NUFFNANG

Sunday, 14 June 2015

Bina Rumah Cara Islam


Teks: Khairunnisa Hamzahara

ISLAM CARA HIDUP MUSLIM
Kehidupan yang berlandaskan syariat Islam adalah cara hidup yang paling baik untuk manusia sejagat. Apabila ia diadaptasikan dalam segala pekerjaan dan rutin harian, ia menghasilkan kesan kedamaian dan ketenangan yang optima.




TUJUAN BINA RUMAH DALAM ISLAM
Begitu juga dalam membina kediaman, apabila ia dibina mengikut cara Islam, rumah yang terbina akan memberikan keselesaan kepada penghuni dan tetamunya. Islam menjadikan rumah itu sebagai :
·         tempat perlindungan manusia dari bahaya
·         tempat perlindungan manusia dan dari cuaca buruk di luar yang tidak dapat dijangka
·         tempat di mana manusia menjaga maruah dan aurat ,
·         tempat untuk membentuk peribadi diri
·         tempat untuk merapatkan silaturahim dan
·         tempat untuk menunaikan ibadah.
Tiada syarat khas atau khusus dalam pembinaan rumah mengikut cara Islam baik dari segi rupabentuknya mahupun dari segi ornamen dan aksesorinya. Yang ada adalah nasihat dan saranan di dalam Al-Quran dan Al Hadis akan i-    ciri-ciri kediaman yang elok
ii- dan bagaimana adab yang perlu dijaga di dalam rumah untuk mengekalkan keselesaan dan kedamaian sebagai seorang muslim.

Antaranya seperti berikut:

SEBELUM MEMBINA RUMAH
·         Memilih lokasi yang mempunyai kejiranan Yang Baik
·         Memilih Tapak Yang Selamat
SEMASA MEMBINA RUMAH
·         Membina  Rumah Yang Cukup Keluasannya
·         Tidak Membina Rumah Yang Megah
·         Rekabentuk Rumah Yang Baik
·         Susunatur Ruang Mengikut Tujuan
·         Binaan Yang Kuat Dan Kukuh
SEMASA MENDIAMI RUMAH
·         Rumah Sentiasa Cantik
·         Rumah dalam keadaan bersih
·         Tiada hiasan yang boleh memesongkan akidah
·         Elakan membela haiwan di dalam rumah
·         Menanam pokok untuk meredupkan rumah




Memilih lokasi yang mempunyai kejiranan Yang Baik

" Tiap 40 rumah adalah tetangga-tetangga, yang di depan, di belakang, disebelah kanan dan di sebelah kiri (rumahnya) ; Hadis Riwayat Ibnu 'Asakir"

Sebelum membuat keputusan untuk mendiami di sesebuah tempat, pastikan kita telah membuat kajian tentang bagaimana cara hidup kejiranan di sana. Sebaiknya carilah kejiranan yang cintakan agama, ramah mesra, saling bantu-membantu dan bermasyarakat. Ini kerana ia akan membentuk diri kita sepanjang kita mendiami di kawasan tersebut. Baik jiran kita, baik lah diri dan keluarga kita.




Memilih tapak yang selamat
Menjaga dan memelihara keselamatan adalah perkara yang perlu diusahakan oleh setiap orang Islam. Pilih lah lokasi yang sesuai untuk mendiami. Selamat dari bahaya bencana semulajadi, manusia dan binatang. Sekiranya terpaksa mendiami di kawasan berkenaan, bina lah rumah dengan ciri-ciri kawalan keselamatan yang optima.



Membina rumah yang cukup keluasannya
Membina rumah yang cukup keluasannya bukanlah bermaksud untuk membina rumah yang besar dan luas sesukahati tapi ia bermaksud membina rumah yang keluasan ruangnya cukup dengan keperluan keluarga. Misalnya, cukup bilik tidur ibu bapa dan anak-anaknya, ada ruang dapur, ruang makan, ruang duduk, ruang kerja, ruang ibadah dan ruang untuk membersihkan diri.  

Di antara kebahagiaan seorang muslim ialah mempunyai jiran tetangga yang soleh, rumah yang luas dan kenderaan yang sempurna (Hadis riwayat Ahmad dan Al Hakim)

Tidak membina rumah yang megah
Jika kita pernah merancang untuk membina rumah yang kelihatan hebat dari luar, betulkan dahulu niat kita. Di dalam Islam rumah tidak boleh dibina untuk bermegah. Rumah yang dibina dengan kemegahan biasanya sering mengundang kemudaratan seperti menarik perhatian perompak dan menjadi perbualan jiran sekeliling. Malah ia mungkin mengguriskan hati orang yang lebih miskin yang terpaksa hidup merempat.

Namun, ianya menjadi perkara baik untuk menyediakan rumah yang selesa dan luas untuk digunakan bagi manfaat orang lain juga seperti:
i- menyediakan bilik tetamu
ii-kemudahan musafir berhenti rehat
iii-ruang belajar untuk masyarakat setempat
iv-ruang untuk masyarakat setempat belajar mengaji
v-ruang untuk jiran menjalankan aktiviti usrah
dan sebagainya.




Rekabentuk rumah yang baik
Maksud rekabentuk rumah yang baik adalah :
i-Rekabentuk yang memberikan pengudaraan yang elok di dalam  rumah
ii-Rekabentuk yang membenarkan pencahayaan yang baik ke dalam rumah
Ini adalah supaya rumah yang terbina tidak terlalu lembap atau panas. Kerana jika ia lembap, akan menghasilkan kulat dan mudah membiakan penyakit. Manakala jika menjadi terlalu panas juga akan mendatangkan ketidakselesaan kepada penghuni.



Susunatur Ruang Mengikut Tujuan
a) untuk memelihara maruah dan aurat
Untuk menyusun ruang di dalam rumah, pastikan untuk ketahui terlebih dahulu apakah aktiviti yang akan dilakukan pada ruang tersebut. Ini membantu untuk kita menyusun ruang mengikut keutamaan dan juga mengikut tahap privasinya agar maruah dan aurat tuan rumah terpelihara dari tontonan tetamu. Misalnya seperti berikut:
Ruang
Tujuan
Privasi
Keutamaan
Pintu masuk Utama
Tetamu Masuk
Tidak Privasi
Di bahagian hadapan rumah
Ruang Tamu
Tetamu duduk
Tidak Privasi
Di bahagian hadapan rumah
Bilik Tidur Utama
Suami Isteri Tidur
Privasi
Di Bahagian Tingkat atas rumah

b) untuk beradab dan menghormati perkara yang lebih mulia
Berhati-hati ketika menyediakan ruang seperti bilik air. Pastikan tandas nya tidak menghadap ke arah kiblat. Ini bagi mengelakan orang menggunakan tandas dan menunaikan hajatnya secara menghadap kiblat. Untuk ruang solat dan mengaji pula di reka khusus menghadap ke kiblat


Binaan yang kuat dan kukuh
Dalam hal pembinaan sebaiknya menggunakan bahan yang elok dan kukuh. Perlu dititikberatkan tetang hal kekuatan dan keselamatan rumah. Kerana di dalam Islam itu sendiri umatnya wajib berusaha sebaiknya untuk mengelakan risiko kecelakaan akibat kecuaian atau kelalaiannya sendiri.

Dalam hal ini, dapatkan Arkitek dan tukang yang baik selain menitikberatkan hal penggunaan bahan dan rekabentuk yang sesuai untuk cuaca dan keadaan tapak di tapak cadangan.




Rumah Sentiasa Cantik
Usah jadikan alasan sibuk bekerja atau anak-anak masih kecil serta lasak sebagi alasan rumah tidak cantik dan bersepah. Allah itu sukakan kecantikan. Sebagai umat Islam, wajib untuk kita berusaha sebaik boleh untuk mencantikan rumah. Kerana rumah adalah punca kedamaian seseorang. Rumah yang selesa menghasilkan penghuni yang produktif serta positif dalam kehidupannya. Dapatkan nasihat pakar kediaman untuk rekbentuk dan susunatur yang cantik untuk kediaman kita.

Rumah dalam keadaan bersih

"Kebersihan itu separuh daripada iman"
Jadikan aktiviti memberish rumah sebagai amalan sekeluarga. Sediakanlah jadual untuk kebersihan rumah untuk :
1-harian
2-mingguan
3-bulanan
4-tahunan
Ini kerana jika tidak berjadual, banyak yang akan kita terlepas pandang. Untuk memudahkan aktiviti memberishkan rumah, amalkan perkara berikut:
i- pembahagian tugas untuk setiap ahli keluarga
ii-sediakan jadual pembersihan
iii-sediakan bekas penyimpanan
iv- wujudkan sistem pembuangan
v-tidak bertangguh
vi-lakukan dengan niat LillahiTaala dan inginkan Allah mencintai kita .
Ini kerana untuk sentiasa bersih itu adalah perkara yang sukar. Berusaha sebaik yang mungkin dengan disiplin kebersihan yang terjaga, menjadikan seseorang itu hidup dengan kehidupan yang positif , rajin, bersabar, tekun dan hormat menghormati antara satu sama lain. Ini bermakna aktiviti memberishkan rumah menjadikan seorang muslim itu sebagai manusia yang hebat yang bukan sahaja disanjungi oleh manusia lain malah dikasihi oleh Allah swt



Tiada Hiasan Yang Boleh Memesongkan Akidah
Berhati-hati dalam menatarias rumah kerana dikhuatiri terpesong akidah penghuni atau tetamunya. Elakan perkara berikut:
-menggantung atau mempamerkan patung-patung atau gambar berbentuk binatang mahupun manusia yang lengkap sifatnya.
-menggunakan ayat-ayat dari kitab-kitab lain sebagai penghias ruang
-meletakan potret manusia lain sebagai ikon atau idola (takut jadi pujaan)
-menghias rumah dengan aksesori yang berunsurkan amalan dan kepercayaan agama lain

Sebaliknya banyakan menghias rumah dengan hiasan atau aksesori yang mengingatkan kita akan kebesaran Allah, mengingatkan kita tentang kematian dan kehidupan akhirat nanti. Semoga ia boleh sentiasa mengingatkan kita akan tipu daya dunia ini dan turut memberikan keinsafan kepada tetamu yang hadir ke rumah kita.

Elakan membela haiwan di dalam rumah
Sunnguhpun kita pencinta kepada binatang seperti kucing, arnab, ikan, mahupun burung, sebaiknya letakan mereka di luar rumah kita. Ini kerana setiap saat rumah kita dikunjungi oleh para malaikat, namun terdapat hadis yang menyebut bahawa malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya ada binatang. Oleh itu, sebaiknya kita menjauhkan perbuatan sedemikian. Secara logiknya, dengan adanya binatang di dalam rumah :

i- memberikan penyakit kepada penghuninya (asma atau kurap)
ii-mengganggu penghuninya ketika sedang beribadah
iii-dikhuatiri najis binatang itu bersepah di dalam rumah
iv-dikhuatiri binatang itu merosakan barangan di dalam rumah




Menanam pokok untuk meredupkan rumah
Manusia dan alam tidak dapat dipisahkan. Begitu juga halnya manusia peroleh oksigen dari proses fotosintesis tumbuhan. Ini bermakna manusia akan rasa lebih segar dan selesa apabila berhampiran dengan tumbuhan dan alam yang hijau. Oleh itu, di dalam islam sendiri menggalakan muslim untuk menanam pokok. Ia bukan sahaja memberikan udara yang segar kepada manusia malah ia turut bantu meredupkan rumah dan menjadikan rumah lebih sejuk. Menanam pokok bukan sahaja boleh dilakukan di dalam rumah, malah ia juga boleh ditanam dan diletakan di dalam rumah bagi memberikan kesegaran dan kedamaian yang optima di dalam rumah.

Akhirnya, kesemua yang disebutkan di atas itu adalah untuk memastikan kehidupan muslim itu:
i- selesa dalam menjalankan ibadah di rumah
ii- selesa menjalani kehidupan sekeluarga di rumah
iii-dapat melayani tetamu dengan baik di rumah
iv-rumah dijadikan sebagai tempat untuk berlindung, berehat, dan meningkatkan tahap produktiviti seseorang muslim

Sekian dahulu dari saya, semoga kita berjumpa lagi dikeluaran seterusnya

Khairunnisa Hamzahara
Arkitek Graduan
Sarjana Muda Senibina (Architecture), UTM Skudai
Pengasas Senibina Kehidupan Di Rumah
Penulis Blog:
1.Panduan Untuk Kediaman Idaman    
2.Perkhidmatan Rekabentuk 3d online
Facebook: Khairunnisa Hamzah
Whatsapp: 0197720507
Email: khairunnisahamzahara@gmail.com







4 comments:

Kak Nita said... [Reply to comment]

Assalamualaikum..
Terima kasih atas perkongsian infomasi yg baik dan bermanafaat.

Unknown said... [Reply to comment]

assalamualaikum, boleh beri bukti bahawa malaikat tak masuk rumah jika ada haiwan peliharaan? boleh berikan hadith ttg itu tak? sebab saya ada membela kucing. tetapi setahu saya Rasulullah ada seekor kucing bernama mueeza. Boleh jelaskan. Terima kasih.

Unknown said... [Reply to comment]

alhamdulillah tqvm atas pengkonsian ilmu yg berguna dan berharga ini,moga Allah meredhaie dan merahmati kalian

https://rekadanbinabanglo.com/ said... [Reply to comment]

terima kasih atas perkongsian

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO