NUFFNANG

Sunday 26 January 2014

Business Card sebagai Pengenalan Diri dan Pembuka Bicara

Teks: khairunnisa hamzahara



Jika bertemu dengan kenalan lama atau kenalan baru, pasti soalan yang ditanya oleh mereka adalah: "Buat apa sekarang?" atau "kerja di mana sekarang". Untuk kes seperti saya, agak susah untuk diterangkan kepada mereka yang bertanyakan soalan "Buat Kerja Apa Di Rumah?" apabila saya maklumkan pada mereka bahawa saya bekerja di rumah. Jadi, untuk memudahkan bicara, "business card" perlu diwujudkan ;)

Di alam maya, mudah lah untuk saya Tag atau bagi link blog dan fan page yang menerangkan tentang perkhidmatan rekabentuk 3d dan juga kelas-kelas online yang dikendalikan oleh saya. Namun, secara alam realiti, saya juga perlukan Kad Pengenalan diri yang ringkas untuk menerangkan dan mempromosikan perkhidmatan saya untuk orang ramai.

Anda juga boleh cuba untuk buat kad pengenalan diri ini. Menariknya, apabila siap print kad ini, satu mata yang melihat dan tapaka tangan yang menyentuh, akan memberikan maklumbalas sebegini   "Boleh bagi lebih? nak bagi pada kawan pulak" Bila saya tanya mahu berapa? Katanya, minta 10 keping. Nah, bukan kah rakan tadi telah tolong promosikan perkhidmatan kita? ;) mereka akan sampaikan kad kita pada rakan nya yang lain. Namun sebelum ini terjadi ada beberapa perkara yang perlu di ambil kira agar anda juga turut menerima situasi seperti yang diceritakan tadi:

1. perlu ada perkhidmatan/produk yang menyelesaikan masalah dan menggembirakan orang lain
2. rekabentuk logo, banner dan sebagainya perlu menyentuh hati bakal pelanggan dan mempunyai tarikan. 
3. promosi dan grafik yang digunakan, sangat dirasakan mesra oleh yang melihatnya. tidak terlalu kelihatan professional jika ingin rapat dengan orang ramai melainkan target anda memang untuk service orang-orang yang professional dan berurusan di bidang tersebut.
4. ada nilai pada sentuhan yang dirasakan pada kad tersebut. berikan kad yang penuh kasih sayang seperti tebal, berkilat, licin , warna menarik dan nampak cantik atau seronok untuk diletakkan dalam purse atau dijadikan penanda buku. elakkan print secara budget, kerana kad yang tidak bermutu seperti meminta untuk dibuang selepas diterima ke tangan pelanggan.

Ok, saya kongsikan di sini bagaimana business card saya ;) Jika anda juga inginkan kad pengenalan diri atau "business card" seperti ini, boleh email saya untuk tempahan. Design yang dibuat akan mengikut siapa anda, apakah business anda dan apakah fokus anda untuk menarik pelanggan?



Sampai sini dahulu untuk tips mudah berniaga walau dari rumah. Jangan bataskan pergerakan, pergaulan dan perkembangan business anda. Yakinilah Allah, yakinilah diri sendiri. Tidak ada sesiapa yang mampu mengubah hidup dan cara hidup anda melainkan diri kita sendiri. 

Ayuh bekerja dengan bergaya walau hanya di rumah ;)

Jazakallah

Khairunnisa Hamzahara
Senibina Kehidupan DI Rumah

Mahu mula belajar bekerja dan berniaga dari rumah secara online? Mulakan dengan memasuki kelas-kelas online akademi bekerja di rumah. Klik DISINI untuk daftar ke kelas asas blog online yang dikendalikan oleh saya dan klik DISINI untuk mengikuti kelas asas rekabentuk sketchup online. 

Bagi yang mahu buat tempahan rekabentuk kediaman, klik di sini :
http://rekabentuk3donline.blogspot.com/

Ebook Panduan Kediaman Pertamaku boleh di dapatkan di sini:
http://kediamanpertama.blogspot.com/

Jemput daftar dengan saya untuk beriklan di sini: 
http://sohodirectory.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO