NUFFNANG

Showing posts with label Hiasi Kediaman Hiasi Peribadi. Show all posts
Showing posts with label Hiasi Kediaman Hiasi Peribadi. Show all posts

Wednesday, 26 October 2016

Jom letak Paip air sebelah pintu bilik air. Kenapa?

Teks : khairunnisa hamzah



Sebagai orang Islam, amat penting untuk menyucikan diri dengan air bagi memastikan tiada najis yang melekat pada diri. Ia juga untuk kebersihan dan kesihatan. Islam itu indah dan suka kan keindahan. Dan kebersihan itu separuh daripada Islam

Hari ini saya ingin bincangkan isu PAIP AIR di bilik air.
Rata-rata rumah orang Islam ada paip air di bilik air.
Dan kebanyakan lantai bilik air sentiasa basah tidak seperti bilik air bangsa lain yang kering kerana mereka tidak bersuci dengan air. Hanya pakai tisu. Namun ada juga bangsa kita yang mengikut cara ini kerana "geli" dengan lantai yang basah.

Tapi tahu tak sebaik-baik cucian itu adalah dengan AIR

Sebab itu dalam Islam sendiri ada menggariskan panduan di mana digalakan untuk meletakan selipar di dalam bilik air agar tidak terbawa keluar najis yang terpijak di lantai bilik air apabila melangkah keluar bilik air.


Tetapi zaman sekarang ada yang lihat selipar bilik air itu kolot seperti bilik air di kampung. Jadinya ramai yang kembali tidak meletakan selipar di bilik air. Tapi perasan tak, paip untuk membersihkan kaki selepas menggunakan bilik air biasanya berada jauh di bawah paip shower. Jadi selepas mencuci kaki masih perlu berjalan lagi sedikit di lantai bilik air sebelum melangkah keluar. 

Cadangan saya, selepas ini pemaju dan perekabentuk ambil berat tentang perkara ini. Letakan paip air untuk mencuci di sebelah pintu bilik air. Sama macam konsep zaman dahulu, tempayan tadahan air basuh kaki di tepi tangga atau pintu. Sekarang kita gunakan paip di tepi pintu untuk mencuci kali terakhir sebelum melangkah keluar pintu bilik air. Boleh kan?



Jom kita ubah cara
Belajar dari pengalaman dan kesilapan

Saya sangat titik beratkan hal ini kerana sekarang sednag membesarkan anak-anak kecil di rumah. Apabila hendak membersihkan najis mereka, perlu masuk bilik air dan berjalan sehingga ke bawah cucuran air (shower) untuk buka paip air. Apabila bersihkan mereka maka adalah yang berterabur atau kita tidak perasan saki baki yang tinggal. Bila berjalan semula keluar, mungkin kita ada bawa saki baki atau bekas najis. Bahaya kan?

Jadi, meh kita pasang paip sebelah pintu bilik air untuk menjaga kebersihan dan kesucian rumah dari najis! Ayuh mulakan



Khairunnisa Hamzah
Perekabentuk dan penasihat kediaman online
work at home mom since 2012
whatsapp 0197720507
email : khairunnisahamzahara@gmail.com

Nak dapatkan design ubahsuai luaran atau dalaman
boleh PM atau boleh ke 
FB page : https://www.facebook.com/rekabentuk3donline
FB page : https://www.facebook.com/3Dviewing

Tuesday, 12 April 2016

BINA KOLAM RENANG ATAU SWIMING POOL UNTUK TERAPI KELUARGA DI MUSIM PANAS MALAYSIA


Teks : khairunnisa hamzahara


Sejak musim panas ini, merata-rata mummy and daddy bawa anak-anak pergi mandi dan berenang. Selalunya air swimming pool sejuk hingga anak-anak menggeletar badan, namun musim panas yang lama dan hangat di Malaysia kali ini menyebabkan air kolam renang menjadi suam-suam kuku dan sedap untuk berendam serta menyelam lama hingga ke petang. Bagaikan spa dan terapi badan di kala musim panas. Balik rumah, sambung mandi di kolam plastik rumah pula yang boleh muat seisi keluarga. Jadi, kali ini mummy and daddy mahu realitikan projek membuat kolam renang di rumah kerana anak-anak sudah pandai berenang dan menjadi aktiviti harian mereka. Berenang juga adalah amalan sunnah. Rumah teres, rumah banglo atau, rumah kampung sekali pun semuanya berhak mempunyai kolam renang sendiri. Kos? Boleh buat ikut kemampuan. Budget , sederhana, cantik semuanya bergantung kepada poket masing-masing. Nawaitu, nak terapi badan dan lakukan aktiviti sunnah ini untuk seisi keluarga. Lokasi cadangan? Belakang rumah, tepi rumah atau hadapan rumah. Jika nak buat atas bumbung rumah pun boleh.

Kalau nak buat Rekabentuk 3D swimming pool dekat rumah masing-masing boleh pm mummy ya. smile emoticon
Ada juga swimming pool ready made design yang dah ada ukuran tertentu. Kalau nak buat design lain pun boleh, lepas tu kita panggil tukang kolam untuk buatkan di rumah
Ingat tak pasal rumah teres yang mummy pernah kongsikan masa shooting rancangan inspirasi dengan encik fahrin ahmad yang lalu? Jadi, siapa kata rumah teres tak boleh ada swimming pool , kan?


Jom buat Kolam renang di rumah!

Pagi ni, jom cuci mata kolam-kolam renang rumah orang lain yang agak-agak muat untuk rumah jenis teres, banglo, semiD atau halaman belakang rumah kampung mak ayah kita smile emoticon

Sumber gambar : pinterest
































Nak buat kolam renang dekat rumah sendiri?
Email me or whatsapp me untuk dapatkan rekabentuk kolam renang rumah anda :

Email : khairunnisahamzahara@gmail.com
whatsapp : 0197720507
smile emoticon
Khairunnisa Hamzah
Senibina kehidupan di rumah
Arkitek Graduan
www.khairunnisahamzahara.com
Perekabentuk dan Penasihat kediaman Online
http://rekabentuk3donline.blogspot.my

Tuesday, 9 February 2016

JANGANLAH MINUM SAMBIL BERDIRI KALAU PASANG COWAY DEKAT RUMAH

Teks: khairunnisa hamzahara


JANGANLAH MINUM SAMBIL BERDIRI

Jika ada antara kalian yang minum berdiri hendaklah memuntahkan nya
Allahuakhbar

Sedar tak sedar ramai kita yang mengabaikan nasihat Rasullullah sendiri.

Cer Google apakah akibatnya jika minum berdiri ?

Mummy Google tadi, makan dan minum berdiri boleh mengakibatkan sistem pencernaan dalam perut kita bermasalah kerana makanan dan minuman menghentam terus ke dalam perut dengan tarikan Graviti. Manakala sunnah Rasullullah mengajak kita minum duduk kerana ia melambatkan jatuhnya makanan dan minuman terus ke dinding-dinding perut kita dan ia menjaga jangka hayat perut kita. Maka nya orang yang makan dan minum berdiri lebih mudah mendapat penyakit berbanding orang yang mengamalkan sunnah makan dan minum sambil duduk

Ini mummy buatkan sikit poster kalau pasang COWAY, letakan sekali stool bar untuk seisi keluarga kita mengamalkan sunnah minum sambil duduk.

Allahuakhbar. Moga kehidupan kita lebih baik dari semalam

Nak pasang COWAY?
Saya boleh tolong buatkan order dan hantar team pemasangan ke rumah anda.

Stool bar dan kitchen kabinet?
InysaAllah saya boleh tolong designkan
  smile emoticon
Sebelum itu, Sebarkan poster ini untuk sebarkan sunnah Rasullullah

Senibina kehidupan dirumah
Khairunnisa Hamzah
Hiasi Kediaman, Hiasi Peribadi
www.khairunnisahamzahara.com
work at home mom
at perkhidmatan rekabentuk 3d kediaman online
http://rekabentuk3donline.blogspot.my

Hubungi mummy :
Whatsapp : 0197720507
Email: khairunnisahamzahara@gmail.com

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO