NUFFNANG

Sunday 16 February 2014

Isu Wanita Bekerja Di Luar Rumah

Bacalah Buku: Rumah Muslim
Penulisan : Muhammad salih Al Munajid
Terbitan : Dakwah Corner Publications

Topik ke 19
Tajuk : Mempertimbangkan atau menilai semula pekerjaan wanita di luar rumah

Syariat atau hukum-hukum Islam itu adalah saling melengkapi satu sama lain. Ketika Allah memerintahkan wanita dengan firmannya:

" 33. dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu......."
(surah Al-ahzab 33:33)

Allah juga mewajibkan lelaki, ayah-ayah, suami-suami mereka dan lain-lain untuk memberi nafkah kepada mereka. Pada hukum asasnya, wanita dilarang untuk bekerja di luar rumah kecuali ia adalah suatu keperluan.

Pada zaman moden ini, apabila orang-orang kafir memerlukan tenaga wanita selepas Perang Dunia I dan II, untuk memenuhi kekurangan pada tanaga pekerja lelaki, dan keadaan yang kritikal untuk membina semula ekonomi mereka, dan juga ditambah dengan program Yahudi untuk menanam ideologi "pembebasan wanita" dan kononnya menegakkan hak mereka dengan tujuan utamanya adalah untuk menghancurkan wanita dan seterusnya menghancurkan masyarakat keselururuhannya. Maka di sinilah bermulanya idea wanita keluar bekerja.

Walaupun di sesetengah negara Islam tidak memiliki motif dan perjuangan yang sama, dan setiap lelaki Islam melindungi dan memberi nafkah kepada isteri mereka, namun gerakan" pembebasan wanita" telah mula menular dan semakin hebat di dalam dunia Islam, malah sehinggakan menuntut supaya wanita harus dihantar keluar negara untuk melanjutkan pelajaran seterusnya meminta mereka bekerja agar ijazah yang dimiliki tidak disia-siakan.

Desakan sebegini sebenarnya tidak begitu diperlukan di dalam masyarakat Islam jika dilihat secara meluas, antara alasannya adalah terdapat ramai lagi lelaki yang masih mengganggur sementara bidang pekerjaan yang dipelupuri oleh kaum wanita masih masih lagi terbuka luas.

Apabila kita merujuk kepada "jika dilihat secara meluas" ia memberi maksud terdapat keperluan kaum wanita untuk memenuhi beberapa sektor seperti tenaga pengajar, jururawat dan perubatan (perbidanan dan kedoktoran) sesuai dengan syarat-syarat dan hukum agama yang ditetapkan, dan jika ia benar-benar diperlukan. Tetapi kita harus memulakan perbahasan ini dengan menegaskan bahawa tiada lagi keperluan yang benar-benar terdesak. Ini kerana jika diperhatikan apabila wanita keluar bekerja bila mana masih belum lagi keperluan buatnya untuk bekerja, dan terkadang mereka bekerja dengan hanya mendapat upah yang minimum kerana mereka merasakan bahawa mereka perlu melakukannya walaupun tidak atau mereka bekerja di tempat yang tidak sesuai buat mereka, maka bermulalah bermacam fitnah.

Manakala pandangan sekular pula membolehkann wanita keluar rumah dalam apa jua keadaan

Adil jika kita katakan : sesungguhnya bekerjanya seseorang wanita itu kadang-kadang ia sememangnya benar-benar suatu keperluan. Misalnya wanita itulah yang menanggung keluarganya selepas kematian suami ataupun setelah bapanya semakin tua dan tidak berupaya untuk bekerja, dan sebagainya. Sebaliknya di sebahagian negara atau masyarakat yang tidak berlandaskan nilai-nilai Islam, seseorang Isteri mungkin terpaksa bekerja untuk membantu suaminya menanggung keperluan keluarga bersama. Malah kadang-kadang seorang lelaki tidak akan meminang seorang wanita kecuali wanita itu telah bekerja, dan sesetangahnya mensyaratkan di dalam akad nikahnya agar isterinya itu bekerja!

Kesimpulannya: seseorang wanita itu boleh bekerja jika dia memerlukannya atau untuk tujuan agama, seperti berdakwah kepada Allah, dalam bidang pendidikan, untuk memenuhi masanya bagi mereka yang tidak mempunyai anak.

Adapun perkara-perkara negatif hasil dari bekerjanya seorang wanita itu antaranya adalah :

- Timbulnya beberapa bentuk kemungkaran, seperti pergaulan antara wanita dengan lelaki tanpa hijab, 
- Saling berkenalan dengan lelaki bersendirian (berkhalwat) dengan mereka
-Memakai wangian untuk lelaki dan memperlihatkan perhiasan kepada mereka yang mana akan mengakibatkan perlakuan yang tidak bermoral dan akhirnya perzinaan

-Tidak menjalankan tanggunjawab seperti memberi hak suami ,
-Melalikan rumahtangga dan hak kepada anak-anak
(Ini adalah isu yang hendak ditegaskan)

-Meremehkan hak suami sebagai Qawwam (pelindung dan penjaga) di dalam pemikiran sesetengah wanita
(cuba kita perhatikan kes di mana seorang wanita kelayakannya sama dengan suaminya atau mungkin lebih tinggi (walaupun tidak salah dengannya) yang bekerja dan bergaji lebih dari suaminya.
- Akan adakah di dalam dirinya bahawa dia perlukan suaminya atau keperluan untuk dia mentaati suaminya?
-Atau adakah dia akan merasakan dia boleh berdikari tanpa suaminya yang menyebabkan runtuhnya sesebuah rumah tangga (kecuali wanita yang dikehendaki baik oleh Allah swt)?
-Maka dengan itu perbahasan berkenaan dengan nafkah kepada isteri yang bekerja serta berapa banyak nafkah kepada isteri yang bekerja serta berapa banyak nafkah yang perlu isteri sumbangkan terhadap keluarganya tidak akan berakhir.

-Keletihan fizikal yang terlampau dan tekanan psikologi yang tidak bersesuaian dengan sifat wanita

Setelah dipaparkan kebaikkan dan keburukan wanita bekerja, maka kita simpulkan di sini bahawa: Kita hendaklah bertakwa kepada Allah, menimbang segala permasalahan dengan berdasarkan hukum syariah, dan mengetahui keadaan yang bagaimana yang dibolehkan wanita keluar bekerja dan keadaan yang bagaimana dilarang. 

Kita tidak harus dibutakan dengan keperluan duniawi dan melalikan kita daripad aperkara yang sebenar. Nasihat ini adalah kepada para muslimah agar bertakwalah kepada allah, taat kepada suami, jika dia menghendaki agar anda meninggalkan pekerjaan demi untuk kebaikan dirimu juga kepada keluargamu.

Para suami juga janganlah bertindak atas dasar untuk membalas  dendam dan janganlah memakan harta isterinya tanpa kebenaran.

----------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah, semoga dengan perkongsian ini, maka dapatlah kita menilai semula isu ini dengan mata hati yang celik dan berlapang dada.

Atas dasar ini juga saya kembali bekerja di rumah dan melihat serta merasai sendiri keseronakan dan mudahnya bekerja dari rumah menggunakan teknologi canggih dan moden untuk berkomunikasi dengan ramai di luar sana yang turut menggunakan talian internet setiap saat. Insyaallah, walau di rumah, masih ada 1001 cara untuk berniaga, bekerja, mahupun menambah pendapatan sampingan.

Selepas menguasai teknik dan langkah asas, kini saya menyertai jemaah guru online akademi bekerja di rumah untuk memberikan latihan dan langkah asas bekerja di atas talian khusus buat suri-suri yang disayangi Allah.

Untuk Belajar Buat Blog Dan Fanpage 100% Secara Online bagi menyampaikan ilmu, meniagakan kan produk dan menjalankan perkhidmatan dan kepakaran secara online, boleh email saya untuk pendaftaran. Insyaallah, ada jalannya ;)

Yang baik itu dari Allah dan jika ada kekurangan itu adalah dari saya sendiri. Jazakallah

Khairunnisa Hamzahara
Senibina Kehidupan Di Rumah
khairunnisahamzahara@gmail.com
whatapps : 0197720507

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO