Sunday, 2 March 2014

Idea Untuk Bilik Kerja Bagi Ibu Bekerjaya Di Rumah (WAHM) (SOHO)


Teks: khairunnisa hamzahara



Alhamdulillah,

Pagi ini secara rasminya saya sudah boleh duduk membuat kerja di Soho yang baru siap di pasang. Walaupun tak sehebat mana, namun ia cukup selesa untuk saya pasang gear lima super speed untuk buat kerja hari hari. Terima kasih tidak terhingga kepada penaja yang sudi memberikan kerjasama terhadap penghasilan bilik soho kecil ini. 

Bilik ini saya wujudkan sebagai pemangkin bagi wanita yang sama ingin menjadi WAHM agar dapat merealisasikan impian untuk bina soho di rumah bagi selesa dalam bekerja dari rumah. Ia juga adalah untuk perkongsian saya di blog panduan untuk kediamanan idaman.

Konsepnya mudah saja. Satu bilik kerja untuk setiap rumah. Dalam bilik ini merangkumi ruang bekerja Si ibu untuk menjana pendapatan dan ruang kerja untuk menguruskan baju. pusing pusing dalam satu tempat. 


CARA BEKERJA YANG SERONOK, MUDAH DAN PRAKTIKAL

Di balik langsir adalah tempat menyidai pakaian. Iaitu di belakang rumah. Jadinya hanya perlu on laptop, sorong kerusi kerja ke cabinet laundry, buka pintu untuk ambil baju kotor di bakul baju di dalam kabinet, masukkan dalam mesin, tekan mesin, masuk sabun basuh yang disimpan dalam kabinet juga. Sementara tunggu habis basuh, sorong semula kerusi ke meja kerja,buat kerja online, mesin bunyi siap basuh, sorong kerusi semula, ambil bakul kosong di kabinet, masukkan baju baru basuh, berdiri, buka tingkap selak langsir, sidai pakaian di bawah tingkp pada sistem sidai pakaian yg dipasang. Kemudian boleh sambung kerja online kembali. Sesudah kering tengah hari nanti, angkat baju, dan lipat di atas top atas mesin basuh, yg kemeja kerja suami ambil iron, iron pada top tersebut juga kemudoan gantung dan anginkan pada almari gantung baju yg disediakan di sini juga. Saya suka bila sistematik ini!

Lihat pada laci yang ada. Semuanya untuk stationary, rack di atas untuk susun buku ilmiah yg masih berada dalam timbunan kotak pindah yg lalu. Dan kabinet atas bertutup untuk dokumen yang dibakulkan. Insyaallah selesai susunatur saya kongsikan lagi. Bilik ini belum siap disusun dan dihias tapi sudah boleh mulakan kerja.

Ibu-ibu wahm mahu juga bilik soho bersistem ini dirumah kalian? Kalau mahu bagi tahu saya, saya design dan pasang di soho kalian pula. Pilih satu bilik sahaja sudah memadai.OK baiklah saya kongsikan sedikit idea yang digunapakai untuk menghasilkan SOHO ini secara bergambar. Untuk sebarang pertanyaan, boleh email kepada : khairunnisahamzahara@gmail.com



















Sekian dahulu di sini, saya akat sambung lagi secara lebh detail setelah ia siap sepenuhnya. Insyaallah

Jazakallah

Khairunnisa Hamzahara
Senibina Kehidupan Di Rumah

Tempah Rekabentuk 3D Kediaman Online:

Belajar Kelas Rekabentuk Sektechup Online:

Belajar Asas Blog :




2 comments:

zoora qushairi said... [Reply to comment]

Bestnya......insyallah masuk rumah sendiri nanti nak buat satu macam ni. Senang kan.. :)

Kuazue Mohd said... [Reply to comment]

wah seronok nya.. saya sedang menabung utk bilik jahit aka SOHO saya.. bilik yg ada nie tak sesuai bila saya menjawat jawatan WAHM..

kuazue.blogspot.com

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO