NUFFNANG

Sunday, 16 June 2013

Hiasi Kediaman, Hiasi Peribadi

 
Gambar: Kenangan, Hiasi Kediaman, Hiasi Peribadi. Selepas jatuh cinta sepenuhnya pada keluarga dan rumah sendiri, terbitlah keberanian dan perasaaan nekad untuk saya berhenti bekerja dengan majikan dan berusaha setiap hari walau hanya di rumah sahaja :)
Teks : Khairunnisa Hamzahara

Assalammualaikum

Rumah adalah tempat bermulanya kehidupan seharian. JIka selesa rumah kita maka selesa lah seiisi keluarga. Betapa besarnya peranan seorang ibu rumah tangga. Berpengalaman sebagai ibu dan isteri yang bekerja dan tinggal di rumah sepenuh masa menjadikan saya menghagai masa. Saya benar-banar merasai masa itu emas. Pernah juga bermalas-malasan di awal pagi. Natijahnya saya sendiri yang tidak tertanggung. Ia mungkin jadi tidak apa jika seseorang itu tidak mencipta aras sassarannya untuk sasaran kerja sepanjang hari, sepajang minggu, sepanjang bulan, sepanjnag tahun dan sepanjnag kehidupannya. Matlamat hidup perlu jelas. Se jelas dengan misi setiap saat. Jika dibiarkan masa itu berlalu begitu sahaja dan ianya tidak mampu berpatah balik. Tiada perkataian "Kalau " dalam Islam. Yang ada adalah usaha dan berjuang dalam kehidupan.

Inginkan kebahagaiaan, inginkan suasana idaman tetapi tiada usaha yang digerakkan. Ianya mungkin boleh menjadi perkara mustahil untuk diperolehi. Saya sendiri sering mengingatkan diri sendiri, ciptalah aura positif pada diri, pasti aura itu dapat kita salurkan kepada keluarga kita. Kelak kita mendapat keluarga yang positif dan bahagia. Usaha keras bermula dari rumah, hiasi rumah hiasi peribadi. Setipa hari saya cuba ingatkan diri agar mengambil iktibar diatas apa kerjakan dan hasil dari pekerjaan itu kita cuba mencari aan itu makna disebalik pekerjaan itu dan kita tukarkan sifat dan bentuk pekerjaan itu kepada nilai-nilai peribadi diri. 

Misalnya ketika membina dan menghiasi sesebuah kediaman, ia menjadikan saya berfikiran nekad dengan melihat ikatan batuan pembinaan dan lepaan simen serta deretan tiang yang kukuh, ia seolah-olah menunjukkan struktur yang kuat dan menyelamatkan rumah tersebut. Struktur ini dan binaan luaran ini cuba bertarung dan bertahan dengan cuaca panas terik dan hujan lebat dengan mempertaruhkan dirinya. Apa ada di dalam rumah ini? Apa ada disebalik binaan ini? Disebalik binaan ini ada sebuah kehidupan, ada beberapa ruang yang dihiasa cantik dan tersusun rapi, dilengkapi dengan bau-bauan yang wangi. Keselesaan di dalam melupakan penghuni akan keadaaan panas terik diluar dan hujan lebat yang melanda.

Kita ambil pengajarannya dalam kehidupan kita sebagai suami isteri, sebagai lelaki dan perempuan. Saya melihat struktur danbinaan luar tadi sebagai si suami yang menggunakan kekuatan seorang lelaki untuk keluar mencari rezeki, si isteri pula yang dilindungi tadi menunjukkan kasih sayang nya dengan mneyediakan kediaman yang selesa. Begitulah apabila setiap mereka memainkan peranan dan tanggungjawab yang digariskan. Andaikata sebuah bangunan tiada hiasan di dalamnya, ia ibarat bangunan yang tidak bernyawa dan tiada rohnya. Sekali lagi sebelum saya memulaka rutin harian, mengemas rumah dengan mencurahkan sepenuhnya kasih sayang dan hasil seni di kediaman saya sendiri, saya ingin berkongsi Tagline saya ini, Hiasi Kediaman, Hiasi Peribadi. Insyaallah kita sebuah berolah keberkatan dalam kehidupan berkasih sayang dalam keluarga. Amin

//KHAIRUNNISA HAMZAH//

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO