NUFFNANG

Thursday 14 November 2013

MENJAGA KEDIAMAN SUAMI DAN ANAK-ANAK ADALAH TANGGUNGJAWAB HAKIKI SEORANG WANITA

Teks: khairunnisa hamzahara


Apabila disebutkan tentang Berhenti kerja dengan majikan dan kembali ke rumah, ramai wanita yang akan mula melatah. Terutamanya yang berpendidikan tinggi dan berjawatan. Ada pula yang mencemuh wanita yang menyahut seruan ini dengan kata-kata "Dia Boleh lah! Sebab suami dia KAYA!". Benarkah suami dia kaya? Bagaimana pula jika ketika keputusan dibuat, hutang dia masih ada disekeliling pinggang? Alhamdulillah, kini dengan berkembangnya penggunaan internet dan media massa, orang ramai mula memahami dan mengetahui akan fitrah sebenar tanggungjawab dan hak seorang wanita terutamanya yang bergelar ibu dalam ajaran agama Islam. Kenapa di negara Arab, wanita tidak digalakkan malah ada yang tidak membenarkan wanita bekerja? Saya percaya kerana mereka ini adalah bangsa yang mudah untuk memahami ayat Al-Quran kerana Quran itu turunkan dalam bahasa arab. Bagi bangsa lain, sudahlah ramai yang tidak faham bahasa Al-Quran, tafsir nya juga tidak sempat di baca. Jauh sekali untuk mendapat kefahaman. Jadi sebab itu ada saja tomahan di kalangan masyarakat sehingga memberi peringatan kepada yang ingin memberi peringatan dengan kata-kata "Awas! jika kamu berbicara macam itu lagi. Kami punya hak untuk memilih jalan kami!" ia sama dengan mereka yang susah untuk menutup aurat, jika diberi peringatan dan menyampaikan pesanan lalu dia terus melenting dengan berkata "Jangan jaga tepi kain orang! orang yang bertudung pun belum tentu baik tau!" 

Kita perlu tahu bezakan pilihan dan suruhan. Kita tiada pilihan terhadap suruhan yang Maha Esa melainkan jika benar-benar kita tidak dapat melaksanakannya kerana darurat. Dalam konsep keluar rumah dan bekerja di masa ini, kebanyakkannya tidak sampai darurat. Malah si suami tadi boleh menampung keperluan asas. Cumanya si isteri tadi boleh kah hidup dengan sekadar asas kerana dia seorang yang berpendidikan dan berjawatan. Apatah lagi graduan dari luar negara. Sebenarnya bertuah jika sudah ada ijazah, master atau Phd dari luar negara. Maka pasti kita mempunyai idea luar biasa untuk dilaksanakan. Dengan kemajuan dunia internet dan teknologi canggih, di negara maju sendiri, ramai yang bekerja hanya dari rumah sama ada mengadakan perkhidmatan tertentu dan unik untuk orang ramai dan juga membuat perniagaan online. Ini bermakna kita punya pilihan untuk bekerja di rumah saja sambil menjaga kediaman dan anak-anak. Malu untuk berniaga boleh diketepikan kerana melalui online, boleh saja kita tidak melihat dengan siapa kita berurusan dan berurusan 100% secara online juga adalah perkara yang tidak mustahil. Sistem perbankan juga boleh dibuat melalui online. Di sini saya tidak nampak masalah untuk mendapat pendapatan jika berada di rumah sejak saya sendiri laluinya bermula dari mengambil tempahan membuat cheesetart, membuat rekabentuk kediaman orang secara online, menjual perniagaan produk secara online dan menjadi ajen droship secara online. Kini dilamar pula untuk menulis di majalah. Berkat kesabaran rezeki pasti datang jua. KIta ada 1001 cara untuk mencari pendapatan menerusi internet saja.

Persoalannya di sini , adakah dengan bekerja dengan majikan, ekonomi rumahtangga menjadi stabil? atau sebenarnya makin memudaratkan? misalnya apabila dua orang berjawatan professional, perlu lah ada kereta mewah, rumah besar dan pakaian berjenama, sedangkan gaji majikan bagi tidak lah sebesar mana kerana ekonomi negara yang teruk. Dek kerana ingin ikut juga cara orang lain, kita pakai pakaian yang bukan sesuai di badan kita. Maka mulalah pinggang terjerut. Mula berlaku pertengkaran dan bermasam muka. Perlahan-lahan keluarga mula retak menanti belah. Belum lagi disentuh hal anak dan yuran untuk di bayar di pusat asuhan anak. Jika seorang anak boleh lagi nak berlagak okey, bila dah bertambah dua, tiga? adakah masih okey? Tepuk dada tanya poket. Adakah majikan kisah dengan kita yang bertambah anak dan perbelanjaan? Jika ada majikan yang menaikkan gaji mengikut jumlah anak dan perbelanjaan pekerjanya, itu sudah sangat baik. Jadi apakah cara untuk menambah pendapatan sejajar dengan perkembangan keluarga dan perbelanjaan hari semakin hari.

Kita berbalik semula kepada fitrah manusia. Fitrah tanggungjawab lelaki dan juga tanggungjawab perempuan . Dan juga berbalik kepada firman dan galakkan dari Allah sendiri. 9/10 rezeki itu adalah dengan berniaga! Lelaki tanggungjawab hakikinya adalah menyara keluarga. Jika ada yang membantu menggalas tanggungjawab ini, suami semakin lega. Si isteri pula yang mendapat peluang membantu menyara keluarga mula terasa seronok bekerja kerana meninggalkan beban dan tanggungjawab hakikinya di rumah. Masa ini mula terasa kerja di pejabat itu lah yang penting dan menjadi sebab utama dalam hidupnya. Semasa ini juga anak dan suami perlu memahami kerjaya si isteri. Sudah menjadi fitrah kenapa Allah suruh lelaki yang bertanggungjawab dalam menyara keluarga. Lelaki yang berpendapatan dan keluar mencari rezeki , menyara keluarga dengan kasih sayang sebenarnya telah dapat menundukkan si isteri dan si isteri akan lebih menghormati si suami. Apabila si isteri mempunyai pendapatan sendiri, apa di kisah dengan kata-kata suami kerana baginya suami nya sendiri perlukan bantuan darinya. Ini lah yang dikhuatiri dalam Islam. Ada yang tak bersetuju dalam perihal ini. Kerana apa? kerana ia masih ingin bebas mempunyai pendapatan dan ingin menegakkan "hak"nya. Sesungguhnya manusia tidak punyai "hak" apa-apa. "Hak" itu hanyalah milik Allah s.w.t.

Saya sendiri pernah digelakkan oleh seorang yang lagi muda, namun merupakan seorang anak orang yang berpengaruh dalam jabatan saya bekerja. Sambil bangun dari meja makan dan beraksi seperti mengangkat kain dia berkata " kalau aku duduk rumah, aku lah isteri mithali berpakaian kain batik duduk melutut kat suami yang tengah baring atas kerusi sambil bukakan stokin suami, uhh please lah!" saya tak berapa kenal dia tapi kami duduk sama satu meja makan. Tapi dia terus memerli saya dengan pelbagai kata-kata. Bagi saya tak apalah, dia masih mentah. Belum lagi berkahwin pada ketika itu. Selepas saya berhenti kerja, saya menerima lagi kata-kata seorang dari suami sahabat satu unit . Katanya " kita tengok lah nanti apa nasib dia" dan tak kurang juga saya menerima kata-kata dari seorang bos muda yang berkata "kawan saya dah jadi gila sebab duduk rumah". Sehingga sekarang saya masih menerima kata-kata "dah duduk rumah tu duduk diam aja lah, tahulah suami kaya, orang lain ada caranya" memang saya tak pernah mengganggu hidup orang lain. Apa yang saya buat teruskan memberi motivasi secara alam maya kepada sesiapa yang ingin kembali ke rumah. Menyandang semula jawatan hakiki di sisi Illahi. 

Saya tak pernah kecik hati dengan kata-kata orang begini kerana ia sama dengan konsep kita mengajak orang untuk bertudung secara umum, pasti yang tak suka bertudung akan melatah "biarlah aku tak bertudung, kubur lain-lain" itu jawapan orang yang ego. Sama juga dalam konsep ini bila kita mengajak orang ramai kembali kepada jawatan hakiki yang merupakan tanggungjawab sebenar secara umum siap dengan memberikan langkah dan cara, bukan sekadar bmengajak saja, setiap hari tanpa point kepada sesiapa. untung-untung adalah yang menyahut seruan ini. namun pasti ada yang bersuara "biarlah kami, kami lagi suka kerja di luar rumah. Kalau di rumah kami boleh jadi bingung." Atau ada juga yang berkata "boleh lah dia cakap macam tu, kita ni tengah berjuang bantu suami cari pendapatan" Bagi saya ini jawapan untuk mengelak dari menarima semula tanggungjawab hakiki. Kerana pendapatan tidak semestinya perlu di cari dengan cara bekerja dngan majikan. Apatah lagi di arus moden ini yang penuh dengan teknologi terutamanya internet. Ia hanyalah antara mahu dengan tidak mahu. Seperti kita ada gula di tangan, lalu orang lain nampak gulanya. Kita bukan sekadar berkata gula ini memang sedap, tanpa sikit pun kita bagi mereka merasa. Ini ingin bermegah namanya. Malah kita beritahu mereka ada pakcik di sana yang bagi gula inni, kalau nak cari pakcik tu kena seberang jalan ditengah panas, turun bukit kecil dan rumahnya dihujung belukar. Yang benar-benar mahukan gula itu pasti akan cuba untuk dapatkan gula itu. Baginya terasa nikmat manis di tekak jika dapat gula ini, nak tak nak, aku nak juga. Kerana keinginan baginya mudah saja melepas jalan raya, bukit, dan belukar tadi demi menemui pakci gula itu. Setelah dapat gula itu dia juga memegang gula dan merasa lalu berkata dapat pun aku gula ini. Lalu ada orang lain pula yang nampak gula ini, dia pun sama turut bagi tahu pada orang lain yang jika ingin gula ini maka pergi lah ke pakcik itu. Bagi yang tak kuasa lalui rintangan itu pasti berkata, alah bukan sedap sangat gula tu. Aku boleh je hidup tak makan gula malah hidup aku sekarang ada banyak cokelat. (ini cerita rekaan saya semata. Tak tahulah sampai atau tidak maksudnya)

Hal anak pula, menjaga anak sebenarnya mendatangkan rezeki yang melimpah dan tak terduga. Rezeki itu bukan sekadar kekayaan wang ringgit tetapi mendapat rezeki kebahagiaan rumah tangga, rezeki sudah tiada lagi hutang keliling pinggang, rezeki mempunyai masa dengan ayah ibu serta anak-anak, rezeki beribadah dan rezeki Allah yang lain yang Maha luas. Jadi masih belum terlambat untuk melepaskan jawatan dunia dan mengambil jawatan hakiki semula. Hal pendapatan boleh diusahakan. Bukan majikan yang bagi tapi Allah lah majikan sebenar yang memberikan rezeki kepada mereka yang mengusahakannya. Yakini Allah Sayangi Allah. Mudah-mudahan mudah untuk menerimanya. Perkara ini kita nampak hal yang besar namun kita perlu kecilkan diri dengan sekecil-kecilnya dan besarkan Allah maka kita dapat melihat yang mana utama dan mana hanya sekadar sampingan.

p/s: untuk mulakan hati menerima perkara hakikat ini, mulakan dengan tidak lagi melanggan astro, maka dah jimat bil astro, kita boleh melihat channel TV 1,2,3,7,9, Al hijrah. Mula berjimat cermat dalam penggunaan elektrik, mula tidak lagi membeli kasut baru dan baju baru jika yang ada masih boleh digunakan, mula tidak makan luar yang satu set meal berjumlah RM19.90 dan mulakan segalanya yang hanya pembaziran dan mengikut nafsu. Apabila kita mulakan penjimatan, kita dapat menerima hakikat pendapatan suami. Kita tenang di rumah. Di kala ketenangan sampai, kita mula jadi kreatif dan mula ada idea-idea baru untuk menambah pendapatan. Insyaallah berkat doa, kita mula gigih berusaha. Bangun kembali dan boleh menjadi luar biasa walau hanya dari rumah. MAkin lama pendapatan mula bertambah lagi. Suami juga dah tak rungsing dengan risaukan kita keluar bekerja, anak-anak di bawah jagaan orang lain. Suami yang sudah hilang kerisauan lebih bersemangat wajar dan lebih menjadi produktif. Maka suami pun balik membawa rezeki yang berganda setiap hari. Walaupun isteri hanya mainkan peranan kecil iaitu pegang mesra bahu suami, ia sudah cukup menjadikan suami bangun teguh untuk meredah kehidupan setiap hari. Maka bila suami pulang ke rumah, peluk lah suami. Esok bila dia melangkah ke pejabat, peluk lah sekali lagi. Hasilnya sangat tak di duga. Itulah namanya tangan yang menggoncang dunia mampu menggegarkan dunia. Kita hanya perlu bagi semangat pada orang yang tersayang saja sebenarnya. Itulah yang dimaikan peranan oleh ibu kita, sentiasa berada di sisi anak-anak bila anak perlukan, sentiasa berada di sisi ayah semasa ayah perlukan. Dan kita, kini kita lah ibu dan isteri itu :)

Hiasi Kediaman Hiasi PEribadi
Khairunnisa Hamzah
{Senibina Kehidupan Di Rumah}

Antara langkah awal memulakan pekerjaan di rumah adalah menyediakan blog, fanpage dan website untuk perniagaan dan perkhidmatan agar dapat berhubung dan menyampaikan produk dan perkhidmatan dengan orang ramai menerusi internet. Percaya dengan Allah, rezeki Allah maha luas. Jutaan pengguna sedang melayari internet ketika ini. Untuk mula belajar bole mulakan di sini : http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/p/kelas-asas-blog.html


1 comments:

` said... [Reply to comment]

assalamualaikum wbt very inspiring nisa!! bagus tamsilan nisa, kena pada tempatnya :)

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO