NUFFNANG

Sunday 17 November 2013

MENERIMA TEMPAHAN REKABENTUK HIASAN DALAMAN RUMAH JENIS APARTMENT

Teks: khairunnisa hamzahara



Alhamdulillah, kali ini dapat pula tempahan rekabentuk 3D hiasan dalaman kediaman jenis apartment pula. Seronok pula bila dapat hias kediaman yang berbeza jenis setiap minggu. Bagaikan terapi diri bila dapat menghias rumah kediaman orang lain walaupun hanya di alam maya dek kerana keterbatasan pergerakan sekarang ini. Memberikan idea kepada mereka yang sedang kebuntuan dan keraguan sangat menggembirakan hati bila mendapat feedback positif dari mereka. Kata En.suami, jadikan setiap kelemahan diri kita itu sebagai kekuatan untuk kita. Walaupun sekarang tak dapat buat projek on site untuk pelanggan yang tak putus-putus minta datang umah tengok umah mereka, tapi berkat pertolongan Allah s.w.t makin lama makin ramai yang mempercayai perkhidmatan yang saya berikan secara online 100%. Rezeki Allah maha luas. Allah maha mendengar setiap doa hamba-hambanya. MasyaAllah. TErima kasih kepada semua pembaca blog Panduan Untuk Kediaman Idaman kerana tidak putus-putus memberikan sokongan dan maklumbalas yang positif di email saya. Saya mohon doa dari kalian untuk mendoakan keputusan exam saya lulus untuk saya peroleh lesen yang lebih besar dalam bidang rekabentuk ini. Insyaallah jika dah ada lesen ini, boleh lah saya bantu yang lain untuk perihal urusan merekabentuk kediaman dari A-Z. Buat masa sekarang, saya hanya boleh berikan perkhidmatan rekabentuk 3D ini sahaja. Walaubagaimana pun saya sangat bersyukur kerana dapat membantu ramai orang dalam merekabentuk kediaman mereka. Nanti bila dah siap rekabentuk hiasan dalaman kediaman jenis apartment ini, saya akan berkongsi dengan semua pembaca blog ini di sini. Nanti kan ya :)

Salam sayang dari saya
KHAIRUNNISA HAMZAHARA

{Senibina Kehidupan Di Rumah}

untuk dapatkan perkhidmatan rekabentuk 3D online boleh ke sini=>http://rekabentuk3donline.blogspot.com/
untuk belajar buat blog tentang perkhidmatan dan perniagaan boleh baca dan daftar di sini=>http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/p/kelas-asas-blog.html

p/s: selamat pagi dan selamat menunaikan segala urusan dan tanggungjawab untuk hari ini ,ya semua. Semoga Allah limpah kan kurnianya dan nikmatnya kepada semua yang sedang membaca status ini dan semua di luar sana. Ameen

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO