Teks : khairunnisa hamzahara
Malam semalam tidur lambat, sambil menemankan anak-anak yang tidak mahu tidur. Kami sama-sama baring di depan TV sementara menunggu daddy nya pulang. Selalunya walau di malam hari, si kakak dan si adik pasti nak tonton channel 613 lagi. Terpaksa mommy sama-sama tonton cartoon dan jadi penterjemah cartoon tersebut sebab anak-anak tak suka tukar alih bahasa (perkhidmatan yang disediakan oleh astro) tapi mereka suka mommy nya yang buatkan alih bahasa. Nak tak nak mommy kene jadi kreatif. Ini juga adalah salah satu cara untuk mommy mengantuk kan anak-anak di belah malamnya.
Malam tadi tidak seperti biasa, mommy nya di"benarkan" menonton tv ikut rancangan mana yang mommy suka. Macam tak percaya! Mommy ni kalau diberi peluang memang tonton channel favorite saja iaitu channel DIVA 702.
Masa buka DIVA 702, baru bermula movie The Bling Ring. Mungkin ada yang dah pernah tengok. Tapi saya nak juga mengulas tentang cerita ini dan di jadikan iktibar dengan keadaan semasa di zaman ini.
Sinopsis Cerita The Bling Ring
Ia mengisahkan kisah seorang anak lelaki remaja yang merasakan dirinya tidak ada kepentingan dan "low profile"sama ada di kolej mahupun di rumah. Bapanya sendiri suka marah dan merendahkan dia. Tapi setelah dia berkenalan dengan seorang kenalan perempuan berbangsa kacukan cina dan inggeris, dia mula suka kan perhatian dan hidup glamour. Kerana perempuan ini memang suka kan glamour walau perlu mencuri untuk menjadikan dia tampil blig blig. Perempuan ini mengajar lelaki ini untuk masuk ke kedai VIP dan kedai yang mahal barang-barangnya. Mereka berlagak kaya dan seperti mampu membeli. Sedang kasut saja berharga 15 ribu Dolar sepasang. Jadi mereka sebenarnya bukan ingin membeli, tetapi seorang pergi mencuba pakaian dan seorang lagi segera "menyumbat" apa saja yang boleh ke dalam beg besar yang di bawa. Bagi mereka, tak salah untuk berbuat demikian sebab mereka ingin ke parti VVIP tetapi pakaian mestilah kelihatan mahal.
Selepas berjaya "mendapatkan baju yang blig blig, mereka cuba hadir ke parti VVIP di mana ada ramai artis dan orang kaya di parti tersebut. Di sini mereka mula ambil kisah tentang parti yang dijalankan oleh Artis-artis terkemuka dengan membuat lagak seperti kenalan artis tersebut. Masa mula-mula mereka tahu Paris Hilton ada membuat parti di rumah nya mereka memberanikan diri pergi ke parti tersebut. Tetapi mereka hairan kerana tidak ada sebarang parti malah gelap gelita. Tapi bmereka tidak pulang, mereka cuba masuk rumah tersebut dan tidak berkunci. Mula lah episod "parti" mereka berdua. Dapat masuk ke rumah Paris Hilton. Habis semua pakaian di cuba. Pakaian dan aksesori semuanya mahal.
Mulai dari hari itu, mereka tidak lagi mencuri di kedai pakaian berjenama tetapi sudah ketagih masuk rumah Artis terkenal di tanah air. Inilah yang saya ingin kongsikan iktibarnya. Si Artis-artis ini, sentiasa update di mana lokasi mereka terkini dan apa aktiviti serta parti yang sedang berlangsung di Internet. Terutamanya di Facebook dan Twitter. Apa lagi, mereka berdua ini semakin bertambah keahliaannya. Mereka akan pergi dan masuk ke rumah artis yang update di internet memaklumkan mereka sedang membuat konsert atau berada di parti sekian-sekian. MEreka bukan sekadar masuk tetapi ambil gambar, cuba pakaian artis tersebut, bergaya dan berlagak seperti tuan rumah, buat parti sendiri, makan di rumah tersebut, tidur di atas katil mewah dan sebagainya. Bila puas, mereka pulang. Barang-barang yang berkenan , mereka ambil dan jual pada orang yang menjual barangan terpakai yg mewah.
Di akhir kisah ini, kesemua mereka akhirnya di tangkap kerana telahmenyelinap masuk, menyepahkan dan mencuri barang-barang peribadi hampir 15 buah rumah artis terkemuka di dunia.
Jadi sangat bahaya bagi mereka yang selalu update terkini berada di lokasi mana. Mana tahu , ada yang berniat tidak baik, mereka boleh tahu yang rumah kita KOSONG, tidak ada orang. Sungguh bahaya. Ini pengajaran buat saya dan buat semua pembaca juga.
Manfaatkanlah internet untuk peluang penyebaran ilmu, perniagaan dan perkhidmatan berbanding menggunakannya hanya untuk menceritakan kehidupan peribadi. Elakkan risiko daripada terima musibah di kemudian hari.
Untuk yang ingin ada blog sendiri bagi penyebaran ilmu, perkhimatan dan perniagaan, mari mulakan dengan langkah pertama iaitu menyertai kelas asas blog yang dijalankan secara santai dan mengikut masa peserta sendiri 100% secara online. Manfaat kan internet sebaik-baiknya. Tepuk Dada Tanya Iman
//KHAIRUNNISA HAMZAHARA//
0 comments:
Post a Comment