NUFFNANG

Thursday 27 March 2014

Working At Home Mother - Ibu Yang Bekerja Di Rumah

Teks: khairunnisa hamzahara




Working At Home Mother (WAHM) kini menjadi trend wanita masakini. Di mana-mana saja ia mula jadi perbualan dan topik perbincangan. Jika dilihat trend ini di negara maju yang lain, ia sudah lama dipraktikan. Ia adalah terdiri daripada golongan ibu berpelajaran tinggi yang mempunyai degree, master atau phd dalam bidang masing-masing.

Kepakaran dan ilmu tinggi yang ada tidak lagi menjadikan seseorang untuk wajib bekerja dengan orang lain. (majikan) Ia adalah aset yang boleh digunakan untuk membina empayar sendiri. Jika dahulu untuk memberikan perkhidmatan atau menjalankan perniagaan perlu ada kedai atau pejabat di luar rumah, kini dengan kemajuan teknologi canggih, sudah ramai yang menjalankan operasi perkhidmatan dan perniagaan di rumah sahaja.

Dengan cara bekerja di rumah, seseorang lebih bebas berfikir dan menjadi lebih kreatif. Ini kerana ia tidak ada masalah bekejaran masa dan soal keluarga dapat diselesaikan di depan mata. Sebaliknya jika bekerja di luar rumah, pemikiran sentiasa akan ada di rumah dan bagaimana keadaan serta keselamatan pasangan serta anak-anak di bawah jagaan orang lain. Akibatnya kualiti kerja tidak sehebat mana dan motivasi kerja sangat rendah.



Apakah Perbezaan Bekerja Sendiri dan Bekerja Dengan Majikan?

Semestinya bekerja dengan majikan boleh menjanjikan pendapatan bulanan secara TETAP. Namun sekiranya perbelanjaan yang diperlukan melebihi pendapatan TETAP itu tadi, seseorang tidak mempunyai wang lebihan seperti jumlah yang diperlukan. Namun sebaliknya jika menjalankan pekerjaan atau perniagaan sendiri, pendapatan dan keuntungan boleh digandakan mengikut kehendak. Semangat dan motivasi yang tinggi akan hadir kerana ingin mendapatkan jumlah yang diperlukan sehingga boleh mencapai ke tahap bebas kewangan iaitu tiada lagi masalah hutang atau masalah berbelanja kerana mempunyai pendapatan aktif dan pasif yang sentiasa ada.

Bagaimanakah Caranya Ingin Memulakan Kerja Sendiri Di Rumah?


1.Bincang dengan keluarga dan pasangan
2.Rancang dahulu 
3.Pilih untuk mulakan dengan apa yang ada terlebih dahulu
4.Jangan berhenti kerja dahulu sebelum tahu apakah pekerjaan atau perniagaan yang ingin dilakukan
5.Dapatkan Ilmu, Sistem, Mentor dan apakah tindakan yang diperlukan
6.Jangan melakukannya tanpa ilmu, sistem dan mentor
7.Ini kerana tindakan yang tanpa ilmu, sistem dan mentor akan menyebabkan kita gagal berkali-kali dan terduduk-duduk. Ia boleh menyebbakan kita berputus asa dan kembali bekerja dengan majikan yang lain

Kebaikkan Bekerja/Berniaga Sendiri

Apabila mempunyai perniagaan sendiri:
1. kita boleh membina empayar keluarga sendiri
2. kehidupan kita bebas dari genggaman orang lain
3. masa kita adalah hak milik kita
4. hal keluarga menjadi keutamaan
5. kita boleh mencari keuntungan sebanyak mana tanpa batasan
6. tidak perlu risau dimarah atau dipecat
7. kita boleh menjalankannya mengikut cara kita sendiri
8. kita bebas bekarya dan menghayatinya
9. Ia boleh diwarisi turun temurun

Apakah pekerjaan/perniagaan yang sesuai dijalankan di rumah?

Apa saja pekerjaan boleh dilakukan di rumah. Jika perkhidmatan kita terbaik, kita tidak perlukan kedai atau pejabat. Saya teringat kata-kata majikan saya dahulu di firma swasta arkitek antarabangsa. Katanya " Kita memberikan mereka ferrarri, sebab itu kita bawakan ferrari pada bakal pemiliknya. Kita bukan jual kancil yang menyebabkan pembeli perlu datang ke kedai showroomnya untuk membeli dan membawa pulang sendiri"Agak-agaknya anda faham kah apa yang saya cuba sampaikan?

Apa pun yang kita buat, perlu utamakan ini:
1. Kualiti
2. Perkhidmatan
3. Kemesraan
4. Harga Berpatutan

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hadir ke Bengkel Branding Yourself & Business Strategies
di mana ia bakal membantu anda untuk:

1. Mengenal pasti potensi diri
2. Mengenal pasti perniagaan yang boleh dilakukan
3. Mengenalpasti nama yang sesuai untuk diri dan perniagaan
4. Merekabentuk logo perniagaan
5. Mengenalpasti warna dan tema untuk perniagaan
6. Menggunakan jaringan internet untuk memasang "business card" dan "kedai/pejabat online"
7.Membuat masterplan perniagaan
8. Merangka strategi pemasaran
9. Merangka strategi memperkenalkan perniagaan pada orang ramai dan pihak tertentu

Dan kesemua ini membolehkan anda bekerja dari rumah dengan penuh yakin dan bergaya.
Yakin kerana mempunyai permintaan dan pelanggan. Bergaya kerana dikenali ramai jadi perlu bersikap professional walau anda hanya bekerja dirumah sahaja.

Mahu saya bantu anda?
Daftar ke bengkel ini
Tarikh Tutup Pendaftaran hampir tamat iaitu
31 Mac 2014

Rebut peluang ini
Satu rumah, satu SOHO

Khairunnisa Hamzahara
Senibina Kehidupan Di Rumah








0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO