NUFFNANG

Wednesday 18 December 2013

MUDAHNYA JANA PENDAPATAN DENGAN INTERNET


Teks: khairunnisa hamzahara

Selamat pagi semua,
Hari ni lambat ucapkan selamat pagi, tadi breakfast kat rumah mertua dulu
Hari ni mertua tak meniaga, cuti
Hari khamis hari paling saya suka. Pagi macam ni mesti ngadap Tv tengok rancangan Safiyya TV9. Rancangan ni sangat berikan sumber inspirasi. Banyak safiyya bongkar kan kreativiti dan bisnes online muslimah malaysia. 

Saya tersenyum seorang. Siapa follow FB saya pasti tahu sejak setahun setengah berhenti kerja dengan majikan yang lalu apa usaha yang pernah saya buat untuk cari pendapatan dari rumah? Hehe, apa yg saya tak pernah cuba, semuanya cuba. 

Saya pernah buat bisnes cheesetart- sambutan luar biasa
saya pernah buat MLM-sambutan luar biasa
saya pernah buat butik online dan offline-sambutan luar biasa
saya pernah buat tupperware - saya yang pakai luar biasa 


Namun saya tersedar setelah penatnya rumah jadi kilang, penatnya bungkus, packaging dan keluar jalan kaki seberang jalan gi pejabat pos di tengah hari terik, untungnya, saya dapat harian, kadang-kadang dapat untung seronok dapat belanja anak2 makan ice cream. Saya mula pikir, ini kah yang saya mahu, ayah juga tegur, penatnya bukan main, untungnya tak seberapa. Saya masih pertahankan, kata saya biar penat sekarang nanti adalah hasilnya. Namun baru saya sedar, kalau nak hasil yang tinggi saya perlu mula upah pekerja jika tak mana lah larat nak handle. Buat marketing power tapi management fail. Tak terhandle permintaan yang mula membanjiri. 

Akhirnya saya jumpa seorang mentor suri rumah , saya masuk kelasnya, iaitu kelas asas blog. Saya diyakinkan oleh mentor saya ini untuk fokus kepada satu perkara iaitu Minat dan Kepakaran saya. Ya, saya kan Graduan Arkitek, bekas pekerja di firma arkitek dan juga bekas pegawai kerajaan di jabatan arkitek. Kenapa saya perlu berpaling dari minat dan kepakaran saya ini? Saya juga antara orang yang tak lari dengan sifat suka mengikut orang. Saya tengok sana sini orang buat butik online, bisnes makanan online, mlm online, saya teruja nak jadi mcm mereka. Sebenarnya saya sudah ada satu kepakaran dan minat yang khusus. Iaitu saya suka sangat buat 3D dan design rumah. Jadi saya di ajar oleh mentor untuk fokus, fokus kepada kediaman. Dan saya jadi seronok untuk berblog setiap hari berkongsi dengan orang ramai tentang kediaman dan buka perkhidmatan merekabentuk 3D kediaman mereka.

Saya rasa sangat penting dan untung jika kita tahu apa minat dan kepakaran kita. Cukup cuma SATU. asah dan gilap. Cari market di traffik keperluannya paling tinggi. Saya sudah jumpa. Iaitu di internet. Saya mula dengan blog (percuma pendaftarannya), saya tambah lagi dengan fan page (percuma juga oleh Mark) Cuba bayangkan, saya yang bukan siapa-siapa ini kalau terus buka ofis rekabentuk di rumah kedai mana-mana, rasanya siapa akan datang? Ada lagi softskil lain lagi nanti saya kongsikan. Kalau nak dapatkan dengan lebihm mudah, baca buku Mudahnya menjemput rezeki.

Atas pengalaman yang berharga ini, saya setuju untuk menjadi salah seorang guru online di akademi bekerja di rumah. itulah antara kata2 saya pada seorang sahabat ketika breakfast di sekitar pejabat pada satu ketika dulu. Kata saya " nisa nak jadi perintis kepada ibu2 terpelajar untuk bekerja dirumah, mungkin nisa akan tubuhkan kelab suri rumah berpendidikan atau women skill centre" rupa-rupanya Allah mendengar kata-kata luahan dan hati saya, akhirnya saya bertemu dengan pengasas dan guru2 berjiwa hebat di akademi bekerja dari rumah. kami yang mulanya hanya 2o orang, kini sudah mencecah lebih 300 orang dan kami semua hanya berkenalan di alam maya. Allah lebih tahu, lebih moden berjuta kali ganda dari kita. Lalu Allah gapaikan niat saya dengan menjadikan usaha untuk menggerakkan ibu2 agar bekerja di rumah tercapai dengan menyertai akademi bekerja di rumah

Tak perlu hadir seminar, hadir kelas, hadir training khas, cuma perlu ada komputer dan internet. langkah demi langkah ditunjukkan. Jika tidak ada kepakaran atau perniagaan, kita sediakan produk dan perkhidmatan digital dan online. Mudah pun mudah. Tak perlu lagi berpanas, tak perlu lagi tinggalkan rumah, tak perlu lagi rumah jadi store dan kilang. Allah maha berkuasa. Sekarang saya sangat admire dengan jutawan internet. Bukan sebarang niat untuk jadi jutawan internet tapi ianya adalah satu semangat dan motivasi untuk terus menceburi bidang yang amat mudah ini. Jika tidak mahu jual apa2. Cukuplah dengan menulis. Berkongsi cerita. Ya, kerana perkongsian cerita di blog juga kini saya seorang penulis di sebuah majalah tempatan, mendapat liputan media dan TV. bukan itu yang saya mahu tapi saya yakin jika kita utamakan amanah allah, allah akan mudahkan kita dalam segala urusan. MAsyaallah



Catatan hari ini,
19 Disember 2013
khairunnisa hamzahara
Senibina Kehidupan Rumah

Mahu mula belajar bina asas blog? Baca di sini:

2 comments:

Maria Qiptiyah said... [Reply to comment]

Ya Kak Long ingat lg Nisa tak tido anak beranak sebab nak buat cheestart. hehehe

Khairunnisa Hamzah said... [Reply to comment]

kenangan betul tu ;) kene upah bibik baru boleh on semula ;) ramai dah dok nanye cheesetart ni

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO