintu untuk kedapur basah adalah pintu jenang satu daun. Ia boleh dikuak sehingga menyentuh dinding yang menggantungkan TV , jadi ia menghalang pandangan untuk melihat TV bagi yang duduk di meja makan. Jadi saya cadangkan penggunaan pintu sliding satu daun di mana sliding ini di bawa ke tepi dinding dan disrorokkan. Selain ia kelihatan kemas, ia juga tidak lagi mengganggu pandangan dan dinding menyangkut TV. Selain itu, pintu ini di "laminatekan" dengan material seakan kayu dan jika ditutup penuh ia kelihatan seperti hiasan dinding walhal ia sebenarnya adalah pintu di mana di sebalik pintu itu ada ruang dapur basah yang sangat aktif (mak mertua berniaga kedai makan)

# KABINET TV DAN CERMIN GELAP
Untuk kabinet TV, saya mencadangkan rekabentuk di mana di bahagian tengah dinding di buatkan "partition" dan ia akan berada ke hadapan sedikit dari dinding untuk memuatkan "wiring" dan ia juga adalah tempat laluan pintu sliding ke dapur basah tadi. Di kiri dan kanan partition ini akan dipasang cermin gelap sebagai hiasan dan menaikkan seri. Di bawah TV pula dipasangkan kabinet TV gantung untuk memuatkan decorder astro dan remote TV.

Gambar : Kabinet Dapur asal bahagian bawah di kekalkan, bahagian atas ditambah dengan kabinet yang berpintu cermin muka

Gambar : Dinding gantung TV di beri treatment dengan mendirikan partition dan dihiaskan dengan cermin gelap. Di bahagian pintu ke dapur basah di pasang dengan pintu sliding yang di sorokkan ke dalam partition apabila di tolak ke tepi untuk di buka

HASILNYA!
Tak sabar tunggu hasilnya?? saya juga tak sabar. Almaklumlah ini rumah mertua , kalau boleh saya nak ia dihasilkan dengan sebaik mungkin bagi menggembirakan kedua mertua saya. Saya harap hasilnya sangta memuaskan. Sekarang kontraktor a.k.a supplier sedang bikin di kilang. Dalam tempoh terdekat ini dia akan datang pasang kesemua binaan ini di rumah mertua. Saya akan cepat-cepat update gambar sesudah Makeover bila dah siap pasang nanti ya! tungguuuuu.... :)

KHIDMAT MAKEOVER
Bagi sesiapa yang inginkan khidmat Makeover sebegini, untuk dapur ibu bapa, mertua mahu pun dapur sendiri boleh hubungi saya untuk dapatkan rekabentuk 3D dan idea penyelesaian. Bukan dapur saja, ruang lain pun boleh. Setiap ruang yang ingin di makeover, saya akan keluarkan soalan analisa, saya akan minta ukuran ruang, saya juga akan hantarkan di email terma dan syarat serta yuran perkhidmatan yang dikenakan. Janji, tanya dulu. Insyaallah saya cuba jawab. 

Sebarang pertanyaan, sila email ke : khairunnisahamzahara@gmail.com

iklan:
sertai kelas asas membina blog dan penulisan @ kelas asas membina blog dan fan page hari ini. Kelas dijalankan 100% secara online. Masuk di sini untuk baca lebih lanjut tentang kelas :http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/2013/06/kelas-belajar-asas-membuat-blog-dan.html

Thursday, 19 September 2013

Norashikin Saaaid

MELANGKAH SETAPAK DENGAN BERBLOG
Teks: Norashikin Said
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalammualaikum kawan2 dan bloger2…

Alhamdulillah atas rezeki dan nikmat yang Allah berikan kepada kita.Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan dibukakan seluas-luasnya pintu rezeki dan rahmat kepada kita.Definisi blog pada pandangan saya ialah satu laman yang menempatkan tentang topik-topik berdasarkan minat dan kemahiran seseorang blogger.Blog juga untuk menzahirkan apa yang dirasakan di dalam diri seseorang. Boleh juga dikatakan sebagai terapi diri (diari online).Bukan sahaja boleh berkongsi maklumat dan info malah boleh menjana pendpatan dengan berblog.Zaman sekarang semua maklumat hanya dihujung jari sahaja. Bisnes online sudah menjadi fenomena luar biasa pda masa kini lantaran dengan permintaan dan kemudahan internet yang semakin meluas.Apa salahnya peluang yang ada di depan mata dimanfaatkan dengan berbisnes sakaligus dapat berkongsi tips kecantikan dan kesihatan untuk para ibu dan jelitawan diluar sana.Mana tahu 2tahun lagi saya mampu menjana pendapatan 5angka dan menjadi WAHM kan.Insya Allah, doakan impian saya menjadi kenyataan yer.
Terdetik dihati nak buat blog sejak menjadi ahli Shaklee lagi.Ini salah satu cara nak meluaskan empayar SHAKLEEku sebab ramai yang berjaya menjual produk Shaklee melalui blog masing-masing. Perasaan berkobar-kobar memang ada tapi turun naik jela.Kejap rasa nak buat kejap rasa malas dan tidak cukup masa.Macam-macam alasan bermain difikiran kan.Negatif sungguh pada masa itu. Bermula sungguh-sungguh nak buat blog pada bulan 6 hari tu.Masa tu saya nak cuba buat sendiri tanpa pertolongan atau tunjuk ajar sesiapa. Bajet pandai sangat la kan.Saya cuba google cara buat blog dan memang banyak panduan yang saya perolehi tapi bila saya cuba buat sendiri berpandukan maklumat dalam google saya rasa susah dan ambil masa lama untuk siapkan blog.Saya tekad nak upah orang buat blog saya. Saya sudah berkenan dengan satu company ni yang boleh menghasilkan blog yang saya inginkan.Harga untuk upah buat blog ni RM280 tapi terma dan syarat pulak buat saya susah nak beri komitmen. Akhirnya terkubur macam tu sahaja.
Bermulalah terdetik di hati untuk mengikuti kelas asas blog ni apabila nisa nua merangkap kawan sekolah lama dan kawan FB saya yang menganjurkan kelas ini. Pada mulanya saya hanya membaca status dalam facebook mengenai kelas ini.Setiap status yang nisa tulis pasti saya baca sebab saya suka gaya penulisan nisa yang santai dan bersahaja seperti ada magnet pada penulisannya.Makin lama makin ramai yang masuk sehingga saya terlepas yuran promosi rm130 pada bulan Jun.Tak boleh jadi ni saya mesti mula buat blog dan makin  lambat harga pasti naik dan tak kan nak tunggu dan tengok sahaja.Pada 19 Julai 2013 tangan ni ringan je untuk mesej nisa bertanya pasal kelas asas blog.Sebelum itu, saya tanya pendapat suami saya akan niat untuk masuk kelas asas berblog.Mula-mula hubby ingat  kene datang ke kelas tiap2 minggu tapi selepas saya terangkan hanya perlu 100% Online sahaja jadi dia pun setuju.Yang bestnye Kelas Online bawah Nisa ni kita tiada had masa yang ditetapkan tapi kalau cepat hasil cepatlah menuai kan.Masa untuk buat blog pun mengikut masa terluang dan sangat fleksible. Selain dapat menjana pendapatan dengan berblog dapat juga membaiki hasil penulisan saya yang tunggang terbalik ni.Dah lama rasanya tak menulis karangan panjang macam ni.Takpe dari berblog ni juga saya dapat meningkat kan gaya penulisan saya nanti. Yuran serendah Rm150 dengan percuma 2 Ebook memang sangat berbaloi dengan ilmu dan panduan yang saya dapat dalam menghasilkan blog yang berkualiti.Bukan itu sahaja, peserta kelas blog akan di invite ke secret grup Belajar Asas Blog.Di samping dapat menambah kenalan baru terdapat juga info-info dan tips yang boleh kita perolehi sebagai persediaan untuk mejadi WAHM.Jangan takut melangkah setapak kerana kejayaan bermula dengan keberanian langkah anda. Untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran KELAS ASAS BLOG  boleh terus ke link http://khairunnisahamzahara.blogspot.sg/2013/06/kelas-belajar-asas-membuat-blog-dan.html

untuk keterangan lanjut berkenaan kelas asas blog dan penulisan serta pendaftaran terus ke kelas, boleh lihat di sini: http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/2013/06/kelas-belajar-asas-membuat-blog-dan.html

Monday, 16 September 2013

Akademi Bekerja Di Rumah

Teks: khairunnisa hamzahara



"Bekerja di rumah adalah impian semua wanita yang berjiwa hebat" itulah ayat yang begitu melekat jauh di lubuk dada dan pemikiran selepas mendengar kuliah agama pada suatu ketika dulu. Bermula dari detik itu, saban hari tak kurang 3 buah majalah dan sebuah buku pasti dibeli untuk mengkaji sendiri apakah sebenarnya tanggungjawab dan peranan seorang wanita, isteri dan ibu. Tidak mahu ketinggalan dan tenggelam dengan peredaran zaman yang semakin moden dan dengan rakusnya menelan nilai-nilai peribadi muslim lantas setelah 4 tahun mendalami, terluah juga hasrat di hati untuk berhenti kerja dan memulakan hidup sebagai suri rumah sepenuh masa kepada suami dan ibu ayah.

Bukan mudah untuk ibu ayah terima tapi tidak pula dengan suami. Rupanya itulah yang diidamkan oleh suami. Mengharapkan isterinya sendiri yang mengasuh anak-anak di samping menguruskan kebajikan rumahnya. Perlahan-lahan rancangan dibuat bersama suami. Satu persatu komitmen dilepaskan. Mula mengurangkan perbelanjaan bagi membiasakan diri dan anak-anak hidup dengan saraan suami seorang sahaja. Kata suami, berbelanja yang perlu sahaja. Kami juga mula menamatkan langganan Astro dan menonton TV9 sahaja. Alhamdulillah TV9 lebih mendidik jiwa melalui rancangan-rancangan Islamik yang dihidangkan. Bukan suami tidak mampu , tetapi kami perlu berjimat cermat kerana sudah biasa berbelanja lebih dek kerana dulu kami berdua keluar bekerja dan memperoleh pendapatan. Jadi bila saya berhenti kerja, perlu berjimat agar pendapatan suami tadi ada juga yang diperuntukkan untuk menabung bagi keperluan kecemasan nanti.

Setelah berhenti kerja, rutin harian adalah menguruskan anak-anak dan kebajikan rumah. Hampir beberapa bulan lamanya, sudah mampu membiasakan diri dengan jadual di rumah. Terasa kosong pula tanpa pengisian aktiviti lain. Lantas menyuarakan hasrat di hati pada suami untuk mula mendapatkan pendapatan dengan cara berkongsi kepakaran di internet. Dengan berbekal kan sebuah laptop yang uzur, saya memulakan perniagaan membuat Cheesetart. Ilmu membuat Cheesetart telah dipelajari pada setahun sebelum itu lagi. Tambah pula dengan ilmu marketing yang diperoleh dari Dr.Azizan Osman, Cheesetart saya yang di marketkan secara online mendapat sambutan ramai sehingga setiap hari saya tidak berehat dari membuat Cheesetart. Sangat keletihan sebab tidak ada pembantu, tempahan pula semakin banyak. Saya suarakan hasrat untuk membuka kedai cheesetart dan mengupah pekerja, tetapi suami memujuk dengan menerangkan pada saya, kita belum ada modal untuk membesarkan perniagaan ini. Jadi saya hanya bersabar, tempahan terus masuk hari demi hari.

Sambil mengadu kepada suami, mengadu juga kepada Allah melalui Solat Dhuha. Alhamdulillah selepas berhenti kerja dan punya masa sendiri, hari-hari mampu menunaikan solat Dhuha iaitu solat rezeki. Setelah mengamalkannya , rezeki tempahan Cheesetart ini saya mampu modalkan untuk beli sebuah laptop baru yang berharga RM3k. Alhamdulilah. Dan suami juga memberi sokongan dengan melanggan Broadband untuk kegunaan saya di rumah. Pesan suami, manfaatkanlah sebaiknya. Sampai sekarang masih segar dalam ingatan. Saya mula gunakan talian internet yang ada untuk menyampaikan perkhidmatan rekabentuk yang memang menjadi kepakaran dan minat saya selama ini. Alhamdulillah, ada saja setiap bulan, mendapat tempahan rekabentuk kediaman. Jadi harian saya buat cheesetart dan bulanan saya buat rekabentuk kediaman.

Namun, pada suatu hari, suami mengeluarkan hasrat untuk pulang ke pangkuan Ibu bapanya di Melaka. Saya tidak ada alasan untuk menolak kerana kini tidak lagi bekerja dengan mana-mana majikan. Akhirnya dengan berbesar hati, saya ikut suami pindah ke Melaka. Di bumi Melaka banyak yang terasa kekok. Untuk mulakan semula perniagaan Cheesetart, saya perlu mulakan dari bawah semula. Untuk buat khidmat rekabentuk saya perlu berusaha untuk merketkan perkhidmatan saya. Saya tiada sebarang kenalan di sini. Akhirnya saya hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Saya manfaatkan peluang ini untuk menyekolahkan anak-anak di rumah. Kami akan ikut suami apabila suami ingin berjumpa kliennya di negeri lain. Itulah holiday kami.

Sebagai seorang yang pernah ada Segulung Ijazah dan pernah bekerja sebagai professional, saya rasa begitu kekurangan untuk hanya tinggal di rumah. Bukan pendapatan yang dikejar tetapi kepuasan dalam kehidupan iaitu kepuasan dalam memberi dan berkongsi. Lantas di sini lah bermula....

Saya mula berani mendaftarkan diri untuk mempelajari teknik membina asas blog bersama seorang yang telah dahulu menjadi senior dalam menjadi seorang suri rumah bekerjaya hanya di rumah. Di dalam kelas, bukan sahaja saya berjaya menghasilkan blog yang berpengaruh malah turut mendapat ilmu yang konsisten tentang penulisan dan perniagaan alam maya yang sangat luas. Walaupun dahulu saya juga seorang bloggers tetapi ia sangat berbeza apabila berblog sorang-sorang dan berblog secara kumpulan dan mendapat sokongan antara satu sama lain. Bertambah seronok apabila saya dijemput untuk menjadi pembantu kelas dan menerima komisyen. Akhirnya saya berjaya melepasi standard dan kini bergelar Guru Online. Setelah peserta kelas asas blog semakin ramai, Puan Masayu yang merupakan guru kelas asas blog yang asal telah memperkenalkan satu nama yang sangat menarik perhatian ramai kaum wanita iaitu Akademi Bekerja Di Rumah. Kami yang dulunya peserta kelas semuanya bergabung di Blog Akademi Bekerja Di Rumah dan berinteraksi di Group Facebook Akademi Bekerja Di Rumah.

Siapa sangka saya yang dulunya bukan seorang guru, namun niat untuk berkongsi yang tinggi, saya kini merupakan seorang Guru Online yang mempunyai anak didik yang telah berjaya mengamalkan ilmu yang diberi. Dalam kelas asas blog, peserta bukan sekadar terdiri dari suri rumah, malah ada yang merupakan seorang engineer, seorang guru, seorang usahawan dan bermacam lagi. Dalam group besar kami, ada juga yang merupakan seorang peguam, seorang, seorang pengurus kewangan, seorang penulis manuskrip dan ramai lagi yang datang dari pelbagai bidang. pelbagai latar belakang dan pelbagai episod kehidupan. Ilmu asas dalam membuka kelas online yang dipelajari ini saya aplikasi kania dengan membuka kelas rekabentuk dan kelas belajar hias rumah sendiri untuk sesiapa sahaja. Semuanya secara Online!

Antara keseronokkan dan manfaat bersama kesemua ahli di Akademi Bekerja Di Rumah ini, kami saling bertukar link blog di laman blog masing-masing. Ia sama seperti bertukar pembaca dan traffic pengunjung. Kami juga telah pandai berniaga secara dropship dan juga berpeluang mempromosikan produk digital. Kesemua yang kami buat ini menjana pendapatan. Setiap peserta kelas diberikan peluang untuk berniaga dan berpeluang untuk melatih diri sebagai pembantu kelas dan sekaligus melayakkan diri mereka menjadi guru kelas pula jika sangat bersungguh dalam usaha menyampaikan ilmu dan berkongsi kepakaran.

Suami tersenyum bila lihat saya tersenyum. Saya cakap jujur, walau hanya RM100 sahaja yang masuk ke dalam akaun saya selama sebulan, saya masih bersyukur dan sangat gembira. Berbeza ketika saya mendapat gaji RM4k sebulan pada satu ketika dulu, kerana saya tahu yang wang tersebut akan habis juga nanti. Iyelah, bekerja di tengah-tengah ibu kota, di Maju Junction, sehari saja tak kurang RM30 untuk mengisi perut saja. Belum lagi dengan kos pengangkutan dan sebagainya. Kini di rumah, RM yang masuk adalah bersih sama sekali. Buat kata suami, boleh lah belanja abang lepas ni :)

Alhamdulillah, ketenangan yang di cari, ketenangan lah yang diperolehi. Jika duit yang di cari, duitlah yang diperolehi. Antara ketenangan dan duit, saya pilih ketenangan. Minda saya berkata, apabila ada ketenangan pasti generaotor baru di minda akan terjana untuk membuat sesuatu yang baru. Kita akan membuat sesuatu di luar jangkaan sama seperti kata pepatah orang putih " think outside the box!". Dan sesuatu yang kita buat dengan gembira itu secara tak langsung menjadi magnet tarikan rezeki. Insyaallah Allah melipat kaligandakan rezeki selepas itu. Insyaallah...Allahuakhbar , syukur Alhamdulillah.

Dengan rendah hati, saya ingin mengajak kalian yang masih tertanta-tanya dan masih mengkaji tentang kebaikkan bekerja dari rumah untuk bersama menyertai kami walau hanya di alam maya di sini :

//KHAIRUNNISA HAMZAHARA//
~Senibina Kehidupan Di Rumah~

iklan :
mula belajar membina blog di sini :




Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO