Teks: khairunnisa hamzahara
Sejak dari mengandung lagi saya sudah idamkan baby yang bakal lahir ini untuk memakai Jubah putih atau baju melayu putih untuk majlis seperti Tahnik , Aqeqah dan sebagainya. Namun, puas saya menjelajah di shopping complex dan juga butik-butik ibu dan anak tetapi saya tidak jumpa jubah atau baju melayu putih yang bersaiz bayi. Paling kecil adalah yang bersaiz 1 tahun. Pasti gelobos untuk pakai pakaian yang besar pada bayi yang baru lahir.
Alhamdulillah, semasa menunggu hari untuk bersalin, saya menerima message dari Puan fatini yang mengasaskan FAHIMkoleksi untuk jahitkan Jubah dan baju melayu putih untuk bayi yang bakal saya lahirkan nanti. Doa ibu mengandung memang makbul kan.
Sesampainya bungkusan di rumah, saya lah orang yang paing gembira. Saya tidak menyangka yang puan Fatini yang saya kenali secara alam maya ini berasal dari Terengganu dan mengusahakan FAHIMkoleksi dari Terengganu juga. Cuba bayangkan saya yang setiap hari keluar masuk butik ibu dan anak mencari jubah dan baju melayu putih ini kalau nak ke Terengganu jadi satu cerita lain lah pula. Dengan ada nya teknologi, saya dna Puan fatini danpat berkomunikasi dan ia sampai di depan pintu rumah saya.
Selepas lahirnya baby Arsyad, baby Arsyad menerima jemputan Sesi Newborn Photoshoot pula dari mummygrapher Nurhananie yang mengasaskan The Pink & Blue Photostudio . Ia hanya dilakukan di rumah sendiri sahaja tanpa perlu hadir ke studio. (saya akan kongsikan perkhidmatan newborn photoshoot ini di entry yang lain).
Untuk sesi ini ,saya menggunakan jubah putih dan baju melayu putih hasil tangan Puan fatini dan FAHIMkoleksi sebagai pakaian utama dalam sesi Photoshoot ini. harapan saya agar baby arsyad membesar sesuci pakaian tersebut dan pakaian melambangkan budi seseorang. saya mahu baby arsyad lihat balik gambar-gambar nya masa besar nanti di mana dia lahir sebagai kain putih dan mommy daddy mahu bentuk kannya sebagai seorang muslim dan dipakaikan pakaian ibadah agar baby arsyad membesar sebagai seorang pendakwah. Amin. Sejuk perut lihat gambar-gambar yang terhasil. Ini antaranya:
Untuk sesi ini ,saya menggunakan jubah putih dan baju melayu putih hasil tangan Puan fatini dan FAHIMkoleksi sebagai pakaian utama dalam sesi Photoshoot ini. harapan saya agar baby arsyad membesar sesuci pakaian tersebut dan pakaian melambangkan budi seseorang. saya mahu baby arsyad lihat balik gambar-gambar nya masa besar nanti di mana dia lahir sebagai kain putih dan mommy daddy mahu bentuk kannya sebagai seorang muslim dan dipakaikan pakaian ibadah agar baby arsyad membesar sebagai seorang pendakwah. Amin. Sejuk perut lihat gambar-gambar yang terhasil. Ini antaranya:
Kini, setelah masuk umur 4 bulan, baby Arsyad masih boleh memakai jubah dan baju melayu putih buatan FAHIMkoleksi ini dengan selesa. Malah makin comel dengan usia begini apabila disarungkan jubah kepadanya sebab baby arsyad sudah pandai menjengket. Ketika ini baby arsyad sudah 8 kilo dan tinggi 70cm (sama berat seperti baby 6-9 bulan). Jubah dan baju melayu masih muat dan sesuai. Jubah ini sangat Sesuai dengan majlis amal berbuka puasa bersama pelajar tahfiz yang terdiri dari anak yatim dan fakir miskin yang dihadiri oleh baby arsyad tempoh hari. Ramai aunty-aunty dan uncle-uncle yang bergambar dengan baby arsyad. Comel kan baby pakai jubah :)
Jika ada ibu-ibu yang mencari jubah atau baju melayu baby boleh cari atau Tempah di sini:
Ada pelbagai jenis design, corak, warna dan saiz untuk jubah dan baju melayu baby lelaki sehingga saiz kanak-kanak
Gambar proses membuat jubah dan baju melayu putih baby arsyad yang dihantar oleh Puan Fatini ketika sedang menghasilkannya
JUBAH BABY WARNA PUTIH DARI KAIN COTTON DENGAN LEHER V DAN LENGAN 3 SUKU YANG SELESA UNTUK BAYI
BAJU MELAYU BABY WARNA PUTIH KAIN SATIN DENGAN LEHER CEKAK MUSANG DAN BUTANG BERGAYA UNTUK MAJLIS MERAIKAN BABY
TAG dan lipatan baju yang dihantar.
Tempah di sini:
mommy pun dapat rezeki, Puan Fatini turut menghadiahkan saya dua helai instant shawl. FAHIMkoleksi bukan hanya sediakan pakaian bayi malah untu ibu pun ada juga. Diikat comel dan kemas lagi.
Yang menggembirakan lagi hati saya dan suami bila dihadiahkan juga Pewangi Rose Sensation pelbagai kegunaan ini . Suami saya suka. Ia disemburkan pada pakaian suami saya setiap kali iron baju kerjanya. Kerana pewangi ini boleh digunakan sebagai iron ing aid selain sebagai pengilat kaca dan sebagainya
Pengalaman saya bersama Puan Fatini dari FAHIMkoleksi adalah pengalaman yang mesra dan tidak dapat dilupakan. Jubah putih / baju melayu putih / instant shawl/ dan Rose sensation mengingatkan saya dengan FAHIMkoleksi. Insyaallah satu hari nnati saya ke Terengganu saya mahu singgah FAHIMkoleksi dan berjumpa sendiri dengan Puan fatini Mohamed
Untuk ibu-ibu yang turut mencari jubah dan baju melayu putih atau design, corak dan warna lain, boleh lilhat di
ATAU
hubungi Puan Fatini sendiri
jika ada permintaan deisgn yang lain. InsyaAllah sebagai taylor, Puan fatini boleh membantu
KHAIRUNNISA HAMZAHARA
Preview Barangan Ibu dan Bayi
Kenangan Bersalin Anak ke 3
~senibina kehidupan di rumah~
Dapatkan
EBOOK SURI PROFESIONAL :
TIPS DAN PANDUAN DI RUMAH SEPENUH MASA
(RM50)
dengan membuat pesanan di borang online ini:
0 comments:
Post a Comment