NUFFNANG

Thursday, 24 October 2013

Merekabentuk, menyusun dan menghias rumah teres sederhana kecil

Teks : khairunnisa hamzahara

Buang Pemikiran "Alah, Biarkan Dulu" Dalam Mengatur Dan Menghias Kediaman dan Mulakan Mengatur dan Menyusun

Saiz ruang bukanlah masalah utama jika kita bijak mengatur dan menghias ruang. Jika rasa tidak mampu buat sendiri, serahkan saja pada yang pakar. Kerana mereka bukan sahaja dapat menjadikan ruang kita cantik malah selesa dan praktikal. Ruang yang selesa dan praktikal akan dimanfaatkan sepenuhnya. Jadi tidak ada istilah pembaziran ruang atau dipanggil "negative space" dalam istilah orang putih. Sebenarnya ramai di antara kita yang mengenepikan soal mengatur dan menghias ruang ini seawal mendapat kunci rumah. Bila perabot yang dipesan di kedai perabot sampai saja, kita kata pada pekerja yang mengangkat perabot tersebut : "letak saja dulu di situ, dik". Maka kebiasaannya ia terus kekal di situ kerana anak-anak dan suami terus menjalankan aktiviti di ruang tersebut setelah di masukkan perabot. Pemikiran "Alah Biarkan Dulu" boleh menjadikan kita mendapat banyak masalahnya di kemudian nanti.

Sedar tak sedar, bila kita berpikiran begini, banyak perkara yang tertangguh dan makin lama makin menimbun dan kronik. Contohnya dalam mengatur perabot dan aksesori perhiasan di rumah, jika kita letakkan dahulu perabot yang berat mungkin ia akan kekal selamanya di situ. Untuk mengubah balik kedudukan perabot tersebut, memerlukan tenaga beberapa orang. Besar kemungkinan ia akan terus bermastautin di situ. Berlainan pula dengan aksesori kediaman, misalnya dalam perletakkan jam dinding. "Alah, letak kan saja dulu di atas TV ni", lalu si suami mengetuk paku di atas dinding TV tersebut. Kemudian setelah beberapa lama, baru perasan telah ada banyak aksesori di sekeliling ruang TV hingga menyemakkan pemandangan diding yang meletakkan TV tadi. Bila ingin alihkan semula jam dinding tersebut dan ingin gantungkan di tempat lain,perlu cabut semula paku dan dinding telah pun berlubang. Nak tak nak kene beli pula simen kapur untuk tutup lubnag paku tadi kembali.

Sebab itu perancangan adalah perkara yang pertama perlu kita lakukan. Kata Albert Einstain " Jika diberikan masa seminit untuk buat keputusan, aku akan gunakan 59 saat untuk berfikir dan 1 saat untuk bertindak". Ini jelas bermakna, membuat perancangan sangat penting dan dapat menyelesaikan banyak masalah. 

CADANGAN PENYELESAIANNYA: 

GUNA PELAN RUMAH
1.Dalam merancang hiasan dalaman rumah, perkara paling senang boleh dilakukan adalah mengambil semula pelan rumah. Jika rumah yang dibeli telah pun siap dan disertakan pelan rumah dalam dokumen perjanjian SNP (Sale and Purchase), ambil sekeping kertas "butterpaper" atau kertas "tracing" dan lakarkan susunan perabot mengikut aktiviti yang bakal di lakukan di ruang tersebut pada atas pelan rumah yang disertakan di dalam perjanjian SNP tersebut.

RUJUK IMEJ PILIHAN
2.Cari imej ruang yang seakan seperti ruang yang ingin di atur dan di hias di laman carian google atau di majalah. Cuba lengkapkan perabot dan mengikut susunan dan cara menghias sama seperti yang tertunjukkan pada imej tersebut

GUNA KHIDMAT PERUNDING
3.Paling mudah, jimat dan professional, gunakan khidmat perunding hiasan dalaman secara online atau offline. Ia dapat menjimatkan masa dan mengelakkan pembaziran berlaku kerana ada yang suka membeli tetapi tidak tahu menghias dan menyusun atau tidak mahir dalam membeli sehinggakan perabot dan aksesori yang dibeli tidak sesuai sama sekali untuk jenis kediaman yang dimilik. Misalnya telah membeli set sofa yang berbentuk L-Shape sedangkan ruang nye kecil dan L-Shape itu akan menutupi laluan dan pintu masuk rumah. Akhirnya, sofa itu perlu dijual semula di e-bay atay di mudah.my.

//KHAIRUNNISA HAMZAHARA//
{Senibina Kehidupan Di Rumah}

Jemput lihat hiasan dalaman yang dibuat untuk rumah salah seorang sahabat baru-baru ini. Rumah Teres yang sederhana kecil ini boleh dimanfaatkan sebaik nya di mana dalam satu ruang boleh diberikan pelbagai fungsi: 

Gambar: Bilik Kedua Yang Sesuai untu dimuatkan katil Single

Gambar: Bilik anak kecil yang berusia 4 tahun

Gambar : Ruang Tamu, Ruang Galeri, Ruang Makan dan Ruang Dapur dalam satu ruang pelan terbuka

Gambar: Ruang keluarga di tingkat atas

Gambar: Bilik bawah untuk bilik tetamu terutamanya buat orang tua yang datang berkunjung ke rumah

Gambar : ruang makan dan ruang dapur diwujudkan sempadan dengan meja bar dan panel kayu

Gambar : ruang tamu dan ruang TV digabungkan 

Gambar: Bilik master digabungkan dengan meja study dan ruang menukar pakaian

Gambar: Balcony dalam rumah yang kecil dimanfaatkan sebagai ruang galery gambar keluarga dan ruang membaca sambil bersila

Gambar: Pintu bilik air di tengah ditutupkan /disalut dengan wallpaper dan kemudian digantungkan gambar pemandangan bagi mewujudkan suasana lobi kecil

Untuk dapat kan tempahan rekabentuk hiasan dalaman kediaman milik anda sendiri, boleh hubungi penulis untuk proses menempah rekabentuk. Yang baik itu semuanya dari Allah dan yang lemah itu datangnya dari saya, selaku penulis dan perekabentuk 3D disini sendiri. Wallahualam

//KHAIRUNNISA HAMZAHARA//
{senibina kehidupan di rumah}

Jemput untuk sertai kelas belajar buat asas blog dan penulisan untuk mendapatkan blog yang berpengaruh dan digemari oleh pembaca di sini:  http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/2013/06/kelas-belajar-asas-membuat-blog-dan.html
BULAN OKTOBER INI ADA PROMOSI DAPAT 3 EBOOK + 1 EBOOK PERCUMA bila mendaftar ke kelas ASAS BLOG online. 

Penulis boleh dihubungi di email : khairunnisahamzahara@gmail.com
ATAU whatapps/sms (sahaja) : 0197720507

(sila type kod : "HIAS RUMAH PEMBACA BLOG" untuk dapatkan yuran perkhidmatan yang berbaloi bagi perkhidmatan rekabentuk kediaman anda)


4 comments:

fazianbatrisyia said... [Reply to comment]

cantik la semua ruang tu. sy suka.

Khairunnisa Hamzah said... [Reply to comment]

Terima kasih ,fazianbatrisyia

Unknown said... [Reply to comment]

macam mana kalau saya nk minta pn mereka bentuk hiasan dalaman rumah saya.. n berapa kos tersebut.. rumah saya semi-d claster ... tq

Khairunnisa Hamzah said... [Reply to comment]

Aini Adam, boleh masuk www.rekabentuk3donline.com

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO