Tuesday, 8 July 2014

Rekabentuk Penambahan Ruang Dapur (Renovate- kitchen extension)


Teks: khairunnisa hamzahara

Alhamdulillah, semalam Allah berikan kesempatan untuk saya siapkan tempahan rekabentuk ubahsuai dan penambahan ruang dapur untuk rumah klien online saya yang dikenali melalui email dan whatsapp sahaja.

Puan ini telah memiliki sebuah rumah banglo dan sedang berpantang di kampung. Sambil dalam pantang, beliau google tentang idea-idea ubahsuai kediaman lalu berjumpa dengan blog Panduan Untuk Kediaman Idaman. Katanya, kalau boleh beliau mahu duduk segera di rumah tersebut selepas raya dan habis pantang. Sebelum duduk, beliau ingin besarkan ruang rumahnya.

Menurut puan ini, rumahnya mempunyai lebihan tanah 20 kaki di bahagian belakang. Oleh itu, beliau mahu menambah ruang binaan di belakang rumah sebagai ruang dapur. Manakala ruang dapur sedia ada yang disediakan oleh pemaju akan dijadikan ruang keluarga. Seronoknya rumah bertambah besar ;)

ini adalah pelan asal rumahnya. tanda merah itu adalah ruang dapur asalnya yang mahu dijadikan ruang keluarga. ruang dapur mahu ditambah di belakang rumah
ini adalah rupa luaran rumahnya di di scan dan di email oleh tuan rumah kepada saya


 Ini message permintaan dari puan berkenaan:


Alhamdulillah saya dapat menyiapkan rekabentuk dalam masa yang dijanjikan walaupun terlewat satu hari. Almaklumlah masa berpuasa ini banyak ke rumah mak ayah, jadi terlari sedikit jadualnya.

Bagaimana rekabentuk penambahan ruang yang saya lakukan untuk bahagian dapur rumah puan ini?

Keluasan Ruang Tambahan
Rekabentuk untuk renovation dapur rumah ini dilakukan pada ruang penambahan di tanah belakang rumah sebanyak 10 kaki walau secara keseluruhannya jumlah keluasan di tanah belakang adalah 20 kaki.

10 kaki lagi dibiarkan tanpa binaan untuk mengelakan sebaran kebakaran (jika berlaku kebakaran pada rumah jiran /bangunan belakang)

Ia juga bagi membolehkan pakaian di sidai dengan elok di bahagian belakang tanpa menjejaskan pandangan tetamu yang hadir di rumah di sebelah tepi rumah. Tembok privasi dinaikan bagi megelakan pandangan secara terus oleh jiran belakang rumah.

Awas, jangan tambah dapur sehingga hujung sempadan!

Kebiasaannya pemilik kediaman gemar membuat penambahan ruang dapur mereka sehingga hujung garisan sempadan tanah mereka. Ini sebenarnya membahayakan keselamatan penghuni rumah tersebut. Kerana jika rumah jiran berlakang bertemu dengan dapur rumah kita terlalu dekat, kemungkinan jika berlaku kebakaran dari rumah jiran tersebut, apinya mudah melompat ke rumah kita pula. Nauzubillah. Jika rumah teres, binaannya telah disiapkan dengan dinding pemisah pencegah kebakaran. sebab itu satu unit sahaja hangus terbakar jika berlaku kebakaran.

Lain pula jika belakang rumah ada jalan. Jika dapur sehingga hujung sempadan dan betul-betul di tepi jalan, apa akan jadi jika berlaku kemalangan di mana lori atau motor atau kereta terbabas? pastinya pecah dapur kita. Kalau mak kita tengah masak di dapur? Nauzubillah. Minta dijauhkan.

Jadinya, elakkan sambung rumah sampai hujung sempadan. Dah cantik dah undang-undang buat , tepi kiri kanan dan belakang minimum 10 kaki tanpa binaan. Buatlah taman ;) 

Puan ini memang bagus kerana beliau setuju untuk kosongkan sedikit ruang di belakang rumah atas tujuan keselamatan. Oleh itu, saya design kan sedikit ruang belakang sebagai ruang sidai baju, taman dan pergola untuk minum petang di belakang rumah ;)


Lokasi Ruang Bilik Air di kekalkan, tapi perlu ada pencahayaan
Kedudukan lokasi bilik air saya kekalkan seperti yang diminta.
Namun, untuk bilik air perlu ada minimum 10% bukaan untuk pencahayaan dan pengudaraan.
Oleh itu saya wujudkan lubang courtyard sebagai pemancar cahaya dan untuk keluar masuk udara.

Courtyard a.k.a Taman herba mini
Di bawah bukaan lubang courtyard ini boleh dibuat mini taman herba untuk menanam tanaman seperti daun kari, daun sup dan sebagainya. Jadi mudah untuk mengambil bahan ini tanpa perlu keluar rumah dan memakai tudung untuk memetiknya kerana ia di dalam rumah.

Bar kaunter
Di bahagian dapur dan ruang keluarga, saya wujudkan bar kaunter sebagai pemisah ruang, namun ia boleh dijadikan untuk kaunter breakfast dan meja berbual ketika ibu sedang masak dan anak2 balik pulang ke sekolah untuk berborak atau untuk suami bercerita ketika isteri memasak.

Stor a.k.a bilik utility
Stor pula di alih kan ke belakang seperti yang diminta. pencahayaannya juga diterima dari courtyard. Bilik stor ini boleh dijadikan bilik pelbagai guna. Boleh juga dimuatkan mesin basuh pakaian dan dijadikan bilik sistem pengurusan pakaian dengan dilengkapi bakul baju kotor,  iron board, dan kabinet.(sistem laundry)

cadangan ruang tambahan pada pelan asal rumah




Dalam banyak-banyak perkara, yang paling menggembirakan hati saya sehingga boleh tidur nyenyak apabila menerima message dari klien sebegini:



Sampai di sini dahulu perkongsian tentang renovation ruang dapur pada kali ini. Saya pasti ramai di luar sana tak sabar nak extend dapur masing-masing. Namun, dalam keghairahan menambah ruang dapur, pastikan 3 perkara:

1. susunatur keselamatan ruang
2. susunatur praktikal ruang
3. pencahayaan dan pengudaraan ruang

Salam kasih sayang dan selamat berpuasa,
KHAIRUNNISA HAMZAHARA
senibina kehidupan di rumah
Pengasas Rekabentuk 3d online
(www.rekabentuk3donline.com / http://rekabentuk3donline.com)
--------------------------------------------------------------------------------------------------

Bagi mendapatkan rekabentuk ruang untuk kediaman masing-masing juga, boleh hubungi penulis di email : khairunnisahamzahara@gmail.com
whatsapp: 0197720507
official facebook : Khairunnisa Hamzahara

* Prosuder akan di terangkan kemudian
*atau boleh layari www.rekabentuk3donline.com / http://rekabentuk3donline.com

2 comments:

Amir renovation said... [Reply to comment]

Assalam tuan / puan .sy membuat keje2 ubah suai rumah dan pejabat..seperti mnyambung rumah.plaster siling,pasang tile,buat porch,wayaring,plumbing,pagar dan autogate,vinyl floor,wallpaper,waterprofing,grill,landskap dan kolam hiasan.terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,bndr sri putra,sepang,nilai,cheras,puchong,semenyi dan kuala lumpur.hubungi sy d no 0192945175 atau wssp sy d no 01129110298

Amir renovation said... [Reply to comment]

Assalam tuan / puan .sy membuat keje2 ubah suai rumah dan pejabat..seperti mnyambung rumah.plaster siling,pasang tile,buat porch,wayaring,plumbing,pagar dan autogate,vinyl floor,wallpaper,waterprofing,grill,landskap dan kolam hiasan.terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,bndr sri putra,sepang,nilai,cheras,puchong,semenyi dan kuala lumpur.hubungi sy d no 0192945175 atau wssp sy d no 01129110298

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO