NUFFNANG

Thursday, 1 January 2015

Tips Untuk Mengasingkan Tempat Tidur Anak-Anak Adalah Menyediakan Bilik Anak Lelaki Dan Anak Perempuan

Teks: khairunnisa hamzahara

Pasti menjadi idaman setiap ibu dan ayah untuk mengasingkan tempat tidur anak-anak terutamanya yang tidur sebilik dengan ibu ayah. Seeloknya pada usia 4 tahun, anak-anak telah dipisahkan tempat tidur dari ibu dan ayah bagi menjadikan bilik tidur ibu dan ayah lebih privacy dan rahsia ibu ayah tidak sampai ke pengetahuan anak-anak kecil yang biasanya sering lepas cakap dengan orang luar.

Antara tips terbaik untuk pisahkan tempat tidur anak-anak adalah dengan menyediakan bilik anak-anak sebaik yang mungkin sehingga mereka sendiri pilih untuk tidur di bilik mereka.

Hari ini suka untuk saya kongiskan tips nya kerana sudah 2 hari saya dan suami berjaya mengasingkan tempat tidur anak-anak kami di bilik masing-masing. Sebelum ini, anak perempaun dan anak lelaki telah pun tidur di ruang berasingan dengan kami selama beberapa tahun namun kali ini kami mahu asingkan tempat tidur antara mereka berdua di mana lelaki tidur di bilik lelaki dan perempuan tidur di bilik perempuan.

Kami menggunakan apa yang ada. Dan hasilnya kami kongsikan di sini.

Proses Persediaan Fizikal

1. Menyediakan katil khas untuk anak lelaki dan perempuan
2. Menyarungkan cadar dan sarung bantal khas untuk corak kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan
3. Menyediakan rak khas untuk mempamerkan barangan mainan dan pembelajaran mereka. (Bukan sekadar simpan dan susun, tetapi perlu pamerkan. Kerana mereka akan lebih teruja jika dapat melihat seluruh koleksi kepunyaan mereka) Kategori buku dan permianan mereka. Jangan campur kesemua sekali dalam satu bekas!
4. Menyediakan meja untuk mereka bermian, menulis, bekarya dan belajar
5. Letakan teman-teman mereka di sisi mereka seperi bantal peluk dan teddy bear kegemaran mereka
6. Letakan hamparan (karpet) yang selesa untuk mereka baring atau meniarap.
7. Pastikan persediaan ini dibuat sejurus telah membuat keputusan untuk mengasingkan tempat tidur mereka pada hari tersebut atau hari berikutnya. Jangan sediakan terlalu awal, jika tidak perancangan anda mungkin tidak akan menjadi kerana mereka sudah biasa lihat bilik tersebut dan tidak mendiaminya.
8. Pastikan juga bilik selesa dari segi pengudaraan, angin, cahaya dan sebagainya. Keselesaan ini yang menentukan anak ingin berada di dalam bilik tersebut atau tidak.

Proses Persediaan Mental

1. Sering maklumkan mereka tentang mereka sudah besar dan perlu tidur di bilik masing-masing
sebelum menyediakan bilik mereka
2. Tanyakan mereka dan berjanji dengan mereka, "jika abang ada bilik, abang mahu warna apa, cadar apa?" Kemudian wajib untuk kota kan janji tersebut.
3. Maklumkan akan seronoknya ada bilik sendiri, boleh simpan mainan sendiri, boleh ada tempat tidur sendiri dan sebagainya

Proses Persediaan Emosi

1. Perlu ajar anak walaupun kecil untuk berwuduk sebelum tidur dan berdoa. Katakan apabila berwuduk, syaitan lari dan malaikat serta Allah menjaga kita ketika tidur lantas tidur dalam keadaan lena sehingga esok pagi
2. Teman anak-anak tidur di katil mereka sehingga mereka lelap. Baru lah keluar dari bilik tersebut dan tidur di bilik kita. Ibu teman kan si kakak, ayah temankan si abang.
3. Di hari pertama, di awal bangunnya mereka dari tidur, selepas baca doa bangun tidur, berikan mereka tepukan dan ucapan tahniah kerana berjaya tidur sendiri di biliknya. Berikan mereka hadiah atau sebarang habuan dan katakan mereka perlu cuba 3 hari lagi untuk menerima hadiah istimewa. Mereka pasti akan usaha untuk terus tidur di biliknya selama 3 hari. 
(Bagi anak kecil, 3 hari sudah memadai untuk mereka kekal terus begitu. InsyaAllah 3 hari itu akan menjadi selamanya.)

Sekiranya kadang kala mereka minta tidur di bilik ibu ayah, masih boleh. Namun cuba dulu dengan pujuk untuk tidur di bilik mereka. Semasa temankan mereka tidur, kerapkan bercerita tentang betapa seronoknya bilik mereka. 

Contoh bilik ringkas Anak lelaki dan anak perempuan saya ada di bawah ini. Walaupun ia belum lagi di tahap menghiasnya tetapi ia sudah cukup membuatkan anak-anak saya beralih tidur di bilik ini. InsyaAllah akan datang bilik ini akan di tatarias sepenuhnya.

Bilik Abang ( 3 tahun)


 





Bilik Kakak (5 tahun)










Khairunnisa hamzahara
Senibina Kehidupan di rumah
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tempah rekabentuk 3d kediaman di :
http://rekabentuk3donline.blogspot.com

Dapatkan ebook dari penulis blog:
1. Panduan Kediaman Pertamaku
2. Rahsia Teknik Branding Untuk Diri Dan Perniagaan
3. Tips Ibu Boleh Bekerja dan Berkarya Dari Rumah

Daftar Belajar secara online untuk menjadi Working Mother At Home

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi penulis di khairunnisahamzahara@gmail.com

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO