Teks: Khairunnisa Hamzahara
ISLAM CARA HIDUP MUSLIM
Kehidupan yang berlandaskan syariat
Islam adalah cara hidup yang paling baik untuk manusia sejagat. Apabila ia
diadaptasikan dalam segala pekerjaan dan rutin harian, ia menghasilkan kesan
kedamaian dan ketenangan yang optima.
TUJUAN BINA RUMAH DALAM ISLAM
Begitu juga dalam membina kediaman,
apabila ia dibina mengikut cara Islam, rumah yang terbina akan memberikan
keselesaan kepada penghuni dan tetamunya. Islam menjadikan rumah itu sebagai :
·
tempat perlindungan manusia dari
bahaya
·
tempat perlindungan manusia dan dari
cuaca buruk di luar yang tidak dapat dijangka
·
tempat di mana manusia menjaga
maruah dan aurat ,
·
tempat untuk membentuk peribadi diri
·
tempat untuk merapatkan silaturahim
dan
·
tempat untuk menunaikan ibadah.
Tiada syarat khas atau khusus dalam
pembinaan rumah mengikut cara Islam baik dari segi rupabentuknya mahupun dari
segi ornamen dan aksesorinya. Yang ada adalah nasihat dan saranan di dalam
Al-Quran dan Al Hadis akan i- ciri-ciri
kediaman yang elok
ii- dan bagaimana adab yang perlu
dijaga di dalam rumah untuk mengekalkan keselesaan dan kedamaian sebagai
seorang muslim.
Antaranya seperti berikut:
SEBELUM MEMBINA RUMAH
·
Memilih
lokasi yang mempunyai kejiranan Yang Baik
·
Memilih
Tapak Yang Selamat
SEMASA MEMBINA RUMAH
·
Membina Rumah Yang Cukup Keluasannya
·
Tidak
Membina Rumah Yang Megah
·
Rekabentuk
Rumah Yang Baik
·
Susunatur
Ruang Mengikut Tujuan
·
Binaan
Yang Kuat Dan Kukuh
SEMASA MENDIAMI RUMAH
·
Rumah
Sentiasa Cantik
·
Rumah
dalam keadaan bersih
·
Tiada
hiasan yang boleh memesongkan akidah
·
Elakan
membela haiwan di dalam rumah
Memilih lokasi yang mempunyai kejiranan Yang Baik
" Tiap 40 rumah
adalah tetangga-tetangga, yang di depan, di belakang, disebelah kanan dan di
sebelah kiri (rumahnya) ; Hadis Riwayat Ibnu 'Asakir"
Sebelum membuat keputusan untuk
mendiami di sesebuah tempat, pastikan kita telah membuat kajian tentang bagaimana
cara hidup kejiranan di sana. Sebaiknya carilah kejiranan yang cintakan agama,
ramah mesra, saling bantu-membantu dan bermasyarakat. Ini kerana ia akan
membentuk diri kita sepanjang kita mendiami di kawasan tersebut. Baik jiran
kita, baik lah diri dan keluarga kita.
Memilih tapak yang selamat
Menjaga dan memelihara keselamatan
adalah perkara yang perlu diusahakan oleh setiap orang Islam. Pilih lah lokasi
yang sesuai untuk mendiami. Selamat dari bahaya bencana semulajadi, manusia dan
binatang. Sekiranya terpaksa mendiami di kawasan berkenaan, bina lah rumah
dengan ciri-ciri kawalan keselamatan yang optima.
Membina rumah yang cukup keluasannya
Membina rumah yang cukup keluasannya
bukanlah bermaksud untuk membina rumah yang besar dan luas sesukahati tapi ia
bermaksud membina rumah yang keluasan ruangnya cukup dengan keperluan keluarga.
Misalnya, cukup bilik tidur ibu bapa dan anak-anaknya, ada ruang dapur, ruang
makan, ruang duduk, ruang kerja, ruang ibadah dan ruang untuk membersihkan
diri.
Di antara kebahagiaan seorang muslim ialah mempunyai jiran
tetangga yang soleh, rumah yang luas
dan kenderaan yang sempurna (Hadis riwayat Ahmad dan Al Hakim)
Tidak membina rumah yang megah
Jika kita
pernah merancang untuk membina rumah yang kelihatan hebat dari luar, betulkan
dahulu niat kita. Di dalam Islam rumah tidak boleh dibina untuk bermegah. Rumah
yang dibina dengan kemegahan biasanya sering mengundang kemudaratan seperti
menarik perhatian perompak dan menjadi perbualan jiran sekeliling. Malah ia mungkin
mengguriskan hati orang yang lebih miskin yang terpaksa hidup merempat.
Namun,
ianya menjadi perkara baik untuk menyediakan rumah yang selesa dan luas untuk
digunakan bagi manfaat orang lain juga seperti:
i- menyediakan
bilik tetamu
ii-kemudahan
musafir berhenti rehat
iii-ruang
belajar untuk masyarakat setempat
iv-ruang
untuk masyarakat setempat belajar mengaji
v-ruang
untuk jiran menjalankan aktiviti usrah
dan
sebagainya.
Rekabentuk
rumah yang baik
Maksud
rekabentuk rumah yang baik adalah :
i-Rekabentuk
yang memberikan pengudaraan yang
elok di dalam rumah
ii-Rekabentuk
yang membenarkan pencahayaan yang
baik ke dalam rumah
Ini
adalah supaya rumah yang terbina tidak terlalu lembap atau panas. Kerana jika
ia lembap, akan menghasilkan kulat dan mudah membiakan penyakit. Manakala jika
menjadi terlalu panas juga akan mendatangkan ketidakselesaan kepada penghuni.
Susunatur
Ruang Mengikut Tujuan
a) untuk
memelihara maruah dan aurat
Untuk
menyusun ruang di dalam rumah, pastikan untuk ketahui terlebih dahulu apakah
aktiviti yang akan dilakukan pada ruang tersebut. Ini membantu untuk kita
menyusun ruang mengikut keutamaan dan juga mengikut tahap privasinya agar maruah dan aurat tuan rumah terpelihara
dari tontonan tetamu. Misalnya seperti berikut:
Ruang
|
Tujuan
|
Privasi
|
Keutamaan
|
Pintu
masuk Utama
|
Tetamu
Masuk
|
Tidak
Privasi
|
Di
bahagian hadapan rumah
|
Ruang
Tamu
|
Tetamu
duduk
|
Tidak
Privasi
|
Di
bahagian hadapan rumah
|
Bilik
Tidur Utama
|
Suami
Isteri Tidur
|
Privasi
|
Di
Bahagian Tingkat atas rumah
|
b) untuk
beradab dan menghormati perkara yang lebih mulia
Berhati-hati
ketika menyediakan ruang seperti bilik air. Pastikan tandas nya tidak menghadap
ke arah kiblat. Ini bagi mengelakan orang menggunakan tandas dan menunaikan
hajatnya secara menghadap kiblat. Untuk ruang solat dan mengaji pula di reka
khusus menghadap ke kiblat
Binaan yang
kuat dan kukuh
Dalam hal
pembinaan sebaiknya menggunakan bahan yang elok dan kukuh. Perlu
dititikberatkan tetang hal kekuatan dan keselamatan rumah. Kerana di dalam
Islam itu sendiri umatnya wajib berusaha sebaiknya untuk mengelakan risiko
kecelakaan akibat kecuaian atau kelalaiannya sendiri.
Dalam hal
ini, dapatkan Arkitek dan tukang yang baik selain menitikberatkan hal penggunaan
bahan dan rekabentuk yang sesuai untuk cuaca dan keadaan tapak di tapak
cadangan.
Rumah Sentiasa
Cantik
Usah
jadikan alasan sibuk bekerja atau anak-anak masih kecil serta lasak sebagi
alasan rumah tidak cantik dan bersepah. Allah itu sukakan kecantikan. Sebagai
umat Islam, wajib untuk kita berusaha sebaik boleh untuk mencantikan rumah.
Kerana rumah adalah punca kedamaian seseorang. Rumah yang selesa menghasilkan
penghuni yang produktif serta positif dalam kehidupannya. Dapatkan nasihat
pakar kediaman untuk rekbentuk dan susunatur yang cantik untuk kediaman kita.
Rumah dalam keadaan bersih
"Kebersihan itu separuh daripada
iman"
Jadikan
aktiviti memberish rumah sebagai amalan sekeluarga. Sediakanlah jadual untuk
kebersihan rumah untuk :
1-harian
2-mingguan
3-bulanan
4-tahunan
Ini
kerana jika tidak berjadual, banyak yang akan kita terlepas pandang. Untuk
memudahkan aktiviti memberishkan rumah, amalkan perkara berikut:
i-
pembahagian tugas untuk setiap ahli keluarga
ii-sediakan
jadual pembersihan
iii-sediakan
bekas penyimpanan
iv-
wujudkan sistem pembuangan
v-tidak
bertangguh
vi-lakukan
dengan niat LillahiTaala dan inginkan Allah mencintai kita .
Ini
kerana untuk sentiasa bersih itu adalah perkara yang sukar. Berusaha sebaik
yang mungkin dengan disiplin kebersihan yang terjaga, menjadikan seseorang itu
hidup dengan kehidupan yang positif , rajin, bersabar, tekun dan hormat
menghormati antara satu sama lain. Ini bermakna aktiviti memberishkan rumah
menjadikan seorang muslim itu sebagai manusia yang hebat yang bukan sahaja
disanjungi oleh manusia lain malah dikasihi oleh Allah swt
Tiada Hiasan
Yang Boleh Memesongkan Akidah
Berhati-hati
dalam menatarias rumah kerana dikhuatiri terpesong akidah penghuni atau
tetamunya. Elakan perkara berikut:
-menggantung
atau mempamerkan patung-patung atau gambar berbentuk binatang mahupun manusia
yang lengkap sifatnya.
-menggunakan
ayat-ayat dari kitab-kitab lain sebagai penghias ruang
-meletakan
potret manusia lain sebagai ikon atau idola (takut jadi pujaan)
-menghias
rumah dengan aksesori yang berunsurkan amalan dan kepercayaan agama lain
Sebaliknya
banyakan menghias rumah dengan hiasan atau aksesori yang mengingatkan kita akan
kebesaran Allah, mengingatkan kita tentang kematian dan kehidupan akhirat
nanti. Semoga ia boleh sentiasa mengingatkan kita akan tipu daya dunia ini dan
turut memberikan keinsafan kepada tetamu yang hadir ke rumah kita.
Elakan membela
haiwan di dalam rumah
Sunnguhpun
kita pencinta kepada binatang seperti kucing, arnab, ikan, mahupun burung,
sebaiknya letakan mereka di luar rumah kita. Ini kerana setiap saat rumah kita
dikunjungi oleh para malaikat, namun terdapat hadis yang menyebut bahawa malaikat
tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya ada binatang. Oleh itu, sebaiknya
kita menjauhkan perbuatan sedemikian. Secara logiknya, dengan adanya binatang
di dalam rumah :
i-
memberikan penyakit kepada penghuninya (asma atau kurap)
ii-mengganggu
penghuninya ketika sedang beribadah
iii-dikhuatiri
najis binatang itu bersepah di dalam rumah
Manusia
dan alam tidak dapat dipisahkan. Begitu juga halnya manusia peroleh oksigen
dari proses fotosintesis tumbuhan. Ini bermakna manusia akan rasa lebih segar
dan selesa apabila berhampiran dengan tumbuhan dan alam yang hijau. Oleh itu,
di dalam islam sendiri menggalakan muslim untuk menanam pokok. Ia bukan sahaja
memberikan udara yang segar kepada manusia malah ia turut bantu meredupkan
rumah dan menjadikan rumah lebih sejuk. Menanam pokok bukan sahaja boleh
dilakukan di dalam rumah, malah ia juga boleh ditanam dan diletakan di dalam
rumah bagi memberikan kesegaran dan kedamaian yang optima di dalam rumah.
Akhirnya,
kesemua yang disebutkan di atas itu adalah untuk memastikan kehidupan muslim
itu:
i- selesa
dalam menjalankan ibadah di rumah
ii-
selesa menjalani kehidupan sekeluarga di rumah
iii-dapat
melayani tetamu dengan baik di rumah
iv-rumah
dijadikan sebagai tempat untuk berlindung, berehat, dan meningkatkan tahap
produktiviti seseorang muslim
Sekian
dahulu dari saya, semoga kita berjumpa lagi dikeluaran seterusnya
Khairunnisa
Hamzahara
Arkitek
Graduan
Sarjana
Muda Senibina (Architecture), UTM Skudai
Pengasas Senibina
Kehidupan Di Rumah
Penulis
Blog:
1.Panduan
Untuk Kediaman Idaman
2.Perkhidmatan
Rekabentuk 3d online
Facebook:
Khairunnisa Hamzah
Whatsapp:
0197720507
Email:
khairunnisahamzahara@gmail.com
4 comments:
Assalamualaikum..
Terima kasih atas perkongsian infomasi yg baik dan bermanafaat.
assalamualaikum, boleh beri bukti bahawa malaikat tak masuk rumah jika ada haiwan peliharaan? boleh berikan hadith ttg itu tak? sebab saya ada membela kucing. tetapi setahu saya Rasulullah ada seekor kucing bernama mueeza. Boleh jelaskan. Terima kasih.
alhamdulillah tqvm atas pengkonsian ilmu yg berguna dan berharga ini,moga Allah meredhaie dan merahmati kalian
terima kasih atas perkongsian
Post a Comment