NUFFNANG

Thursday, 6 June 2013

Panduan Untuk Homestay

Teks : Khairunnisa Hamzahara

 




Assalammualaikum pembuka bicara

Hari ini mari kita bercerita tentang rumah (aset) yang dijadikan Homestay (Inap Desa). Jika dirujuk pada Wikipedia, Homestay (Inap Desa) ialah rumah orang awam yang menyediakan ruang atau bilik untuk disewakan kepada pelancong. Kaedah inap desa ini bagi menampung kekurangan bilik hotel di sesetengah tempat. Sesetengah tempat yang kecil dan terpencil tidak mempunyai hotel, resort, chalet dan sebagainya. Konsep inap desa dapat menambah pendapatan penduduk tempatan seperti orang kampung tradisional.

Saya selaku salah seorang anak yang membantu menyediakan, mengurus dan memasarkan homestay bapa saya yang terletak di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi akan berkongsi sedikit sebanyak macam mana untuk menjadikan rumah (aset) kita sebagai Homestay. 

KRITERIA

Disini ada beberapa keadaan yang rumah (aset) tersebut digalakkan untuk dijadikan Homestay:-
  1. Rumah Yang Dibeli tidak diduduki
  2. Rumah Yang Disewa tidak diduduki
  3. Rumah Yang Dibeli /Disewa berada di lokasi pelancongan
  4. Rumah Yang Dibeli/Disewa berada di lokasi institusi pembelajaran dan pekerjaan
Bagi kes bapa saya, beliau telah membeli sebuah unit pangsapuri 5 tingkat yang mempunyai kemudahan lift, taman permainan, parking, rumah sampah, kedai mini, dan pegawai keselamatan.

FAKTOR-FAKTOR MENJADIKAN UNIT KEPADA HOMESTAY
Kami sekeluarga sepakat menjadikan unit ini sebagai homestay atas sebab-sebab berikut:-
  1. Berada di kawasan yang strategik (UKM, UPM dan lain-lain)
  2. Tidak diduduki (perlu pasif income untuk membayar ansuran bulanan)
  3. Unit Pangsapuri kecil dan mudah diuruskan oleh keluarga sahaja
  4. Unit berada di bahagian atas sekali
  5. Unit tidak menghadap unit yang lain tetapi menghadap bukaan tangga dan pemandangan
  6. Menerima tiupan angin di kawasan korridor
  7. Mempunyai korridor yang luas dari unit lain. Sesuai untuk aktiviti bersantai dan bbq
CARA PEMBAYARAN
Alhamdulillah...setakat ini, permintaan sangat tinggi sehinggakan kami perlu mensyaratkan bagi mereka yang nak booking unit tersebut pada tarikh-tarikh tertentu perlulah mendepositkan sejumlah wang bagi semalam. Jika tetamu ingin menginap 3 malam, tetamu perlu mendepositkan harga deposit 3 malam. Kemudian apabila tetamu sampai dan check in, tetamu perlu bayar baki bayaran dan deposit lain pula sebagai jaminan kebersihan dan peralatan homestay kami. Apabila check out, tetamu akan dipulangkan semula wang deposit jaminan tadi. Mudah bukan?
KEUNTUNGAN 
Bagaimana keuntungan boleh dibuat dengan homestay? 
Contohnya:
Kos Pembelian Unit Rumah = RM90,000 (unit apartment jenis kos rendah)
Bayaran Ansuran Bulanan = RM500 sebulan
atau 
Kos menyewa rumah = RM500 sebulan
Menghias unit = Kos perabot rm2000-rm5000 (limitkan budget)
                        Kos kelengkapan elektrikal rm2000 (termasuk aircond)
                        Kos peralatan Dapur rm1000 (termasuk peti sejuk saiz kecil)
                        Total = rm 5000-rm10000
Yuran sewa unit semalam = RM150 semalam
contoh tetamu ingin tinggal 3 hari = rm150 x 4 = rm600 
(baru 4 hari dah dapat tampung ansuaran bulanan/kos sewa rumah
Jika sewa untuk sebulan atau lebih seminggu, boleh nego secara lump sump sebagai harga belas kasihan (dah untung tak perlu market kan unit itu pada jangka masa panjang) misalnya rm1500 sebulan (fully furnish and equipment) kos api dan air ditanggung sendiri oleh tetamu/penyewa.

TARGET TETAMU/PENYEWA
Apabila lokasi homestay di tempat yang strategik, hampir setiap hari ada tempahan homestay. Misalnya lokasi kami di bandar baru bangi, hot spot bagi pelajar , peniaga dan pekerja swasta mahupun kerajaan. 
Apabila tiba musim konvokesyen, tempahan bertalu dan tetamu menginap beberapa malam
Apabila tiba musim perayaan tetamu terdiri daripada mereka yang ingin menziarah keluarga atau peniaga yang ingin menjalankan perniagaan di bandar baru bangi
Apabila hari biasa, tempahan biasanya daripada pekerja yang bertugas atau perlu berkursus di Niosh dan sebagainya . Mereka ingin bawa keluarga sekali dan perlu menginap dalam tempoh yang agak lama.
Di bandar baru bangi juga merupaka pusat perubatan dan pusat kebajikan islam seperti Darussyifa, Pusat rawatan Az-zahrah dan juga Aman Palestin. Jadi kami menerima tetamu dari kalangan petugas, pesakit dan kaum keluarga yang datang menziarah.
Oleh kerana kami berhampiran UKM dan UPM, kamis ering menerima tempahan dari kalangan pelajar berbangsa arab yang sedang buat master. mereka bawa keluarga dan perlukan penginapan.
Kita perlu senaraikan dahulu siapa target tetamu/penyewa kita berdasarkan kemudahan/pusat / institut yang berada di sekeliling unit kita.

MARKET 
cara market kan homestay kita mudah saja. Jika tidak mahu marketkan secara fizikal (pasang banner/bunting), boleh juga lakukan secara alam maya seperti iklankan di mudah.my , facebook, blog atau pun website.
Jangan lupa marketkan kepada kenalan dan juga saudara mara. Turut penting untuk marketkan pada jiran sekeliling unit sebab ada juga jiran yang buat kenduri khawin dan keluarga dari jauh perlukan tempat tidur tetapi rumah mereka tidak muat dan sempit. Jadi pilihan utama mereka pasti kepada homestay yang kita sediakan. Mudah bukan? 

DOKUMEN
Dokumen lain yang boleh membantu pengurusan Homestay menjadi lebih cekap, effisyen dan dipercayai adalah dengan adanya :-
  1. Buku daftar masuk tetamu
  2. Borang check in
  3. Borang check out
  4. Borang maklumbalas
  5. Buku resit
  6. Fail salinan IC tetamu
MENGHIAS UNIT

Tak perlu susah untuk menata rias homestay. Asalkan tahu konsepnya, ia akan nampak kemas dan menarik.

  • Mengwujudkan ruang 
ruang berehat dan menonton
ruang makan 
ruang masak
bilik tidur (sekurang-kurang nya 3 bilik)
bilik air (sekurang-kurangnya 2 billik air)
  • Lengkapkan Dengan Perabot 
Set Meja makan (sekurang-kurangnya untuk 4 orang) 
Sofa (sekurang-kurangnya untuk duduk 3 orang)
Meja Kopi (Side table)
Katil queen saiz di bilik tidur utama (bilik saiz paling besar)
Katil queen saiz/2 katil single di bilik kedua (bilik saiz sederhana)
Katil single / katil saiz single bersama tilam sorang di bawah katil (bilik saiz kecil)
Almari di bilik tidur utama (sekurang-kurangnya 2 pintu)
Almari di bilik kedua / tempat sangkut pakaian/ penyidai
Almari satu pintu / hampaian pada bilik ketiga
Perabot dapur (untuk letak tempat memasak, rice cooker dan kettle)
  • Sediakan peralatan elektrik
Peti sejuk saiz kecil
Rice Cooker saiz kecil/sederhana
Tempat masak (boleh juga disewakan bersama gas bila tetamu/penyewa ruquest)
Air cond
Air panas (water heater)
Iron (Setereka)
Kettle
TV
  • Kelengkapan lain untuk Keselesaan   
Set pinggan mangkuk dan sudu garfu
Tisu
Towel
Alas kaki
Carpet
Sejadah
Telekung
Kain pelekat
Al-quran
Pasu bunga
Iron board
Lukisan / hiasan dinding
rak kasut
Tong sampah
sabun pencuci pinggan mangkuk
kelengkapan bilik air
HOMESTAY KAMI SEKELUARGA 
Homestay kami belum la sehebat mana. Cuma ia boleh dijadikan panduan kepada mereka yang berniat atau baru nak memulakan perniagaan homestay ini bagi menjana pendapatan tambahan atau pendapatan utama













 
HUBUNGI KAMI
Bagi menempah unit Homestay kami di Bandar Baru Bangi seksyen 7 boleh hubungi 0123963025 atau 0197720507

Bagi mengetahui lebih lanjut atau ingin bertanya berkenaan homestay dan sebagainya boleh email ke khairunnisahamzahara@gmail.com
//KHAIRUNNISA HAMZAHARA//





26 comments:

K154 said... [Reply to comment]

Terima kasih atas panduan

P.A. said... [Reply to comment]

terima kasih atas panduan ni...saya sekarang tengah mencari idea untuk menjadikan rumah saya sebagai homestay.

gabanzek zek said... [Reply to comment]

Info yg sgt berguna

Rafidah Ibrahim said... [Reply to comment]

tq atas maklumat..baru nk try bisnes ni. tgh sediakan rumah..byk juga modal sebenarnya..mmmm...

City Homestay said... [Reply to comment]

Terima Kasih atas perkongsian ilmu ni...

suriani said... [Reply to comment]

Tq panduannya..

ieza7987 said... [Reply to comment]

Semoga diberkati dan dimurahkan lagi rezeki encik sekeluarga

ieza7987 said... [Reply to comment]

Semoga diberkati dan dimurahkan lagi rezeki encik sekeluarga

Siti Azar Abu Hassan said... [Reply to comment]

share post ye untuk panduan

Ustaz Shafie said... [Reply to comment]

Ustaz Homestay Kuantan ( 013-3604802 )... menawarkan penginapan sebuah rumah RM150 semalam....malam kedua RM 100 ( diskaun )...kami menawarkan malam keempat dan seterusnya cuma RM 50 saja....terima kasih kerana anda membaca hebahan ini.

Ustaz Shafie said... [Reply to comment]

Ustaz Homestay Kuantan ( 013-3604802 )... menawarkan penginapan sebuah rumah RM150 semalam....malam kedua RM 100 ( diskaun )...kami menawarkan malam keempat dan seterusnya cuma RM 50 saja....terima kasih kerana anda membaca hebahan ini.

Mohd Shahrol said... [Reply to comment]

Terima Kasih.Maklumat sangat bermanafaat.
Promosi Syafimuzie Homestay Johor Bahru.
RM210 satu Malam.Hubungi 0197624546

Raihanah Ahmad said... [Reply to comment]

terima kasih info berguna. saya baru hendak bermula

Noralia said... [Reply to comment]

Terima kasih..ilmu yg bermanfaat bg sy yg baru nk memulakan perniagaan homestay.mohon support homestay baru sy di tg. Minyak Melaka..berdekatan pntai puteri/ klebang/ cheng/bkt rambai/..penginapan 3bilik 2 bilik air,dgn fasiliti 2penghawa dingin,1katil queen,4katil single dan dgn tambahan 2tilam extra size queen utk diletakkan di ruang tamu ber'aircond'..harga Hanya RM180 semalam..boleb whatsapp sy 010-8183454.terima kasih krn membaca hebahan ini.

Noralia said... [Reply to comment]

Terima kasih..ilmu yg bermanfaat bg sy yg baru nk memulakan perniagaan homestay.mohon support homestay baru sy di tg. Minyak Melaka..berdekatan pntai puteri/ klebang/ cheng/bkt rambai/..penginapan 3bilik 2 bilik air,dgn fasiliti 2penghawa dingin,1katil queen,4katil single dan dgn tambahan 2tilam extra size queen utk diletakkan di ruang tamu ber'aircond'..harga Hanya RM180 semalam..boleb whatsapp sy 010-8183454.terima kasih krn membaca hebahan ini.

Warih Homestay said... [Reply to comment]

Assalamualaikum Pn Khairunnisa, saya sedang dalam proses setup homestay sulung saya.

Panduan yang Pn paparkan ini sangat berharga buat orang novice macam saya ini. In Shaa Allah saya akan ikut sebaik mungkin nasihat yang ada di dalam blog ini.

http://warihhomestay.com

Ini adalah blog homestay saya (belajar secara trial end error jer). Komen membina daripada Pn Khairunnisa dan sahabat semua amatlah saya perlukan dan saya amat menghargainya.


Doakan agar impian homestay sulung saya menjadi kenyataa.

Tkasih

Zamree

Awangmbakridullah Dullah said... [Reply to comment]

Terima kasih kongsi pengalaman

Jamil bin Sharipuddin said... [Reply to comment]

Homestay Seri Kuantan 019-6025432 (whatsapp/Call) En Mil...
Menawarkan penginapan 3 unit teres (bersebelahan) FULL Aircond
RM180/day utk 1hari
RM150/day utk 2hari dan keatas
Terima kasih kerana sudi membaca hebahan ini.

Mohd Zuraimi said... [Reply to comment]

D'Batu Gajah Homestay.Rumah End Lot Satu Setengah Tingkat, 4 Bilik Tidur & 3 Tandas.Hubungi saya Mohd Zuraimi Bin Rahman di talian whatsapp/Call 012-5809956.Terima Kasih.


faizal hero said... [Reply to comment]

terima kasih

faizal hero said... [Reply to comment]

HOMESTAY DAYANA,TAMAN CAHAYA KUALA LIPIS (01132349737)

Mazuriah said... [Reply to comment]

Assalam.sekiranya perlukn homestay d area bertam@kepala batas penang anda bole hubungi maz Homestay 0195933289.tmkadih

Mazuriah said... [Reply to comment]

Assalam.sekiranya perlukn homestay d area bertam@kepala batas penang anda bole hubungi maz Homestay 0195933289.tmkadih

Mazuriah said... [Reply to comment]

Assalam.sekiranya perlukn homestay d area bertam@kepala batas penang anda bole hubungi maz Homestay 0195933289.tmkadih

Mazuriah said... [Reply to comment]

Assalam.sekiranya perlukn homestay d area bertam@kepala batas penang anda bole hubungi maz Homestay 0195933289.tmkadih

Mazuriah said... [Reply to comment]

Assalam.sekiranya perlukn homestay d area bertam@kepala batas penang anda bole hubungi maz Homestay 0195933289.tmkadih

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO