NUFFNANG

Tuesday 3 February 2015

Blogger Buat Duit Dengan advertorial.MY

Teks: khairunnisa hamzahara




Assalammualaikum


Anda pernah dengan advertorial.MY?


Sebenarnya saya juga baru mengenali advertorial.My ini dan diperkenalkan oleh seorang rakan facebook yang juga seorang blogger. Advertorial.My adalah sebuah platform alam maya yang dibuka untuk syarikat-syarikat perniagaan mendapatkan khidmat menulis review dari Blogger. 


Adakah anda seorang Blogger?


Sekiranya anda seorang Blogger, menulis review adalah perkara yang digemari oleh seorang Blogger. Blogger selalunya akan menceritakan semula kepada umum tentang perasaan, pengalaman, dan pendapat mereka terhadap sesuatu peristiwa, produk serta perkhidmatan. Sehinggakan Google lebih suka mengetengahkan Blogger berbanding web di enjin carian Google. Seperti saya sendiri, Blog saya ini : Panduan Untuk Kediaman Idaman diletakan oleh Google pada tangga pertama dalam carian Google di bawah kata kunci Kediaman, dan Hiasan Dalaman. Oleh itu, pengguna internet yang mencari info berkaitan kediaman mahu pun hiasan dalaman akan di cadangkan oleh Google untuk ke Blog saya dengan meletakan blog ini di tangga pertama carian Google.

Sejak 2 tahun lepas, blog saya menjadi ikutan orang ramai dan juga wartawan media massa tempatan untuk mendapatkan info bagi artikel majalah, surat khabar dan info bagi rancangan TV mereka. Mereka menjumpai saya hanya dengan membuat carian di Google sahaja. 


Apakah manfaat menulis review?


Sekiranya anda seorang blogger yang rajin menulis dan bercerita, manfaat kan peluang ini dengan mendaftarkan diri dengan advertorial.MY di mana anda mendaftar sebagai salah seorang Blogger yang sedia memberikan perkhidmatan menulis review tentang produk dan perkhidmatan syarikat-syarikat yang memerlukan hebahan tentang perniagaan mereka.

Selain anda menerima bayaran terhadap hasil penulisan review anda untuk mereka, anda juga berkemungkinan menerima barang dan perkhidmatan percuma yang ditaja oleh syarikat berkenaan. Akan ada hubungan dua hala di mana anda dan syarikat tersebut akan berkomunikasi dan berbincang tentang upah menulis review dan anda akan dimaklumkan oleh syarikat tersebut apakah bentuk review yang dikehendaki oleh mereka.


Apakah langkah yang perlu dilakukan?




Mudah saja, anda hanya perlu mendaftar sebagai blogger dengan mewujudkan akuan Publisher. Proses mendaftar sangat mudah dan ringkas. Ikut saja langkah demi langkah. Selepas mendaftar, anda boleh Submit Blog anda di mana di situ anda akan menulis serba sedikit tentang blog anda bagi memudahkan syarikat-syarikat memahami apakah jenis blog anda dan adakah blog anda sesuai untuk mengiklankan produk dan perkhidmatan mereka. 

Contoh Selepas mendaftar


Setelah mendaftar, Blog anda akan dipaparkan di senarai Blog yang aktif oleh advertorial.MY. Di mana syarikat-syarikat perniagaan yang memerlukan khidmat review dari anda akan klik pada blog anda untuk melihat apakah niche utama blog anda. Maklumat terperinci tentang blog anda akan terpapar sama seperti data maklumat yang anda masukan sendiri semasa proses submit blog seperti berikut:


Apabila syarikat-syarikat tersebut klik pada keterangan lanjut tentang blog anda dan kemudian berminat untuk memilih blog anda sebagai paltform menulis review tentang produk dan perkhidmatan mereka, mereka akan tekan pada Request Quote dan bertanyakan anda secara terperinci berapakah bayaran yang dikenakan dan jenis review yang mereka mahukan. Komunikasi akan berlaku antara anda dan syarikat tersebut.


Setelah habis membuat review dan menerima bayaran, syarikat tersebut akan memberikan rating kepada blog anda di advertorial.MY ini sama ada review yang anda lakukan berbaloi atau sebaliknya.

Jadi inilah peluang untuk anda menulis dan menerima BAYARAN!. 
Menulis suka-suka dengan menulis bergaji mana lagi seronok?
Apa pun, Daftar dahulu sebagai Publisher dan mungkin ini salah satu PINTU REZEKI anda di alam maya. 

SELAMAT MENCUBA!

KLIK DI SINI: https://advertorial.my/dap/a/?a=3615


Khairunnisa Hamzahara
Senibina Kehidupan Di Rumah
Menulis Dari Rumah dan Memperoleh pendapatan

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO