NUFFNANG

Monday 14 April 2014

Landskap memberikan kesejahteraan dan pahala kepada pemiliknya

Teks: khairunnisa hamzahara

Gambar : Carian Google
Kali ini ingin menyentuh tentang landskap dan taman untuk kediaman pula. Rumah yang dilengkapi dengan taman merupakan kediaman yang sering di impikan oleh setiap insan. Tidak kira lah sama ada taman itu kecil mahupun taman yang luas. Tanpa taman, rumah bagaikan tidak berseri dan tidak ada unsur kesegaran.

TAMAN YANG HILANG

Dalam konsep pembinaan kediaman masakini terutamnaya rumah teres, kebanyakkan unit rumah sudah tidak mempunyai taman. Ini kerana mengikut pemerhatian pemaju perumahan, kawasan yang diperuntukkan untuk taman walau sekangkang kera luasnya, akhirnya disimen oleh pemilik kerana dikatakan sukar untuk menjaga taman dan inginkan kawasan parking kereta yang luas.
Ada juga pemaju yang membuat konsep taman di dalam rumah dengan mengwujudkan lubang angin (courtyard), namun akhirnya turut disimen dan ditutup dengan bumbung semula oleh pemilik.

KEISTIMEWAAN TAMAN & PAHALA KEPADA TUANNYA

Mungkin ramai di antara kita tidak sedar akan keistimewaan taman pada manusia. Yang difikirkan hanyalah masalah pengurusan taman yang akan dihidapi apabila mempunyai taman di kediaman. Ini kerana rata-rata kita sibuk dengan kerja yang membuatkan setiap orang keluar di awal pagi dan balik di lewat petang. Sabtu Ahad juga kadang-kala terpaksa bekerja lebih masa. Jadi tidak dapat dilihat mana masanya untuk menguruskan taman yang terdiri dari tumbuhan yang hidup dan perlu dijaga tumbesarannya. Hakikatnya, manusia dan alam tidak dapat dipisahkan.

Gambar: Carian Google

Mendekatkan Diri Kepada Pencipta

Frank Lloyd Wright yang merupakan arkitek yang sangat terkenal satu ketika dahulu sehingga kini, beliau sering menekankan tentang senibina perlu menghormati alam semulajadi, manusia dan alam tidak dapat dipisahkan dan beliau percaya bahawa alam merupakan ciptaan tuhan yang mendekatkan diri manusia dengan tuhan. Saya memetik sedikit kata-kata beliau :

Walaupun sudah tiada lagi di dunia ini, pelajar-pelajar senibina dan arkitek-arkitek moden masih terus mengguna pakai konsep yang diketengahkan oleh beliau ini. Dengan mendekatkan diri kepada alam, kita melihat kebesaran Allah. Kita mengagumi ciptaan Allah yang unik, indah dan mendamaikan. Kita juga mempelajari sifat-sifat tumbuhan tersebut untuk menilai balik kehidupan kita. Tidak ada satu pun ciptaan di muka bumi ini berbentuk sia-sia. Semua ciptaan Allah pasti untuk membantu atau memperingatkan manusia akan kebesaran kuasa Allah. Apabila ia di amati oleh tetamu yang berkunjung, lantas mereka juga mengingati serta memuji Allah swt, pemilik kediaman tadi turut dilimpahi pahala.

Gambar: Pokok yang baru saja saya beli ketika berjalan di muar

Mendoakan Tuan Rumah

Pokok-pokok dan tumbuhan adalah makhluk Allah yang hidup. Mereka sentiasa berzikir kepada Allah dan mendoakan kesejahteraan mereka yang menanam serta menjaganya. Bukankah antara kebaikkan yang boleh dilakukan di dunia ini adalah dengan menanam pokok yang merimbun dan berbuah untuk dimanfaatkan oleh orang lain?

Ya, apabila kita menanam pokok, ia akan sentiasa berdoa untuk kita. Apabila kita menyiram pokok setiap hari, lebih-lebih lagi di waktu pagi ketika waktu Dhuha, betapa besarnya ganjaran pahala dan keberkatan doa yang kita terima dari pokok-pokok yang kita tanam dan kita pelihara. Maka, manfaatkanlah peluang ini sebaiknya. Jika ramai yang sedar akan kebaikkan ini, pasti ramai yang berebut untuk menanam pokok di kediaman masing-masing berbanding melepa simen di tanah laman mereka.

Apabila tetamu berteduh di bawah pokok yang ditanam, kita mendapat pahala. Apabila ada yang menikmati buah-buahan dari pokok yang ditanam, kita dapat pahala. Apabila burung dan tupai memakan buah-buahan yang masak ranum di atas pokok yang ditanam mahupun yang telah gugur ke bumi, kita dapat pahala. Apabila lebah dapat menghisap madu pada bunga-bungaan yang kita tanam, kita dapat pahala. Apabila pokok dapat membuat sarang di atas pokok yang kita tanam, kita dapat pahala. Mudahnya menjana pahala!

Gambar: Lengkapkanlah rumah dengan pokok sama ada di tanam terus ke tanah laman atau pada pasu pilihan

Kedamaian & Kesejahteraan

Selain daripada mendekatkan diri dengan pencipta dan memberikan manusia pahala, dengan adanya tanaman dan pokok-pokok yang segar menghijau dan berbunga, ia memberikan kedamaian pada jiwa, menyejukan mata, merehatkan minda dan menyihatkan badan.
Pokok yang hijau mengeluarkan oksigen yang di dahagakan oleh paru-paru manusia. Tidak hairanlah apabila berada di sebelah pokok, seseorang itu lebih merasa tenang dan segar terutamanya mereka yang sedang sakit. Berehat di sebelah pokok dan tanaman mampu menyihatkan tubuh badan seseorang.

Jadi agaknya rugi tak kalau kita tidak mempunyai taman di kediaman?

REKABENTUK TAMAN

Di kebanyakkan message yang diterima di kotak inbox email saya, pelanggan meluahkan tentang kesukaran untuk merekabentuk taman kerana tidak pernah tahu apa yang baik dan apa yang perlu dielakkan. Oleh kerana tidak tahu, mereka lebih suka mengambil keputusan untuk tidak mempunyai taman di rumah. Sedangkan ia telah menyebabkan sesebuah kediaman itu hilang sedikit nikmat dan serinya.

Gambar: Carian google
Taman Kecil

Tidak apa jika mempunyai taman yang kecil sahaja. Manfaatkan ia sepenuhnya. Baik rumah teres mahupun rumah pangsa, kita masih boleh memiliki taman. Jika tidak mempunyai tanah, cukuplah dengan menanam pokok di pasu dan letakkan di kawasan yang terbuka dan menghadap cahaya matahari. Jadikan ia taman yang padat di mana di situlah ruang untuk berehat dan duduk santai kemudian di kelilingi dengan pokok hijau dan pokok bunga yang di tanam di dalam pasu. Tambahakan elemen air atau air pancut buatan yang boleh didapatkan di kedai-kedai taman yang berhampiran.

Gambar: carian google
Taman Luas

Jika mempunyai laman yang luas, bahagikan taman kepada beberapa bahagian tertentu mengikut aktiviti yang boleh dijalankan. Misalnya ada taman herba, taman kolam ikan, kawasan bermain anak-anak, taman santai dan minum teh, taman buah-buahan, taman aktiviti dan senaman serta taman beribadah.
Sebenarnya pelbagai jenis taman boleh diwujudkan ia berbeza mengikut keperluan aktiviti dan hobi seseorang. Seronoknya apabila mempunyai laman yang luas untuk mencipta taman. Namun, alangkah ruginya sekiranya hanya terdapat lepaan simen atau batu kerikil di laman rumah yang luas. Saya kongsikan sedikit tips tentang memilih landskap dari kedai taman (nursery pokok) untuk di bawa pulang ke laman rumah:

Gambar: carian google
TIPS MEMILIH LANDSKAP KEJUR (AKSESORI)

1.Peruntukan Budget yang berpatutan dan berkemampuan
2.Lukiskan idea taman
3.Beli Ikut kesesuaian Saiz Laman
4.Pilih Yang Tahan Cuaca
5.Pilih Yang Tahan Lasak
6.Tetapkan kepada 1 konsep sahaja agar tidak menjadi "taman rojak"

Gambar: carian google

TIPS MEMILIH POKOK (LANDSKAP LEMBUT)

1. Peruntukkan budget
2. Pilih 3 Kategori Pokok
-Pokok Tinggi
-Pokok Sederhana
-Pokok Rendah
3.Pastikan Jenis Pokok
-Tahan Panas (Outdoor)
-Tidak Tahan Panas (Indoor)
4.Pilih Jenis Rumput
-Cepat Panjang
-Lambat Panjang
-Tahan panas
-Tidak tahan panas
5.Ketahui Cara Penjagaan Pokok
-Berapa kali perlu disiram
-Berapa kali perlu di baja 
6.Ambil Tahu Ragam Pokok
-Mudah gugur kan daun atau tidak
-Keluarkan bunga atau tidak
-Mudah diserang penyakit atau tidak
-Mudah tumbuh dahan baru atau tidak
7.Ambil tahu cara Menguruskan Kecantikan pokok, misalnya:
-Perlu digunting daunnya agar berbentuk bulan seminggu sekali
-Perlu patah kan dahan yang lama atau yang baru
-Perlu cabut akar yang baru agar tidak merimbun dan sebagainya
8.Pilih warna yang pelbagai
-Pokok berdaun hijau tua
-Pokok berdaun kekuningan
-Pokok berdaun unggu dan kemerahan
-Pokok berbunga
Elakkan hanya ada satu warna saja di taman. Namun perlu kawal warna pokok. Banyak kan yang bewarna hijau muda untuk kelihatan segar dan di tambah dengan pokok berdaun hijau tua. Selitkan sedikit pokok berwarna unggu, merah , jingga dan kuning



PENJAGAAN TAMAN

Apabila sudah mempunyai taman, pemilik seharusnya rajin menyelenggara taman dan menguruskan pokok serta tanaman lain. Bukan kah ia secara tidak langsung membentuk peribadi yang rajin dan ia juga menjana pahala?
Sebenarnya idea rekabentuk taman dan pemilihan pokok boleh dibincangkan bersama perekabentuk taman dan landskap atau pun designer. Saya sendiri gemar membantu pemilik kediaman merekabentuk taman mereka. Kerana saya ada kepuasan yang amat maksima dalam merekabentuk taman ini terutamanya apabila ia disukai oleh pemiliknya.

InsyaAllah saya doakan agar selepas membaca artikel ini, anda yang masih berkira untuk mewujudkan taman sendiri di kediaman, sudah boleh membuka mata kenapa perlu ada taman di kediaman?

Salam sayang,
KHAIRUNNISA HAMZAHARA
Senibina Kehidupan Di Rumah

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tempahan rekabentuk landskap boleh buat di sini:

TERKINI! Sertai Bengkel Branding Yourself & Business Strategies di sini:

1 comments:

Wau Kite said... [Reply to comment]

well written. thanks for the sharing

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO