NUFFNANG

Showing posts with label Ebook. Show all posts
Showing posts with label Ebook. Show all posts

Wednesday, 20 January 2016

Siapa penulis Ebook Bina Rumah Islamik?

Siapa Khairunnisa Hamzahara?

Gambar: saat di temuramah oleh encik Fahrin Ahmad dalam satu rancangan baru di TV1 yang bakal disiarkan yang dinamakan INSPIRASI

Khairunnisa Hamzahara atau nama sebenarnya ialah Khairunnisa Binti Hamzah adalah gabungan nama diri penulis sendiri bersama kedua ibu bapanya iaitu Hj.Hamzah dan Hjh Zaharah.

Ketika memilih nama pena ini, penulis adalah tidak lain tidak bukan hanyalah hendak mengharumkan nama kedua ibupanya.

Sejak dari kecil penulis dibesarkan dalam suasana yang Islamik. Penulis dan adik beradik dihantar ke sekolah menengah agama di pinggiran kota untuk mendalami dan menghayati ilmu agama sedalam-dalamnya.

Hajat kedua ibu bapa adalah ingin menjadikan anak-anaknya sebagai pendokong agama.

Namun ada secebis jiwa kesenian di dalam diri penulis.

Pada pertengahan persekolahan, penulis telah memohon sekolah sains dan permohonan diterima selepas keputusan peperiksaan yang memerangsangkan.

Dari sekolah agama, penulis menukar sekolah ke aliran sains.

Ini sedikit sebanyak mengecewakan kedua ibu bapanya.

Di sekolah sains, penulis mengambil subjek Lukisan Kejuruteraan dan juga pendidikan seni yang akhirnya membuatkan penulis berjaya menempatkan diri di menara gading dalam aliran senibina (architecture) selepas ditemuduga.
Sepanjang sesi pembelajaran di menara gading, pelbagai cabaran dan rintangan yang dilaluinya.

Walaubagaimanapun penulis hanya memasang satu cita-cita.

Iaitu, ingin membina sesuatu yang boleh menaikan semula martabat agama melalui Ilmu yang dituntutnya di menara gading.

Selepas tamat pembelajaran di menara gading dengan jayanya, penulis di tawarkan bekerja di firma swasta dan kemudiannya di agensi kerajaan sebagai Arkitek Projek dan Arkitek Rekabentuk.

Pengalaman-pengalaman hebat yang ditimba dari projek yang diamanahkan menjadikan jiwa penulis semakin dekat kepada pencipta.

Malangnya projek-projek Mega tersebut jauh dari cara dan etika islamik yang sebenar.

Ia menjadikan tiada penghayatan agama dan tiada “roh” yang terhasil dalam pembinaan tersebut.

Pada tahun 2012 merupakan tahun di mana penulis telah membuat keputusan nekad untuk menamatkan perkhidmatannya di Agensi Kerajaan dan turun ke padang untuk membantu orang ramai merekabentuk sesuatu yang boleh mendatangkan makna dan “roh” dalam kehidupan seharian mereka.

Maka kemudiannya, lahir lah perkhidmatan Rekabentuk 3d Online di http://rekabentuk3donline.blogspot.com bagi mula menerima tempahan rekabentuk secara 3Dimensi dari mana-mana sahaja.

Dalam memberikan perkhidmatan rekabentuk ini, penulis akan menasihati pemilik kediaman untuk merekabentuk dan mewujudkan fungsi ruang mereka kepada cara islamik.

Bagi menyampaikan cara-cara terbaik dalam merekabentuk kediaman yang menggunakan cara Islamik sebagai pedoman, penulis juga aktif berkongsi tentangnya dengan cara menulis di majalah, suratkhabar, blog dan juga berkongsi di televisyen.

Blog penulis iaitu Blog Panduan Untuk Kediaman Idaman di www.khairunnisahamzahara.com merupakan satu-satunya blog rujukan tentang kediaman yang telah di akses oleh pihak media.

Sejak itu, penulis kerap kali di temuramah di majalah tempatan, di suratkhabar tempatan, dan juga di televisyen tempatan.

Kini, penulis adalah merupakan penulis bebas tentang kediaman di Blog, majalah, ebook dan suratkhabar. Penulis juga menjadi penasihat kediaman di rancangan TV dan menjadi perekabentuk kediaman secara alam maya.

Impian Penulis Hanyalah Satu Iaitu:
Meningkatkan Semula Martabat Agama Melalui Senibina Yang bermula dari rumah
Maka terbitlah :
EBOOK BINA RUMAH ISLAMIK





Wednesday, 9 December 2015

PRE ORDER EBOOK PROJEK HOMESTAY KINI DIBUKA TEMPAHAN 24 JAM SAHAJA

EBOOK PROJEK HOMESTAY 

https://rahsiabranding.aztetic.my/buy/projekhomestay


Assalammualaikum

Siapa ingat pada tahun 2014 saya dijemput oleh MHI , TV3 untuk berikan perkongsian tentang homestay?

Oleh kerana saban hari saya dihujani pertanyaan tentang cara setup dan bisnes homestay,

InsyaAllah 
Dengan kepakaran merekabentuk yang ada,
mempunyai pengalaman setup homestay-homestay keluarga sendiri,
berpengalaman dalam pemasaran online,
dan berkepakaran dalam penjenamaan,


Maka akan terbitlah di alam maya
Ebook Projek Homestay 


yang sudah lama saya tangguhkannya


Dengan ini saya buka 
Pre Order
EBOOK PROJEK HOMESTAY
pada pembaca di sini


Antara kandungan dalamnya adalah:

-perancangan
-rekabentuk
-pengurusan
-pemasaran
dan banyak lagi


Tempahan Pre order ini sangat membantu
menaikan semangat saya untuk menyiapkan
Ebook ini dengan jayanya dan padat berinformasi
bagi membantu mereka yang mahu setup homestay
sendiri dari A-Z


Pre Order ini saya hanya buka untuk
100 orang sahaja.


Ia telah diset pada sistem pembelian.
Selepas 100 pembelian ia akan kembali kepada harga asal


Usah berfikir lagi
Mungkin ini lah yang diperlukan selama ini 


makluman : 
tarikh mula diedar pada pembeli pada 15 Disember 2015

Maklumkan pada rakan-rakan!
Tempahan pre order boleh dibuat di sini: https://rahsiabranding.aztetic.my/buy/projekhomestay
Ia aktif dalam masa 24 jam sahaja
6.00 pm 9/12/2015
6.00 pm 10/12/2015
kemudian tawaran pre order ini ditutup


Khairunnisa Hamzah www.khairunnisahamzahara.com

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO