NUFFNANG

Wednesday 12 November 2014

Perlukah Menghias Rumah?

Teks: khairunnisa hamzahara



Mungkin ada di antara anda yang tertanya-tanya sama ada perlu atau tidak untuk anda menghias rumah anda sekrang ini. Lebih-lebih lagi yang mempunyai anak kecil. Kebiasaannya mereka yang mempunyai anak kecil berfikiran bahawa tidak perlu menghias rumah kerana ianya akhirnya akan dirosakan oleh anak-anak kecil mereka.

Apa pendapat anda jika saya katakan bahawa menghias kediaman adalah perkara yang perlu dilakukan oleh setiap pemilik sesebuah rumah? Mengapa? Baiklah, saya akan cuba kupaskan di sini tentang mengapa kita perlu menghias rumah kita semua.

Ada 5 Faktor yang menyebabkan kenapa kita perlu menghias rumah

1. Membentuk Disiplin Keluarga

2. Menjadikan Diri dan Keluarga Lebih Berkeyakinan Tinggi

3. Mewujudkan Persekitaran Yang Selesa dan Menarik

4. Lebih Produktif dan Cemerlang

5. Dihormati oleh tetamu

Membentuk Disiplin Keluarga

Sebenarnya, dengan kebiasaan menghias rumah, secara tidak langsung akan menjadikan ahli keluarga lebih terdidik dan berdisiplin dengan susunatur dan tatahias rumah. Bagi yang risaukan akan "sentuhan" anak kecil masing-masing, mulakan menghias rumah dari sebelum melahirkan anak lagi. Apabila lahirnya anak, dari zaman bayi lagi, dia telah melihat persekitaran rumahnya yang berhias dan sudah tahu akan di mana setiap kedudukan perhiasan dan apa fungsinya. Ia menjadikan anak tidak "jakun" terhadap hiasan rumah baik di rumah sendiri mahupun di rumah orang lain.

Sebaliknya, anak yang tidak didedahkan dengan rumah yang berhias, lebih cenderung mengusik barangan hiasan di rumah orang lain kerana ia tidak biasa dengan perhiasan di rumahnya. Sekiranya anak-anak memegang barang perhiasan atau mengalihkan barangan tersebut, ibu bapa boleh meminta anka untuk letakan kembali ke tempat asalnya dan terangkan akan mengapa ia diletakan di situ dan apakah fungsinya.

Menjadikan Diri Dan Keluarga Lebih Berkeyakinan Tinggi


Bagi mereka yang biasa menghias rumah, percayalah, bahawa tahap keyakinan yang ada dalam diri mereka lebih tinggi berbanding mereka yang tidak pernah menghias rumah. Pemilihan, perletakan dan susun atur hiasan rumah menjadikan seseorang itu lebih kreatif dan bijak membuat keputusan. Ia juga memberikan keyakinan yang tinggi dalam membuat keputusan sendiri mahupun secara bersama ahli keluarga. Kebiasaan ini akan menjadikan setiap mereka bijak membuat keputusan di mana-mana dan di dalam pelbagai aspek kehidupan. 

Jika tidak pernah menghias rumah, anda perlu cuba hari ini. Kerana apabila mencuba, barulah anda dapat merasakan daya kreativiti anda sedang diuji. Ia bukan sekadar memilih barang tetapi bagaimana untuk dipadankan dengan barangan lain disekelilingnya dan apakah peranannya pada ruang tersebut. Untuk mendapatkan hiasan rumah yang menarik, ianya perlulah bukan sekadar rupa tapi membawa maknanya tersendiri. Jadi, adakah ia menjadikan anda kreatif dan berkeyakinan tinggi? Ya, tentu sekali!

Mewujudkan Persekitaran Yang Selesa Dan Menarik

Ramai orang menjangkakan bahawa setiap ahli keluarganya terutamanya pasangannya boleh menerima keadaan kediaman mereka seadanya tanpa risau hal menghias rumah hari demi hari. Namun, rata-rata para suami mengeluh dan mengadu kepada sahabat atau ahli keluarganya yang rumahnya tidak secantik rumah mereka apabila berkunjung di rumah mereka. 

Ini bermakna, mereka juga mempunyai keinginan untuk mempunyai kediaman yang selesa dan menarik seperti orang lain. Apabila rumah berhias, ia menjadikan setiap ruang itu selesa dan menarik. Cuba anda fikirkan, yang mana satu yang akan menjemput ahli keluarga tidak sabar untuk pulang ke rumah? Rumah yang kosong dan suram atau rumah yang menarik dan berhias? Tentu sekali yang menarik dan berhias, bukan? Jadi, tibalah masanya untuk anda ambil tahu cara untuk menghias rumah dan bukan sekadar membersihkan rumah semata-mata.

Lebih Produktif Dan Cemerlang


Apabila penuh berkeyakinan tinggi, kreatif, ceria untuk pulang, rumah selesa, maka pasti ia akan menjadikan seseorang itu lebih produktif dan cemerlang. Pernah tak anda mendengar kata-kata ini "Keceriaan Itu Bermula Dari Rumah". Jadi adalah penting untuk ceriakan rumah bagi menceriakan seisi penghuninya. 

Selain itu, rumah yang kemas dan berhias, menjadikan minda seseorang lega dan tenang. Apabila mempunyai minda yang tenang, seseorang boleh menjadi jauh lebih bersemangat dan melangkah keluar rumah dengan minda yang segar. Kesegaran ini menjadikan hari-harinya lebih bersemangat dan membawanya kepada sifat produktif yang akhirnya menjadikannya cemerlang dalam melakukan apa saja pada hari tersebut.

Dihormati Oleh Tetamu

Mahu atau tidak anda dihormati oleh tetamu? Atau anda tidak kisah apa pandangan tetamu terhadap anda dan keluarga? Baiklah, saya kongsikan pengalaman saya sendiri berkunjung ke rumah sahabat. Rumahnya kosong, beralaskan tikar sahaja. Bukan kerana tidak mampu malah jauh dari mampu. Apabila ditanya mana pergi sofanya, katanya dia hantarkan sofa tersebut ke rumah ibu bapanya kerana risau sofa itu rosak dek kerana di panjat-panjat oleh anaknya. Jadi jangan ditanya tentang perhiasan rumah kerana kelengkapan asas juga tidak dilengkapkan di rumah ini. Apa pandanagn tetamu apabila masuk ke rumah ini dan menerima penjelasan seperti ini? Bagi saya, ia seolah-olah ibu bapa tersebut tidak punyai masa untuk mengajar anaknya untuk tidak panjat sofa dan duduk dengan baik jika di sofa. Kerana mendidik anak sememangnya memakan masa. Mereka tidak akan terus mendengar kata kita pada saat itu tapi jika kita sabar mendidik, lama-kelamaan mereka juga sudah penat memanjat. Malah mungkin mereka pula yang akan menasihati anak tetamu untuk duduk baik-baik di sofa ibu nya.

Apa pula pendapat tetamu apabila melihat rumah kita bersih dan berhias? Sudah pasti tetamu akan berkata di dalam hatinya, tuan rumah ini seorang yang rajin dan bagus sekali. Dan mereka akan menghormati kita dalam perbualan dan tingkah laku. Mungkin bagi mereka, mereka sedang berhadapan dengan seseorang yang teliti dan sangat baik kehidupannya. Tidak kah anda mahu seperti itu? Lebih-lebih lagi terhadap sahabat dan saudara-mara. Kita perlu memberikan imej yang baik bagi menutupi kekurangan dan aib keluarga terutamanya suami. 

Jadi, mulai hari ini, anda perlu mengambil kira bahwa anda bukan sahaja perlu menghias diri sendiri, malah perlu menghias rumah sebaiknya. Apabila menghias diri sendiri, kebaikannya hanya pada diri sendiri. Apabila menghias kediaman keluarga, kebaikannya akna diperoleh seisi keluarga. Saya percaya anda semua boleh lakukannya!!

10 Tips Projek Menghias Dalam Rumah

1. Buat pilihan warna yang bijak. Setiap warna melambangkan perasaan dan motif yang berlainan. Ambil tahu tentang maksud disebalik warna dan apakah peranannya terhadap manusia.

2. Menghias sekadar perlu. Tidak terlalu penuh dan sesak. Tidak pula terlalu sedikit atau kosong.

3. Sebolehnya menggunakan barang atau kelengkapan yang mempunyai fungsi atau mempunyai maksud yang tersirat. Biar ia bukan sekadar sedap dipandang mata tetapi ada maksud disebaliknya.

4. Saling berbincang dan bertanya antara satu sama lain dengan ahli keluarga. 

5. Banyakan membuat kajian di majalah dekorasi kediaman atau Google saja imej-imej ruang yang telah siap ditatarias bagi mendapatkan idea

6. Pastikan saiz skala kelengkapan dan perhiasan rumah berpatutan. Tidak terlalu kecil atau tidak terlalu besar. Jika inginkan sesebuah perhiasan yang besar, pastikan hanya ia sahaja yang besar di ruang tersebut bagi mewujudkan efek dominan.

7. Untuk mudah menghias rumah, pastikan setiap ruang mempunyai hiasan dinding atau diwarnakan.

8. Dan setiap ruang juga perlu ada perhiasan seperti, lampu kaki, hamparan, bunga, artifak , lukisan atau bingkai gambar

9. Pastikan susunatur tidak mengganggu sirkulasi bagi mengelakan bahaya kepada orang lain

10. Kerap mengubah susnatur bagi mendapatkan idea susunatur yang lebih baik. "Practice Make Perfect!"

9 Elemen Untuk Projek Menghias Luar Rumah


Dari luar lagi sudah perlu menghias rumah, bukan dibiarkan kosong. Tips untuk ruang luar rumah kelihatan menarik dan ceria, pastikan ia mempunyai gabungan berikut:

a)Pasu
b)Bunga
c)Pokok Hijau
d)Rumput
e)Kerusi rehat
f)Meja Minum
g)Batu-batuan
h)Air pancut
i)Kolam ikan

Biarpun kecil atau murah, namun ia akan menjadi ceria dan menarik jika digabungkan antara satu sama lain. Tidak semestinya rumah banglo saja boleh jadi menarik, jika anda mempunyai kediaman teres atau rumah flat sekaliun, anda masih boleh lengkapkan satu sudut kecil di sebelah luar rumah dengan perkara-perkara yang disenaraikan di atas. Cuba lakukan!

Selamat Maju Jaya!

Khairunnisa Hamzahara
Senibina Kehidupan Di Rumah

Untuk tempahan rekabentuk kediaman, boleh buat di sini:
http://rekabentuk3donline.blogspot.com

Anda kini Boleh Belajar Bina Blog 
Untuk daftar, PM di Facebook Khairunnisa Hamzahara

Dapatkan Ebook Khairunnisa Hamzahara:
1) Ebook Panduan Kediaman Pertamaku (RM50)
2) Ebook Rahsia Teknik Branding Untuk Diri Dan Perniagaan (RM55)
3) Ebook Tips Ibu Boleh Bekerja dan Berkarya Dari Rumah (RM45 sah sehingga 15 NOV 2014- Nilai asal RM55)
Tempahan Ebook boleh dibuat di sini: http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/p/borang-tempahan.html




1 comments:

fazianbatrisyia said... [Reply to comment]

sy setuju. sy juga pernah org bertanya "eh ada anak kecil, tak usik2 ke barang2 ni semua?"
Alhamdulillah, anak dah biasa lihat hari2 jadi mmg tak usik la setakat ini. sy pun hias tak terlalu sarat. minima shj lebih mudah diurus.

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO