NUFFNANG

Thursday 16 January 2014

Memasang Langsir Tirai Jenis Roller Blind

Teks: khairunnisa hamzahara

Fungsi
Roller blind atau dipanggil tirai gulung ini biasanya digunakan di ruang-ruang yang tidak memerlukan penataan rias yang hebat. Cukup sekadar menutup pandangan orang luar dan dari terik matahari masuk ke dalam ruang. Untuk projek rumah contoh kediaman idaman, roller blind ini digunakan di ruang dapur kerana materialnya boleh kalis air dan mudah untuk di naikkan atau diturunkan tirainya bagi membuka atau menutup pemandanagn luar tingkap dapur.

Di IKEA
Roller Blind boleh di dapatkan di IKEA dengan harga yang berpatutan berbanding menempah di kedai langsir, untuk roller blind yang dibeli seperti di bawah ini, harganya hanyalah rm89 dengan ukuran 100cm lebar x 250 cm tinggi.

Di Kedai Langsir
Di kedai langsir, mereka perlu order sister roller blind pada supplier dan perlu menunggu selama lebih kurang seminggu-2 minggu untuk sistem itu sampai ke kedai langsir. Namun pelanggan berpeluang memilih jenis kain atau material yang ingin di gunakan terhadap roller blind ini. Harganya juga mencecah harga rm200 ke atas jika ditempah di kedai langsir.



Memasang Roller Blind



Kelebihan menggunakan roller blind dari IKEA ini, ia disediakan dengan manual pemasangan (DIY). Manual yang diberikan sangat mudah untuk diikut. Ikut saja langkah demi langkah mengikut turutan.



Yang menariknya, kertas maklumat roller blind yang disertakan sekali dalam kotaknya juga merupakan pengukur untuk di tandakan di dinding sebelum kerja-kerja dril dinding dilakukan. Kertas ini berfungsi sebagai pembaris dan penanda aras dan disediakan lubang padanya untuk ditandakan. Kertas ini sama panjang dengan roller blind dan jarak lubang yang disediakan sama dengan lubang skru pada plate skru roller blind



Mudah dan cepat saja pemasangannya. Apa yang diperlukan hanyalah Drill dan Wall Plug. Selepas drill dinding, masukkan wall plug, kemudian pasangkan plate pemegang roller blind dan skru kan ia. Gulungan roller blind tadi hanya perlu dimuatkan pada kiri dan kanan plate pemegang tadi. Kemudian sudah boleh turun dan naikkan tirai dengan menggunakan tali nya di sebelah tepi.

Semasa membuka bungkusan roller blind ini, disertakan sekali dengan nota amaran untuk berhati-hati dengan kanak-kanak kerana sudah ada kejadian kanak-kanak terjerut pada tali tersebut. Jadi, berhati-hati jika ada anak kecil. Mujur tingkap dapur ini tinggi dan roller blind betul-betul habis labuh sehingga aras sink dapur.

Untuk yang ingin memasang tirai seperti ini di dapur, adalah sangat digalakkan. Jika inginkan corak yang berlainan dan warna yang berlainan, boleh pilih kerana sudah tersedia beberapa pilihan warna dan corak bagi jenis roller blind yang sama. Di ikea juga, anda boleh memilih fabrik dan material yang lain untuk dipasang sebagai roller blind. Namun , perlu membayar kos upahannya.

Sebelum inisaya pernah juga melihat rancangan The Apartment di mana setelah peserta nya membeli roller blind ini, mereka menukar semula material nya dengan kain pilihan mereka sendiri dan ada juga yang menukarnya denag kertas wallpaper kerana corak yang lebih menarik dan banyak pilihan. Apa yang mereka lakukan hanyalah membuka semula material sedia ada dan pasangkan material bau pada sistem roller blind tersebut. Anda juga boleh cuba ;) ia kelihatan moden , bergaya, praktikal dan mudah. Cubalah

Sampai di sini dulu, mungkin saya akan kongsikan jenid langsir dan tirai yang lain pula di lain kali.
Wassalam

Khairunnisa Hamzahara
Senibina Kehidupan Di Rumah

Tempah rekabentuk kediaman : http://rekabentuk3donline.blogspot.com/
Dapatkan ebook panduan kediaman pertamaku :http://kediamanpertama.blogspot.com/
Belajar asas membuat blog : https://www.facebook.com/pages/Belajar-Buat-Blog-Dan-Fanpage-100-Secara-Online/1409366625947622

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO