NUFFNANG

Thursday, 19 December 2013

Rumah Menjadi Sumber Pendapatan

Teks: khairunnisahamzahara

Alhamdulillah, bertemu lagi kita kali ini. Kali ini saya ingin menyentuh tentang Rumah yang menjadi sumber pendapatan kepada pemiliknya. Seringkali kita mendengar keluhan seseorang tentang masalah untuk membayar ansuran bulanan rumah yang dibelinya atau dibinanya pada beberapa tahun yang lalu. Apabila ansuran bulanan menjadi berat untuk di bayar sehingga kadang-kala terpaksa untuk tidak membayar pada sesetengah bulan ia boleh membawa kepada kesuraman di dalam rumah dan seisinya. Isu membayar ansuran bulanan rumah akan menjadi isu utama suami isteri dan anak-anak akan terkena juga tempiasnya.

Justeru, saya di sini berasa bertanggungjawab untuk berkongsi cara dengan orang ramai bagaimana caranya untuk menjana sumber pendapatan daripada rumah yang telah dibeli. Sebelum ia dilelong, ada cara lain untuk mendapatkan pendapatan daripada rumah kita ini. Jika sebelum ini kita pandang rumah sebagai beban, kini apa kata jadikan ia sebagai aset dan sumber pendapatan. Berikut adalah antara usaha yang boleh dilakukan.

1.HOMESTAY (RUMAH INAP) / RUMAH SEWA





Jadikan rumah kita sebagai homestay merupakan salah satu cara untuk mendapat wang dari rumah yang sudah dimiliki. Jika hanya ada satu unit rumah sahaja, kita boleh menyewa di rumah lain yang lebih murah kos sewanya berbanding bayaran bulanan yang perlu di bayar di rumah sedia ada atau menumpang di rumah orang tua buat sementara waktu. Apabila dapat hasil tuaian, boleh lah beli sebuah rumah yang lain dan berpindah ke sana. 

Namun, untuk mendapat keuntungan yang lumayan, perabot dan kelengkapan utama di rumah tersebut perlulah ditinggalkan untuk kegunaan tetamu homestay. Jadi bolehlah dapatkan yuran harian menginap di homestay dengan kadar sewaan yang tinggi kerana ianya lengkap untuk kegunaan tetamu. Jika ada istilah terpaksa ikat pinggang, di sini terpaksalah ikat keselesaan di rumah dan ianya buat sementara waktu sahaja. 

Misal sewa rumah RM600 sebulan, manakala sewa harian homestay kita RM200 sehari, jika sebulan ia telah mencecah RM6000. Jika ada yang mahu sewa secara bulanan, kita boleh tetapkan harga sebulan RM2000 ke atas. Ini bermakna kita mempunyai wang lebihan setelah membayar wang rumah sewa yang sedang kita sewa. Wang lebihan ini boleh kita menabung untuk membayar wang muka membeli rumah baru pula. 

Untuk jadikan rumah sebagai homestay atau rumah sewa yang menjana pendapatan tinggi, wujudkan bilik-bilik tidur berlainan saiz, ruang tamu, ruang dapur, bilik air, ruang BBQ, dan sebagainya. Boleh di sewakan berasingan atau satu rumah sekaligus. Pastikan ianya lengkap berperabot

2. PEJABAT






Boleh juga manfaatkan kediaman dengan menjadikannya pejabat berbanding meninggalkannya kosong saja disiang hari untuk bekerja untuk orang lain. Sebaliknya bekerjalah sendiri di kediaman dan wujudkan ruang-ruang dan suasana bekerja di kediaman kita sendiri. Cipta ruang dan persekitaran yang selesa untuk terus bermotivasi untuk bekerja setiap hari.Apabila mewujudkan pejabat di kediaman, kita perlu mematuhi etika dalam kehidupan berjiran. Misalnya berapa kerap pelanggan , rakan niaga, atau staf yang akan datang ke rumah kerana ia akan melibatkan ruang meletak kenderaan. Jangan pula sehingga mengganggu rumah jiran yang lain. Antara pekerjaan yang boleh dibuat di kediaman adalah seperti perkhidmatan jururunding dan konsultasi, perekabentuk, pengurus akaun, penulis bebas, motivator dan lain-lain lagi.

3. KELAS FIZIKAL / ONLINE






Sekarang sudah menjadi trend, ramai orang yang berpendidikan tinggi kembali bekerja di rumah dan mewujudkan pendapatan dari rumah. Namun begitu tidak kurang juga mereka yang tidak beajar tinggi yang turut mampu menjana pendapatan dari rumah. Di rumah boleh juga kita mengadakan kelas-kelas yang boleh meraih pendapatan. Misalnya boleh membuat kelas mengaji, kelas memasak, kelas menjahit dan sebagainya. Bagi yang mempunyai kepakaran dan pendidikan khas terhadap sesuatu bidang, boleh membuat kelas-kelas professional di kediaman sendiri. Kosnya tidak lah tinggi berbanding menyewa rumah kedai untuk dijadikan keas atau bengkel, hanya perlu satu ruang / bilik sahaja untuk sesi pembelajaran. Jika ia merupakan kelas masakan, kelas boleh dijalankan di ruang dapur. Jika kelas mengaji dan kelas motivasi, boleh dijalankan di ruang tamu. Manakala jika perlukan suasana tertutup boleh gunakan bilik-bilik lebihan di rumah. Selain itu, boleh juga jadikan satu bilik kahs untuk membuka kelas online. Modalnya hanyalah meja, kerusi , laptop dan langganan internet.

BAGAIMANA MENGASINGKAN KETIGA-TIGA RUANG AKTIVITI YANG MENJANA PENDAPATAN DI RUMAH TADI DENGAN RUANG KELUARGA

1. Ketika sedang beroperasi, boleh asingkan keluarga di ruang atau rumah lain (misal rumah sewa atau rumah keluarga lain)-HOMESTAY
2. Asingkan ruang bekerja dengan ruang aktiviti keluarga (misal di ruang tamu, bilik khas atau di ruang baru yang ditambah kemudian-binaan tambahan)-PEJABAT
3. Jadikan ruang sedia ada dengan dwi fungsi. Ini bermaknan ia boleh digunakan oleh keluarga dan boleh juga digunakan untuk menyambut pelanggan atau peserta kelas-PEJABAT/KELAS

BONUS BAGI YANG MEMPUNYAI TANAH LEBIHAN




Bagi yang mempunyai tanah lebihan seperti rumah jenis banglo, boleh lah dibina pondok-pondok atau binaan kecil untuk dijadikan bengkel, kelas atau pejabat. Ini biasa dilakukan oleh mereka yang menjahit dan memasak di mana diwujudkan bengkel jahitan dan memasak di sebelah rumah. Sebenarnya banyak jenis pekerjaan dan aktiviti yang boleh dilakukan di rumah sendiri untuk menjana pendapatan. Artikel ini adalah sebagai pencetus idea, saya percaya kalian semua lebih bijak memikirkan apa yang boleh dilakukan. Pikir dan lakukan. Seperti yang saya katakan tadi, jadikan rumah sebagai aset dan pendapatan, bukan sebagai beban. Selamat mencuba ;)

khairunnisa hamzahara
Senibina Kehidupan Di Rumah

Banyak lagi akan dikupas dalam bonus ebook Kediaman Yang Menjana Pendapatan apabila membeli ebook Panduan Kediaman Pertamaku 

Untuk tempah rekabentuk kediaman atau ruang, sila ke sini: http://rekabentuk3donline.blogspot.com/






2 comments:

Maria Qiptiyah said... [Reply to comment]

Masalahnya nak beli rumah pun belum terlaksana lg..huhuhuh

Anonymous said... [Reply to comment]

thanks ya infonya !!!

www.bisnistiket.co.id

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO