Tips saya Sebelum Mulakan Perniagaan Atau Perkhidmatan Secara Serius:
1. "Tanya" pada "Majikan Kita" (Allah) dahulu apa yang sesuai untuk kita. Jika ada "proposal", submit proposal pada NYA di awal pagi (masa orang nyenyak tidur)
2. DIA akan beratkan hati kita untuk buat "perkara" tersebut. Itu adalah penanda nya. Rasa nak sangat buat "perkara" tersebut.
3. Lepas dapat petanda ini, mulakah langkah pertama, dan berjalan langkah demi langkah. Tak apa jika perlu merangkak, asal kan bergerak.
4. Jika rasa tersesat atau keliru dengan jalan, singgah sekejap untuk bertanya dan belajar untuk kesana (kursus, training, cari mentor)
5. Apabila mula nampak jalan, terus berlari pecut laju-laju. Jangan berlengah. Jangan terhenti dek kerana ada yang menarik atau mengeji disepanjang perjalanan tersebut. BUat kata :seorang kakak: "kau anggap aje diaorang tu macam lalat, bising aje kat telinga, tepi aje lalat-lalat iu"
6. Apabila sampai ke destinasi tersebut. Jangan pernah berhenti. Lakukan apa saja yang boleh. Mula bina pondok, mula bercucuk tanam, mula bersapa dengan orang keliling, bina ukhuwah, buat tabungan, syukuri nikmat, bantu orang lain pula yang singgah pada kita untuk bertanya, dan kreatif melakukan pelbagai usaha sehingga nyawa di tarik balik
7. Sentiasa mendoakan dan mendapatkan doa dari orang tersayang
8. Beringat kejayaan demi kejayaan itu Allah yang berikan. Bukan kerana usaha diri mu semata. Jadi sebelum memulakan "sesuatu" ketahuilah ianya hanya akan terjadi jika ia diizinkan oleh Allah. maka mohon lah pada Allah dan lakukannya demi Allah semata-mata. Bukan demi duit dan sabagainya. (peringatan untuk saya sendiri hari demi hari yang kadang kala tergelincir juga-maafkan saya)
Khairunnisa Hamzahara ( Nisa Nua)
Senibina kehidupan di rumah
dan pelatih kelas online
20 Feb 2014
2 comments:
assalammualaikum.. ya betul tu.. bila ALLAH beri jawapan.. hati kita jadi sangat fokus dan tak sabar nak buat semua yang telah dipersetujui itu...itulah yg pernah dirasai dan berharap perasaan mcm tu tak pernah ditarik balik dari saya...
kuazue.blogspot.com
Assalamualaikum...
Setuju dgn pendapat Kuazue...Alhamdulillah, langkah pertama dan kedua dh selesai...mencari kekuatan utk ke langkah ketiga... Terima kasih x terhingga kerana berkongsi.....Semoga puan sukses dunia dan akhirat............
Post a Comment