NUFFNANG

Monday, 16 September 2013

Akademi Bekerja Di Rumah

Teks: khairunnisa hamzahara



"Bekerja di rumah adalah impian semua wanita yang berjiwa hebat" itulah ayat yang begitu melekat jauh di lubuk dada dan pemikiran selepas mendengar kuliah agama pada suatu ketika dulu. Bermula dari detik itu, saban hari tak kurang 3 buah majalah dan sebuah buku pasti dibeli untuk mengkaji sendiri apakah sebenarnya tanggungjawab dan peranan seorang wanita, isteri dan ibu. Tidak mahu ketinggalan dan tenggelam dengan peredaran zaman yang semakin moden dan dengan rakusnya menelan nilai-nilai peribadi muslim lantas setelah 4 tahun mendalami, terluah juga hasrat di hati untuk berhenti kerja dan memulakan hidup sebagai suri rumah sepenuh masa kepada suami dan ibu ayah.

Bukan mudah untuk ibu ayah terima tapi tidak pula dengan suami. Rupanya itulah yang diidamkan oleh suami. Mengharapkan isterinya sendiri yang mengasuh anak-anak di samping menguruskan kebajikan rumahnya. Perlahan-lahan rancangan dibuat bersama suami. Satu persatu komitmen dilepaskan. Mula mengurangkan perbelanjaan bagi membiasakan diri dan anak-anak hidup dengan saraan suami seorang sahaja. Kata suami, berbelanja yang perlu sahaja. Kami juga mula menamatkan langganan Astro dan menonton TV9 sahaja. Alhamdulillah TV9 lebih mendidik jiwa melalui rancangan-rancangan Islamik yang dihidangkan. Bukan suami tidak mampu , tetapi kami perlu berjimat cermat kerana sudah biasa berbelanja lebih dek kerana dulu kami berdua keluar bekerja dan memperoleh pendapatan. Jadi bila saya berhenti kerja, perlu berjimat agar pendapatan suami tadi ada juga yang diperuntukkan untuk menabung bagi keperluan kecemasan nanti.

Setelah berhenti kerja, rutin harian adalah menguruskan anak-anak dan kebajikan rumah. Hampir beberapa bulan lamanya, sudah mampu membiasakan diri dengan jadual di rumah. Terasa kosong pula tanpa pengisian aktiviti lain. Lantas menyuarakan hasrat di hati pada suami untuk mula mendapatkan pendapatan dengan cara berkongsi kepakaran di internet. Dengan berbekal kan sebuah laptop yang uzur, saya memulakan perniagaan membuat Cheesetart. Ilmu membuat Cheesetart telah dipelajari pada setahun sebelum itu lagi. Tambah pula dengan ilmu marketing yang diperoleh dari Dr.Azizan Osman, Cheesetart saya yang di marketkan secara online mendapat sambutan ramai sehingga setiap hari saya tidak berehat dari membuat Cheesetart. Sangat keletihan sebab tidak ada pembantu, tempahan pula semakin banyak. Saya suarakan hasrat untuk membuka kedai cheesetart dan mengupah pekerja, tetapi suami memujuk dengan menerangkan pada saya, kita belum ada modal untuk membesarkan perniagaan ini. Jadi saya hanya bersabar, tempahan terus masuk hari demi hari.

Sambil mengadu kepada suami, mengadu juga kepada Allah melalui Solat Dhuha. Alhamdulillah selepas berhenti kerja dan punya masa sendiri, hari-hari mampu menunaikan solat Dhuha iaitu solat rezeki. Setelah mengamalkannya , rezeki tempahan Cheesetart ini saya mampu modalkan untuk beli sebuah laptop baru yang berharga RM3k. Alhamdulilah. Dan suami juga memberi sokongan dengan melanggan Broadband untuk kegunaan saya di rumah. Pesan suami, manfaatkanlah sebaiknya. Sampai sekarang masih segar dalam ingatan. Saya mula gunakan talian internet yang ada untuk menyampaikan perkhidmatan rekabentuk yang memang menjadi kepakaran dan minat saya selama ini. Alhamdulillah, ada saja setiap bulan, mendapat tempahan rekabentuk kediaman. Jadi harian saya buat cheesetart dan bulanan saya buat rekabentuk kediaman.

Namun, pada suatu hari, suami mengeluarkan hasrat untuk pulang ke pangkuan Ibu bapanya di Melaka. Saya tidak ada alasan untuk menolak kerana kini tidak lagi bekerja dengan mana-mana majikan. Akhirnya dengan berbesar hati, saya ikut suami pindah ke Melaka. Di bumi Melaka banyak yang terasa kekok. Untuk mulakan semula perniagaan Cheesetart, saya perlu mulakan dari bawah semula. Untuk buat khidmat rekabentuk saya perlu berusaha untuk merketkan perkhidmatan saya. Saya tiada sebarang kenalan di sini. Akhirnya saya hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Saya manfaatkan peluang ini untuk menyekolahkan anak-anak di rumah. Kami akan ikut suami apabila suami ingin berjumpa kliennya di negeri lain. Itulah holiday kami.

Sebagai seorang yang pernah ada Segulung Ijazah dan pernah bekerja sebagai professional, saya rasa begitu kekurangan untuk hanya tinggal di rumah. Bukan pendapatan yang dikejar tetapi kepuasan dalam kehidupan iaitu kepuasan dalam memberi dan berkongsi. Lantas di sini lah bermula....

Saya mula berani mendaftarkan diri untuk mempelajari teknik membina asas blog bersama seorang yang telah dahulu menjadi senior dalam menjadi seorang suri rumah bekerjaya hanya di rumah. Di dalam kelas, bukan sahaja saya berjaya menghasilkan blog yang berpengaruh malah turut mendapat ilmu yang konsisten tentang penulisan dan perniagaan alam maya yang sangat luas. Walaupun dahulu saya juga seorang bloggers tetapi ia sangat berbeza apabila berblog sorang-sorang dan berblog secara kumpulan dan mendapat sokongan antara satu sama lain. Bertambah seronok apabila saya dijemput untuk menjadi pembantu kelas dan menerima komisyen. Akhirnya saya berjaya melepasi standard dan kini bergelar Guru Online. Setelah peserta kelas asas blog semakin ramai, Puan Masayu yang merupakan guru kelas asas blog yang asal telah memperkenalkan satu nama yang sangat menarik perhatian ramai kaum wanita iaitu Akademi Bekerja Di Rumah. Kami yang dulunya peserta kelas semuanya bergabung di Blog Akademi Bekerja Di Rumah dan berinteraksi di Group Facebook Akademi Bekerja Di Rumah.

Siapa sangka saya yang dulunya bukan seorang guru, namun niat untuk berkongsi yang tinggi, saya kini merupakan seorang Guru Online yang mempunyai anak didik yang telah berjaya mengamalkan ilmu yang diberi. Dalam kelas asas blog, peserta bukan sekadar terdiri dari suri rumah, malah ada yang merupakan seorang engineer, seorang guru, seorang usahawan dan bermacam lagi. Dalam group besar kami, ada juga yang merupakan seorang peguam, seorang, seorang pengurus kewangan, seorang penulis manuskrip dan ramai lagi yang datang dari pelbagai bidang. pelbagai latar belakang dan pelbagai episod kehidupan. Ilmu asas dalam membuka kelas online yang dipelajari ini saya aplikasi kania dengan membuka kelas rekabentuk dan kelas belajar hias rumah sendiri untuk sesiapa sahaja. Semuanya secara Online!

Antara keseronokkan dan manfaat bersama kesemua ahli di Akademi Bekerja Di Rumah ini, kami saling bertukar link blog di laman blog masing-masing. Ia sama seperti bertukar pembaca dan traffic pengunjung. Kami juga telah pandai berniaga secara dropship dan juga berpeluang mempromosikan produk digital. Kesemua yang kami buat ini menjana pendapatan. Setiap peserta kelas diberikan peluang untuk berniaga dan berpeluang untuk melatih diri sebagai pembantu kelas dan sekaligus melayakkan diri mereka menjadi guru kelas pula jika sangat bersungguh dalam usaha menyampaikan ilmu dan berkongsi kepakaran.

Suami tersenyum bila lihat saya tersenyum. Saya cakap jujur, walau hanya RM100 sahaja yang masuk ke dalam akaun saya selama sebulan, saya masih bersyukur dan sangat gembira. Berbeza ketika saya mendapat gaji RM4k sebulan pada satu ketika dulu, kerana saya tahu yang wang tersebut akan habis juga nanti. Iyelah, bekerja di tengah-tengah ibu kota, di Maju Junction, sehari saja tak kurang RM30 untuk mengisi perut saja. Belum lagi dengan kos pengangkutan dan sebagainya. Kini di rumah, RM yang masuk adalah bersih sama sekali. Buat kata suami, boleh lah belanja abang lepas ni :)

Alhamdulillah, ketenangan yang di cari, ketenangan lah yang diperolehi. Jika duit yang di cari, duitlah yang diperolehi. Antara ketenangan dan duit, saya pilih ketenangan. Minda saya berkata, apabila ada ketenangan pasti generaotor baru di minda akan terjana untuk membuat sesuatu yang baru. Kita akan membuat sesuatu di luar jangkaan sama seperti kata pepatah orang putih " think outside the box!". Dan sesuatu yang kita buat dengan gembira itu secara tak langsung menjadi magnet tarikan rezeki. Insyaallah Allah melipat kaligandakan rezeki selepas itu. Insyaallah...Allahuakhbar , syukur Alhamdulillah.

Dengan rendah hati, saya ingin mengajak kalian yang masih tertanta-tanya dan masih mengkaji tentang kebaikkan bekerja dari rumah untuk bersama menyertai kami walau hanya di alam maya di sini :

//KHAIRUNNISA HAMZAHARA//
~Senibina Kehidupan Di Rumah~

iklan :
mula belajar membina blog di sini :




0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO