NUFFNANG

Wednesday 19 February 2014

Blog Adalah Pintu Rezeki Yang Terbuka Luas Lagi Bersinar


Nota serius saya kepada semua peserta kelas asas blog saya pagi ini:
(mungkin anda di sini boleh serap sekali mana yang baik)




"Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Alhamdulillah kini di bawah tanggungjawab saya sudah pun
ada 36 orang pelajar dalam kelas belajar asas blog ini.
Ada yang cepat dan ada juga yang belum memulakan apa-apa lagi langkah untuk membuat asas blog ini. Saya mendoakan yang belum mulakan, akan mendapat kelapangan masa untuk membuat satu langkah demi satu langkah. Rugi kan sebab dah bayar. Orang lain perlu hadir pakai cantik-cantik dan mengejar masa pergi ke kelas, tapi kelas ini di rumah juga boleh siapkan tugasan dan berinteraksi dengan pengajar. Jadi cubalah mencari masa menyiapkannya sehingga saya kata anda telah lulus dan grad! 

Pagi ini saya ingin berkongsikan pengalaman saya selepas masuk kelas ini. Dahulu saya juga seperti anda semua, belajari tenik asas ini untuk menguasai penggunaan blog. Sama saja, belajar yang asas. Namun seawal mendaftarkan blog dengan blogspot lagi, saya sudah teruja dengan Tajuk Blog saya sendiri dan saya merasakan bertanggungjawab untuk meletakkan panduan demi panduan di blog saya dan berkongsikan pengalaman saya yang berkisahkan tajuk blog saya. 

Tak ada apa-apa rahisa dalam menjayakan blog saya. Saya hanya berfikiran begini. Saya buka blog saya sendiri baaikan saya buka rancangan saya sendiri. Siapa di sini di awal dulu, saya selalu katakan pada nya, anggap anda sedang buka siaran anda sendiri atau sedang berdiri di atas pentas? angkat tangan!

Ya, saya kata begitu pada anda sebab saya sendiri merasakan begitu. saya bayangkan saya sedang menjadi penerbit, pengacara, pengulas, artis, guru, rakan dan sebagainya dengan orang ramai ketika saya menulis di blog. dan layout serta warna serta tulisan yang dipilih juga dicuba sebaiknya agar suka dibacai oleh setiap golongan. Jadi di sini saya sentiasa bayangkan juga saya sebagai pembaca. setiap kali post satu entry saya akan publish dan baca berkali-kali. Dengan pandangan mata dan rasa sebagai pembaca pula. 

Anda semua tahu apa hasilnya? Saya sudah keluar beberapa kali di majalah, saya sudah keluar 2 kali di TV, saya sudah jadi penulis majalah, kini saya sudah hasilkan ebook, dan buku fizikal dalam proses kemas kini dan semakan penerbit, perkhidmatana dan produk online saya menerima tempahan setiap hari, borang tempahan yang di pasang di blog saya berfungsi setiap hari, alhamdulillah duit masuk setiap hari. Kadang-kadang sehari ada masuk 100, atau 500 atau 1000 atau 2500, itu untuk sehari saja. Anda mahu berapa?

Apa saya buat? Saya hanya berkongsi, bercerita , pengalaman, tips, produk dan perkhidmatan. Apa saya dapat? Dengan setiap hari berkongsi, saya dapat peminat, saya ada pembaca, saya ada pengikut, mereka semua jadi pembeli, mereka semua jadi klien saya. Anda semua juga. Anda mengikuti perkembangan saya.

Siapa yang buat semua ini? adakah ada producer atau manager disebalik tabir saya? Tidak ada sama sekali. hanya ada ssaya dan pencipta saya. sememangnya disebalik semua ini saya ada sokongan sepenuhnya dari keluarga, suami, ibu ayah, mertua, rakan2. Jika ada yang mengeji, mengutuk, kenapa anda perlu terjejas dengan mereka? saya juga setahun mengalami proses diumpat seawal berhenti kerja. Saya berbincang dengan mentor. Puan masayu. Saya semakin hari semakin pulih. Saya nak bagi tahu anda satu perkara. Siapa yang bagi anda semangat dan fokus. Ia tidak boleh diberikan oleh sesiapa. Anda tak bangun anda rugi. Anda bangun anda untung dan menjadi hebat. Apa yang mahu dipikirkan lagi. Bangun dan buat. 

Anda sudah berada di sini. Di mana ramai lagi yang berkira kira untuk masuk di sini. Ada apa di sini? mereka masih bertanya? Nak masuk tapi takut nak "bazirkan" duit ke sini. Anda hebat, sudah "modal"kan wang di sini. Jangan bazirkan, manfaat kan. saya di sini. selagi saya berkesempatan. saya bantu anda.

Maaf pada yang belum memulakan. atau pada yang dah berhenti bergerak. Saya tiada ubatnya. Namun saya sentiasa anda jika anda ingin berjalan bersama saya. saya ingin bantu anda semua. Insyaallah saya akan ke tanah suci lagi beberapa bulan. Saya harap saya dapat batu anda selesaikan tugasan. Saya mungkin berhenti seketika mengambil pelajar baru. Saya mahu 36 orang pelajar saya aktif berblog. Kerana ada 1001 kebaikkan dalam berblog. Tak kira anda berniaga, menulis, bekarya, membuat perkhidmatan , berkongsi resipi dan pengalaman atau sebagainya. Ingatlah satu perkara kita kongsikan, dan orang lain dapat manfaatkannya, berapa ganjaran pahala kita? The more you give the more you get back. Jangan baru letak satu post produk, dah masam dan berhenti kerana tidak ada orang buat tempahan. Ayuh, at least anda perlukan usaha luar biasa dan 2 bulan baru mula dapat sambutan. maknnay kayuh dan kayuh, berlari terus berlari jari jemari di atas keyboard. Jangan berhenti. lagi lambat menulis dan berkongsi lagi lambat blog naik. Ingat blog anda adalah Channel anda sendiri! Tidak ada siapa ynag dapat membantu melainkan diri anda sendiri,

Blog saya adalah salah satu Pintu rezeki yang sangat terbuka luas lagi bersinar-sinar. Blog anda macam mana??"

Pelatih Blog anda
20 Feb 2014

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO