Tuesday, 7 July 2015

11 TIPS DAN IDEA PROJEK HARI RAYA UNTUK HIAS RUMAH CANTIK BERGAYA DAN SELESA MENERIMA KUNJUNGAN TETAMU

Teks: khairunnisa hamzahara



Hari raya yang bakal menjelma nanti pasti ada saudara mara yang akan datang berkunjung ke rumah. Jiran sebelah rumah dan juga rakan-rakan kerja  juga pasti turut tidak ketinggalan akan datang berkunjung ke rumah kita nanti. Rumah adalah cerminan diri siapa tuan rumahnya? Sama ada seorang yang ringkas, sederhana mahupun complicated. Ia juga menggambarkan kepada tetamu akan tahap kerajinan dan ketelitian seseorang. Selain itu, dalaman rumah membahasakan jiwa, minat, bakat dan penghayatan diri seseorang. Jadi adakah tidak penting untuk menata rias, mengemas mahupun menyusun kediaman anda? Tak kira lah sama ada rumah yang baru dibeli, sudah lama dibeli, rumah sewa, rumah kuarters ataupun rumah hinggap, mari kita cuba tips ini agar rumah yang bakal dikunjungi oleh kenalan kita di hari raya nanti tampak cantik dan selesa ketika menerima kunjungan tetamu.

1. Hias dan susunatur rumah bermula dari luar rumah lagi

Ramai yang terlepas pandang untuk lihat rumah dari bahagian pagar luar rumah. Kita kena ingat tetamu yang bakal datang berkunjung akan tiba dari luar hadapan rumah. Jadi tanggapan pertama adalah sangat penting. Hias lah bermula dari luar rumah dengan sebaik yang mampu. Jika anda juga menerima tetamu dari belakang rumah, hias lah juga bahagian belakang rumah dengan sebaiknya. 

Bagaimana yang dikatakan hias luar rumah dengan sebaiknya itu?

saranan saya........

a) Cat,kilatkan atau tukar rupa pintu pagar dan tembok rumah yang telah kusam atau pudar. Pastikan ia kering sebelum menerima kunjungan tetamu! Jika tidak, pasti ada baju raya tetamu yang bakal terkena cat yang belum kering lagi itu. Jika mahu tukar, pastikan gunakan material yang berlainan. Jika dahulu pagar batu, kini gantikan dengan pagar besi pula/ dan begitu juga sebaliknya.




b) Cat dinding luar rumah dengan warna tema pilihan /hias dinding luar rumah dengan tampalan batu-bata atau kayu bagi menaikan seri luar rumah. Rumah pun mahu pakai baju baru! Sekali sekala tukarkan Baju rumah kita. Pastikan peroleh pandangan dan nasihat dari yang pakar terlebih dahulu kerana dikhuatiri rumah jadi seperti gua atau hutan pula! 





c) Hias kan luar rumah dengan tumbuhan hijau seperti rumput, pokok redup seperti pokok buah-buahan atau pokok hiasan berdaun lebar serta pokok bunga bagi menyerikan kawasan rumah dan memeriahkan lagi suasana luar rumah. Letakan pokok-pokok di bahagian tanah tepi rumah atau di dalam pasu yang boleh di alih-alihkan ke lain-lain tempat. Kesan dramatik yang paling menarik adalah apabila ada tumbuhan hijau yang segar dan merimbun diletakan di dukiri dan kanan pintu masuk seperti menyambut kedatangan tetamu!





d) Pasangkan lampu di luar rumah samada lampu taman, lampu tiang porch rumah atau pun lampu gantung. Ia bukan sekadar menjadi elemen penghias malah ia menambahkan pencahayaan di waktu malam dan membantu tetamu mencari pasangan kasut atau seliparnya apabila mahu pulang nanti! terutamanya jika anda buat open house dan banyak kasut bertaburan di luar rumah. Tetamu pasti rasa terpegun dengan lampu taman anda kerana membantu dia untuk menyarung kasutnya dengan mudah dan automatik membuatkan mereka perasan akan kewujudan lampu taman anda yang menyerikan lagi taman rumah anda. Jika mahukan kesan yang sangat dramatik, reka sendiri lampu taman anda. Ia boleh bantu menjimatkan kos dan nampak lebih unik!









e) Sediakan tempat duduk untuk menerima dan melambai tetamu

Apabila melangkah masuk ke halaman rumah, tetamu akan berasa seronok apabila melihat adanya tempat duduk di luar rumah atau di taman. Sementara menunggu ahli keluarga yang lain keluar dari kereta atau sampai ke perkarangan rumah, boleh lah ketua tetamu tersebut duduk sebentar kerusi di luar rumah ini sehingga tuan rumah jemput masuk ke dalam rumah. Keselesaan yang disediakan menyebabkan tetamu berasa rumah anda sungguh sempurna, cantik dan menarik untuk dikunjungi Di sini juga boleh diletakan biskut dan kerepek raya untuk duduk santai berborak sambil mengunyah.







**********************************************************

2. Setkan Nawaitu (Niat) untuk selesakan tetamu bukan untuk riak!

Kita menghias dan menyusun atur kediaman bukan untuk riak tetapi kita perlu ubahkan niat untuk menyelesakan penghuni serta tetamu yang datang. Jika keadaan rumah bersepah, tidak teratur dan sangat mendukacitakan pula, ia seperti tidak pernah mengalukan atau meraikan kedatangan tetamu . Malah lebih teruk lagi ia mungkin dilihat penghuninya tidak islamik kerana Islam itu sukakan keindahan dan meraikan tetamu seperti Raja!

a)Buatkan laluan khas untuk tetamu melangkah masuk dari luar pagar rumah ke dalam rumah

Apabila direkakan laluan khas untuk tetamu melangkah masuk ke perkarangan rumah, ia seolah-olah tuan rumah membahasakan "silakan masuk. ikut laluan ini". Oleh itu, tetamu yang lain tidaklah tercegat diluar pagar sahaja jika kita terlupa untuk sebut "silakan!" atau "jemput masuk" ketika kita sedang bersembang dengan tetamu yang lain dalam waktu yang sama. Lakukan sendiri laluan khas ini sama ada menggunakan simen, batu bata, mahu pun kayu.










b)Sediakan hamparan ,tempat buka kasut dan tempat simpan kasut tetamu

Percaya atau tidak, bermula dari membuka kasut adalah saat anda perlu melayan tetamu sebaiknya. Sediakan satu ruang khas untuk tetamu membuka kasut mereka. Jika tetamu anda perempuan, mereka pasti tidak mahu anda lihat mereka menunduk atau mencangkuk untuk membuka kasut, lebih-lebih lagi di hari raya nanti pasti ada anak dara yang membeli kasut bertali ikat. Perlu duduk untuk membukanya. Sediakan bangku untuk mereka! Dan sediakan rak kasut agar kasut mereka tidak di pijak atau bercalar apabila tetamu datang berkunjung beramai-ramai.


















c) Menyambut dengan ruang entry utama dengan Permukaan yang selesa untuk kaki tetamu dan unik apabila dipijak

Sebaik melangkah masuk ke dalam rumah, tetamu pasti rasa bagai dibelai apabila memijak permukaan yang menyelesakan kaki mereka. Pilihlah lantai yang mempunyai permukaan licin atau sejuk untuk kaki. Jubin tanah liat memberikan permukaan yang selesa pada kaki. Untuk perasaan yang lebih mendalam, gunakan permukaan kayu lamina di mana ia tidak sesejuk atau seperit lantai jubin yang kadang kala membisakan kaki. Karpet berbulu halus yang banyak pula seakan membelai kaki tetamu apatah lagi jika tetamu dari jauh yang kelenguhan kaki di dalam kereta sepanjang hari. Jika anda kreatif, gunakan bahan-bahan unik yang tidak menyakitkan kaki bagi menghasilkan kesan yang dramatik ketika tetamu melangkah masuk ke dalam rumah! Ia nya pasti menjadi ingatan pada tetamu sampai bila-bila.













c) Ruang tamu khas untuk tetamu

Jika sebelum ini anda mungkin menggunakan ruang yang sama untuk bersantai sekeluarga dan juga untuk menerima kunjungan tetamu, apa kata kali ini pisahkan antara ruang santai keluarga dengan ruang untuk tetamu. Ini kerana hanya kita yang sudah biasa dengan bau disekeliling ruang tersebut misalnya bantal sofa yang ber bau air liur basi atau pun ada kesan lap tangan. Elakan ruang santai keluarga untuk dijadikan ruang menyambut tetamu juga bagi mengelakan tetamu menghidu bau keluarga anda! Dan sebagai tetamu, pasti nya berasa selesa apabila mempunyai ruang khas untuk duduk berjumpa tuan rumah tanpa mengganggu privasi tuan rumah atau tanpa mengusik barang peribadi milik ahli dalam rumah. Jadi asingkan barang-barang peribadi keluarga dari ruang ini! Ubah kelainan. Ruang untuk tetamu boleh dibentuk dalam pelbagai rupa mengikut aktiviti yang kita mahu lakukan bersama tetamu seperti ruang duduk ber tv, ruang dduk di luar rumah, ruang duduk sambil makan atau sebagainya.






d) Laluan Khas untuk tetamu

wujudkan laluan khas untuk tetamu di mana di laluan ini dibina bersih dan memudahkan laluan tetamu dengan mudah dan selesa. sebaiknya tetamu tidak perlu redah ruang peribadi atau ruang simpanan barang. Sediakan ruang yang lain untuk laluan ke sesuatu tempat seperti untuk ke ruang tamu, bilik tamu atau untuk ke bilik air khas untuk tetamu.





 e) Ruang makan khas untuk tetamu

Sediakan kerusi yang selesa, selamat dan sesuai untuk kegunaan tetamu. Bagi kanak-kanak, sediakan kerusi khas untuk kanak-kanak kerana mereka lebih rendah dan memerlukan kerusi yang lebih tinggi. Jika mahu selamat, gunakan kerusi yang diperbuat daripada kayu, besi atau kulit yang bewarna hitam bagi mengelakan kesukaran membersihkan kotoran makanan yang tidak sengaja ditumpahkan seperti kotoran dari minyak, kicap ataupun kari! Untuk lebih selamat, sediakan ruang makan di luar rumah. Sambil menikmati juadah tanpa risaukan kotoran di lantai, tetamu juga dapat menikmati pemandangan dan aktiviti anak-anak di luar rumah lebih-lebih lagi di waktu malam yang tidak panas seperti hari siang.









f) Bilik khas untuk tetamu

bilik untuk tetamu bukan sahaja disediakan untuk tetamu yang akan bermalam di rumah kita, malah ia digunakan untuk tetamu melakukan urusan peribadi seperti solat, menyusu anak, menukar pakaian yang tertumpah makanan, tumpang mandi dan sebagainya. sediakan kelangkapan di bilik tetamu ini sebaik yang boleh. insyaallah pasti ada ganjaran pahala apabila memudahkan tetamu yang datang ke rumah kita. sediakan tuala, sejadah, selimut, tempat cahrge telefon, kerusi rehat dan sebagainya.












g) Bilik air khas untuk tetamu

Elakan menjemput tetamu ke bilik air peribadi sendiri dan ahli keluarga. Khas kan bilik air khas untuk tetamu. Sediakan juga perkakas bilik air bagi selesakan tetamu di dalam bilik air.







********************************************************************************
3. Ciptakan ruang khas mengikut aktiviti untuk tetamu terutamanya kanak-kanak bagi mengelakan kebosanan

Ketika tetamu datang berkunjung, mungkin ada yang bawa satu keluarga termasuk orang tua dan anak-anak. Mereka ini kadang kalau tiada topik perbualan dan mula kebosanan. Mahu tolong buat kerja pula tak reti atau tidak larat. Jika ada anak-anak bujang pula, mereka mula seperti cacing kepanasan apabila kedua orang tuanya bertandang lama di rumah kawannya. Jadi, sediakan ruang untuk mereka bersosial dan mengisi waktu ketika beraya di rumah kita. Cuba lihat antara idea-idea dari ruang dibawah ini yang dikutip dari internet di mana ia boleh diwujudkandi rumah kita juga!

a) Ruang bermain outdoor



b) Ruang Bersantai

















c) Ruang berkarya




d) Ruang Membaca 




e) Ruang Uji Minda







f) Ruang bermain indoor







 g) Ruang album kenangan




 g) Ruang makan kanak-kanak



**********************************
4. Susunatur ruang Patuhi syariah dan jaga aurat keluarga dengan pembahagian ruang antara ruang publik, ruang peribadi dan ruang persediaan yang automatiknya menjadi sebahagian daripada elemen dekorasi

Di rumah, kita punyai ahli keluarga yang lain. Anak dara dan juga ibunya pasti lambat sedikit bersiap dan ulang alik kesana sini mencari barang. Wujudkan pembagai ruang bagi menutup sedikit laluan dan aktiviti penghuni dalam rumah ketika tetamu hadir dan masuk ke dalam rumah. Mungkin juga ada ruang yang sedang bersepah seperti ruang bermain anak-anak kecil atau pun ruang lepak keluarga. pembahagi ruang dan pengasingan ruang boleh menutupi aktiviti keluarga dari pandangan tetamu yang hadir ke dalam rumah.

a) Pembahagi ruang 










b) laluan berkoridor







4. Tambahkan aksesori yang bermanfaat di setiap ruang

a) bantal kusyen untuk keselesaan tetamu




b) stesen membasuh tangan



 c) Jam dinding




 d) Kerusi rehat


 e) Tuala


 f) sabun cuci tangan


 g) bekas simpan perkakas makan selepas mencuci


 h) jug air minuman disediakan


 i) Ruang charge handphone


 j) Cermin muka


**********************************
5. Ciptakan Mood dan Suasana bagi mewujudkan kelainan dan kenangan yang akan kekal terpahat diingatan tetamu semasa berkunjung

Mood dan suasana ini boleh tercipta apabila kita mempunyai minat yang tersendiri secara mendalam kepada sesuatu bidang. ada yang suka zaman nostalgik, ada yang meminati zaman teknologi , ada yang meminati buku, ada yang suka menjelajah, yang sukakan seni, yang boleh merekacipta dan sebagainya. Oleh itu, dekorasi yang ditampilkan adalah menggambarkan jati diri, minat dan kebolehan seseorang. Ini yang akan memberikan keunikan dalam dekorasi kediaman apabila diperhalusi dengan sebaiknya.













****************************************************************************


6. Selesakan tetamu dengan perkhidmatan layan diri di pelbagai sudut ruang di kediaman yang bakal digunakan oleh tetamu

Pasti tetamu tidak akan dapat melupakan pengalaman berada di kediaman anda jika anda bukan sahaja memberikan layanan yang baik dan menyediakan ruang yang selesa, malah anda juga menyediakan perkhidmatan layan diri yang mudah dan mesra dengan tetamu yang memuahkan urusan mereka disepanjang berada di kediaman anda. 












***********************************
7. Makeup dinding dengan idea fungsi , maksud atau tujuan tertentu

Bila tiba hari raya, masing-masing termenung pandang ke dinding. Selain gantungkan lukisan dan gambar, apa lagi yang boleh dilakukan? , tanya hati. Banyak projek boleh dibuat. Tapi untuk menyakinkan kita untuk melaksanakannya ialah apabila kita tahu apakah fungsi , maksud dan tujuan dekorasi yang kita mahu lakukan itu. Fikirkan dahulu, baru boleh mulakan! Lihat idea-idea di bawah ini:





















************************************
8. Hasilkan sekurang-kurangnya 1 dekorasi dari Hasil tangan sendiri (DIY)

Untuk kelihatan menarik, hebat dan unik, beranilah untuk lakukan sesuatu dari hasil tangan sendiri. Mulakan merancang apakah idea DIY yang ingin kita lakukan, kemudian buat kaji selidik tentang bahan , gaya dan rupa di carian internet. Apabila siap, ia pasti menjadi topik bualan tetamu apabila datang berkunjung. Orang yang melakukan DIY di rumahnya dianggap kreatif, rajin dan bijak!

















******************************************************

9. Tukar cara hidang kuih raya dengan menyediakan "Meja dessert" dan biskut yang menarik

Setiap tahun kita menghidang kuih muih dengan cara yang sama iaitu di dalam bekas kuih dan dulang di atas meja makan atau meja kopi. Apa kata tahun ini kita ubah sedikit, sediakan pula meja khas untuk dessert dan ianya pasti menggembirakan tetamu yang datang berkunjung ke rumah kita!
















******************************************************
10. Reka sistem "ambil dan simpan" kelengkapan atau barang agar memudahkan dan tidak kelam kabut

Yang paling mengujakan tetamu apabila kita mempunyai sistem yang mudah, cekap dan kemas. Oleh itu tiada masalah kelam kabut kerana sudah ada persediaan awal yang rapi. Ini mencerminkan sikap tuan rumah yang bersedia menghadapi kemungkinan dan rajin!






***********************************
11. Hias meja makan utama dengan hiasan yang segar dan menyelerakan mood makan tetamu

Yang terakhir sekali, cubalah ini. Hias rumah dan meja makan dengan hiasan yang segar. Ia pasti membangkitkan selera dan suasana hari raya di rumah anda! Jangan lupa untuk mencubanya. Pasti luar biasa!













Selamat Hari Raya Dari saya Sekeluarga. 
Maaf Zahir dan Batin

untuk dapatkan rekabentuk 3d kediaman anda, boleh lah ke blog rekabentuk saya di sini:
http://rekabentuk3donline.blogspot.com

Khairunnisa Hamzahara
Senibina Kehidupan Di Rumah



2 comments:

Hartini Zulaikha said... [Reply to comment]

assalamualaikum..tq sis for the tip..
Sangat berguna untuk nampak lebih santai di hari raya nnti...

amiera Mohamad said... [Reply to comment]

Terbaik

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO