NUFFNANG

Monday 20 January 2014

Rekabentuk 3D Dapur Idaman

Teks: khairunnisa hamzahara

Ramai yang tertanya, kenapa perlu ada rekabentuk 3d sebelum buat binaan di tapak kediaman atau sebelum buat binaan bagi hiasan dalaman kediaman? Sebenarnya, dengan adanya rekabentuk 3d, rekabentuk lebih kelihatan jelas dan dapat difahamkan oleh kesemua pihak secara menyeluruh tanpa salah faham. Jika kita sudah biasa berurusan secara 2Dimensi pada satu ketika dahulu, di mana belum ada teknologi canggih, dan rekabentuk 3d hanya disediakan bagi mereka yang pandai melukis secara manual sahaja, sekarang kita sudah ada banyak teknologi canggih dan sudah ada pereka-pereka yang mampu memberikan rekabentuk yang menyajikan visual 3d untuk memudahkan kefahaman semua pihak. Jadi di sini, tiada risiko salah faham tentang kedudukan, warna dan rupa sesuatu rekaan itu.

Inilah kepentingan membuat rekabentuk 3d sebelum kontraktor datang membuat ubahsuai dan binaan kabinet di kediaman kita. Kenapa saya tekankan rekabentuk kitchen kabinet? Sebabnya ramai yang berhadapan dengan masalah salah komunikasi dan salah pemahaman antara pemilik dengan kontraktor. Di mana susudah pasang barulah pemilik nampak rupa kabinetnya dan menyalahkan kontraktor kerana tidak membina ikut kehendaknya. 

Baru-baru ini, saya berurusan dengan kontraktor bina kitchen kabinet. Pada permulaannya, kontraktor tersebut mengeluarkan design dari designer mereka. Katanya, mereka akan design yang terbaik. Sebaik hasilnya siap, saya terkejut kerana warnanya hitam, putih dan merah dan dapurnya sangat besar. Sedang dapur rumah contoh blog panduan kediaman idaman ini kecil sahaja. Meja bar yang diminta juga tidak berupa meja bar kerana ketinggiannya sama sahaja dengan ketinggian kabinet. Sedangkan jika meja bar, ia akan lebih tinggi dari aras kabinet. Baiklah, saya kongsikan idea asal dari designer kontraktor, cuba lihat di bawah:




Kata hati saya "nampaknya, saya tak boleh harapkan rekaan percuma dari kilang kabinet ini, saya perlu reka kan rekabentuk 3d dapur sendiri untuk saya serahkan pada kontraktor bagi pemahaman mereka akan kehendak saya dan suami" . Untuk makluman anda, jika kita buat kitchen kabinet, pastikan pengilang atau kontraktor sediakan lukisannya kerana ia dipanggil "shop drawing". Apabila kita sudah setuju dengan shop drawing ini, barulah mereka akan buat di kilang dan datang pasang di rumah setelah siap. Namun pembikinan shop drawing ini sebenarnya memakan kos kerana kontraktor perlu mengupah designer (seperti saya) untuk membuat rekabentuk dan main dengan material dan warna yang bagaimana. Saya ingatkan boleh dapatkan service percuma ini di mana ia termasuk dalam kos bina kabinet, namun disebabkan rekabentuk yang dibuat jauh dari citarasa saya, maka saya perlu mula bertarung buat 3d untuk ruang dapur sendiri ;)

Hasilnya adalah seperti di bawah ;) Dengan penghasilan rekabentuk 3d tersebut, saya sudah tidak perlu banyak berbicara. Ini kerana ia sudah cukup memberikan kefahaman kepada kontraktor. Apa yang saya mahukan adalah dapur yang kecil sahaja dan menggunakan konsep alam semulajadi Kayu, Batu dan Kaca. Dan pergerakan yang memasak juga mudah dengan pergerakan satu pusingan sahaja untuk kesemua kerja kerana ia berada dalam lingkaran susunan kabinet berbentuk U dan muat untuk gerak kerja bagi seorang tukang masak.

Namun, jangan salah faham. 3d yang berikut adalah 3d yang dihasilkan oleh designer kitchen kabinet selepas meniliti rekabentuk 3d saya. Mereka meniru semula rekabentuk saya dan kemudian mereka masukkan material serta lighting mengikut bahan sebenar yang digunakan dari kilang mereka. Ini adalah perkhidmatan wajib dari kontraktor atau pengilang perabot bina dalam. Selepas kita bersetuju dengan rekabentuk yang ditunjukkan barulah kerja-kerja mengukur dan kerja-kerja membentuk dilakukan di kilang. Kemudian selepas siap mereka akan datang pasang ke rumah pelanggan.





Nota: pada permulaannya design yang dicadangkan oleh tokey kitchen kabinet adalah kabinet moden mengikut warna feng shui tahun 2014, merah, putih, dan hitam. Lalu, apa lagi, makcik ini pun keluarkan 3d design dan serahkan pada tokey kitchen kabinet tersebut. 

kata tokey " haiya, you manyak pandai ma. senang kasi cerita nampak itu design"

Jadi, nantikan episod seterusnya iaitu entry post berkenaan pemasangan kitchen kabinet di blog Panduan Untuk Kediaman Idaman selepas beberapa minggu berperang dengan design 3d dan perbincangan dengan tokey kitchen kabinet. Saya juga akan turut dedahkan siapakah tokey dan pengilang kitchen kabinet yang saya maksudkan pada entry akan datang.

p/s: 3d berikut adalah hasil dari designer tokey dan ia termasuk dalam service yang dibayar. jadi selepas saya keluarkan rekabentuk 3d saya, tokey terus submit pada designernya lalu designernya masukkan material dan ukuran spesifik yang ada pada kilang mereka dan send semula 3d yang dihasilkan oleh mereka untuk persetujuan saya. ini dipanggil Shop drawing dari manufacture ;)

p/ss: siapa yang mahukan service tokey ni, boleh PM saya. Good service dan boleh buat ansuran bulanan. Tak pakai credit card tapi bayar cash bulan2. Tokey datang kutip kat rumah. Lokasi-Melaka :) (KL boleh di fikir-fikirkan ;)

Khairunnisa Hamzahara
Senibina Kehidupan Di Rumah

Untuk tempah rekabentuk 3d boleh lihat di sini:
http://rekabentuk3donline.blogspot.com/

Untuk dapatkan ebook panduan kediaman pertamaku, boleh dapatkan di sini: http://kediamanpertama.blogspot.com/

Untuk belajar buat blog boleh daftar di sini: http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/p/kelas-asas-blog.html

7 comments:

Miznie said... [Reply to comment]

Salam sis...bleh bg sy nama & address kedai kitchen cabinet yg sis nyatakan.
plz email sy : miznie1984@gmail.com

Unknown said... [Reply to comment]

Salam Puan, mohon bantuan dapatkan nama dan no. phone tokey designer yg dimaksudkan di atas?

Unknown said... [Reply to comment]

salam...boleh sms saya contct number tokey tu x...atau email saya syura_adura@yahoo.com / 012-6187922 urgent!! tq

Unknown said... [Reply to comment]

Hi, saya dari Klang Selangor.. Pls contact me 0143380779.. asap tqvm

Adib Homestay said... [Reply to comment]

Salam ..blh email detail kedai cabinet ke ukhuwah82@gmail.com
Tq

Global Vision said... [Reply to comment]

nk no tokey yg buat kabinet tu, mimie.sufi@gmail.com

Khairunnisa Hamzah said... [Reply to comment]

maaf semua, tokey ini sudah tidak available lagi.

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO