NUFFNANG

Thursday 3 October 2013

CATATAN DARI AKADEMI BEKERJA DI RUMAH

Teks : khairunnisa hamzahara

Akademi merekod kata-kata saya di FB setiap hari :)

Nampak tak? ini bermakna perkongsian harian di FB boleh disatukan kepada satu artikel atau himpunan perasaan/pendapat dalam satu entry yang mengaitkan keseluruhan posting tentangnya di FB kepada bentuk artikel di blog. Blog mudah dirujuk semula. Lagi2 dengan kemudahan labels di blog berbanding fb yang perlu di scroll down. Meh kita himpunkan semula kata-kata/pendapat/perkongsian di FB menjadi satu himpunan journal/ artikel di blog untuk bacaan umum atau mungkin satu hari nanti boleh dibukukan??


Kami di akademi menyediakan dua kelas asas blog iaitu:
1. kelas asas blog dan penulisan
2. kelas asas blog dan fan page

untuk yang suka menulis dan berkongsi boleh pilih kelas asas blog dan penulisan. Untuk yang ada perniagaan boleh pilih kelas asas blog dan fanpage. Untuk daftar kelas , PM saya Nisa Nua atau letak komen "PM" di bawa. Insyaallah saya akan PM semula details berkenaan kelas kepada kalian


Berikut adalah kata-kata saya di status FB yang dihimpunkan semula oleh pengasas Akademi Bekerja Di Rumah iaitu Puan Masayu Ahmad



Khairunnisa-arkitek, penulis blog, penulis tamu majalah

Protege:Khairunnisa Hamzah
Blog:http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/


"Subhanallah, sungguh tak sangka saya menerima email dari MHI untuk masuk ke segmen menghias kediaman secara LIVE di MHI pada minggu ini.
Namun apakan daya, terpaksa menolak tawaran ini kerana tidak ada di rumah minggu ini. Mungkin ada rezeki di lain kali. Alhamdulillah syukur nikmat. Katanya, mereka nampak saya di blog. Ini pengalaman saya, kongsikan kisah , pengalaman, kepakaran dan seciput ilmu di laman blog, mungkin ia boleh dimanfaatkan untuk orang lain. Berbanding ia tercatat di diari atau sekadara terpahat diminda, ia hanya untuk kenangan peribadi. Semua orang boleh merealisasikan impian kecil menjadi sebuah kejayaan besar! Ayuh mulakan." Catatan 25 September 2013.
Blog bersiaran di majalah Era Muslimah
Alhamdulillah, blog "panduan Untuk Kediaman Idaman" versi alam maya kini telah bersiaran di Majalah Era Muslimah versi majalah Fizikal. Allah maha hebat. Sungguh Dia maha kuasa. Inilah yang selalu dikatakan Kuasa Minda, Berfikir, laksana, Doa, Tawakal, Minta keberkatan, perkara Mimpi boleh jadi realiti. Allah mendengar doa setiap hambanya. Teruskan berdoa. Niat ku hanyalah satu "mahu berkongsi selagi masih bernyawa" 




Artikel sulong bakal lahir di majalah Era Muslimah pada keluaran bil 19 ini. Dapatkan majalah era muslimah. Insyaallah jika diizinkan oleh Allah, saya akan terus berada di Era Muslimah pada keluaran setiap bulan sebagai kolumnis "kediaman idaman" . "Blog Panduan Untuk Kediaman Idaman" versi alam maya kini dah jadi versi fizikal dan boleh di dapatkan dengan melanggan majalah era muslimah. 

Jika ada yang nak melanggan majalah ni boleh hubungi saya ya. Moga Allah terus salurkan idea-idea semasa untuk saya ketengahkan kepada orang ramai. Terasa seperti ada satu tanggungjawab sudah. Bagi sahabat senibina (arkitek) yang lain, jika ada isu untuk dikedepankan, boleh lah berkongsi dengan saya untuk saya menulis artikel tentang isu berkenaan. Moga inilah permulaan kepada satu perubahan besar dalam dunia senibina dan dunia seni kehidupan di kediaman. Ini tagline saya untuk semua "Hiasi Kediaman, Hiasi Peribadi" Terima kasih kepadamu ya Allah dan juga kepada Editor kak Nik Fauziah Nik Hussin dan Majalah Era Muslimah di atas pengalamanan dan peluang ini. Ya Allah, keranamu lah "aku lakukan keputusan ini , Ya Allah"


-Untuk sahabat yang berkerjaya sebagai suri rumah sepenuh masa-“Mengapa orang tidak melihat suri rumah itu sebagai satu profesyen, sedangkan si isteri mungkin berpendidikan tinggi tetapi sanggup berkorban untuk menjaga sendiri anak-anak di rumah dan menguruskan rumah tangga. Kalau seorang ibu mempunyai enam orang anak, hakikatnya dia ibarat seorang guru yang mengajar enam buah kelas. Ini kerana setiap anak tidak sama serta memerlukan pendekatan yang berbeza dalam mendidik mereka.” Dato' Dr Johari Mat.
Saya sangat sarankan yang ada kepakaran, ada ilmu turut berkongsi dengan orang ramai. Blog adalah tools yang terbaik dan percuma saja. Belajar bina asas blog yang gemar dikunjungi dan bermanfaat pada orang lain. Elakkan pembaziran masa dan minat di mana ramai yang ada blog tetapi sayangnya ia hanya untuk melepaskan gian sorang diri, namun ramai yang boleh membacanya. Adalah lebih baik jika kemahuan untuk menulis itu disalurkan dengan cara yang betul dan boleh dimanfaatkan.

Kenapa kelas ini diadakan? Inilah sumbangan kami terhadap wanita dan suri rumah baik yang bekerja di luar mahupun di rumah saja. Kami sendiri telah lihat dan rasa kesenangan dan keseronokkan bekerja di rumah dengan menggunakan laptop, internet dan handphone. Mudah bekerja, menjana pendapatan, dalam masa yang sama anak di asuh dan dijaga dengan tangan sendiri begitu juga dengan urusan dan kebajikan rumah. Jika kalian adalah suri yang berijazah, saya sangat alau-alaukan kalian untuk berkongsi kepakaran dan ilmu kalian dgn orang ramai. Mula daftar sekarang sebelum yuran kelas mula meningkat. Sementara masih berbaloi dan harga mampu serta, mari kita mulakan hari ini :)

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO