NUFFNANG

Thursday 12 March 2015

REKABENTUK UBAHSUAI DAPUR DARI RUMAH KOS RENDAH KE DAPUR GAYA RESORT

Teks: khairunnisa hamzahara


Rumah kos murah dengan dapur ala RESORT!

Alhamdulillah, hari ini dapat menunaikan hajat seorang pelanggan yang inginkan rumah kos murahnya memiliki dapur gaya resort. Susunan semula ruang dapat menjadikan dapur lebih besar dan luas untuk dibina kabinet berbanding susunan lama di mana bilik air dan tandas memenuhi ruang ini yang menjadikan dapur kecil dan hanya muat untuk tempat masak dan sink membasuh sahaja.


REKABENTUK UBAHSUAI DAPUR
Dari rumah kos rendah ke dapur ala resort!

Keadaan Dapur Asal




Terima kasih kepada puan yang menempah design dapur dari kami. Keadaan asal dapur adalah sempit dan mempunyai kedudukan susunan bilik air yang memakan ruang sehingga menjadi ruang untuk dapur kecil sahaja. Dengan perubahan rekabentuk yang dibuat, bilik air dan tandas diasingkan dan di reka kepada konsep resort seperti yang diminta oleh tuan rumah. Diwujudkan juga ruang mencuci tangan bagi memudahkan tetamu agar tidak perlu masuk ke dapur untuk mencuci tangan. Ia juga boleh dijadikan ruang mencuci muka dan menggosok gigi bagi ahli keluarga. Hasil susunan semula bilik air, kabinet dapur dapat dibina lebih luas dan panjang dengan susunatur berbentuk L. Puan ini dapat memenuhi hajatnya untuk mempunyai kabinet Oven, peti sejuk dan ruang memasak serta mencuci pinggan mangkuk. Bilik belakang yang sebelum ini dipasang tingkap untuk mendapat pencahayaan dari dapur, digantikan dengan jenis jendela yang boleh dibuka. Ia menjadikan impian puan ini untuk mewujudkan ruang ala-ala resort tercapai. Di bawah jendela diletakan bangku sebagai kerusi rehat dan akhir sekali dipasangkan lampu dinding untuk pencahayaan malam dan perhiasan dinding.






Jika anda mempunyai masalah ruang, dapatkan rekabentuk 3d ruang dari Rekabentuk 3D Online Hari ini!! smile emoticon

Untuk ubahsusunatur atau peroleh idea hiasan dalaman ruang, boleh buat tempahan di http://rekabentuk3donline.blogspot.com atau terus emailkan pelan lantai ruang/kediaman ke alamat email saya khairunnisahamzahara@gmail.com


Khairunnisa hamzahara
senibina kehidupan di rumah

5 comments:

Inspirasi jahitan hamidah burham said... [Reply to comment]

Wah..menariknya blog sis ni..banyak info menarik tentang konsep kediaman. suka.

Zie Zaks said... [Reply to comment]

Melihat rekaan 3d begini teringat game The Sims yang menjadi kegilaan saya. 😍

saye niza said... [Reply to comment]

banyaknya panduan. Boleh saya jadikan rujukan sebab saya juga sedang stage decorasi from zero

man at work construction said... [Reply to comment]
This comment has been removed by a blog administrator.
man at work construction said... [Reply to comment]
This comment has been removed by a blog administrator.

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO