NUFFNANG

Friday 21 June 2013

Sempena Ulang Tahun Perkahwinan

Teks : Khairunnisa Hamzahara




Alhamdulillah,

Hari ini genap sudah 5 tahun usia perkahwinan saya dan suami. Sekejap sungguh masa berlalu, baru semalam rasanya melihat suami dihurungi sanak saudara semasa akad nikah di depan mata, naik atas pelamin, menerima kunjungan , hadiah dan ucapan tahniah dari sahabat handai dan sanak saudara. Pejam celik pejam celik, sudah 5 tahun rupanya. Mengimbas semula saat jatuh naik kami semasa membina keluarga dari hari mulanya sebuah perkahwinan hingga sekarang boleh membuatkan rasa ingin menitik kan air mata, ingin tersenyum dan tergelak kecil. Sungguh setiap kenangan dan rintangan yang dihadapi makin mematangkan setiap insan. Pernah saya mendengar tazkirah di tv, ustazah tersebut ada menyebut, jahil ketika bujang menjadi alim ketika berumahtangga. Sememangnya kehidupan rumah tangga boleh menjadikan seseorang itu lebih berilmu.

Tahun pertama ( jun 2008)

Pada tahun 2008 kami diijabkabulkan. Ketika ini saya baru sahaja sebulan habis peperiksaan bagi semester terakhir program Ijazah saya. Ketika mendapatkan scroll ijazah di hari konvokesyen saya telah pun hamil 2 bulan. Alhamdulillah syukur kerana saya disahkan bunting pelamin. Oleh kerana keadaan alahan yang teruk saya yang mulanya bekerja di sebuah firma swasta akhirnya meletakkan jawatan. Apa tak nya, saya ikut suami tinggal di rawang kerana suami bekerja di rawang, saya pula bekerja di tengah-tengan golden triangle KL, iaitu di sekitar Jalan Imbi. Saya perlu menaiki komuter dari rawang seawal 6.30 pagi selama 1 jam, kemudian tukar ambil monorel di kl sentral, kemudian sambung jalan kaki di jalan imbi. 

Semasa hampir 1 bulan lebih tinggal di rumah, saya rasa tenang sikit dan dapat berehat, alahan makin menjadi-jadi. Rezeki anak agaknya, saya mendapat tawaran berkhidmat dengan kerajaan malaysia. Saya tak mahu terima tapi orang-orang sekeliling kata nanti saya menyesal sebab susah untuk orang nak dapat kerja dengan kerajaan dan dapat lantikan tetap. Akhirnya saya melaporkan diri

Tahun kedua (2009)

Pada tahun ini saya melahirkan anak sulong. Suami pula beli sebuah kereta Myvi. Maka bertambahlah komitmen kami. Ulang alik ke KL akhirnya suami cadangkan agar kami berpindah di segambut, KL. Kehidupan tahun ini penuh mencabar. Komitmen makin meningkat dan keadaan kewangan sangat mencabar dan memerlukan kekuatan  mental dan iman. Tambahan pula anak kami mula dijangkiti penyakit seperti kaki tangan dan mulut, chicken pox dan macam-macam lagi. Saya pula keluar bekerja. Tapi kami tidak dapat mencari jalan keluar dan jalan penyelesaian. Hidup seharian tak ubah seperti berusaha keras tetapi masih di jalan yg sama. Kini baru saya tahu ia dipanggil Cat Race. Berlari-lari dalam gelung yang sama, tidak nampak jalan keluar.

Tahun Ketiga (2010)

Pada tahun ini saya mula selesa dengan tempat kerja. Saya berani tambah komitmen, makin banyaklah masalah kewangan sedangkan masalah kewangan yang sediaada pun tidak habis-habis. Maklumlah pegawai kerajaan senang untuk lulus permohonan kad kredit, loan dan sebagainya. Saya juga tidak lari dari cara hidup pegawai lain, ingin memiliki rumah, kereta yang baik dan sebagainya. Keluarga pun melihat saya dan suami sebagai arkitek dan engineer. begitu mudah kita tertipu dengan keadaan. Semua ada tapi realitinya semua hutang dan loan. 

Tambah parah lagi kami tertipu dengan sebuah agensi pelancongan di mana kami akhirnya berhutang hingga rm ratusan ribu ringgit. Dalam trip pelancongan ini suami mengajak rakan-rakan sekerja untuk sama-sama melancong dan bila kami tertipu dan terkandas di negara orang mencetuskan kemarahan kawan-kawan sekerja nya. Akhirnya suami berhenti kerja. Kami makin kebuntuan. Pada tahun ini kami telah pun membeli sebuah rumah teres 2 tingkat di sekitar bangi. Allah saja yang tahu macam mana kami cuba survive. PAda masa yang sama saya disahkan mengandung lagi.

Rezeki suami, akhirnya suami berjumpa dengan seorang senior saya masa diuniversiti dahulu yang telah pun menjadi senior ajen dalam business insurans. Suami ikut senior tersebut ke kelas dan ikut langkah demi langkah. Alhamdulillah mula ada pendapatan semula dan makin hari makin meningkat. Kami berazam untuk keluar dari kemelut ini

Tahun keempat (2011)

Alhamdulillah pendapatan suami semakin baik. Suami juga mendapat beberapa kali award dari syarikat insuran dia bekerja. Saya pula melahirkan anak pada tahun ini. Namun kami masih berusaha dan berjuang untuk kehidupan setiap hari dan cuba menutup lubang-lubang hutang. Manakan mampu menghabiskan segala hutang yang banyak setiap bulan.

Pada tahun ini saya mencuba nasib memasuki pertandingan menghias kediaman sebab dah ada kediaman sendiri. Saya tidak menang dalam pertandingan ini tetapi terpilih untuk dimuatkan di majalah hiasan kediaman tempatan. Sejak hari itu saya mula mendapat liputan majalah. Namun saya masih bekerja dengan kerajaan. Saya buka blog untuk berkongsi pendapat dan idea dengan masyarakat umum di dalam blog. 

Semasa saya bercerita tentang kediaman saya yang dihias sendiri dan ditukang sendiri oleh kami suami isteri, akhirnya ada yang berminat untuk membeli rumah kami beserta hiasan dalaman sekali sebab dia sangat ingin tinggal di sekitar bangi. Suami berbincang dengan rakan yang pakar di bidang hartanah, kami meminta nasihat dan dia buka kan mata suami agar jadikan rumah kami sebagai aset. 



Tahun ke lima (2012)

Kami study dulu berkenaan harga rumah dan kesan menjual rumah tersebut dan apakah perancangan seterusnya. Pada tahun 2012 suami dapat reward bercuti ke Amarika syarikat, di san francisco, USA. Saya ikut suami. Pada ketika ini kewangan suami telah stabil malah lebih dari pendapatan lama dahulu. Namun hutang-hutang yang berpuluh ribu itu masih belum dilunaskan. 

Akhirnya kami sepakat untuk jual rumah kami. Lagi pun kami telah puas hias rumah. Kami suka pula cara orang-orang yang beli, hias dan jual. Sebelum bersetuju menjual rumah kami, sempat lagi saya ditemuramah oleh majalah-majalah tempatan yang lain dan rumah kami dirakamkan dalam majalah tersebut. Kemudian dapat pula liputan TV9 iaitu rancangan safiyya. Rumah kami mula ada kenaikkan value. Kami mencipta value rumah kami. 

sehingga Jun 2013

pada awal tahun 2013 kami selesai proses jual beli rumah dan mendapat keuntungan 2 kali ganda. Dapatlah kami keuntungan dan menutup segala hutang yang ada. Alhamdulillah niat untuk langsaikan hutang ditunaikan oleh Allah. Tidak ada hutang lagi. Pendapatan suami juga bertambah. Sekarang fokus kembali kepada keluarga. Suami sarankan saya berhenti kerja dan itu yang sayan selalu bincangkan dari mula-mula kahwin, saya mahu jaga anak sendiri. Niat, usaha, tawakal, doa, akhirnya saya berhenti kerja dan kini menjadi rumah sepenuh masa. Alhamdulillah syukur, kami dapat beli rumah baru di lokasi yang lain dan dimudahkan oleh Allah memperoleh sebuah kereta premium idaman suami.

Gambar: Anak-anak kecil kami dah kenal kereta premium seawal usia mereka. Moga mereka mampu mencipta kejayaan yang lebih besar pada masa kelak agar mampu membantu orang lain dengan skala yang lebih besar.

Sungguh penuh ranjau hidup ini. Bagaikan hampir tamat riwayat bila usia hampir menjejaki usia 30 tahun. Kami berazam untuk menjadi orang yang berkemampuan dan mampu membantu orang lain pada usia kami di era 30 an. Kamim tidak mahu lihat raka-rakan dan saudara mara tersepit dengan masalah kewangan yang akhirnya boleh mengakibatkan penceraian. Doakan kami terus mendapat rezeki dah rahmat, insyaallah datang lah, jumpalah kepada kami untuk sama-sama menyelesaikan masalah. Yang pasti masalah kewangan dan untuk mendapat kesenangan bukan mudah, tidak ada jalan mudah untuk dapat wang dan kebahagian, ianya perlu satu usaha gigih dan berterusan.

Saya galakkan para suami berniaga dari makan gaji, saya galakkan isteri menjadi suri rumah menjaga anak-anak dan keluarga. Rezeki insyaallah allah akan bagi jika si suami usaha bertanggungjawab akan soal pencarian rezeki, dan isteri berusaha bertanggungjawab akan perihal penjagaan dan didikan anak-anak dan rumah suami. sekarang saya sepenuhnya bekerja hanya dari rumah, menggunakan kemudahan teknologi yang ada.

saya sarankan bagi sesiapa yang ingin berpendapatan dari rumah boleh mula dengan penulisan blog bagi memperkenalkan diri , produk dan perkhidmatan dan ia lebih mesra dengan pembaca. untuk yang tiada asas boleh masuk kelas belajar online asas blog dan penulisan. Di sini ada pencerahan kepada kebelenguan.



Bagi yang ingin keluar drai kemelut makan gaji, cubalah untuk ceburi bidang insurans yang pendapatannya makin meningkat setiap bulan dengan jumlah bonus tahunan yang berapis serta ganjaran reward dan pelancongan. Ini adalah satu perniagaan yang tidak memerlukan modal dan produk fizikal. Jika ingin tahu lebih lanjut saya dan suami sudi berkongsi cara




Sekali lagi alhamdulillah kerana Allah telah memberi kasih sayang dan rahmat sepanjang 5 tahun usia perkahwinan kami. Memang kita tidak tahu apa yang akan terjadi esok hari, cuma mari kite berpegang akan prinsip dunia ini sementara, dan setiap yang ada hanya pinjaman. Bekerjalah seperti kita hidup seribu tahun dan beribadahlah seperti kita akan mati sebentar lagi



wassalam

//KHAIRUNNISA HAMZAH//

4 comments:

Unknown said... [Reply to comment]

happy anniversary!!!
lama x jumpe rupanya banyak yg terjadi.
hopefully semua ujian tu dijadikan batu loncatan utk terus berjaya.

Zaila Mohamad said... [Reply to comment]

perkongsian yang menarik:) suka baca..betul, bukan senang untuk berjaya tak kira dalam apa bidang sekalipon

Khairunnisa Hamzah said... [Reply to comment]

Wani...suka baca kisah wani di jepun. Hidup di negara orang balik bole bg kebaikan pada masyarakat kita pula. Bawa pulanh ilmu untuk dikongsi :)

Khairunnisa Hamzah said... [Reply to comment]

Tak apa yang senang puan zaila mohamad :) sebagai org islam tak bole putus asa. Moh kita teruskan perjuangan hidup

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO