NUFFNANG

Saturday 26 October 2013

JADIKAN MIMPI SEBAGAI REALITI BERMULA DENGAN USAHA DARI BLOG


Teks: Khairunnisa Hamzahara



Dulu semasa sedang bekerja di pejabat,

saya selalu membaca blog bloggers yang memberikan pelbagai perkhidmatan online menerusi internet. Kata saya dalam hati" satu hari nanti, saya akan ikut jejak mereka. Memberikan perkhidmatan rekabentuk secara online saja" pemikiran saya ketika itu bermula seawal 4 tahun yang lalu. Alhamdulillah berkat sentiasa memikirkannya sekarang ia telah pun menjadi realiti. Saya selalu pernah mengikuti seminar dna juga membaca di internet dan buku tentang minda yang menjadi magnet terhadap sesuatu. Benar apabila kita memikirkan, kita akan mula bertindak, berhasil atau tidak-jangan pernah kita fikirkan, terus buat, terus usaha, Allah pasti pandang usaha kita. Yakin dengan Allah dan yakin rezeki Allah ada di mana sahaja. Alhamdulillah, tempahan rekabentuk kediaman mula beratur. Dari mana tempahan ini datang, semuanya 100% dari blog Panduan Untuk Kediaman Idaman.

Mimpi boleh jadi realiti :)
Dan ramai yang memerlukan perkhidmatan kita sebenarnya.
Kita tak bagi tahu, siapa pula yang nak datang minta perkhidmatan kita.
Yang penting bagi tahu apa perkhidmatan kita mungkin satu hari ada yang memerlukannya.
Kepakaran, ilmu, dan pengetahuan bukan rahsia tapi untuk dikongsikan bersama orang lain

//KHAIRUNNISA HAMZAHARA//
{Senibina Kehidupan Di Rumah}

Terima kasih Puan Masayu Ahmad kerana membuka minda saya,
Beliaulah pengasas kelas asas blog.
Kini saya merupakan salah seorang guru online di akademi bekerja di rumah dan merupakan guru online di kelas asas blog setelah diberi peluang untuk membantu mengajar orang ramai oleh Puan Masayu Ahmad.
Benar,buatlah blog untuk berkongsi kepakaran. Untuk mulakan, jangan malu jangan segan, hubungilah saya.

Boleh message saja email: khairunnisahamzahara@gmail.com

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO