NUFFNANG

Sunday 19 January 2014

Memulakan Perniagaan Dari Apa Yang Sedia Ada

Teks: khairunnisa hamzahara


Bayangkan diri di campak ke sebuah negara yang asing sehelai sepinggang.
Apakah yang diri kita boleh buat untuk dapatkan wang bagi mendapatkan sesuap nasi?

-Menyanyi lagu yang orang gemari dan menghiburkan lalu orang membayarnya selepas selesai menyanyi?
-Melukis sesuatu yang orang ramai minati dan menjualnya?
-Membuat hasil kreatif dari alam semula jadi dan menjualnya?
-Memberikan perkhidmatan membantu angkat barang dan mendapat upah daripada tenaga yang diberikan tadi?
-atau apa saja yang dirasakan boleh dibuat untuk mendapatkan bayaran atau upah (rezeki)?

Jadi, tidak semestinya anda yang sedang termenung, tidak mampu menjana pendapatan sendiri. Mulakan menjana pendapatan sendiri dengan apa yang ada pada kemahiran, bakat dan kepandaian yang dianugerahkan oleh Allah swt. Yakin lah, ianya lebih bernilai dan membawa hasil yang lumayan dunia dan akhirat berbanding anda bekerja dengan majikan. Yakinilah diri sendiri, yakinilah Allah.

Saya mahu berkongsi satu cerita yang selalu diceritakan oleh suami berulang kali. Katanya seekor kera yang sedang memegang pisang sebiji perlu buat keputusan untuk lepaskan pisang tersebut untuk mengangkat pisang setandan pula. Ini bermakna kadang-kala apa yang dilepaskan itu hanyalah satu perkara yang kecil saja, sebab kita perlu fokus untuk membuat sesuatu perkara yang lebih besar hasilnya. Dan tips dari seorang peniaga cina, katanya, berniagalah dengan sesuatu yang diminati atau ia bermula dari hobi. Jangan pernah berniaga perkara yang tidak pernah dicubai atau yang tak pernah di ketahui mutunya.

Bagi yang ingin mengembangkan hobi dan minat nya atau kemahirannya kepada perniagaan yang boleh menjana pendapatan, email saya untuk kita mulakan nya. Nasihat saya, mulakan secara sambilan di alam maya, kemudian setelah dapat gear, usahakan sepenuhnya secara sepenuh masa. 
Syaratnya, ada komputer, ada internet ;)

Baca di sini untuk lebih faham : http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/p/kelas-asas-blog.html

Khairunnisa Hamzahara
Senibina Kehidupan Di Rumah

http://rekabentuk3donline.blogspot.com/
http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/p/bekerja-dari-rumah.html
http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/p/bekerja-dari-rumah.html

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO