NUFFNANG

Thursday, 12 September 2013

Memelihara Maruah Ketika Menyidai Pakaian

Teks: khairunnisa hamzahara
Gambar : Imej Carian Google
(Penulisan artikel ini adalah hak milik penulis. Sesiapa yang ingin mengguna pakai keseluruhan artikel ini perlu mendapat keizinan dari penulis terlebih dahulu. Penulisan ini adalah pendapat peribadi demi kebaikkan semua dan tidak ada kene mengena dengan sesiapa yang hidup mahupun yang mati.)



Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Salah satu perkara asas untuk menjalani kehidupan harian adalah PAKAIAN. Menguruskan pakaian menjadi agenda utama bagi setiap keluarga pada setiap hari. Bermula dengan bangun tidur dan mandi, pakaian tidur akan di buka dan perlu di basuh sehinggalah di malam hari nanti selepas pulang ke rumah , pakaian yang digunakan perlu di basuh. Bagi yang bekerja dan tinggal di rumah saban hari, pasti biasa menukar baju sekurang-kurang nya tiga kali sehari. Seperti ibu-ibu yang mempunyai anak kecil yang aktif, berkejaran ke sana-sini di rumah bagi menguruskan kebajikan rumah membuatkan si ibu tadi berpeluh dan tidak selesa dengan pakaian yang dipakai dan kerap kali bertukar baju yang bersih untuk menunaikan solat dan sebagainya.

Jadi pakaian adalah agenda utama selain makanan. Tanpa sistem dan cara pengurusan pakaian yang betul, rumah akan menjadi tidak selesa dan badan juga tidak selesa jika pakaian tidak berbasuh dan berbau busuk. Membasuh dan mengeringkan pakaian adalah perkara asas dalam sistem pengurusan pakaian selain menggosok dan melipat kemudiannya. Insyaallah saya akan berkongsi cara pengurusan pakaian pada entry yang lain. Untuk kali ini saya ingin menyentuh tentang Penjagaan Aurat Semasa Menyidai Pakaian.

Budaya Malaysia
Rakyat Malaysia kebanyakkannya menyidai pakaian di luar rumah, tak kira rumah jenis pangsa, teres mahupun banglo. Oleh kerana negara Malaysia mempunyai kadar sinaran haba mataharai yang tinggi, menyidai pakaian di luar adalah satu pilihan yang terbaik. Mudah kering dan mematikan sebarang kuman yang menghinggap pakaian tersebut. Berbeza pula dengan negara yang kurang sinaran matahari dan berkeadaan lembab dan sejuk. Mereka lebih sesuai dan mudah menggunakan mesin pengering baju (drayer) bagi mengering kan pakaian. Sebab itu kita jarang melihat mereka di negara sejuk menyidai pakaian di luar rumah.

Perlu Jaga Aurat

Di Malaysia, ramai wanita Islam yang tidak mengambil berat dalam soal menutup aurat kita keluar menyidai pakaian. Ini telah terbiasa dari rutin harian ibu-ibu hingga terbawa-bawa ke anak cucu. Mari kita semak semula :

Apakah Dalil Al-Quran dalam Menjaga Aurat





“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (An Nur:31)

Terdapat Beberapa Kesilapan Wanita Dan Suri Rumah Ketika Keluar Menyidai Pakaian Di Kediaman Sendiri

  • Pertama : Wanita menganggap aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
  • Kedua : Bertudung tetapi ber’ T-Shirt’ berlengan pendik.
  • Ketiga : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
  • Keempat : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.
  • Kelima : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
  • Keenam : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
  • Ketujuh : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
  • Kelapan : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
  • Kesembilan : Kesalahan bertudung tetapi menayangkan betis (sama ada pakai seluar 3 suku panjang atau lipat seluar terlalu tinggi hingga ke betis)
  • Kesepuluh : Memakai baju kurung tetapi dipergelangan tangan tidak dipinkan hingga menampakkan kulit lengan. (atau menyingsing lengan pakaian)
  • rujukan : http://www.tarbawi.my/2013/01/apakah-dalil-al-quran-mengenai-aurat.html
Pakaian jenis (jilbab dan khimar) wajib dipakai oleh seorang Muslimah (yang telah baligh) apabila hendak keluar menuju ke pasar-pasar atau berjalan melalui jalanan umum. Setelah memakai kedua jenis pakaian ini (jilbab dan khimar) maka barulah dibolehkan baginya keluar dari rumahnya menuju ke kehidupan 'am tanpa sebarang dosa. Jika tidak, maka dia tidak boleh (haram) keluar dari rumah kerana perintah yang menyangkut kedua jenis pakaian ini datang dalam bentuk yang umum, dan tetap dalam keumumannya dalam semua keadaan.Mana-mana wanita yang telah baligh dan melanggar ketetapan Allah ini, maka berdosalah mereka dan layak mendapat seksa Allah di akhirat.

Isu dan permasalahan Cara Menyidai dan Mengeringkan Pakaian di Kediaman di Malaysia


Sekiranya berhadapan dengan kesukaran untuk keluar menutup aurat bagi menyidai pakaian keluarga di luar rumah, si isteri boleh meminta bantuan suami atau anak-anak bagi menyidai pakaian tersebut. Si suami dan si anak-anak pula akan menjadi lebih rajin dan bertanggungjawab kelak jika mereka ada tugasan yang perlu dibuat di rumah pada setiap hari.



Elakkan menyidai pakaian dalaman di luar rumah. Ini boleh mengundang bahaya kerana pakaian dalam melambangkan peribadi si pemakai. Lebih-lebih lagi jika disidai di pagar yang berkongsi dengan jiran sebelah rumah. Kita perlu berwaspada dengan apa yang disidaikan. Jika tahu jiran sebelah adalah orang bujang, janganlah kita cari pasal dengan menyidai pakaian dalam wanita di pagar tersebut. Jaga aib dan peribadi diri kerana pakaian kita cermin diri kita. Banyak perkara orang dapat baca dari pakaian yang kita sidai dan cara kita menyusun pakaian yang disidai. Jadi, perlukan jemuran dipertontonkan? Ramai kita di sini tidak ambil kisah dan tidak hirau perkara sebegini hingga dilihat di mana-mana sahaja, kebanyaak penghuni menyidai pakaian di hadapan laman rumah. Di mana itu adalah kawasan pertama yang di lalui oleh tetamu yang datang ke rumah.





Tak kurang juga ada yang malu untuk menyidai pakaian di hadapan rumah. Alasannya hanyalah kerana ruang hadapan akan nampak sepah dan tidak cantik lebih-lebih lagi jika telah menghabiskan berpuluh ribu untuk ubahsuai anjung hadapan rumah dengan landskap  dan tempat rehat serta jubin lantai luar yang cantik. Menyidai di belakang rumah menjadi pilihan bagi mengelakkan pemandangan kurang enak di hadapan rumah. Namun walau pun sidai di belakang rumah, aurat masih perlu di jaga. Terutamanya bagi kediaman jenis teres di mana di belakang rumah ada jiran lain yang boleh nampak kita menyidai dari celahan tingkap. Jika tidak ada rumah di belakang rumah kita pun, orang yang sedang melalui jalan belakang rumah atau dari jalan raya yang beberapa meter jauh dari rumah , masih boleh nampak aktiviti kita menyidai rumah.


Cuba lihat gambar di sebelah kiri dan gambar di sebelah kanan. Gambar di sebelah kiri adalah gambar sistem menyidai pakaian di Rumah Pangsa di Singapura manakala gambar di sebelah kanan adalah di Malaysia. Apa bezanya? Di Malaysia, pemaju hanya menyediakan Balkoni untuk penghuni menyidai pakaian. Jadi setiap penghuni ada "kreativiti" masing-masing untuk menyidai pakaian . Di Singapura, semua seragam iaitu dengan menggunakan sistem menyidai pakaian dengan batang kayu/buluh yang di sediakan sistem gantungnya di dinding luar. Ia lebih kemas dan diletakkan di bahagian dinding luar dapur. Di Malaysia, jika disedikan balkoni di kawasan dapur rumah , masih relevan lagi, tetapi kebanyakkan balkoni yang disediakan adalah di sebelah ruang tamu. Jadi tetamu terpaksa menjamu mata dengan koleksi pakaian penghuni yang sedang dikeringkan. Agak tak manis bukan?


Ragam Manusia Menyidai pakaian

Sebelum saya menerangkan lebih lanjut tentang idea terbaik bagi menyidai pakaian tanpa perlu mendedahkan aurat wanita, kita jamu dulu gambar-gambar ragam manusia dalam aktiviti menyidai pakaian di negara lain :)












Perancangan Senibina Dan Sistem Menyidai Pakaian Yang Baik Dapat Memelihara Aurat Wanita Ketika Menyidai Pakaian di Kediaman Sendiri
  1. Membina dinding "privacy" bagi menutupi pandangan jiran belakang rumah dan jiran sebelah rumah
  2. Dinding tersebut dibina tidak sampai ke bumbung
  3. Ada ruang terbuka di atas dinding untuk penerimaan cahaya dan angin pengudaraan
  4. Boleh juga menggunakan dinding berlubang angin
  5. Atau menggunakan kekisi tingkap sepanjang dinding yang boleh menutupkan pandangan luar ke dalam namun masih boleh menerima angin dan haba dari luar
  6. Teduhkan dengan bumbung
ATAU
  1. Menggunakan alat penyidai, tetapi menyidai terlebih dahulu pakaian ke atas sistem penyidai tersebut, kemudian baru di sorongkan keluar rumah
  2. Ini bermakna sistem penyidai ini boleh di angkat atau di gerakkan
ATAU
  1. Bina laman khas seakan taman rahsia yang melindungi pandangan dari orang lain yang bukan muhrim
Sampai di sini dahulu, insyaallah di lain masa , saya akan kongsikan tentang sistem pengurusan pakaian di rumah. Wallahualam 


Untuk dapatkan rekabentuk khas untuk taman dan tempat menyidai pakaian di kediaman masing-masing ATAU ingin mendapatkan keterangan lanjut mengenai pembinaan ruang menyidai kain untuk kediaman anda, boleh hubungi penulis di khairunnisahamzahara@gmail.com

//KHAIRUNNISA HAMZAHARA//

2 comments:

Khairul Bariyah said... [Reply to comment]

alhamdulillah ... saya mempunyai dryer dirumah..jadi tak pernah menyidai pakaian

khairulbariyahmasrakin.blogspot.com

Mariatul Qiptiyah said... [Reply to comment]

Alhamdulillah, kerja-kerja mencuci dan menyidai diambil alih oleh PB sepenuhnya. Cuma lipat-melipat jer dia tak berapa nak kuasa. Heheheh. Nisa, halaman belakang rumah kak Long luas, tp terbukalah. Ada idea tak mcm mana nak tutup seperti mana yg Nisa sarankan memandangkan kami hanya menyewa. Jadi hendak buat binaan dinding tu memang susahlah.

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO