Teks: khairunnisa hamzahara
Di minggu yang lalu, mungkin ramai yang telah membaca perkongsian yang dibuat tentang hiasan dinding utama di rumah contoh kediaman Idaman menggunakan hiasan Khat Khufi yang di Taja Oleh Canvas De Arte. Kali ini saya suka untuk berkongsi tentang kisah di sebalik tabir memasang lampu spotlight (lampu galeri) di dinding berkenaan.
Pada permulaan melangkah masuk ke rumah ini, saya dapati ia dibina dengan rekabentuk yang mempunyai dinding dan siling yang tinggi sehingga mencecah 15 kaki tingginya. Apabila memikirkan tentang lampu dan kipas yang ingin di pasang, ia membuatkan saya terpikir tentang penggunaan kipas yang mempunyai batang pemegang yang jauh lebih panjang hingga ke paras biasa kipas digantung. Begitu juga dengan lampu, mempunyai wayer yang labuh ke bawah. Kemudian, untuk menambahkan seri ruang, saya biasanya akan memasang lampu samar berwarna kuning untuk kegunaan di malam hari. Di ruang ini lampu ini akan diletakkan di sudut galeri di dinding utama nya.
Namun, masalah yang di hadapi ialah lampu dinding tersebut tidak mempunyai punca elektrik untuk ditarik bagi memasang lampu spotlight berkenaan. Oleh itu, seorang tukang wiring diupah untuk membantu menarik wayer ke point yang dicadangkan untuk perletakkan lampu spotlight ini. Sepanjang kerja-kerja hacking (pemecahan) dinding dilakukan, ia benar-benar menyakitkan dada apabila melihat dinding rumah baru dipecah semula. Ia ibarat badan yang ditebuk-tebuk dan urat di tarik-tarik keluar. Sungguh hodoh keadaan rumah kerana kerja-kerja hacking ini.
Oleh kerana sumber elektrik yang paling hampir di dinding tersebut berada di dalam siling, tukang wiring perlu masuk ke atas siling melalui bumbung. Kepingan tiles bumbung dipijak dan dibuka satu persatu bagi memuatkan tukang wiring masuk. Kemudian dia masuk ke dalam bumbung dengan memijak rangka-rangka bumbung untuk mencari laluan wayer dan tab punca bekaan elktrik dari wayer tersebut kemudian menyambungkan wayer baru dan dilalukan pada belahan dinding yang dibuat di bawah siling. Sungguh rumit, namun itulah kerja yang biasa dilakukan oleh seorang tukang wiring. Sungguh mencabar.
Oleh itu, dinasihatkan agar anda yang lain yang turut ingin menambah lampu di dinding , benar-benar merancang dan membuat keputusan di mana lakosinya dan untuk tujuan apa. Ini kerana ia akan jadi kekal di situ. Seeloknya kerja-kerja hacking ini di lakukan sebelum berpindah ke rumah baru tersebut dan sebelum mencuci rumah. Ini kerana debu yang terhasil sangatlah dasyat dan ia menyebarkan habuk di merata tempat kesan dari kerja pemecahan dinding dan batu-bata. Sebaik kerja-kerja pendawaian diselesaikan, tukang wiring ini siap sekali menutup semula belahan dinding dengan simen kapur dan ia basah sehingga esok harinya baru ia kering. Sebaik kering, baru boleh buat kerja-kerja mengecat. Jika tidak, akan berbelak lah warna dinding tersebut kerana warnannya tidak sekata. Dan di bawah ini adalah rupa lampu spotlight yang telah dipasang mengikut point yang telah dimukatamadkan:
Jadi kesimpulannya , untuk pemasangan lampu galeri:
1. Upah tukang wiring
2. Lakukan semasa belum masuk pindah ke rumah
3. Kerja hacking sangat berhabuk
4. Muktamadkan lokasi point lampu
5. selepas siap tidak boleh berubah lagi
7. jika tidak mahu hacking, boleh gunakan kaedah piping iaitu memasang casig wayer di luar dinding (agak memburuk kan dinding)
0 comments:
Post a Comment