Monday, 21 March 2016

KEMAS DAN SUSUN BILIK MAINAN ANAK LELAKI a.k.a BoBoBoy !

teks: khairunnisa hamzah

BILIK MAINAN BOBOBOY

Sejak abang homeschooling bersama adik nya yang berumur 1 tahun, kerja mummy banyak yang lari dari schedule. Dua-dua berkepit dengan mummy. Lalu mummy terpaksa kerah tenaga sendiri untuk sediakan ruang bermain boboboy dengan selesa dan mudah untuk mereka mencari mainan mereka. Yang pasti mainan gugirl kakak tidak bercampur lagi dengan boboboy berdua ni.

Meja lego ,done
Storage lego, done
Tempat gantung topeng superhero, done
Tempat simpan kereta, done
Tempat simpan kad2 superhero n lego, done
Papan belajar menulis dan melukis, done
Tempat simpan senjata, done
Tempat simpan mainan board, done
Tempat golek2 done


D.I.Y macam yang viral dekat FB tempoh hari, guna semula rak kasut. Tapi muat untuk kereta-kereta kecil saja rupanya. Kereta besar kena letak pada rak lebih besar. Ultraman , kamenrider dan raksaksa tumpang sekaki kat atas puncak tu.

Semua kenderaan lain masuk saja dalam bakul. Yang menarik tertarik minat si adik dan abang saja di letak atas rak, yang kecil atas rak kasut D.I.Y tadi. Meja lego? Done!! UHU gam kan tapak lego. (Tapak belum cukup), Lego semua masukan dalam tool box. senang

Pagi-pagi si adik bangun tidur, terkedek-kedek masuk dalam bilik ni. kalau penat main duduk, dia golek-golek dekat karpet superman tu. Kerusi anyaman tempat baca buku-buku kecil yang tersimpan dalam bakul sebelah. Senjata abang? sebelah kerusi anyaman (asalnya bakul plastik bawah sink mummy, dah jadi bakul simpan senjata abang pula)

Gunakan bakul sebanyak mungkin. Lain kategori mainan lain bakulnya. Tupperware dan tin kit kat pun ada sekali. Janji segala kad-kad lego dan superhero abang tersimpan kemas. senang nak cari tak nangis-nangis lagi. Lego macam-macam jenis pun duk dekat lain-lain bakul. senang nak main

Topeng -topeng kuasa abang semua mummy gantung dengan tali, ikat dekat penyangkut towel abang. Senang dia nak ambil pakai dan ingat mana topeng dah ada (asyik nak beli topeng je lah si abang ni). Nampak tak jam kat hujung sana? si abang belum mahir baca jam, tu tempat training dia baca waktu
Konsep design:
gunakan apa yang ada saja
(Rak buku, tempat sidai towel, rak kasut, bakul, tin, tupperware, dan mcm2 lagi)

Main lah berdua
Mummy ada kerja
Esok dateline hantar design rumah banglo orang , nak oii



0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO