NUFFNANG

Thursday, 16 January 2014

Kisah, Tips, Idea tentang PEmilihan Kusyen Sofa

Teks: khairunnisa hamzahara

Alhamdulillah,

Selepas beberapa hari menerima tajaan Sofa Leather Off White ala Itallian ini, misi menghias sofa dimulakan. Pertama sekali adalah memilih bantal kusyen untuk di gayakan pada sofa ini bagi menceriakan sofa tersebut.

Sofa yang bewarna cream dan lembut, perlu digayakan dengan bermacam aksesori untuk menaikkan seri sofa. Jika tidak, ia akan benar-benar kelihatan kosong seolah-olah ia tidak mengalu-alukan sesiapa untuk mendudukinya.


Di Melaka, tidak ada banyak kedai home decor yang menjual perhiasan kediaman seperti di Kuala Lumput di mana kita boleh jumpa banyak kedai home decor di shopping kompleks seperti Midvalley, KLCC, dan sebagainya. Di Melaka, semasa pusing-pusing mencari idea home dekor, suami memberikan idea untuk mencari kusyen di Jaya Jusco. Katanya semalam semasa pergi maxis centre di Jaya Jusco dia ada melihat Sale di Jusco memandang kan sudah hampir musim perayaan raya cina. Ingat tak dalam entry saya tentang 10 tips menghias rumah ? Antaranya saya ada kongsikan tentang idea membeli barangan ketika SALE. Jadi, tidak perlu berbelanja lebih ;)


Jika sudah menjadi WAHM (working mother at home), maka nya, mana-mana pergi , si ibu tidak akan dapat melepaskan diri dari set nya (anak-anak ;)). Jadi, saya juga perlu menjalankan misi dengan bertemankan anak-anak kecil yang juga gilakan kerja-kerja mengemas dan mendekor rumah ini ;)


Rupanya seronok apabila membawa pembantu kecil sama turut menyertai misi mencari bantal kusyen ini. Ini kerana, si kakak baru berusia 4 tahun, namun petah bercakap dan mengeluarkan pendapat tentang gaya, konsep dan warna yang disukainya dan dirasakan sesuai untuk rumah contoh kami ini. 

Jika tidak membawa mereka bersama, pastinya kita tidak tahu potensi diri mereka. Saya sedikit pun tidak mempamerkan muka terperanjat, tetapi dengan serius menerima setiap kata-kata dan idea yang diberikan oleh si kakak. Maka si kakak tadi merasakan dirinya benar-benar membantu mommy nya dalam membuat pilihan.

Selain itu, jika kita tidak melibatkan anak-anak ketika dalam sesi pemilihan, sudah pasti mereka berasa kebosanan. Mungkin juga ada yang berlari-lari atau membuat bising. Jadi, tips saya, jika ingin mencari barang, libatkan anak-anak yang di bawa bersama itu sekali dalma proses pemilihan. Mereka juga akan lebih menghargai pengalaman ini dan menghargai barang yang dibeli kerana hasil pemilihan mereka sendiri.

Sesampainya di rumah, mereka lah yang mengeluarkan bantal-bantal kusyen dari plastik dan menyusun atur kusyen tersebut. Mommy pula menunjukkan cara menyusun untuk sofa 3 seat, 2 seat dan satu seat. Setelah mereka meniru dan membuatnya semula, mereka merasakan susunan itu, mereka yang lakukan. Jadi, mereka benar-benar sayang akan susunan bantal kusyen tersebut. Sikit pun tidak mereka rosakkan susunannya. Saya dapat bayangkan, anak-anak kecil ini jika tidak tahu macam mana susahnya untuk dapatkan sesuatu barang, mereka akan senang-senang merosakkannya. Namun jika mereka sendiri melalui prosesnya, mereka tahu dari mana asal dan bagaimana kesusahannya, mereka sangat menghargainya. Alhamdulillah


Oh ya, sebelum saya akhiri entri ini, sukalah saya untuk kongsikan idea pemilihan warna bantal kusyen pada sesi pemilihan dengan si kakak tempoh hari di Jaya Jusco:

1. kami membuka semula gambar sofa dan dinding ruang tamu yang ada di dalam telefon bimbit
2. ketika memerhatikan gambar, kami perhatikan juga warna-warna yang terdapat di  frame khat khufi yang ada pada dinding
3. Warna yang jelas dikenalpasti ada pada  ruang tamu ini adalah:
-kanvas khat khufi : pink, kelabu, hitam, putih
-dinding feature wall : kelabu
-bingkai lampu sorotan : silver
-sofa : cream
-karpet : cream dan coklet
4. Untuk menaikkan seri sofa, kami menggunakan 2 gabungan warna yang terdapat pada canvas khat khufi di dinding tersebut dan satu warna yang tidak ada langsung pada ruang tamu iaitu warna untuk menambahkan seri dan keceriaan. Jadi, warna hitam dan pink dipilih sebagai warna yang mewakili kanvas khat khufi dan warna terquoise adalah warna baru untuk menaikkan seri ruang tamu

Cubalah anda lakukan. Pada entry akan datang, insyaallah saya akan kongsikan tentang warna-warna panas, warna sejuk, warna pastel dan warna natural untuk anda gandingkan warnanya bagi ruang-ruang di kediaman anda.

Terima kasih kerana sudi membawa. Jumpa lagi di lain entry, Insyaallah

Khairunnisa Hamzahara
Senibina Kehidupan Di Rumah


Tempah rekabentuk kediaman di sini:
Belajar asas membuat blog di sini:

Dapatkan ebook Panduan Kediaman Pertamaku di sini:
http://kediamanpertama.blogspot.com/


0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO