NUFFNANG

Friday 24 January 2014

Semua Orang Boleh Jadi Rakan Niaga

teks: khairunnisa hamzahara


Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Sedikit Tentang Saya
Syukur Alhamdulillah, ramai sudah sedia maklum akan tentang Akademi Bekerja Di Rumah. Di mana, saya Khairunnisa Hamzahara dan blog Panduan Untuk Kediaman Idaman juga lahir dari Akademi Bekerja Di Rumah ini. Jika anda di kalangan yang mengikuti catatan perkongsian  di sini, mungkin pernah membaca kisah saya setahun setengah yang lalu tentang perletakkan jawatan dengan majikan dan kembali bekerja di rumah.

Pengalaman Belajar Di Kelas Asas Blog Di Bawah Akademi Bekerja Di Rumah
Bebapa minggu sebelum meletakkan jawatan, saya ada terbaca tentang kelas asas blog dan ebook jana wang di rumah oleh Puan Masayu Ahmad. Hasil dari pembacaan ebook ini dan mengikuti kelas asas blog, akhirnya saya berjaya menghasilkan sebuah blog yang memberikan info dan maklumat tentang pengkhususan di bidang yang saya mahir iaitu bidang rekabentuk dan kediaman. Saya juga menawarkan perkhidmatan rekabentuk 3d kediaman untuk orang ramai yang ingin membina dan menghias kediaman mereka.

Mula Rasa Bertanggungjawab
Lama kelamaan, saya semakin konsisten menulis secara harian di blog dan menghasilkan rekabentuk 3d kediaman sambil menguruskan kebajikan anak-anak, keluarga dan kediaman secara sepenuh masa. Semakin teruja dan merasakan sedang menggalas tanggungjawab yang berat apabila blog Panduan Untuk Kediaman Pertamaku ini mejadi No.1 dalam carian Google terhadap carian kepada tajuk-tajuk yang berkaitan Kediaman, Barang hiasan dan hiasan dalaman kediaman. Selain itu, saya juga dengan mudah dan dengan sendirinya akan bercerita kepada sesiapa yang saya jumpa tentang keseronokan dan hasil dari pembelajaran di kelas asas blog ini. Ini kerana saya merasakan dengan penghasilan blog mengikut penjenamaan dan proses asas yang sepatutnya akan menjadikan blog yang terbina bukan sahaja bermanfaat pada ramai orang malah memberikan bonus pendapatan kepada kita tanpa perlu ke pejabat dan melibatkan kos lain seperti kos pengankutan atau kos penghantaran kerana perkhidmatan saya adalah 100% secara online. Saya pasti akan mencadangkan kepada mereka yang bertanya tentang apakah kerja saya selepas berhenti kerja dengan majikan untuk mengusahakan "sesuatu" melalui blog kerana ia ibarat kedai atau pejabat di alam maya yang boleh dikunjungi oleh sesiapa sahaja dari seluruh pelusuk dunia tanpa perlu log in terlebih dahulu.

Menjadi Guru Online

Alhamdulillah, berkat konsisten menulis dan berkongsi di blog serta di laman sosial yang lain tentang blog, rekabentuk kediaman dan kepentingan belajar buat blog dan business, saya dilamar untuk menjadi penulis majalah era muslimah di kolum kediaman idaman dan seterusnya membuka peluang untuk ditemuramah di TV dan di Majalah tempatan. Namun, yang paling membawa makna adalah dipilih sebagai Guru Online di Akademi Bekekerja Di Rumah yang di asaskan oleh Puan Masayu Ahmad.

Ukhuwah sesama kumpulan Guru Online

Sepanjang menjalankan tanggungjawab sebagai Guru Online Akademi Bekerja Di Rumah, kami, guru-guru online di Akademi dilatih dengan baik dan penuh kasih sayang oleh pengasas akademi agar kami dapat menyalurkan semula ilmu tersebut dengan baik dan penuh kasih sayang pada mereka yang memerlukannya. Kini, telah ada 13 orang guru online terlatih dan saling berukhuwah satu sama lain walaupun secara online sahaja.

Peserta Kelas

Di bawah tunjuk ajar saya sendiri, telah ada lebih daripada 30 orang peserta di kelas Belajar Asas Blog yang dihimpunkan dalam kumpulan Penulis Bebas dan Usahawan Online . Di bawah Akademi Bekerja Di Rumah pula, telah ada lebih daripada 370 peserta dan bersamaan dengan lebih 370 buah blog yang sudah terbina hasil gabungan pelajar-pelajar dari ke semua 13 orang Guru Online Akademi Bekerja Di Rumah di seluruh Malaysia. Insyaallah sehingga ke hari ini, setiap hari pasti ada pendaftaran baru.

Setiap peserta kelas akan memperoleh Bonus beberapa buah ebook rujukan, mendapat keistimewaan beriklan dengan Soho Directory selama 1 tahun secara percuma, dan automatik menjadi ahli Alumni Bekerja Di Rumah dan membolehkan mereka yang terpilih untuk menjadi contributor bagi Page Wahm Sahm Soho di mana di sini setiap peserta berkongsikan serta bertukar artikel dan rakan pembaca serta bakal pelanggan.

Peluang Menjadi Rakan Niaga

Bagi setiap peserta kelas yang telah menyelesaikan langkah demi langkah tugasan yang diberikan mengikut modul kelas, mereka berpeluang untuk menjadi rakan niaga Akademi Bekerja Di Rumah. Di mana selain menulis artikel tentang pengkhususan blog masing-masing seperti blog ilmu, perkhidmatan atau perniagaan, mereka juga berpeluang mempromosikan produk-produk digital Akademi seperti Ebook-ebook yang ditulis dari penulis Akademi, kelas-kelas yang dijalankan oleh guru-guru akademi dan mempromosikan perkhidmatan sewa tapak iklan di Soho Directory . Kesemua ini akan memberikan wang komisyen kepada mereka yang mempromosikan dan mendapat pelanggan (jualan).

Rakan Niaga Baru

Bagi yang bukan peserta kelas asas blog, masih berpeluang menjadi rakan niaga Akademi Bekerja di Rumah, malah turut akan diserap menjadi Ahli Alumni Bekerja Di rumah. Bagi mereka yang ingin menjadi rakan niaga baru Akademi Bekerja di rumah di mana akan mempromosikan, menjual serta mendapat komisyen terhadap ebook-ebook akademi, kelas-kelas online dan pakej sewa tapak iklan, perlu mendaftarkan diri dengan mana-mana Guru Online di mana saya juga merupakan salah seorang dari Guru Online tersebut.

Panduan Untuk Rakan Niaga

Setiap pendaftaran sebagai rakan niaga akan diberikan Ebook Panduan Rakan Niaga dan seterusnya akan diserap di dalam kelas latihan utuk menyiapkan Blog Asas Bagi membolehkan rakan niaga memulakan promosi produk dan kelas digital akademi secara professional dan mengikut terma dan syarat Akademi Bekerja Di Rumah.


Baiklah, sampai di sini dahulu penerangan saya akan tentang rakan niaga ini. Bagi yang berminat dan serius untuk mendapatkan pendapatan secara online , boleh sertai sebagai rakan niaga ini di mana kami hanya mengambil mereka yang betul-betul berminat untuk menambah pendapatan dan minat berkongsi. Walaubagaimanapun, anda digalakkan untuk menghubungi saya untuk berbincang dan bertanyakan soalan seanjutnya.

Jazakallah. Wassalam

Khairunnisa Hamzahara
Senibina Kehidupan DI Rumah

Email: khairunnisahamzahara@gmail.com


0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO