-----------------------------------------------------------------------------

-----------------------------------------------------------------------------
Untuk tidak menunggu lama, buat tempahan rekabentuk hari ini! Bila ada 3D, suami isteri dah tak bergaduh lagi!!
ARKITEK GRADUAN + BLOGGER + PENASIHAT KEDIAMAN + TRAINNER BENGKEL + DESIGNER + PERUNDING REKABENTUK + PENULIS BEBAS

WISHLIST TAHUN 2016 PENULIS

  • DAPAT DANA DAN PELABUR UNTUK PROJEK SURIRUMAH.COM
  • BERKUNJUNG KE RUMAH ALLAH
  • RANCANGAN REALITI TV SENDIRI UNTUK PROJEK BINA DAN HIAS
  • MEMBINA SYARIKAT PENERBITAN BUKU
  • BANTU 100 ORANG BUAT REKABENTUK
  • BANTU 100 ORANG BUAT BLOG
  • BANTU100 ORANG HIAS RUMAH
  • MELANCONG KE EUROPE BERSAMA KELUARGA
  • DIJEMPUT BERKONGSI PENGALAMAN DAN PERKHIDMATAN DI RANCANGAN TV LIVE
  • RUMAH CONTOH BLOG (SHOW UNIT) SIAP
  • BINA PASUKAN REKABENTUK SECARA ONLINE
  • DAPAT TAJAAN VIDEO KAMERA (PERCUMA)
  • 5 BUKU TERBIT DAN ADA DI RAK BUKU KEDAI BUKU TERKEMUKA DI MALAYSIA
  • 5 EBOOK PANDUAN BARU TERBIT UNTUK MANFAAT SEMUA

Daftar belajar kelas santai online 3d sketchup

Mahu bina jenama sendiri dari rumah? Klik pada poster ini

Wednesday, 26 October 2016

Jom letak Paip air sebelah pintu bilik air. Kenapa?

Teks : khairunnisa hamzah



Sebagai orang Islam, amat penting untuk menyucikan diri dengan air bagi memastikan tiada najis yang melekat pada diri. Ia juga untuk kebersihan dan kesihatan. Islam itu indah dan suka kan keindahan. Dan kebersihan itu separuh daripada Islam

Hari ini saya ingin bincangkan isu PAIP AIR di bilik air.
Rata-rata rumah orang Islam ada paip air di bilik air.
Dan kebanyakan lantai bilik air sentiasa basah tidak seperti bilik air bangsa lain yang kering kerana mereka tidak bersuci dengan air. Hanya pakai tisu. Namun ada juga bangsa kita yang mengikut cara ini kerana "geli" dengan lantai yang basah.

Tapi tahu tak sebaik-baik cucian itu adalah dengan AIR

Sebab itu dalam Islam sendiri ada menggariskan panduan di mana digalakan untuk meletakan selipar di dalam bilik air agar tidak terbawa keluar najis yang terpijak di lantai bilik air apabila melangkah keluar bilik air.


Tetapi zaman sekarang ada yang lihat selipar bilik air itu kolot seperti bilik air di kampung. Jadinya ramai yang kembali tidak meletakan selipar di bilik air. Tapi perasan tak, paip untuk membersihkan kaki selepas menggunakan bilik air biasanya berada jauh di bawah paip shower. Jadi selepas mencuci kaki masih perlu berjalan lagi sedikit di lantai bilik air sebelum melangkah keluar. 

Cadangan saya, selepas ini pemaju dan perekabentuk ambil berat tentang perkara ini. Letakan paip air untuk mencuci di sebelah pintu bilik air. Sama macam konsep zaman dahulu, tempayan tadahan air basuh kaki di tepi tangga atau pintu. Sekarang kita gunakan paip di tepi pintu untuk mencuci kali terakhir sebelum melangkah keluar pintu bilik air. Boleh kan?



Jom kita ubah cara
Belajar dari pengalaman dan kesilapan

Saya sangat titik beratkan hal ini kerana sekarang sednag membesarkan anak-anak kecil di rumah. Apabila hendak membersihkan najis mereka, perlu masuk bilik air dan berjalan sehingga ke bawah cucuran air (shower) untuk buka paip air. Apabila bersihkan mereka maka adalah yang berterabur atau kita tidak perasan saki baki yang tinggal. Bila berjalan semula keluar, mungkin kita ada bawa saki baki atau bekas najis. Bahaya kan?

Jadi, meh kita pasang paip sebelah pintu bilik air untuk menjaga kebersihan dan kesucian rumah dari najis! Ayuh mulakan



Khairunnisa Hamzah
Perekabentuk dan penasihat kediaman online
work at home mom since 2012
whatsapp 0197720507
email : khairunnisahamzahara@gmail.com

Nak dapatkan design ubahsuai luaran atau dalaman
boleh PM atau boleh ke 
FB page : https://www.facebook.com/rekabentuk3donline
FB page : https://www.facebook.com/3Dviewing

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO