NUFFNANG

Thursday 16 January 2014

Tajaan 2 : Sofa Leather Itallian Style yang telah di "Repair" Semula

Teks: khairunnisa hamzahara

Kali ini, saya ingin kongsikan tentang tajaan sofa untuk rumah contoh untuk blog Panduan Untuk Kediaman Idaman Ini. Sebenarnya ia adalah sofa lama milik kedua ibu bapa mertua saya sendiri. Sofa ini pada asal nya bewarna merah hati. Ia sudah lama terdampar di rumah adik ipar. Namun, bapa mertua telah menghantarnya ke sebuah syarikat yang memberikan perkhidmatan "Repair Sofa".

Sebenarnya, tak semestinya perlu beli baru. Sofa yang masih elok boleh ditukar atau diperbaikirupa luarannya. Ini kerana, sofa buatan lama dulu lebih berkualiti dan tahan lasak. Jadi, sayang untuk melepaskannya ke tangan orang lain. Biarlah ia turun temurun pada keluarga sendiri. Si penerima boleh lah menukar ganti sarung sofa yang baru mengikut trend terkini di zaman mereka ketika itu.

Minggu lepas, setelah sofa ini siap di baiki, Syarikat yang membuat perkhidmatan "Repair Sofa" ini datang semula ke rumah adik ipar untuk menghantar sofa yang sidah siap dibaiki dan ditukar ganti sarung nya. Namun, di rumah adik ipar juga sudah ada set sofa yang lain. Jadi katanya pulangkan saja ke rumah mertua. Namun, rumah mertua juga sudah ada sofa yang baru. (Proses baiki sofa ini makan masa, jadi keluarga seolah sudah lupa akan kewujudan sofa ini). Kemudian lori tersebut membawa pulang semula ke kedai "Repair Sofa" semula untuk disimpan sementara waktu sehingga dituntut semula.


Esoknya, mertua melihat semula sofa yang siap dibaiki di kedai tersebut dan ingin jelaskan kos baiki sofanya. Kata mertua sebaik tiba di rumahnya " Wah, cantiknya. Macam Baru. Sudah seperti kerusi Lorenzo!" K ami hanya tersenyum. Mana taknya, kos membaik pulih dan menukar sarungnya yang dulu bewarna merah hati kini menjadi off white (cream) memakan kos sebanyak rm1500. Namun, sememangnya berpuas hati dengan hasil sofa tersebut kerana ia sememangnya kelihatan baru dan nampak mahal.

Kami sangat gembira apabila, bapa mertua menyampaikan hasrat agar sofa tersebut diletakkan saja di rumah contoh kediaman Blog Panduan Untuk Kediaman Idaman ini. Alhamdulillah, rezeki yang tak disangka. Walaupun lain dari rancangan asal, namun kami tetap bersyukur mendapat tajaan sofa ini. Siapa sangka ia adalah kerusi lama, kerana ia benar-benar kelihatan baru dan elegant. 




Tidak pernah terpikir di ruang moden ini akan datang sofa leather ala italian ini. Namun, yang pasti, jika ingin menguji daya kreativiti kita, cubalah bermain dengan cabaran. Ia menjadi cabaran buat saya apabila sofa yang tidak dirancang gaya nya sampai ke ruang tamu rumah contoh saya ini. Namun, insyaallah saya akan update lagi pada masa akan datang, bagaimana sofa ini digayakan di ruang tamu rumah contoh blog Panduan Untuk Kediaman Idaman.


Apa yang dipelajari hari ini, adalah; benda yang lama tidak semestinya dibuang, malah apabila ia diperbaharui, ia lebih baik dari benda yang baru. Jangan pernah membataskan diri kita dengan mencari benda yang baru sahaja, namun, cabarlah kreativiti diri kita dengan mengamalkan menggunakan apa yang ada dan bersyukur dengan apa yang diberikan. Insyaallah, hidup di dunia akan menjadi lebih mudah dan tidak tertekan bila kita menerima sesuatu itu seadanya. Berjumpa lagi di entry yang lain,

Wassalam

Khairunnisa Hamzahara
Senibina Kehidupan Di Rumah

Email: khairunnisahamzahara@gmail.com
Whatapps: 0197720507



Tempah rekabentuk kediaman : http://rekabentuk3donline.blogspot.com/

Dapatkan ebook panduan kediaman pertamaku :http://kediamanpertama.blogspot.com/



1 comments:

fazianbatrisyia said... [Reply to comment]

betul tu...sy pun ada perabut yg sy beli di recycle furniture...cantik, berkualiti, solid wood...yg semestinya harganya tak mahal macam baru yg belum tentu elok

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO