NUFFNANG

Thursday 3 October 2013

BEKAS PINTAR DAN KEMAS DI DAPUR - 1

Teks: Khairunnisa Hamzahara




Alhamdulillah, hari ini saya berkesepatan untuk berkongsi cerita tentang kelengkapan di kediaman. Kali ini fokus di dapur. Dapur adalah nadi kehidupan di kediaman. Yang pasti, dapur adalah ruang yang paling menghiburkan buat seisi keluarga terutamanya Si Ibu!. 

Untuk mulakan memasak, hampir kesemua resipi masakan lauk pauk di Malaysia memerlukan bawang untuk menumis. Betul ,kan? Bawang mewangikan setiap masakan kita. Begitu juga dengan saya selaku ibu suri rumahtangga di rumah. Memasak adalah perkara kemestian bagi saya kerana anak-anak akan meminta makanan setiap masa. Jadi saya perlu bijak menyediakan menu makanan anak-anak.

Berkenaan dengan bawang, saya telah mencuba pelbagai bekas dan bakul untuk meletakkan bawang saya. Bermula dengan bekas tupperware yang besar, saya tidak boleh menutup bekas tersebut. Jika tidak pasti bawang meruap. Jadi saya gunakan bakul yang mempunyai lubang angin. Bakul ini diperbuat dari daun dan dikeraskan. Namun, ruang dapur yang lebih kepada konsep moden tidak pula sesuai dengan bakul yang digunakan ini.

Lama juga saya biarkan saja keadaan ini. Alhamdulillah, mujur, kali ini saya bertemu dengan bekas bawang pilihan saya. Moden bergaya dan praktikal untuk bawang dan barangan kering segar yang lain seperti kentang, halia, dan kunyit.

Sukanya hati kerana perkara pertama yang saya gusar setiap kali masuk ke dapur adalah melihat bekas bawang saya di mana bawang lah bahan pertama yang saya ambil untuk mulakan memasak masakan untuk keluarga. Hati mana yang tak ceria bila kegusaran di dapur telah terubat. 



Selain kelihatan moden dan bergaya, saya juga sangat suka bekas bawang ini kerana:

1. Ia sangat berinovatif, ada penjuru yang bercerun untuk memudahkan saya mengambil bawang dari bukaan pintunya. Dan saya membeli beberapa buah bekas untuk di susun bersama. Bekas ini boleh disambungkan antara satu sama lain. Menarik bukan? :)

2. Untuk menutup rapat, saya hanya perlu menekan di tepi penutup dengan menggunakan kedua-dua ibu jari

3. Bekas ini lutsinar dan saya boleh melihat bekalan bawang saya sudah hampir habis atau masih penuh sebelum pergi membeli belah tanpa perlu membuka penutupnya

4. Yang paling best, bekas ini ada lubang-lubang angin untuk pengudaraan bagi bawang yang meruap.

Cuba lihat lain-lain imej untuk lihat bertapa bergaya dan selesanya bekas bawang yang modern bergaya ini :



Untuk dapatkan bekas bawang yang modern bergaya ini dapatkan di sini , ada promosi hebat untuk bulan oktober, namun stocknya adalah terhad :


//KHAIRUNNISA HAMZAHARA//
Senibina Kehidupan Di Rumah

Untuk belajar buat blog secara online, boleh lihat di sini :

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO