NUFFNANG

Tuesday, 31 March 2015

5 perisai penting untuk menjadi suri rumah sepenuh masa

Teks : khairunnisa binti hamzah


Gambar : menjadi seorang suri rumah sepenuh masa sebenarnya adalah menjadi seorang pendidik dan penjaga sepenuh masa. Ia bererti kita telah mengorbankan segalanya tentang dunia dan mengabdikan diri untuk institusi kekeluargaan

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Di bumi Melaka pada pagi ini disirami dengan hujan sejak awal pagi tadi. Lantas setelah fajar menyingsing, setelah matahari terbit, terasa sejuk dan nyaman saja suasana. Anak-anak pun bangun tidur dengan tenang. Ya, berjumpa kembali kita dengan hari jumaat, iaitu penghulu segala hari. Sementara anak-anak sedang minum susu sambil menonton TV, mommy nya bergegas memasukkan baju kotor ke dalam mesin basuh, cuci pinggan mangkuk breakfast bersama daddy sebentar tadi, dan masuk sekejap ke ruang pejabat untuk membuat sedikit catatan untuk manfaat pembaca di blog di sini pada pagi ini.

Bukan senang untuk menjadi seorang suri rumah sepenuh masa di zaman sekarang ni. Rata-rata menghadapi cabaran emosi sebelum mengambil keputusan untuk menjadi seorang suri rumah sepenuh masa dek kerana mempunyai segulung ijazah, master atau PHD atau telah mempunyai kedudukan dan pengaruh dalam pekerjaan. Apatah lagi dengan cakap-cakap orang sekeliling apabila berhenti nanti, lantas kebanyakkannya mendiamkan diri, bisu sepenuh bahasa. Walau hati bergelonjak ingin berhenti dari segala urusan kerja pejabat dan kerenah majikan, ingin kembali berkhidmat di rumah, namun cakap-cakap orang menjadi penghalangnya. 

Jika ini terjadi, maka yakin lah yang kalian belum bersedia. Belum bersedia menjadi seorang suri rumah sepenuh masa. Ia bukanlah satu perkara mudah, tapi ia memerlukan kekuatan Mental, Fizikal dan Spiritual sebelum kalian yang telah biasa bekerja, keluar pagi meninggalkan rumah, keluar makan bersama rakan pejabat, boleh singgah membeli belah, ada kawan berchit-chat setiap hari, ada pelbagai aktiviti bersama rakan pejabat di waktu-waktu yang kalian sangat produktif, membuat keputusan "pulang berkhidmat di rumah".

Hanya mereka yang mempunyai perasaan nekad dan mempunyai keazaman yang tinggi hasil dari mengkaji ilmu dan situasi. Ya, ia perlukan satu rungkaian ilmu sebelum kalian boleh yakin 100% terhadap keputusan ke arah ini. Kerana kita telah dibudaya kan dan di programkan sebegini. Begitu juga dengan ibu bapa dan persekitaran kita. Susah untuk di jana semula minda sebegini. Tapi tak mengapa, ianya tidak boleh dipaksa. Lantaran itu, saya ingin berkongsi kepada mereka yang sedang membuat pertimbangan dan kajian untuk menjadi seorang suri rumah sepenuh masa di zaman wanita bekerjaya ini. Terdapat 5 perisai yang kalian perlu lengkapkan sebelum meralisasikan matlamat untuk mejadi seorang suri rumah sepenuh masa di era wanita hebat bekerjaya.

Gambar: Anak-anak dan keluarga adalah perkara di hadapan ku, kerjaya dan kesenian ku terhadap senibina adalah di antara ku dan di belakangku.


1. Nawaitu

"Innamal A'malu Bin Niat" Sesungguhnya setiap amalan itu di mulakan dengan niat.

Mulakan lah dengan niat yang betul. 
"Aku ingin menjadi suri rumah sepenuh masa untuk mendidik dan mengasuh anak-anak ku sendiri. Akulah institusi kekeluargaan ku. Aku akan berusaha untuk melakukan yang terbaik buat keluargaku walau pada awalnya banyak yang aku tak tahu untuk laksanakan, aku pasti;- cepat aku mulakan, cepatlah aku belajar, cepat aku belajar, cepatlah aku menguasai dan mahir dalam pengurusannya. Insyaallah"

Contoh salah satu niat tambahan mengikut professionsi,
" Aku seorang arkitek, yang berkhidmat dengan kerajaan, tugas ku membantu proses rekabentuk dan pembinaan projek-projek pembangunan kerajaan agar terjaminnya kemudahan untuk rakyat. Aku bersengkang mata memikirkan dan menyiapkan kerja , akau bersengkang masa dengan keluarga demi memantau sesebuah projek terlaksana dengan baik walau terpaksa outstation beribu batu"

"Namun aku makin perasan, makin lama aku memikirkan hal pembangunan negara, aku makin terpikir hal pembangunan keluarga. Di mana anak-anak ku pada masa ini, apa yang mereka sedang buat? marah kah mereka pada aku sebab aku tak dapat jaga dan asuh mereka di kala ini. Bagaimana pula dengan suami ku, telah makan kah dia pada masa tengah hari ini. Kecewa kah dia bila aku pilih untuk berjauhan, outstation ke tapak pembinaan di negeri lain ini, adakah aku menyakitkan hati insan-insan di kelilingku? Mungkin kah mereka faham situasi yang aku perlu siapakn projek-projek ini? Sekejap,..........jika aku tak ada hari ini di tapak projek, masih ada ramai yang akan sambung melaksanakan projek ini. Tapi jika aku tidak ada dalam rumah ku hari ini, terkapai-kapailah keluargaku, porak peranda rumahku. Siapa yang akan menggantikan diri ku? Ya..siapa???

Aku seorang arkitek! Aku bukan sekadar mempunyai ilmu pembinaan, tapi aku ada ilmu kesedaran terhadap setiap perkara pembinaan dan rekacipta. Ya akan aku usahakan untuk membina keluarga ku dahulu sambil itu akan aku sentiasa mengamalkan ilmu pembinaan ku walau hanya di rumah.

Begitulah , kita perlukan satu niat yang logik, emosi, realiti, dan niat yang murni sebelum memulakan sesuatu. Jauhkan niat ingin menjadi suri rumah sebab nak tunjukkan yang suami aku mampu biaya aku, sebab aku insan terpilih, sebab aku malas nak kerja dan segalanya yang negatif dan riak. Jauhkan. 

Tanpa niat yang betul, kalian pasti boleh jadi seperti cacing kepanasan di rumah kerana tanpa niat maka tiadalah matlamat. Kalian akan terpinga di rumah dan akhirnya memakan diri sendiri. 

Gambar : Jagalah emosi. Bahagialah kita menjadi orang yang disukai bila ada dan ditangisi bila tiada.  Jangan lah sampai kita menjadi orang yang ditangisi bila ada dan disukai bila tiada


2.Emosi

Emosi adalah perkara paling penting. Belajar kawal emosi sebelum kembali ke pangkuan keluarga secara sepenuh masa. Buangkan perasan "Hak" . Kembalikan hak kepada Allah. Jika kita sibukkan dengan "hak" maka kita akan beremosi dan sukar untuk ikhlas dalam pekerjaan. Apa yang saya katakan "hak" ini? ia pasti terjadi, misalnya kita akan bersoal jawab tentang "hak" gaji kita dari suami, kita akan memarahi anak sebab "hak" kita untuk berehat di gangu oleh mereka. "hak" kita untuk buat pekerjaan di rumah terbantut kerana anak meragam. "hak" itu dan "hak" ini. Kita pasti rasa tertekan, murung, dan emosi yang bercelaru sepanjang di rumah yang akan mengakibatkan seluruh keluarga menghadapi kemurungan dan tertekan dengan kita.

Kenapa ini boleh terjadi? Kerana masa kita bekerja dahulu, kita meninggalkan rumah , anak-anak dan keluarga apabila kita keluar bekerja. Yang di bawa hanyalah diri kita. Kita menggunakan masa yang di anugerahkan oleh Allah untuk melakukan tugasan lain selain tugasan keluarga dan rumahtangga. Kita membuat keputusan sendiri mahu buat apa di kala ini dan kita ada ruang khas kita sendiri. Tetapi sekembalinya di rumah, kita bagaikan tiada masa sendiri dan tiada ruang sendiri.

Bagaimana atasinya? "IKHLAS" itu adalah kuncinya. ikhlaskan segalanya. insyaallah seribu kebaikkan akan hadir setelah kita berjaya menguasai "ikhlas" ini. Emosi akan terkawal. Apabila ikhlas dan emosi terkawal, semua pekerjaan di rumah dapat diselesaikan dengan mudah. Siap ada masa berlebihan untuk membuat pekerjaan lain yang boleh menambahkan pendapatan. Hati dan jiwa yang tenang boleh mendatangkan beribu idea baru yang lebih efektif dan produktif.

Ikhlas mendatangkan keceriaan. Apabila kita ceria dan positif, kita akan salurkan juga keceriaan dan aura positif kepada keluarga kita. Jadilah kita seorang yang ditangisi bila tiada bukan menjadi seorang yang disukai bila tiada.
Gambar: Pengurusan masa sangat penting. Bertambahnya anak, maka bertambahlah perancanagan masa. Masa tetap sama , 24 jam sahaja. Kita yang kene pandai menggunakan masa yang ada.

3.Pengurusan Masa

Sebelum berhenti juga, belajarlah cara pengurusan masa. Mulakan di pejabat dengan mengambil tahu hal keluarga tak kira sama ada telefon bertanya khabar atau melawat tempat asuhan anak atau mengajak suami makan tengah hari bersama ketika hari bekerja. Mulakan dengan memasukkan pemikiran tentang keluarga dalam rutin harian walau di pejabat. Kerana mungkin kalian akan terus bekerja walau hanya dari rumah. Kalian perlu membiasakan diri untuk menghadapi situasi di "ganggu" keluarga ketika sedang membuat kerja. Bagaimana untuk menjadi positif? set kan minda bahawa, kerja itu perkara kedua bagi wanita kerana ia bukan perkara yang diwajibkan. Keluarga itu pula perlu di utamakan kerana ia adalah perkara wajib dan tanggungjawab kita. Setelah pemikiran ini dapat di set kan di minda kita, maka kita tidak mudah tengking atau marah dengan ahli keluarga yang "mengganggu" kerja kita. Kita perlu "sedar diri" dan "sedar tanggungjawab"

Kemudian, jika ada kelapangan waktu di pejabat, habiskan masa dengan mengkaji di internet, buku atau majalah tentang jadual harian terbaik seorang suri rumah. Aktiviti dan kerja di pagi hari, tengah hari, petang dan malam. Aktiviti hujung minggu , aktiviti mingguan, bulanan dan tahunan. Sediakan matlamat jangka pendek dan matlamat jangka panjang. Jika di pejabat kita telah belajar cara merancang dan membuat SKT (sasaran kerja tahunan), begitu juga di rumah. Sasaran untuk keceriaan keluarga macam mana? Sasaran hiasan kediaman macam mana? sasaran kemahiran si kecil macam mana? Sasaran nilai peribadi anak-anak macam mana? sasaran pembelajaran anak-anak macam mana? Sasaran peribadi suami macam mana? dan seterusnya.

Nampak, kan? Wanita lah yang memainkan peranan dalam pembentukan sahsia keluarga? Bagaikan tidak logik jika kita tidak pernah berusaha keras tentangnya tetapi mahu ada keluarga yang bahagia dan mempunyai nilai yang tinggi. KIta perlu ingat, mahu apa pun, perlu ada cara untuk mengusahakannya. Sesuatu tidak akan diperoleh dengan petik jari saja.

Gambar : Menjalankan perniagaan atau pekerjaan sendiri di rumah boleh mendatangkan pendapatan tambahan . Gunakan waktu terluang. Jika rasa tertekan, berehat atau berhenti. Fokus rumah dan keluarga dahulu
4.Pendapatan

Rata-rata yang biasa bekerja professional akan rasa tertekan apabila kembali ke rumah. Jadi jangan berhenti kan diri secara mendadak. Rancang pekerjaan apakah yang boleh di buat di rumah. Jika misalnya seorang arkitek, dia masih boleh meneruskan kerja mereka bentuk dengan mengambil upah dari orang sekeliling untuk merekabentuk rumah, hiasan kediaman mahupun landskap. Banyak pekerjaan yang masih boleh diteruskan di rumah baik dari segi perniagaan produk mahupun perniagaan perkhidmatan. Ya, bila kita bekerja sendiri di rumah, ia di panggil "perniagaan". Sebaliknya bila kita bekerja dngan majikan ia di panggil "pekerjaan" Apa beza "pekerjaan" dan "perniagaan"? ......

Nasihat saya , janganlah terlalu obses untuk ada pendapatan semasa baru menjejakkan kaki ke rumah. Ambil nafas dulu dan dapatkan rentak dahulu. Macam saya, setahun baru saya dapat masuk gear semula. Tapi tak salah jika sejak dari bekerja makan gaji lagi, kalian telah berusaha merancang dan menyediakan segala yang patut untuk bekerja/berniaga dari rumah. Tiba masa, setelah semuanya lengkap, dan telah bersedia, maka berhenti kerja dan mulakan misi di rumah pula. Yang penting ingat tujuan asas kita tadi? mahu menguruskan keluarga dahulu.

Penting kah menguruskan keluarga dahulu? Ya, penting sangat. Kerana dalam menguruskan keluarga dan kediaman, di situ akan wujud kegembiraan seisi keluarga. Setelah kegembiraan datang, ia akan datang dengan keberkatan. Keberkatan keluarga menjanjikan kedamaian. Kedamaian mendatangkan ketenangan dan ketenangan membuahkan idea dan fikiran untuk beraktiviti dan menambahkan pekerjaan lantas dapat menjana pendapatan. Pucuk pangkal pendapatan menjadi lumayan, beban hutang semakin hilang apabila apa yang kita buat mendapat keberkatan. Dan keberkatan ini datang berbalik semula kepada 3 perkara di atas tadi iaitu nawaitu, emosi dan perancangan.

Pekerjaan apakah yang boleh di buat di rumah bagi memberikan pendapatan dan duit kocek? Banyak. Salah satu nya, hanyalah dengan berblogging. Ia bukan sahaja memberi peluang untuk berkongsi ilmu dan produk di alam maya tetapi boleh menjadikan pembaca sebagai pelanggan. Selain itu, jika ada kepakaran , boleh memberikan perkhidmatan menerusi talian internet. Perbincangan demi perbincangan dijalankan secara maya sahaja. Jika berniaga, perniagaan boleh dilakukan dengan menggunakan teknologi dan kemudahan yang ada. Marketing melalui internet, mendapat pelanggan melalui internet dan cara pengeposan, kita boleh membuat yuran bulanan dengan syarikat pengeposan. Mereka akan datang ke rumah untuk mengambil parcel dan menghantarkan ia kepada pelanggan. Cara perbankkan juga hanya menggunakan perbankkan secara online. Rasanya sekarang semuanya telah dipermudahkan. Tepuk dada tanya selera, perkhimatan/perniagaan apakah yang ingin kita lakukan.


Yang paling seronok kalau ada perjanjian dengan suami :) sebulan berapa elaun suami boleh bagi. Tak payah pening nak kerja apa di rumah. Kerja nya layan suami dan anak-anak sahaja. Cukup bulan suami bagi bonus (kalau tak dapat "hak" ni jangan emosi ya. doa banyak-banyak, insyaallah kesenangan ini akan sampai jua nanti ) Tapi saya percaya, wanita yang biasa bkerja pasti tidak boleh duduk diam, di rumah pasti lebih ligat dan produktif. Percayalah :)




5.Outsource 

Jika sememangnya telah tahu apakah pekerjaan yang akan di buat di rumah nanti dan tahu pengurusan masa sendiri serta limit kemampuan diri, kita boleh merancang untuk "outsource" kan kerja-kerja kita di rumah nanti. Dalam erti kata yang lain, melantik orang ketiga dalam menguruskan sesuatu pekerjaan. Contohnya, baju yang banyak, jika takut untuk tidak dapat menguruskannya, hantar saja ke dobi. Mereka akan siap membasuh, melipat dan menggosok pakaian kalian. Selesai sudah satu perkara. Jika terlalu banyak, mohonlah bantuan pembantu rumah menerusi keizinan suami. Jika suami tidak selesa pembantu rumah tinggal di rumah kerana hilang privasi, amik saja pemantu rumah yang datang ke rumah siang hari sahaja atau pembantu rumah seminggu sekali. 

Untuk kerja-kerja outsource ini, kalian boleh "outsource" kan semua kerja/tugasan kalian kecuali hal anak-nak dan hal suami. Hal keluarga kita jaga sendiri. Dan yang paling penting hal makanan. Yang lain nak serahkan tugas pada bibik, pada tukang kebun, pada pembantu peribadi, kepada pemandu dan sebagainya itu terpulang. Tapi jangan sesekali menyerahkan hal anak, suami dan makanan kepada orang lain. Ini tanggungjawab utama kita. 

Insyaallah, jika kesemua perisai ini telah dilengkapi, dengan lapang dada kita akan senang untuk bergelar suri rumah sepenuh masa tanpa rasa ragu-ragu lagi akan kebolehan dan kemampuan kita. Yakin lah dengan Allah! Apabila kita menjaga tanggugjawab yang allah perintahkan, maka allah menjaga kita dan permudahkan kita.

Dalam banyak-banyak pekerjaan ada 2 pekerjaan yang mengutamakan wanita untuk terus berkhidmat dengan masyarakat iaitu "USTAZAH" (cikgu) dan "DOKTER". Kalian yang bergelar ustazah dan dokter, jangan kecewa ya. Allah maha mengetahui. Semoga keluarga kalian dilimpahi rahmat dan di bawah lindungan payung illahi. Amin ya rabbal alamin

Catatan Dari Seorang suri rumah
//KHAIRUNNISA HAMZAHARA//

mulakan langkah pertama dengan menyediakan tapak di alam maya sebagai langkah memulakan perniagaan ,mendapatkan pelanggan atau juga langkah pertama dalam menyampaikan ilmu dengan :
1) sertai kelas asas blog dan penulisan (untuk menulis bebas)
2) sertai kelas asas blog dan fan page (untuk melebarkan sayap perniagaan di alam maya)
untuk sertai, boleh masuk ke sini :
http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/2013/06/kelas-belajar-asas-membuat-blog-dan.html
atau email:
kahirunnisahamzahara@gmail.com untuk sebarang pertanyaan

17 comments:

Asna said... [Reply to comment]

luv ur blog & wish to be just like u..full time wife & mother..:)
ameen...

Khairunnisa Hamzahara said... [Reply to comment]

insyaallah...amin amin

fiesya said... [Reply to comment]

agreed..:)

Maryam Balqis said... [Reply to comment]

Sis,hatimu sgt baik.panduan yg sgt berguna.dlm perancangan.bila baca blog sis,terbuka sgt fkiran.alhamdulillah.semoga Allah mmberi petunjuk.amiin.

fashi maya said... [Reply to comment]

As salam sis, sangat bagus ilmu yang dikongsikan...terbuka hati untuk menurut jejak langkah sis..menjadi suri rumah sepenuh masa secara rela hati dan bukan paksaan..memikul tanggungjawab sepenuhnya terhadap suami dan anak2..sy akan sentiasa mengikuti blog sis ini selepas ini..alhamdulillah..dipertemukan jodoh bertemu di alam maya ini... semoga sis berjaya dan bahagia di dunia..dan di akhirat... :)

joziera said... [Reply to comment]

Insyallah saya akan mengikuti jejak langkah sis untuk menjadi surirumah sepenuh masa, demi suami dan anak2.

Shida said... [Reply to comment]

asalamualaikum

jom lihat bju jubah...muslimah..Dan cadar murah n termini
http://hshida1689.blogspot.com/?m=1

pengemis tua said... [Reply to comment]

tumpang iklan ya...
mana satu pilihan anda??
pilihan A-topup rmxx tiap bulan dpt :
1. call
2. sms
3. internet...

pilihan B-topup rmxx tiap bulan dapat:
1. call
2. sms
3. internet
4. topup rm30 dpt extra rm10, topup rm50 dpt extra rm20
5. dpt cash back 3%
6. dpt mata ganjaran terkumpul (tiada expiry date)utk tebus tiket airasia, hp,
tablet, jam, tiket wayang dll
7. dpt 30% diskaun tune hotel
8. dpt perlindungan insuran kemalangan 100k percuma
9. kawan join kita dpt bonus $$$..
10. kawan topup kita dpt $$$..
11. insentif pakej UMRAH dan percutian
12. cabutan bertuah..mingguan, bulanan dan tahunan..

mana satu pilihan anda???
ingin penerangan lanjut...whatsup/telegram 0198577684

Sheila Mutalib said... [Reply to comment]

Assalam.. info yg sgt berguna utk diri sy..

Haslinda VitaLynd said... [Reply to comment]

Terima kasih atas perkongsian.
ini akan menajdi rujukan sebagai persiapan mental dan fizikal sebelum saya berhanti kerja nanti.

Ummul Azkee said... [Reply to comment]

terima kasih atas tip2 berguna..insyallah akan amalkan...

salam perkenalan

housewifearts.blogspot.com

Ahiezur Zieha said... [Reply to comment]

Sya berminat beriteraksi personal dgn puan bole..

Husna Haron said... [Reply to comment]

"Artikel yang sangat bermanfaat. Saya percaya ramai ibu yang nak amalkan tips ni tapi tak ada masa! Jom, pergi ke website pasal pengurusan masa ibu bekerja yg super sibuk dan nak jadi supermommy. Alhamdulillah, dah beribu-ribu ibu bekerja yang transform dan boleh amalkan parenting dan didik anak2 setiap hari. https://www.facebook.com/efficient2me?ref=aymt_homepage_panel
"

Husna Haron said... [Reply to comment]

"Artikel yang sangat bermanfaat. Saya percaya ramai ibu yang nak amalkan tips ni tapi tak ada masa! Jom, pergi ke website pasal pengurusan masa ibu bekerja yg super sibuk dan nak jadi supermommy. Alhamdulillah, dah beribu-ribu ibu bekerja yang transform dan boleh amalkan parenting dan didik anak2 setiap hari. https://www.facebook.com/efficient2me?ref=aymt_homepage_panel
"

Mazlina Abdul Majid said... [Reply to comment]

Terima kasih berkongsi info.sgt2 berguna. :-)

Mazlina Abdul Majid said... [Reply to comment]

Terima kasih berkongsi info.sgt2 berguna. :-)

Nomi said... [Reply to comment]

Alhamdulillah.. saya mmg takut menjadi suri rumah spnh.masa sbb faktor2 drpada intro yg sis bagi dlm coretan ni.. tp lps bace semua dr atas smpai bawah.. haha.. semangat timbul utk teruskan niat tanpa ragu dan menepis segala perasaan negatif.. saya telah pun berniat dgn sungguh2, dah htr surat resign. Tp bila dah pasti mcm ni.. byk momokan yg lebih hebat drpada sebelum htr surat resign. Kalau tak kuat niat, mmg mintak balik surat resign tu. Tp subhanallah.. Allah tahu kalau niat yg baik tu kan. Semoga coretan sis jadi semangat buat saya.

Tahniah sis.. terima kasih byk2

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO