NUFFNANG

Wednesday, 5 June 2013

Letak Jawatan

Teks : Khairunnisa Hamzahara

 



 Assalammualaikum

Hari ini saya nak berkongsi sedikit kisah ketika saya meletakkan jawatan sebagai Penolong Pengarah (Arkitek J41) di sebuah Agensi Kerajaan di Malaysia.


KALI TERAKHIR BERKHIDMAT
Ketika kali terakhir saya sebagai arkitek di sana, saya ditugaskan untuk berkhidmat di unit rekabentuk bangunan. Projek-projek nya adalah terdiri daripada hospital dan klinik kesihatan. Semasa membuat lawatan tapak pada hospital sediaada saya melihat sendiri dengan hati akan keadaan pesakit-pesakit yang berada di hospital tersebut. Paling menyayatkan hati ketika melihat seorang bayi kecil yang tinggal dalam inkubator. Lalu saya bertanyakan pada si ibu yang duduk di sebelah inkubator anaknya sudah berapa lama si bayi tinggal di hospital. Si ibu menjawab sudah 6 bulan. Hati saya tersentap. Lamanya. Saya bertanya pula apa sakitnya. Lalu si ibu menjawab anaknya dilahirkan dengan salur pemakanan yang pendek, sekarang tunggu dan berharap salur makanan anaknya tumbuh sehingga ke perut seperti orang biasa. Ya Allah..sungguh terkejut saya. Lantas saya terpandang di sebalik perut kecil bayi tersebut berselirat dengan tiub. Kata si ibu, tiub tersebut dugunakan untuk memasukkan susu direct ke dalam perut si anak.

HATI SEBAK

Saya tak dapat tahan hati yang sebak, saya segera keluar dari wad icu baby tersebut yang ketika itu pasukan bina yang lain sedang dalam perbincangan di kawasan tersebut terhadap proses menaik taraf keadaan hospital yang usang itu. Saya ke korridor dan menangis. Semasa dalam perjalanan ke korridor saya sempat lalu dan terpandang kanak-kanak yang sedang menangis kerana sedang menjalankan prosuder sedut kahak. Anak tersebut diikat dengan selimut dan meronta-ronta. Salur tersebut dimasukkan dari hidung. Siapa yang tidak rimas.

TERINGAT ANAK-ANAK

Ketika itu terlintas di minda saya apa khabar anak-anak saya. Ketika itu anak-anak saya juga berada di hospital dan perlu jalani prosuder yang sama seperti kanak-kanak yang dilihat sedang menjalani proses sedut kahak tadi. Saya telefon suami dan menangis teresak-esak menceritakan kehibaan dan kesayuan hati sejak 2-3 hari berada di tapak melihat sendiri keadaan mereka yang sakit. Paling hiba bila lihat pesakit kanak-kanak dan teringat anak-anak sendiri yang berada di hospital.

EPILOG KISAH PENJAGAAN ANAK

Begitulah saya hari demi hari. Minggu demi minggu. 4 tahun bergelar ibu, asal hantar anak ke nursery je pasti rasa nak nangis. Hantar anak seawal pukul 6.30 pagi (yang paling awal) dan ambil pukul 6.30-7.00 petang (yang paling lewat) Antara yang menyentuh hati bila si kakak (3 tahun pada masa itu) bertanya, kenapa mummy amik kakak lambat? 

4 tahun bergelar ibu, 4 tahun bekerja, 4 tahun hantar anak-anak ke nursery, bertukar tangan lebih 4 kali. Ada kes anak saya di susu kan oleh kenalan yang sudi menjaga anak saya tanpa memberitahu saya dan suami. Kami kecewa kerana mereka tidak hirau akan kepentingan adab-adab menyusu kan anak orang lain. Akhirnya dia membuka cerita bila melihat anak saya sedang menyusu dengan saya. Dia kemudiannya dengan bangga menceritakan anak saya juga suka akan susu dia. Bukannye kita boleh main2 dengan hukum ni. Saya dan suami buat keputusan hantar saja ke nursery. Sebelum tu kami hantar ke rumah pengasuh yang merupakan seorang nenek yang masih kuat. Namun kerap kali kami dibekalkan dengan baju dan tuala kanak-kanak lain. Pampers dan susu anak seolah-olah tidak terusik. Pernah saya balik tengah hari dan singgah ke rumah pengasuh nak ambil anak, saya boleh lepas masuk sampai ke ruang tamu dan baby saya terkapai sorang-sorang di ruang tamu, nenek tersebut sedang buang air besar katanya sejurus terserempak dengan saya yang sedang memangku menyusukan anak saya di sofaya.

Banyak kisah yang terjadi, termasuklah anak saya dijangkiti penyakit kaki tangan dan mulut serta chicken pox seawal usia 9 bulan. Dokter kata bertuah badan sebab bayi saya kuat sistem imun nya. Ada bayi yang tidak dapat tahan penyakit seawal usia tersebut.

PELBAGAI MASALAH TIMBUL

Setelah macam-macam rintangan dan masalah yang di lalui, saya menilai semula kehidupan kami sekeluarga yang tak ubah seperti hamba dunia yang mengikut arus manusia kini, keluar kerja di subuh hari, balik ke rumah di mlam hari, anak-anak diberi penjagaan pada mereka yg tak berapa dikenali asal anak tak perlu bawa ke pejabat. HAri demi hari, kehidupan makin sibuk, kesuntukan masa, masalah baru makin lama makin terkumpul, keluar masuk hospital, masalah kewangan, perlu ambil cuti, bos mula tegur, kerja tak effektif.

BUKA MINDA

Satu hari saya terbaca kisah dari kak Masayu Ahmad, saya baca satu persatu kisah dan motivasi dari blog beliau. naufalsayang.blogspot.com sejak hari itu saya mengakaji, mencari maklumat tentang ibu-ibu yang bekerja dari rumah. Yang tidak meninggalkan anak-anak mereka. Punca kewangan boleh dibentuk dari rumah. Saya beli buku, saya baca ebook, saya baca blog, saya masuk dalam group2 ibu-ibu yang berjaya dan bekerja hanya dari rumah.

NEKAD BERHENTI

Setelah genap 4 tahun, saya nekad untuk berhenti, suami pun income mula stabil pada tahun 2012 suami mendapat starclub reward di mana dia mendapat tiket melancong ke san francisco, california, USA (suami berhenti kerja di perodua dan buat business insurans-prudential) Ketika berada di US, saya dan suami mengambil peluang meninjau2 keadaan di sana dan kehidupan masyarakatnya serta perniagaan penduduk tempatanya. Akhirnya suami saya sendiri memberi galakan agar saya nekad untuk meletakkan jawatan sekembalinya ke tanah air nanti.

Semasa saya berbincang dengan senior atasan yang saya hendak meletakkan jawatan, saya dipersendakan dan dikatakan saya hanya bergurau. Kerana mereka tahu saya seorang yang bersemangat tinggi. Tak akan saya kuburkan semgat di rumah. 

Akhirnya saya menguatkan hati menaip surat perletakkan jawatan dan ia berkuatkuasa pada 10 hari selepas nya. Sememangnya saya dikenakan bayaran ganti rugi bersamaan sebulan gaji. Tapi saya sanggup asal ia dapat membeli kehidupan saya semula. Agar pulih seperti sediakala.

KEMBALI KE RUMAH 

Alhamdulillah tanggal 1 Jun 2012 secara rasminya saya meletakkan jawatan sebagai arkitek kerajaan dan pada tarikh tersebut juga saya melaporkan diri di rumah dengan penuh hati berlapang dada mengambil jawatan sebagai ibu suri rumahtangga sepenuh masa. 

Ia merupakan tanggungjawab hakiki seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu kepada anak-anak. Saya ada mendengar ceramah yang mengatakan isteri yang keluar bekerja ada beberpa kategori hukumnya. Ada yang wajib, ada yang sunat , ada yg makruh dan ada yag haram. sebelum lebih banyak perkara yang haram kita buat, baiklah kita kembali ke fitrah seorang wanita. 

Alhamdulillah...setelah meletakkan jawatan, kerja saya di rumah tidak pernah berhenti, malah rezeki semakin bertambah. Dan ilmu yang saya ada saya sentiasa menggunapakai untuk rumah sendiri dan rumah orang lain. Saya lebih suka berusaha menghidupkan rumah-rumah orang berbanding membuat projek-projek mega yang tiada roh di dalamnya.

Percayalah walau sesusah mana, walau masih ada hutang dan sebagainya, bila kita kembali pada track yang betul, hati lebih damai, lebih tenang. BIla adda ketenangan, minda menjadi kreatif. Kesungguhan kita bertambah. Insyaallah selamat duni akhirat. Apa yang penting, Utamakan yang Utama :)


(ini adalah antara titik permulaan saya memulakan perkhidmatan rekabentuk 3d online di http://rekabentuk3donline.blogspot.com.kemudian lama kelamaan saya juga menjadi trainner online, penulis ebook online, penulis artikel majalah yang berurusan dengan editor secara online, menulis buku cerita kanak-kanak interaktif dan diserahkan secara online, pernah membuat isnes dropship online, dan juga pernah membuat dan menghantar heestart di mana pelanggan di peroleh secara online. boleh kata semuanya 100% secara online dan kerja dilakukan hanya dari rumah)
Buat kata Siful nang,
Kalau kita nak bagi tahu cara orang kata berlagak pula.
Namun biarlah yang nak tahu saja yang datang ambil tahu.
Hanya yang dah tempuh masalah sahaja yang tahu betapa perlunya si ibu di rumah. Saya mahu tunjukan cara dari rumah juga boleh meneruskan kerjaya di bidang yang sama pernah diceburi atau jika ada ingin wujudkan perkhidmatan online baru atau bagaimana mahu berniaga secara online.
Saya tunjukan langkah demi langkah termasuk bersama membuat pilihan kerja apa yang perlu dipilih untuk dijalankan dari rumah serta bagaimana sistem operasinya.
Apa yang saya lalui, pelanggan yang datang ketuk pintu email , blog whatsapp dan facebook tanpa saya perlu start enjin kereta untuk jumpa pelanggan. 100% online
Yang benar-benar mahu jadi Work At Home Mom,
Boleh kita berbengkel bersama
di
BENGKEL MUDAHNYA JADI WAHM ONLINE
Bandar Baru Bangi
31 Oktober 2015
8.30 pagi - 12.30 tengah hari (waktu dhuha)
*setiap pendaftaran percuma ebook
SURI PROFESIONAL : tips dan panduan di rumah sepenuh masa
DAFTAR SEGERA DI SINI SEBELUM KUOTA MENCUKUPI:
ajak kawnan-kawan sekali


DAFTAR DI SINI https://rahsiabranding.aztetic.my/buy/bengkelwahm


Khairunnisa Hamzah
work at home mom
senibina kehidupan di rumah
www.khairunnisahamzahara.com
At perkhidmatan rekabentuk 3d online
http://rekabentuk3donline.blogspot.com
whatsapp 0197720507

//KHAIRUNNISA HAMZAHARA//

12 comments:

Just Sharing said... [Reply to comment]

ya Allah hebatnya ujian akak.....semoga kita sama2 temui kebahagian bila jd suri rumah ni....

Khairunnisa Hamzah said... [Reply to comment]

setiap orang lain ujiannya. Yang pasti kita akan terus diuji selagi masih bernyawa, kan...ayuh kita buat yang terbaik untuk keluarga yang akan menjanjikan kebaikkan buat masyarakat, agama dan negara :)

ajuyarashid said... [Reply to comment]

Alhamdulillah..happy dengan keputusan akak..sy pun baru berjinak as wahm. Semoga ia adalah pilihan terbaik buat kita

mama leen said... [Reply to comment]

salam kenal.. :)

Mrs Kamilah said... [Reply to comment]

Tahniah..Sukanya tengok bila dapat jadi wahm. Mudah-mudahan saya juga boleh jadi wahm dalam masa terdekat ini.

Ainul Mustafa said... [Reply to comment]

tahniah nisa..insyaALLAH dec ni Ainul pulak :)

pelangindah said... [Reply to comment]

saya pun berazam nk ambil cuti tanpa gaji...saya seorg guru...kerja sy diberi cuti tanpa gaji sehingga 5 tahun...jd saya berazam utk cuti tnpa gaji selama 1 tahun utk setiap anak...sy risau dgn pengasuh2,taska skang yg kerap dera anak org...skang ni dh terlalu byk kes bayi/kanak didera/mati tersedak susu...sejak kawen lg,sy prihatin akn hal penjagaan anak ni...lagi2 kt KL...mmg susah nk cri org jg anak...sy takut apa2 jd kt anak sy...kita punya teliti jaga pemakanan,habis byk duit dlm pemakanan sewaktu mengandung,jg bayi baik2...tp org lain sng2 bg anak kita sakit...sy doa n hrp suami sy murah rezeki...Alhamdulillah,bila kita KERAP piker satu bnda tu,itulah yg akn berlaku...mungkin sb doa sy tiap hari n prnh doa kt Raudhah suami dikurniakan rezeki...selepas setahun,tetiba ja suami ditawarkan mcm2 kerja smpai bt berpart-part time n krj sndiri n krj tetap smpai terpksa buang salah satu...sy sedang berusaha utk ambil cuti tnpa gaji tp jika ada side income baru boleh sb nak byr kereta sy & ASB...sb tu sy mahu bt bisnes online...tp smpai skang,page yg sy buat xbyk like...silala lawat FB sy..

Unknown said... [Reply to comment]

Allahuakbar. Sungguh terkesan di hati apabila membaca entri Kak Nisa. Semakin membuak-buak perasaan saya untuk menjadi surirumah, menjaga dan membesarkan anak sendiri di rumah, bekerja dari rumah. Semoga Allah permudahkan segala urusan hambaNya. InsyaAllah.

Unknown said... [Reply to comment]

Ya allah... saya pun berniat untuk berhenti kerja.saya seorang jurutera/pengurus di sebush syarikat multinasional.kerja > 10 thn.makin lama tiada kepuasan kerja dan anak2 mcm terabai.tp opsyen utk pencen wanita 45 thn.means lg 6 thn.tiada kekuatan utk menunggu masa yg lama lg.sedang belajar merangkak2 dlm wahm.rabbi yassir...

Nurul Diyana said... [Reply to comment]

Saya juga nekad mengorbankan kerjaya yang saya minat sebagai jurutera projek di syarikat yg listed di bursa saham dan menjadi WAHM dalam setahun ni tapi masih dalam proses belajar. Semua demi anak-anak. Robbi Yassir Wala Tuassir.. Semoga kita semua berjaya.. Salam perkenalan.

Unknown said... [Reply to comment]

Terkesan dihati .hebat pengerbonan seorang IBU salam perkenalan

Unknown said... [Reply to comment]

Terkesan dihati .hebat pengerbonan seorang IBU salam perkenalan

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO